Saturday, December 31

AZAM

Azam saya bagi tahun 2012 ni::
  • Nak naik dan maintain berat badan at least 50kg keatas since berat memang susah giles nak naik even 0.01kg pon. Lol
  • Pergi tengok wayang sorang2. Sounds sad, tapi macam adventure je. Haha
  • Ajak classmate pergi camping or at least panjat Broga Hills. Hehee. Korang, bace nii:p
  • Nak try makan makanan yang pelik2 macam ulat sagu kee:') Ohh dammit! Ok fine yang ni tipu gile. (Dammit tu bukan mencarut kan?)
  • Try cari dan masuk agensi modelling, cover magazine pon best. Ahakks:p Impian dari kecik taw nii T__T
Okay fine merepek je semua nii. Huu.. Actually azam yang betul2 punya mesti lah ada. Tapi biarlah tersimpan di lubuk hati baru kita akan buat dengan ikhlas kan. Okay lah, selamat menutupi azam 2011 dan membuka azam 2012..
Yeayyyy New Yearrr:DD Haha

nota kecil: Esok balik Palam bas pukol10 pagi:)

MEMORIES MADE

Pejam celik pejam celik dah nak habis dah tahun 2011. Hari ni dah hari yang terakhir pun. Tahun 2011 ni tahun penting bagi saya and also to all 93s born. Tahun dimana kita semua melangkah ke alam dewasa. Dah tak ada dah bangun pagi2, pakai baju sekolah, makan sarapan mama buat, sarung kasut sekolah, tunggu bas, kena tulis nama dengan pengawas kalau lambat, kena cubit dengan cikgu kalau tak buat homework and so on. Takde. Tahun ni semua benda dah bertukar. 100% changed..
Me and all girls 5E1, SMT TAR PUTRA Penang 2010:) 

Macam2 yang jadi tahun ni. Saya belajar hidup berdikari, belajar menerima hakikat, belajar melupakan, belajar buat jahat, belajar menjadi baik. Tahun ni jugak saya belajar menyayangi seseorang dan jugak kehilangan seseorang. Tapi semua ni buat saya lebih matang untuk berfikir dan bersedia menghadapi apa2 kemungkinan. Dan yang paling penting, tahun 2011 merupakan tahun dimana saya cuba berubah menjadi someone yang lebih baik. And I really need people around to support me. Kita doa kan terbaik untuk semua orang ye. Semoga tahun 2012 membawa rahmat dan harapan baru untuk kita jadi lebih kuat dan matang. Selamat tinggal 2011..
Gonna miss my 18's life:')

nota kecil: Malam ni pegi tengok bunge api jom..

Friday, December 30

PESTA

Semalam punya semalam saya pergi Pesta Penang dengan family. Best memang lah best tapi macam tak best lah jugak. Haha:p Lol.. Bukannya apa, pergi sana macam tak dapat main banyak game sangat. Nawaitu saya nak pergi Pesta tu semata mata nak naik Vortex, tapi nak naik dengan siapa kan. Kakak saya takde cuti. Takmau saya naik sorang2 syok sendiri lepastu terjerit2. Malu lahh. Boleh bayangkan takk? Ohemgiiii..
Ni lah Vortex tu. Ya Allah, dah lah die berpusing, lepastu berpusing lagi. Ohemgii..
Lagi satu macam takde mood nak update sebab jiwa saya tengah kacau lagi. Menn, siriously tak suka perasaan tu. Takperlu lah nak cakap kan, tapi ala biasa lah masaalah perempuan. Huhuuu. Dah lah jiwa tengah kacau, dekat Pesta tu boleh pulak dia pasang lagu tacing2. Peghh, rasa nak meletop je. Masaalah nye boleh tak dekat Pesta yang sepatutnya tempat untuk orang bergembira dia pasang lagu sebek2. I was like, What the.. Hahaa. Foine tak perlu emosi sangat lah kann:p 
Sayang Mama dengan Papa sangat2:)
Actually, malam before pergi Pesta tu saya tak dapat nak tidur. Satu malam tu tak tidur sampai lah malam balik Pesta tu baru boleh tidur sebab letih sangat and kepala pon dah berat gila. 
See my face? Haha:p

nota kecil: Kejap lagi Bella ajak pergi Pesta lagi:D Ajak naik Vortex! Doa kan saya tak terbang nanti ye. Haha

YA AS-SAMI'

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.


Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu syaitan durjana.


Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati jagalah hatiku dan hatinya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu.


Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu,
Agar terpimpin ku ke jalanMu.


Amin Ya Rabb..

nota kecil: ...

Wednesday, December 28

IM


I miss someone that always makes me feels better,
But I know it probably would not happen.
I miss to be the way who I really was,
But I know it just cant happen
CAUSE,
I know I had made my decision..

p/s: Just leave me alone..



Tuesday, December 27

SISTERS

Goodluck to both of my lovely sisters yang comel lote, hot peri2 Nia Affina Aishah Aidrus and Aliaa Ariff that will take their final exam next week. I wish u all the very best. Tak sabar nak tunggu akak dengan kaklong graduate sebab nak anak buah cepat2. Hehee:p Make a very cute baby for me okay. Mwahx!
Three of us. Trio!:D
 I love u..
And u too:)

nota kecil: Naik cuti ni dah test. Wuu takottt..

Monday, December 26

DINNER

Alhamdulillah akhirnya sampai jugak saya dekat Penang ni. Semalam sehari rehat kat rumah tak terasa nak online pon. Nafsu nak update blog memang lah membuak2 kan tapi apakan daya, lepak2 tengok tv sambil melayan adik due orang tu lagi menghairahkan. Haha, ayat takley blah:p Maaf2.. Okay back to business, harini saya keluar dengan Mama, Amir and Mikhail. Keluar jalan2 and and pergi beli baju dinner asasi saya nantii. Yeayy:D Alhamdulillah dapat baju baru untuk dinner. Haha:p Baju ape tu saya taknak cerita dulu sebab nanti tak surprise lah kan kan?:) Ok rasa macam nak share gamba. Act saje nak bagi kakak saya tengok. Biar dia jeless. Akak, jangan jeless~ Huahuaaa..
Yes Mama drive. Fine Nia looser takde lesen lagi. Haha:p
Before shopping, ajak Mama lepak Starbucks kejap.
Me wif Amier si budak sudah sunat. Haha:p Okay abaikan muka gedik Nia dan gigi besar buruk Amier..
Okay the process of finding the baju Beginnn:D Hahaaa.. *Im texting over there. Bukan bongkok okay!:p
Lepas dah shopping, pergi supermarket. Beli ikan dengan daging dengan daun kesum dengan lotion saya:p
Lepastu pergi Padang Kota Lama teman Amier Mikhail main bola:) Gambar takde kena mengena..
Okay diorang dah malas nak layan Kak Cik asyik ajak tangkap gamba je. Haha:p
So dengan itu, habislah hari saya yang best shopping dengan Mama and lepak2.. Sebulan taw tak jumpa diorang. Rindu giles tahap dewa! Hehee. Okay sampai sini je lah sesi menjeles kan kakak saya. But I must get ready for her revenge sebab 20hb January ni dia pulak cuti, saya tak. Haha:p 

nota kecil: Esok nak pergi beli buku sekolah Amir Mikhail..

Friday, December 23

HARD

A week of mid semester break, Im gonna miss u so much. Do take care of yourself. We'll see soon if God willing. I love u, Friends..
My classmate:)
And also  to u Anis, Naz and Iqa, my housemate. We should hang out someday so we can have a lot of picture together, with properly attired. Haha:p Mwahx!

nota kecil: Tak sabar nye nak balik esokkk!

Tuesday, December 13

AGAIN M4 UNITE

Hari sabtu haritu, saya dengan budak2 M4 hangout sama2. Againn. Huhuu:p Macam biasa, kitorang enjoy spent time together. Siriously enjoy gila. Kali ni lagi best sebab whole kelas ikot sekali. 5kereta kitorang konvoi. Masa planning tu, banyak jugak lah onak yang datang. Penat kami girls pujuk rayu boys suruh ikot, akhirnya diorang ikooot jugak. Hehe:p Sayang korang lebey lahh. So pagi2 lagi dalam pukol9 kitorang dah gerak from Palam. Our first destination, Sunway:) 
Syikin drive kereta girls:) Sempat senyum lagi masa drive tu. Taiko tak taiko?
Around 12noon macam tu sampai lah dekat Sunway Pyramid. Sampai2 terus pergi tanya tiket Ice skating. Masa tu, ada konflik jadi. Kitorang girls memang sangat bengang lah dengan boys sebab diorang last minute cancel main ice skating tu. Kitorang ape lagi, tacing habis lah. Then terus pegi makan Kfc taknak tunggu diorang. Dekat Kfc tu, pandai pulak semua boys datang makan sekali satu meja. Konon nak pujok kitorang lah tu. Ecey, mengada:p Mana taknya, masa makan tu, semua girls dok pakat mulut muncung 3inci, sampai boleh buat sidai baju, takot lah diorang. Haha:p Then after pujok2, bincang2, plan ice skating yang setelah sekian lama dirancang, Jadii~ Yeayyy:D 
Masa makan Kfc:) jemput makan..
Act, takboleh snap picture time main ni. Tapi kitorang ter escape.. Hahaa:p
Ya Allah masa Ice skating ni, best sangat2. Tak tipuu. Jatuh tu takpayah cerita lah kan, sampai lebam2 lutut ni ha. Besau pulak tu. Tapi, bile lagi nak merasa kaki lebam kalau tak sekarang kan?:') After dah berjam main dalam tu, lama2 saya dapat lah jugak rentak nak main dia macam mana kan, sampai terperasan sorang2 yang diri ni tengah perform untuk acara dunia. Haha. Gile perasan. Lol:p 
Muka ni perform acara dunia? Sila gelak guling2 ye..
But ada jugak yang tak skate. Boys yang tak skate ni diorang pergi shopping then main archery. Ala yang archery tu yang tembak2 tu. Pastu dorang karoke lagi. Untunglaaa~
Bergaya tak Wan Zu? Dia single and available ye. Sila isi borang. Eceyy:p
Amboi happy nye korang ber karoke yee? Lehan kenape muke cenggitu?
Lepas dah puas main apa suma, then keluar lah kami ber30 dari Sunway tu. Stop kat masjid dulu, solat maghrib and Isya sekali. Sambil2 tu saya duduk dekat luar tengok bulan penuh. Malam tu pukol 10.30, gerhana bulan. Tu pon salah satu sebab kenapa kami M4 nak keluar hari tu, nak tengok gerhana sama2. So sweet kan? Boys yang ajak taw. Bukan girls:) Then after dah solat Isya' kitorang pon berangkat lah ke Kl. Kereta semua berpecah sebab jam. 
Sunway view at night..
Macam biasa, kereta yang saya naik mesti sesat. Haha:p Sejam lebih lah jugak kitorang sesat akhirnya sampai lah jugak kami 5orang girls yang comel lote ni ke pangkuan boys M4. Ahaks:p Sampai2 je terus kena marah sebab sesat. Huu.. And yang paling sedey, kami girls tak sempat tengok gerhana bulan sama2 dengan diorang :( Tengok dalam kereta je, tak feeling langsung. Siries saya terkilan gila takdapat tengok gerhana tu. SIRIESSS..
3Dara pingitan. Ayu, Wani, Syikin:)
Lepas tu, terus kitorang pergi makan memandangkan masing2 pon dah lapar tahap kebulur dah. Kitorang decide pegi makan nasi dekat Restoran Pelita Nasi Kandar sebelah Klcc. Banyak gile saya makan malam tu. Lapar giles giles.. Then boleh pulak boys bantai tengok bola and jerit2 macam ape je dekat situ. Buat malu kitorang girls je. Haha:p Masaalah nye diorang je yang jerit faham tak, orang lain mane jerit. Yelah, situ kan kawasan elit, sebelah Klcc, sebelah club, sebelah hotel lagi. Mane diorang jerit2 kalau tengok bola. Kelakar lah diorang ni. Sumpa comel:p
Tengok tu, kusyuk tak kusyuk diorang layan?
After perot dah kenyang, hati pon dah girang, so kitorang pon menerus kan perjalanan ke Uptown Danau. Macam tempat wajib M4 lah pulak Danau ni. Huhu.. But before tu, boys suruh kami girls berpecah kereta. Diorang taknak kitorang sesat lagi. Huhu. Tahu pon sayang kitorang, ingat tak sayang tadi. Ecey nya punn:p Sampai2 Danau tu, kitorang shopping lah ape lagi. Girls ajak pergi Ts, boys taknak. Diorang kate, dekat Ts takde barang boys, barang girls je banyak. So kitorang pon pasrah lah shopping kat Danau even dekat Ts tu ade sale kasut besar besaran. Harga serendah RM5 faham tak? Rugi besaq tak pegi u know?
Lepak2 kejap tunggu duit jatuh dari langit after penat shopping.
Lepas dah shopping tu, kitorang pon terus kan lah perjalanan. Puko4 nanti boys kata nak tengok bola. Sape lawan sape tah, dah lupa. So diorang pon dengan pantas nye rushing dari Danau ke Shah Alam semata2 taknak terlepas tengok bola. Last2, tak sempat jugak. Lega hati kitorang girls. Tapi takbest nye, diorang still stop jugak kat Restoran Baraa depan UiTM Shah Alam tu nak tengok bola lagi even dah pukol6 pon. Sabau je lah. Sape lawan saya tak tahu, jangan tanya.. Then after solat subuh, kitorang gerak balik Palam. Then pukol8 kitorang pon sampai lah Palam dengan selamat nya. Alhamdulillah:)
This was made by one of my classmate using programming. Cool huh? :)

Another great day I spent with You guys. Thanks a lot:) Siriesly sayang korang sangat2..

nota kecil: I got a very bad flu rite now T.T




Monday, December 12

MISS WAVE

Tuhan tolong lembutkan hati dia
 untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka 
Pintu hatinya untuk cintaku


Okay lirik lagu ni sangat mendalam. Paling berkenan part ni. Semua orang pon mesti dah tahu kan lagu ni lagu apa. Yes ost Ombak Rindu, Adira dengan Hafiz nyanyi. Saya dah tengok dah cerita ni. Siriesly panggung penuh gila even dah seminggu lebih cerita tu launched. Couple yang pergi tak payah cerita lah kan, memang banyak tapi masaalah nya group of boys pon ada jugak pegi layan cerita macam tu. Hehee:p So cute.. Jiwa lembut, jiwang macam Awie rupanya diorang tuu:p Ok lah, tu je nak cerita. Err, saya pergi tengok dengan siapa? Entah lah, terlupa pulak tengok dengan siapa. Sorang2 kot? :p

nota kecil: Malam ni nak update pasal hang out hari Sabtu dengan classmate. Wonderful day with them!:D

Saturday, December 10

INSOMNIA

Ish tak boleh tido laa. Taksuka betul macam ni. Orang kata kalau nak mengantuk cepat, kira kambing. Sooo,
Satu kambing, dua kambing, tiga kambinggg, Eh silap. Satu kambing, lima kambing, tujuh kambinggg, Eh silap lagi. Satu kambing, dua tenuk, tiga tapir.. Ehhh? E malas lahh.. Ok offline.. Nytee..


Friday, December 9

KAMU

Artikel ni saya jumpa masa blogwalking tadi. Saja nak share dengan kawan2. Saya amik sikit2 je tapi kalau nak baca penuh, pegi dekat sini. Banyak info best2:) Try lah pegi. Okay back to business, tadi saya baca artikel pasal pasangan bercinta. Artikel ni special for those yang tak 'nampak' lagi betapa sayangnya pasangan diorang tu dekat dia. So here it is:


Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya. 


Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini. Bukan kerana mengongkong tetapi dia akan berasa dekat dengan kamu jika dia mengetahui aktiviti yang kamu lakukan.


Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “i love u”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kamu lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


##Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta. DAN KAMU YANG TAK MEMAHAMINYA....


Hye, saya budak Elektrik mase sekolah dulu. Tapi alhamdulillah wayar saya takde shot lagi. Ngehh:p

nota kecil: Tido sorang malam ni. Anis balik rumahh..


Tuesday, December 6

I NEED U

Tadi masa tengah study Physics, layan lah kejap lagu Katy Perry yang The One That Got Away tu. Tiba2 tertacing sorang2 lah pulak. Lirik dia sangat mendalam okay. Then try tengok official video lagu tu. Siries sedih tak tipu. Lelaki tu inalillah after diorang bergaduh and Katy still sayang lelaki tu even dia dah tua kerepot. Bila di hayati dalam2 lirik tu, lagu tu ajar kita tak semestinya janji yang kita dengan orang yang kita sayang buat tu akan jadi kenyataan sebab kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Tapi kalau kita betul2 ikhlas, Insyaallah Allah mesti tolong. Kita just doa banyak2 ye.. :)




nota kecil: Selamat malamm..

Monday, December 5

:')

Wahai Adam, cintailah aku karena kekuranganku.
Karna suatu saat nanti engkau akan bahagia dengan kelebihanku.
Dan jangan pernah mencintaiku dengan kelebihanku karna suatu saat nanti engkau pasti akan kecewa ketika engkau menemukan kekuranganku,
Jadikan kelebihanku hadiah terindah buatmu ketika engkau menemukannya dalam diriku.
InsyaAllah pasti bersatu..


Di'copy dari Fb si kecil yang berjiwa besar:)

nota kecil: Kejap lagi ada kelas sampai pukol 7.30 -______-

Thursday, December 1

SUNAT

Esok adik2 saya sunat. Macam tak sangka lah pulak. Tak sangka diorang bakal masuk fasa pertama kedewasaan. Cewahh:p Before balik Palam haritu kan, tiba2 Mikhail tanya saya,

Mikhail: Kak Cik, nanti Abang dengan Amier sunat, Kak Cik ade takk?

Saya: Takde, Kak Cik dah balik sekolah. Kenapee?

Amier: Alaaaa, takbest lah Kak Cik takde. Rugi tak tengok kitorang sunat.

Dalam hati saya terfikir, memang rugi pon takdapat tengok. Teringin jugak tengok adik sendiri sunat, asyik tengok adik orang je kann. Kawan sendiri pon ada jugak saya tengok. Ahakss. Masa kecik2 lahhhh:p

(Bersambung)

Mikhail: Tapi takpe, nanti bulan 12 Kak Cik balik kan? Nanti abang tunjuk dekat Kak Cik macam mane rupe die ek…..

Saya: Takde keje Kak Cik nak tengok korang punye aih! @#$%^....!

Hahaa adoiii. Mikhail2.. Tak matang betul lah dia ni. Ada ke patut nak tunjuk dia punya. Dah Darjah5 dah tu. Saba je lah. Tapi Amier yang Darjah2 tu bagus. Dia siap cakap lagi dekat Mama dia nak sunat dulu. Punya lah excited. Tapi dah mintak hadiah sunat awal2 lagi dah dekat Papa. Mengadaa..

Ni bukan kerja saya okay. Siries bukan. Haha:p Kiri Amier, kanan Mikhail..

nota kecil: Macam dah pasrah je saya tak boleh gemok. Huu