Saturday, March 31

YA RABB



Ya Allah, 
Tolong beritahu si dia, sesungguhnya aku ada pesanan buatnya..


Ya Muhaimin,
Tolong beritahunya, cinta agung adalah cinta Nya,
Tolong nasihatinya, jangan menyintai aku lebih dari Yang Maha Kuasa,
Tolong nasihatinya, jangan mendoakanku lebih dari ibubapanya,
Tolong katakan padanya, dahulukan Allah kerana disitu ada syurga..


Ya Allah,
Tolong beritahunya, aku terpikat kerana iman bukan rupanya,
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik Yang Maha Esa yang masih punya keluarga,
Tolong sedarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab rindunya,
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar padanya..


Ya Allah Ya Muhaimin,
Tolong sampaikan padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya,
Tolong sampaikan padanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaganya,
Tolong khabarkan padanya, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita2 nya,
Tolong khabarkan padanya, aku mahu menjadi tulang belakang dalam kejayaannya..


Ya Allah Ya Rabb,
Tolong sampaikan padanya, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya,
Tolong sampaikan padanya, hubungan ini terjaga selagi terjaganya hubungan dengan Yang Kuasa..


Ya Allah Ya Tuhanku, 
Tolong sampaikan kepadanya, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..








M4

This is so beutiful:') Thanks for the memories guys..
                       

DALAM VS LUAR

Tadi masa blogwalking, tertarik pulak dengan isu ni. Perbezaan gadis Melayu dengan gadis barat. Secara general nye, perbezaan kita gadis Melayu dengan diorang gadis barat ni macam langit dengan bumi. Contohnya;
  • Kalau gadis barat, diorang tak kisah kalau panggil parents diorang dengan nama sekalipon "Hey Sam, I got something for you" "What honey.." Parents diorang tak kisah, tapi kalau kita buat macam tu, "Dollah, aku nak keluar kejap" "Ko cakap ape tadi??" Panggggg.. Kena penampo sebijik..
  • Dalam lingkungan umur 14tahun keatas, kebanyakan gadis barat dah takde ke virginity diorang. Siapa yang still ada virgin tu dianggap weirdo. But kita, siapa yang tak ada virgin tu lah yang weirdo. Bukan takat weirdo lagi dah, semua nama2 tak elok, semua melekat..
  • Pakaian gadis2 barat semua seksi2. Walaupun cuaca dekat negara diorang tu sejuk, tapi saya tak faham kenapa kain diorang sikit sangat. Tengok macam gadis melayu, even cuaca panas pon, elok je kain cukup tutup satu badan. Kan?^^,
  • Dekat negara barat, tak jadi masaalah kalau perempuan smoking. Even parents pon tak larang kalau anak perempuan diorang smoking. But kalau gadis melayu smoking, mahu nak kena sumpah tujuh keturunan.
Gadis barat. Cantik.. Ciptaan Allah:')
Tapi lagi cantik kalau macam ni^^, Kak Heliza comel!

Tu lah secara general nya perbezaan kita dengan diorang. TAPIII, itu secara general. Secara apa yang saya baca dekat artikel masa blogwalking tadi. Tapi sekarang zaman dah maju. Bak kata pepatah, dunia dah maju, zaman dah berubah. Jurang perbezaan kita dengan gadis barat dah tak banyak beza dah. But this is a very sensitive issue, pandai2 lah kita fikir apa benda yang sama, apa benda yang still tak sama okey. Wallahualam..

nota kecil: Nak try buat spegethi lah nanti^^,





Tuesday, March 27

BALIK

Dear awak,
Hari Ahad haritu saya bertolak dari Palam balik Penang. Alhamdulillah selamat sampai pukol 2ptg. Dari Palam nak pergi bus stand dekat Klang Sentral tu, saya tumpang Mama kawan saya a.k.a Mama mentua dia. Anak aunty tu, kawan kepada kawan saya since sekolah rendah. Haaa, mesti awak tak faham kan? Takpe lah awak, nanti kalau kita jumpa, saya cerita panjang2 siap dengan ekspresi muka sekali okay?^^,


Rindu Cut dengan Wanimm..


Oh, awak nak tahu, kawan saya; Wan Zu bagi saya baju tau. Wan, thanks bagi baju tu. Kite memang teringin nak ada jersey pon. Tahu tahu je Wan ni. Hehe:p 


Ni lah Wan Zu. Gambar ni saya yang snap^^,


Ha awak, awak nak tahu lagi tak. Saya tak sempat nak jumpa kawan saya before balik haritu:'( Pagi tu siap2 terus gerak pergi Klang Sentral. Dalam kereta tu nak menangis dah actually, tapi saya tahan je. Masuk je dalam bas, saya menangis puas puas. Abang tiket tu pon sedih tengok saya sedih. Huu.. Mengada kan? Biar lah, dah sedih, nak buat macam mana..


Main webcam sorang2. Muka sedih tapi still nak buat muka bajet comel. Puihhh! Okay selekeh..


Oklah, tu je nak cerita harini. Nanti ada cerita best, saya cerita dekat awak lagi ek. Take care..


nota kecil: Baru nak layan Vanila Chocolate..

PALAMIANS


HAHAAA. Siries gelak guling2. Siries betul benda nih. Buat pengetahuan semua, kami Palamianz ada life okay. Anytime, anywhere boleh keluar. Kalau nak keluar, takpayah mintak kebenaran warden, pakai baju outing bagai. Upps:p

nota kecil: Sayang Puncak Alamm~

Monday, March 26

CHANGE

Alhamdulillah, selamat sampai Penang tengahari semalam. Actually, masa dalam bas tu, saya ada terfikir something. Disebabkan cuti 5bulan lebih takde buat apa dekat rumah, and tak dapat nak pokpek pokpek dengan kawan2, so saya nak ubah format penulisan dekat blog ni. Cewahh! Puihh.. Act, nak ubah format kepada “Dear awak,” Haaa.. "Dear awakk, saya sayang awak~~" Hewheww, ok kejap lagi update entry. Nak makan. Till then..


Hahaa.. Nak cakap ape sekang? Lu pikiaq la sendiriaq~

nota kecil: Atmosphere Penang dah maii..




Saturday, March 24

STRENGHT

After berkali2 hidung, mata merah since semalam. Saya kuatkan jugak semangat, kumpulkan segala kekuatan and try update entry buat kali terakhir sebagai student Asasi Palam 2011/2012. Automatic, farewell moment dah tiba. Benda ni lah yang paling takot dari dulu sampai sekarang. Since dekat Palam ni saya tak ramai kawan, yang rapat cuma denga housemates and classmates, so perasaan sayang tu sangat banyak dekat diorang ni. I mean tak ramai kawan tu, kawan lelaki. Tak kisah lah, tapi yang penting, I really love my housemates and classmates so much.


Korang, kite mintak maaf ye kalau sepanjang kita kenal ni, kite ade tersakit kan hati korang ke, buat korang terase ke, marah korang ke, cubit ke, or ape2 je lah sekalipun. Kite mintak maaf. And mintak maaf jugak sebab korang terpakse nak melayan perangai kite yang agak lah tak matang and suka cerita benda yang sama berulang kali ni. Korang, jangan lah lupa kite tau . . . . . . . . Tauu..


. . . . . . . . . . . . . . . . . 



nota kecil: Tak boleh nak teruskan



Friday, March 23

Thursday, March 22

MAKAN

Actually final tak habis pon lagi. Ada lagi satu paper; CTU aka Science Islamic Thinking. Hewheww.. Maksud saya yang habis semalam tu, kira subject killer lah. Tapi bukan la pulak CTU ni tak killer okay. Dia killer, tapi tak se killer subject2 killer yang lain. Tapi tak killer tak killer pon, tak habis cover lagi CTU ni. Haihh. Takpe, malam ni stay up. Hee..

Hahaa..

Esok after paper CTU, Anis(My roomate) nak balik dah. Awal2 lagi dia dah suruh Umi dia amik. Update harini saja nak upload gambar. Tadi kitorang makan ice cream. Beli ice cream satu bekas tu and makan dengan biskut Oreo. Lepas tu, beli air gas dengan ais. Sodap2.. Oh lupa pulak, Kak Shikin; kakak sedara Anis yang tolong belikan. Kak Shikin tu kakak degree, dia duduk luar, so boleh lah tolong2..

Best best..
Oreo yang dihancurkan..
Hasilnyaa..

Haritu pon kitorang makan macam ni jugak. Tapi tembikai lah. Masa Mama saya datang tu, Mama bagi tembikai satu bijik. So berkat idea brilliant Naz yang sampai search dekat internet, kitorang makan tembikai tu dengan susu segar. Ala2 yoget lah kan. Sepatutnye campur air ais krim soda, tapi takde jual pulak. So kitorang pon redo makan ape yang ade je lahh. Biaselahh, hidup orang bujangg..

Lagi separuh, bagi jiran..
Ade lah rasa yogettt..

Okay cukup buat benda lara. Nak sambung study..

nota kecil: Untunglah orang tu layan cerita Otromen the Movieee..

AKHIRNYA:')

After 14 minggu berkerah otak, kudrat dan tenaga, akhirnya dapat jugak saya habis kan Asasi ni dengan jayanya. Alhamdulillahhh. Kira jayalah kan sebab tak kena tendang? Wuwuu.. Tadi last paper final; Chemist. Siriously takde perkataan yang boleh describe bertapa terharu, terpesonanya saya after kertas kena collect dengan pensyarah melainkan, Mengantuk. Yes, sangat mengantuk. Malam semalam tak tidur satu malam sebab study. Tapi tak kesah lah kan. Yang penting, Im finish bebehh!! 


Eye bag:(

Tapi yang sedihnye kena berpisah dengan kawan2. Im start to make bond with these people. Rasa selesa sangat dengan diorang, but sampai part nak kena berpisah ni, sumpah sedih. Sape2 pon akan sedih. Tipu lah kalau tak sedih kan. Tapi betul jugak cakap someone ni; Nia, berpisah tu memang sakit. Tapi kita berpisah bukan sebab suka2, ini ketentukan Allah. Tapi, sakit tu akan hilang bila kita berjumpa suatu hari nanti, kerana Allah swt.. Insyaallah..  


My beloved housemates, Anis & Naz

:') This saying inspire me alot. Siriously.. Buat housemates and classmates, kite tak sanggup nak sedih. I'll try to face these moment with smile and act as cool as I could even I know I cant. Wuu. Sedinyeeee *lap hingus So, tiket balik Penang tak beli lagi. Insyaallah tak habis lagi tiket tuu (Confident je kan). Barang2 semua Mama dah bawak balik Penang haritu, sebab tu balik naik bas..


Heyy, I love you all..


Ehh, harini result SPM keluar kan. Tahniah lah buat adik2 semua, tak kira ape keputusan sekalipon. Yang penting, korang berjaya tamat kan satu peringkat asas dalam hidup. Peringkat sekolah dah habis, lepas ni masuk peringkat pengajian tinggi, lepastu peringkat kerja and lastly, peringkat rumah tangga. Yeayyyyy:D Hahaa excited lebih pulak. Ape2 pon, kakak saya lagi dua tahun dia nak kawin. And I'll make sure the theme is pink blue. Yeahh..


She is single.. Hewheww

Oklah, nak tidur. Asyik tidur lambat je lately ni. Sampai badan pon tak dapat nak terima, lemah je rasa.. Esok pagi nak pergi jogging. Nak pergi tengok keindahan alam ciptaan Allah pagi2^^, Oklah, till then. Banyak benda lagi nak cerita tapi mengantuk sangat sekarang. Nanti lah, selamat malamm..


nota kecil: Hari Jumaat ni nak buat bbq^^,

Thursday, March 15

STUDY

Satu subject killer dah lepas. Dah takde belajar Physics dah lepas niii. Yeaarrgghh! Tapi nanti jumpa jugak since apply engineering untuk further degree *flip table. Tapi whos care?? Janji dah habis. Tadi rasa macam nak campak je buku teks Physics ni dari atas bukit. Tapi macam tak elok lah pulak kan. So niat tu dengan automatic nye terpadam. Sekarang nak focus another 3core subject; Mathematics, Chemistry and Computering. Ok fine lah. Tasawuf pon focus jugakkk. Do pray for me and all my friends here. Aminnn..


Gonna miss Palam so badly..

nota kecil: Hari Jumaat paper Maths...

Saturday, March 10

SELAMAT PULANG

Alhamdulillah, 7hb haritu Mama selamat sampai dari Kota Suci:') Siriesly lega gila hati tengok Mama in good condition. Tapi Mama macam penat sikit lah muka. Memanglah, sape tak penat kannn. Masa nak pergi amik Mama tu, ada masaalah sikit. Hampir2 saya nak pengsan, lutut ni lemah gila rasa. Tapi alhamdulillah selesai jugak masaalah and perjalanan pon diteruskan. First, amik Kak Nia dulu dekat UPM. Then baru pergi KLIA tengok Mama. Dalam pukol 11.15pm tu baru flight Mama pergi balik Penang. Thanks eh awak jadi driver kitorang lagi sekali. Kopiah dengan tasbih Mama saya bagi tu jangan bagi hilang tau.. 


Mama:*
Menara jam tu, arkitek Malaysia yang buat tau. Bangga kan?
Mama and Kak Nia^^,
Driver


Harini or esok, insyaallah Mama nak datang Palam. Yeayyy:DD Datang dengan Papa, Amir, Mikhail semua lah. Best2^^, 


Rindu dua ketul nii..

Sekarang ni study week actually. Memang semua orang tengah dok pulun study gila2 lah. And macam biasa, kalau dah study mesti tension. Salah satu cara saya and housemate buat masa tengah tension ni, makan banyak2 since sekarang cuaca dekat Palam ni pon sejuk gila mengalah kan dekat Oldtraffod -1 darjah celcius. Disamping makan2, kitorang bergosip sambil minum nescafe panas ditambah pula dengan berselubung comforter tebal and kadang2 tak mandi. Okay tipu..


Chocolate yang sangat besa ni boleh habis dalam satu hari je
Meja penuh makanan. p/s: Keadaan ni belanjutan selama 10minute saje ok. Then kemas lahhhh..

So, paper first final start hari Isnin ni. Do pray for me and all my friends here. Aminn.. Asasi dah nak habis. Gonna miss this place so much T___T Okay taknak tacing2, sekarang mood study. Oh ohh, lupa pulak. Selamat hari jadilah ye dekat sape2 yang birthday dia harini. May have a blast and selamat dunia akhirat. Aminn:)


nota kecil: Moment of inertia T_________________T Guane niiii..

Sunday, March 4

VACATION

This is a very long entry. Boleh kira macam jurnal lah jugak kan. Semua benda nak cerita. Saje nak coret sebab taknak kenangan ni terpadam macam tu je. Wonderful moment with them 


Hari Ahad lepas, saya dengan classmates M4 DA HARD CORE pergi bercuti dekat Pangkor. Saangat best, tak tipu. Even dah banyak kali kitorang hang out sama2, tapi tak pernah rasa bosan. Alhamdulillah, tu lah kelebihan kitorang satu group. Sehati sejiwa , take care each other. Eceyhh^^,


Ice blue Pangkor Island:')

Kitorang sewa challet dekat Teluk Nipah. Perjalanan pergi Pangkor tu start pukol 7pg waktu tempatan. Kena berkumpul dekat bus stop Angsana, tapi bas sampai nye pukol 8-___- Sepanjang perjalanan tu, semua orang tidur sebab mengantuk sangat2. Mana taknye, masing2 tidur lambat malam before tu. Eksaited sangat nak pergi bercuti kann..


Bas dah sampaii, cepat angkat baranggg..
Tu diaaaaa...

So dalam pukol 11.30pg macam tu, sampai lah kitorang dekat jeti Lumut. Dari situ, kena naik feri pergi Pangkor. Before feri sampai, sempat lah main snapping2..


Zaid, model jeti Lumut:p
Tiket feriiiii:D
Boys at jeti..
Wihuuuuu:*

Sampai2 Pangkor, terus kitorang check in challet. Pergi naik van pink roda kecik. Pakcik driver tu bawak laju gila. Macam rasa naik roller coaster, tak tipuu. Dah lah jalan tu pon adventure bukan main. Macam naik Short Gun dekat Pesta Penang pon adaa..


Syok oh naik van ni!:D

Petang tu jugak aktiviti pertama kitorang start iaitu SNORKLINGGGG:DD Tapi kitorang kena naik feri pergi pulau tempat snorkling tu dulu. Best gila2 faham tak? First time saya snorkling. Tapi licin lah batu dekat sana. Tajam lagi. Habis berdarah kaki diorang. Nasib kaki saya tak kena tapi tapak tangan pulak yang berdarahnyee..


Dayung dayung sampannnn~ Ehh?
Yeay snorklingggg^^,
Kesian kaki Fakhrul berdarah:( Auuuu..

Then kitorang berjungle trekking sikit pergi depan pulau, mandi dekat situ. Name tempat tu, Coral Island. Dekat situ kitorang main banana boat pulakk^^, And and bola tampar air and and tanam2 and and back flip back flip..
Trek yang sangat mencabar..
Diorang ni susah betul nak kawal. Ada je benda dalam kepale nak buat-__-
Azim: Kita kena jaga diorang budak perempuan ni. Kau Zaim, Abang Long, aku Abang tengah, Apek, Abang bongsu.  :)
Tanam Aiman:D
Fushoooooo :O

Malam tu ade bbq session. Tapi macam tak best sangat sebab orang tu yang tolong masakkan. Kitorang tinggal makan je. Tapi makanan dia sumpa banyak. Alhamdulillah kenyang kitorang malam tu. Tapi Ayu takboleh makan seafood. Ayam je boleh, dengan ikann. After makan, ada sesi karoke pulakk. Ayu, Wani dengan Cut nyanyi aww. Jangan main2. Haha:p Saya nak nyanyi, tapi dan dan je nak pegang mike, orang tu dah suruh tutup. Sabau je lahh..


Separuh dari makanan malam tuu..
Santai, layan diorang karoke..

Lepas makan and karoke, kitorang pergi lepak2 tepi pantai ramai2. Aktiviti malam tu; menyanyi, main buai, main game sambil makan jajan cap Econsave and bergosip. Hehee.. Kitorang lepak2 sampai pukol 2.30pg je. Then masing2 dah tak tahu nak buat ape, alamatnya balik challet lah kami since masa tu kepala saya pening gila sampai rasa macam nak tercabut. 


Handsome boys.. lah sangat:p Ahakss..
Ramai yang dah mati. Tinggal beberaa je yang masih bertahan...

Dalam challet tu after dah mandi tukar baju semua, Cikin, Wani dengan Cut sambung aktiviti diorang sendiri. Makan maggi cup plus truth or dare challenge. Saya, Ayu dengan Yaya dah surrender tidur dulu masa tu. Haha:p Keesokkannya, pagi2 lagi boys dah call kejut subuh. Akibat terlalu letih, kitorang ber enam girls ni tidur balik. Then dalam pukol9 tu bilik kitorang kena gegar dengan boys suruh bangun. "Wei korang, bangun lah sarapannnnnnn!" Hewheww..


Pagi2 lagi dah cari Pest-___- Tak faham betul..
Panorama challet^^,

After sarapan, terus kitorang pergi pantai lagi. Aktiviti pagi tu, sukaneka. As expected, sampai2 pantai tu belom sempat apa2 lagi diorang boys dah terjun laut dulu. Apepontakboleh diorang tuu..


Tengak tuuuu..
Semat lah gambar nii. Bangge lah tu Iwann..

Salah satu game kitorang main, perang belon. Masa tengah main, accident happen. Muka saya kena belon yang isi air tu ketepek. Worst thing worst, pakai lens pulak masa tu. Memang serram lah kan. After nak dekat 5minute urut2 bijik mate, akhirnya lens tu keluar jugak. Alhamdulillah takde pape jadi..


Miss tolong keluarkan lens tu. Huu..
Cut comellll:*
Biasalah, budak lelakiii..

Then dalam tengahari semua balik challet masing2, ready to check out. Then dalam 3ptg tu sampai lah kitorang dekat jeti Lumut. After stop sekejap shopping2 and solat, bertolak lah kitorang naik bas UITM. Around 7ptg macam tu baru sampai Palam. Alhamdulillah selamat pergi, selamat sampai..


Nak balik dahhh. Maggi cup tu sedap au. Vege Cintan^^
Dekat Jeti Lumut. Amboi Ayu, banyak shopping?^^,
Alhamdulillah, selamat sampai Palammm. Muka bahagia (^__^)

Even vacation kitorang ni 2hari 1malam je but its mean a lot to us. Bak kate orang, kuantiti tak menjamin kualiti. Kualiti kitorang sepanjang 2hari 1malam spent together ni sangat pack macam milo 3in1 yang kepadatan maximum tu, haa.. Hebat tak hebat tak? 


Yeaaayyyyyyy:DD

Thanks to all the boys cz jage kitorang girls elok2 dekat sana. Bertuah kitorang 6girls ada 21bodyguard tak berbayar. Hewheww^^, And tak lupa jugak dengan 3 lecturer which salah seorang nya Miss Safina, lecturer tutor Kimia kitorang yang sudi mengiring and jaga kitorang. We had a very wonderful moment together. Takkan lupa kenangan ni sampai bila2..


Thankyou miss.. We're gonna miss u:*


Panjang kan entry ni? Wuuu.. Kan dah cakap awal2. Akhir kata, sekali M4, selamanya M4.. Okbyee..


nota kecil: Esok study Kimia pulak..