NOCHE DE AMOR

Tahniah para SMA(Sekretriat Mahasiswa Asasi) bertungkus lumus kerah tenaga siang malam pagi petang uruskan dinner kitorang ni. Saya percaya ramai yang enjoy and maybe bagi sesetengah pihak, diorang mesti anggap dinner ni tersangat lah penting. Contoh nak confess ke, bagi bunga ke, nak tangkap gambar dengan Mr.Crush ke or ape2 je lah kan. Tahniah kepada yang berjaya mengconfess kepada crush masing2^^ Bukan senang kan nak confess ni. Oww,So sweet<3


Bagi saya and my classmate. Kitorang pergi takde function pon. Just sebahagian dari aktiviti kelas and rapat kan ukhwah sesama kitorang. Datang dinner tu, duduk je dekat kerusi tak bangun2. Snapping2 pon around table je. Wuu, sound sad gile kan? Ok fine lah saya ada bangun sekejap, bangun pergi toilet. Hee. Tapi kitorang enjoy. Tu yang penting. TAPI lagi, sedihnya Cikin tak pergi dinner tuu. Wuuu..


Classmate:)
 Lovely boys^^
 Girls My Love My Angle
 Cut and Wani sayang
Tiqah and Cut Mwahx2
Ayu and Ina sayang
Last but not least, Nia:)

Mengadanya lah Nia nak berpurdah pulak malam tu kan? Huu.. Tapi like seriously rasa protected sangat malam tu. Taknak lah cakap banyak, just doakan lah suatu hari nanti saya boleh berubah until fully covered macam ni kan. Insyaallah, Aminn. Plus saya tahu siapa saya dekat sini. Unknown people, so tak layak tunjuk muka. Sebab tu cover muka semua. Eceyh nya ponn.. Ok lah akhir kata, Love my classmates so muchhh.

nota kecil: Jom study..

BAD

YOU'RE BAD BAD GIRL,
NIAA...
Amboi die tuu, biase ehh.. 

p/s: Mengantuknyeeeeee....

BIDADARI

Tadi saya main google2 search. Lompat punya lompat sekali sampai lah dekat site 'Bidadari Syurga'. Then adalah terbaca satu artikle ni. Macam nak share je dengan kawan2 kan:) 


Bidadari syurga adalah wanita yang dijanjikan Allah s.w.t kepada hamba hamba nya yang taat dan beramal soleh. Salah satu sifat bidadari ialah linun yang bermaksud lebar matanya serta indah mempersona. Bidadari syurga memiliki bentuk tubuh yang anggun, bau badan yang harum, bibir semanis gula, pipi bagaikan buah delima merah, mata yang menawan dan seraut wajah yang bercahaya. Para bidadari sangat cantik, manja, rindu dan amat mencintai suaminya sehingga tidak sanggup berpisah walau sekejap. Persoalannya disini, bolehkan kita kaum Hawa menjadi bidadari versi dunia? Jawapannya sudah tentulah boleh, dengan mengawal adab dan tingkah laku kita sebagai muslimah dan menjaga aurat dan cara pergaulan sesama manusia dengan tertib. Kerana bagi wanita yang solehah, maka dia merupakan ketua akan kesemua bidadari2 disyurga. 

'' Sesungguhnya para bidadari di syurga menyanyi-nyanyi mengatakan, '' kamilah wanita yang baik dan cantik, yang disediakan untuk suami-suami yang berbudi baik.''
(H.R. Abu Ya'la)

MasyaAllah:') Doakan untuk kami semua yee. Insyaallah kalau ikhlas, Allah mesti tolong.. kan?

nota kecil: Takde benda nak cakap..

JIKA

Jika kamu mencintai kerana kepandaiannya,
Itu bukan cinta,
Tapi kagum...
Jika kamu mencintai kerana rupa parasnya,
Itu bukan cinta,
Tapi nafsu...
Jika kamu mencintai kerana mahu membalas cintanya,
Itu bukan cinta,
Tapi kasihan...
Jika kamu mencintai tanpa kamu tahu apa sebabnya,
Maka itulah yang sesungguh nya...

:')

nota kecil: Esok start kelasss T.T

OPAH

Syukur alhamdulillah, akhirnya habis jugak minggu nih. Sampai jugak hari Jumaat yang ditunggu tunggu. Siriously minggu ni lah minggu yang terpaling penat sekali di alam semesta. Dengan 2 assignment due date dia minggu ni, dengan Test1 lagi, dengan quiz lagi, dengan Miss Citra lagi, dengan serabut pasal dinner lagi. Haishhh. Sangat penat. Tolong lah percaya. Sangat penat.. Tak pernah pernah saya menangis sebab tension since Asasi ni, tapi semalam boleh pulak termenangis. Maybe sebab tension sangat ditambah dengan rindu yang teramat dekat Mama and adik2 pulak kan. Sebabtu lah kott. Haihh.. 


Kan dah cakap, saya tensionn. Taknak percayaa. Haaa..


But alhamdulillah semua tu dah habis. Sekarang dah sampai rumah Opah dah pon, dekat Manjung. After solat Jumaat tadi Ayah datang ambik dekat Palam. Rindu gile dekat Opah! Tadi masa sembang2 sampai tak sedar dah pukol11. Laju betul masa bejalan. Tadi kitorang dah planning jadual untuk esok baik punye. Yelah, balik kampong bukan selalu kan. So kalau nak manfaat kan masa dekat kampong ni sehabis boleh, kenalah planning awal2..


nota kecil: Esok pagi2 nak buat cekodok dengan Opah:D Yeayy!

MAMA CAKAP

Mama cakap,
Kalau lelaki tu betul sayang kita, dia takkan sentuh kita.

Mama cakap,
Kalau lelaki tu betul suka kita, dia takkan kacau kita.

Mama cakap, 
Kalau lelaki tu betul nak kita, dia takkan hanyutkan kita.


Mama cakap jugak,
Kalau lelaki tu betul2 sayang, cinta, wo ai nee kita, dia akan terus jumpa mak bapak kita and cakap dia nak kita. Haaaa...


Sayang Mamaaa..

nota kecil: Alhamdulillah selamat sampai rumah Opah:')

....

TAK SUKE NYEEEEEE!!!
SIRIOUSLYYY!
PENATNYEEEEE!!
SIRIOUSLYYY!
CEPAT LAH CUTIII.....!
SIRIOUSLYYY..
Huhh legaa. Okay sambong study.. 

nota kecil: Stress melampau..

SYUKUR

“And He found you lost, and guided [you]”

[Surah ad-Dhuhaa:7]

Syukur kita masih diberi peluang Allah untuk terus hidup dan terus berusaha perbaiki diri. Dan bertambah syukur bila Allah sendiri yang bimbing kita bila Dia sedar kita mula sesat. Hmm. Syahdu nye rasaa..

nota kecil: Alhamdulillah selesai test Kimia.. 

LELAKI INI

After sekian lama tak update, akhirnya dapat jugak lepas gian update entry malam ni. Busy nyah segale assignment, tutorial, study semua. Sabtu ni dah start Test1 dah. Malam ni baru macam ada masa sikit since semua benda dah siap, esok kelas tak banyak. Tinggal nak study je kejap lagi, but before tu moh le kite mengupdate blog ye teteman. Ahaks:p 
We're all in pink:D Tudung Nia tak betul..
Okay back to business. Malam ni macam nak cakap pasal lelaki. Bukan nak mengutuk okay, but more to luahan perasaan seorang perempuan yang pernah kena tinggal sebanyak 2kali and specific, baru broke up. Lelaki ni tak dinafi kan diorang akan sayang girl diorang tu sepenuh hati lebih2 lagi kalau girl tu berjaya ubah lelaki tadi menjadi yang lebih baik. Masa tu, lelaki tu akan insaf and akan anggap, girl tadi lah his everything. But perasaan tu boleh hilang like sekelip mata je if girl tadi tu tak ada dengan lelaki tadi 24hours. Contoh macam girl tu busy dengan study or whatsoever. Tak kira lah relationship diorang dah masuk 2years or more. Konklusinye, pendirian diorang ni tak tetap. So we as girl, kena selalu ada dengan diorang kalau boleh 24hours and say "I love U" sampai lebam so that dia tahu yang kita really sayang dia. I mean, so damn really sayang dia..


Second, yang ni lelaki yang takde special relationship dengan kita. I mean, lelaki yang di anggap just friend. Diorang ni pon kadang2 bahaye jugak, lebih2 lagi yang hot2 or jenis yang huha2 ni. Depan kita memang lah diorang layan kita baik, ajak sembang, ajak makan semua. But if we get too close with them, or dalam bahasa lelaki nya: senang nak try, so memang belakang2 kita diorang akan kutuk kaw2 lah. Sebab tu saya kalau boleh nak elak berkawan dengan kaum lelaki dah sekarang. Eceyy:p Rapat pon just dengan classmate tercinta je. Korang, I love u tauu. Hehee


Third, yang ni best sikit. Yang ni for those yang really wants a sirious relationship. Dalam umur macam sekarang, memang usia kita lah kan untuk start cari pasangan hidup. Boys lah paling tak lari dari benda ni. So diorang akan start improve diri diorang untuk jadi lebih baik, baik dari segi iman, akhlak, harta or apa2 je lah yang diperlukan untuk jadi seorang ketua keluarga yang baik. So, kita girls jangan terkejut bila tiba2 bf kita bagi cincin sebagai tanda yang dia cop kita dulu. Haha:p Yang ni secara tak official lah. Kalau nak hantar rombongan tanda dekat family, macam melampau pulak kan. Yelah, sekarang kan belajar lagi. Im talking for those yang serious okay. Ulang suara, for those yang sirious. Kalau setakat beli couple2 ring tu, BUKAN!


Okay lah, tu je kot. And and I think macam nak share something lah:)


If a boy pauses his game just to answer your calling or reply your text, believes me he's nothing. But if a boy pauses his conversation with you just to answer God's call, believes me, he's the one. Marry him! 


:') Best kan? And I think I've found one. Kita doa yang terbaik je okay. Insyaallah.. Lagi satu, doa ni,


 "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Ustazah suruh amalkan. So saya dalam proses mengamalkan. Buat masa sekarang ni memang saya tak ada boypreng. Taknak bercouple dah, semua tu macam main2 je. Biarlah after ni relationship yang sirious. Insyaallah, pray for me:') Selamat malam..

nota kecil: Tolong doa kan saya untuk Test1 ni ye. Aminnn..







MEE REBUS

Mee rebus? Mana ada mee rebus. Saje tipuu:p So after dah 2semester dekat Puncak Alam ni, baru saya macam ter realize something. Something yang agak meng annoying lah jugak happen. Mula2 ingat kan segelintir dua je macam tu, tapi rupa2 nya ramai jugak yekk. Entah apa yang diorang nak kejar sangat, tak tahu lah. Huuuu. Dah lah, taknak lah cakap pasal ni. Weekend ni saya sorang2 lagi. Anis balik Kemaman, tapi takpe. Masa terluang ni saya ingat nak spent untuk study dengan sehabis boleh since Test1 pon next week. Eceyyh!:p Actually takde topic nak cerita, sebab tu update pasal daily life je. But whos care kan? Suka hati awak lah nak update pasal ape pongg, takde sape lah nak marah:'p
Ee hantuuuuuu..

nota kecil: Malam ni nak layan Ombak Rindu lah..

WHEN

This was just copy and paste, but its mean a lot. Enjoy and understand wisely:')

When a girl SAYS SORRY even though she didn't do anything.
When a girl CRIES bcz she say she loves/misses u. 
When a girl still TRIES TO GET U BACK. 
When a girl no matter how much U HURT HER STILL LOVES U.
When a girl STOPS her argument with u to SAFE ur relationship.
When a girl continously MAKES U FEEL SPECIAL and TRIES TO MAKE U HAPPY. 
When a girl is upset but DOES NOT tell u as she thinks she is ANNOYING U.
When a girl wants to LEAVE u bcs of ur NON UNDERSTANDING BEHAVIOUR but she is not able to do so. 

DONOT LET HER GO, bcz U MAY NEVER FIND SOMEONE LIKE THAT EVER AGAIN ♥ SHE'S MAYBE VERY SPECIAL AND GOD'S GIFT FOR U ♥
Owwww:')
p/s: Starving....