Saturday, November 8

8TH NOV

Terbaca someone tweet tadi. He said 


"Aku lagi suka tengok perempuan pakai bawal dari tudung belit belit tu"

Lelaki lah kan yang cakap of kos. First of all, perempuan dress up not to impress the boys. Mostly lah cz I dont know lah kalau ada yang dress up to gain attention or pujian or even likes on instagram. Plus diorang ni tak tahu ke pakai shawl yang konon nye belit belit ni lagi 10 kali senang dari pakai bawal? Bawal tu dah tentu tentu kena iron smoothly. Kalau salah iron, tudung tak jadi. Then we have to jaga the muncung so that dia okay je setiap masa tak kemek. Bila angin tiup, muncung tu dah semestinya terbang terbang then nampak selekeh. While kalau pakai shawl, tak payah risau semua tu. Muncung semua tak ada. Tak payah iron, tak payah susah susah nak jaga kalau angin tiup. This is for the girls yang pakai shawl yang 'belit' biasa lah. Kalau yang belit serabut sangat sampai tercekik leher tu lain cerita lah. Theres a diff okay? Sama jugak lah concept lelaki selalu cakap

"Kenapa nak kena make up? Natural beauty kan lagi cantik"

Again, we make up not to impress you. Saya rasa tak salah untuk perempuan make up as long as tak over. Cukup so that tak nampak pucat. Ni kalau dah sampai eye shadow biru, lipstik pink menyala, blusher bagai. Bedak jangan cakap lah bercapuk. Haa kalau yang itu valid lah kalau the boys nak kutuk pon. Tapi tapi tapi, dekat instagram tu perempuan perempuan yang make up tebal tebal tu lah yang you all dok comment 


"Cantiknyaaa"
"Indah nya ciptaan tuhan"
"Suka tengok awak" 
bagai

But tak kisah lah. Tu masing masing. Tapi kita tak boleh nak salah kan jugak boys yang cakap macam atas tadi tu. Tu hak diorang. Preference diorang. Apa yang diorang suka. Apa yang diorang tak suka. But I think, ada limit jugak kot kalau nak cakap macam tu. I mean, kalau nak cakap, be more specific. Kalau nak cakap pasal shawl lilit lilit, cerita lah lilit lilit yang serabai tu. Jangan attack semua yang pakai shawl lagi lagi kalau girls yang choose shawl than tudung bawal cz she feels yang shawl lagi besar area to cover their chest than bawal. Boleh je bawal cover chest, but it will look tak trendy lah. Kalau shawl, still modest and trendy. You know what i mean? heks

Yang make up pulak. Like I said before, as long as tak nampak over and keterlaluan sangat, okay lah kot? Boys dont be like hentam semua yang pakai make up. Even we all yang pakai eyeliner and bedak baby je pon boleh terasa if you sebut pasal make up. Kinda lah. Perumpamaan. Tapi satu bonus lah for those girl yang ada confident keluar rumah without even wearing a bedak pon. Untunglah kulit cantik tak berminyak. Tapi for me, I really need an eyeliner. Tu wajib. Kalau tak, I will look macam cina mati laki mata hilang. Hahaha. Dengan ada dark circle nye. Okay dah byee nanti sembang lagi

Friday, October 10

10th OCT

Ahaaa. My blog dah berwajah baruu. Lebih matang I guess compared to before. Girlish sangat kan? Ape yang best layout baru ni, you all boleh tukar type of view yang you all suka. Tekan je tab menu dekat atas tu. Ihiks best kan? Okay tak kisah lah

Saje harini tiba tiba rasa nak menaip. Actually, saya tak berapa selesa bila orang cakap saya putih. Siriesly rasa offended sangat. Rasa macam orang ni perli aku ke ape. Siries siries. Ni bukan cakap sebab nak orang balas "Eh awak putih la niaaaa" tak tak. Rasa macam entah. Saya biasa je sama je tak putih mana ponn. Kalau putih, tu macam Emma Maembong, Siti Saleha, Kak nurullyasmin(Instagram) and the list goes on. Like siriesly mana ada perempuan hitam? lelaki ye lah hitam. Semua perempuan nak putih. Okay lah fine, ye ada perempuan gelap sikit tapi hitam manis. Sweet je. Sama je lah semua pon

Sebenarnya terdetik dekat hati ni nak cerita pasal putih sebab dah 4,5,6 kali jugak lah my friends. Orang yang berlainan. They told me a story. Nak di jadikan cerita, 

"Ada kawan I tu blablabla. Dia putihhh. Putih dari Nia"

I was like "Kite tak putih laaaaaaaaaaaaa" Kenapa putih dari Nia? Kenapa tak putih dari you, yourself? Hahaha adoii tu je lah cerita putih Iolls. Again, semua perempuan putih. Siries. For me lah, I dont see ada perempuan yang gelap pon. And my perspective of putih is when the girl herself is being blessed with a milk type of skin. Her whole body! Bukan dekat muka je



nota kecil: Nak balik Merlimau cecepat niiiiii. Ada benda nak settle!

Tuesday, October 7

7TH OCT

While you were talking, 
I silent
Silently looking at your face. 
Smiling. 
Glad to see it again. 
That face. 
How I missed it so bad. 
Your voice. 
I close my eyes. 
Listen to it carefully. 
Every single word, 
feels like a melody. 
Time. 
Stop. 
Please stop. 
I wish it could stop. 
Strange. 
How possibly that kind of feel came across? 
NONSENSE


Thursday, September 25

25TH SEPT

"Jenis makan maggi tak basuh mangkuk biarkan atas meja 2 3 hari dengn kuah2 sekali. Kalau cicak jatuh dalam tu betukar jadi naga agaknya" 
UiTM Confession, 2014

Tweet from UiTM Confession tadi. Hah. Baru tadi member cerita pasal scenario ala ala macam ni, but maybe lebih worst kot. Sebab dia biarkan mangkuk maggi tu seminggu tak basuh. And paling sedih, orang tu perempuan. Macam mana eh nak cakap, hmm bukan lah saya nak mengata orang macam ni but ladies,, tolonglah. You dah makan, basuh lah terus. Apa berat nye nak basuh pinggan right after you eat. And macam mana you sanggup tengok mangkuk tu terdampar dekat dalam sink tu tak ber basuh? Doest it smell?

Bukan lah saya or we all yang complain ni mengharap kan you jadi super pembersih like even sikit cela pon tak boleh nampak but benda benda basic macam ni consider lah sikit. Lagi lagi kalau kita duduk menyewa dengan kawan kawan. Okay lah kalau dekat rumah maybe you boleh buat perangai macam tu. Maybe ada orang gaji tolong basuh kan. Tapi dekat rumah sewa you tak ada orang gaji. Lain lah kalau you anggap housemates you yang pengemas tu as your maids? Please lah babe. Kita sama sama perempuan. You tak rasa segan ke even sikit dekat kawan you yang tolong kemas kan barang barang you tu?

You dekat luar bergaya bukan main, but the truth, menyedihkan. Alhamdulillah lah saya tak ada housemates yang macam ni. Dengar member luahkan kata hati tadi pon dah cukup buat saya rasa berapi je kepala. Siriesly tak expect perangai macam tu came out from that particular person. Again, kitorang tak harapkan you jadi super pembersih like ever. Cukup lah sekadar basic things kalau dah malas sangat. Dekat rumah sewa saya ni paling lama pon kuali tak basuh, sehari je. Tu pon sebab lepas masak then nak kena rendam kuali tu but when time to basuh, we all busy. But the day after memang for sure akan basuh. Tak pernah lagi biar kuali tersadai atas dapur tu 4,5 hari

Kuali je tak basuh. Pinggan, alhamdulillah tak pernah lagi lah sinki tu bertimbun dengan pinggan tak basuh. Lepas guna terus basuh. As simple as that. Lepas guna, basuh. Even boys pon can do that what. Egh tension pulak. Tu baru cerita pasal pinggan mangkuk tak basuh. Macam mana pulak dengan sampah yang sama sama produce? Toilet sama sama guna? Fikir lah sendiri, wallahualam

nota kecil: Sakit tekakk

Monday, September 1

SEKOLAH 1

Tukar mood pulak update petang petang. Asyik update tengah tengah malam je 2, 3 pagi. Tadi tiba tiba selongkar barang barang lama then terfikir nak buat entry pasal sekolah dulu. Since saya tukar sekolah banyak sangat so I decided nak cerita pasal sekolah menengah je lah. Hee


Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong
Masuk sekolah ni masa Form 1. Right after I finish my primary school. Zaman ajet ajet dah besar. Yelah dah tingkatan kan. Benda yang paling saya tak boleh lupa bila saya kena jaga pondok time rehat since time tu saya pengawas. Pondok tu tempat budak india selalu lepak so kinda black area jugak lah. Most pengawas taknak jaga situ. Since saya cekonon nya baik dengan budak budak ni bak kata sinier, so dengan senang hatinya diorang letak saya dekat situ. And my duty berjalan macam biasa. Then one day saya terjatuh hati dengan ada sorang abang form 2 ni. Handsome meh. India. Mata dia hazel. Haha handsome siries tak tipu. Nak describe pon tak pandai. Tak berapa lama lepastu saya dapat tahu dia ada girlfriend. Sedih hati. Hahaha tragis

Satu benda lagi yang saya takkan pernah lupa. Time balik sekolah. Since time tu saya sesi petang so balik pon pukul 6. Saya pergi balik sekolah naik public bus time tu. Sumpah penat tak tipu. Lagi kalau time hujan lebat ke kan. Dah lah tak ada bumbung tempat tunggu bus tu. Tambah jammed lagi. Sampai rumah dah 7.30. Padahal tak ada lah jauh mana pon. 15 minit dah sampai naik kereta. Kalau jalan kaki, forever

Then apa lagi. Oh dekat sekolah ni I have a very good friend. Amal, Elyn and Eryn. Eryn saya kenal since sekolah rendah lagi :) And mostly my friends dekat sini kenal masa sekolah rendah lagi


Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana
Sekolah ni pulak masa saya Form 2. Tukar from Puchong ke Puchong Perdana sebab this sekolah lagi dekat dengan rumah. Jalan kaki je dah sampai. Haa sekolah ni banyak memory. Dekat sini lah saya active main netball. Training kaw kaw. Macam macam tournament join. And selalu amik hadiah dekat perhimpunan. Kehkeh

Sini saya dah tak jadi pengawas dah. Ingat lagi masa first day masuk sekolah ni, saya pakai beg silang corak dam warna pink putih. Kasut tapak merah stokin pendek. Kawan kawan saya cakap diorang fikir saya sombong dulu, berlagak blabla. Then after dah kenal diorang cakap tak. Diorang cakap saya gila gila. Haha yes i am. Pernah kena cop budak koop sebab dulu saya jaga koperasi sekolah. Teman se koop saya Cira and Cami. Muka kitorang je lah jaga koop tu time Form 3. Geng saya time dekat sekolah ni Cyda, Mira and Fyzah. Sebab kan perkara yang tak matang, kitorang dah tak rapat :( But sekarang masing2 dah besar. Dah matang. Dah boleh fikir. I love you guys

Time dekat sekolah ni saya nakal. Even saya kelas atas but perangai tak macam budak kelas atas. Pergi sekolah bawak file je. Ada buku 3 buah, pen sebatang. Dekat file tu ada tampal tampal sticker konon konon ganas. Hahahaha. Tudung pendek tapi tak pendek sangat sampai nampak leher eh. Baju muat muat, stockin pendek then pergi sekolah bawak bola netball. Haha kan saya kata training kaw kaw. Cikgu bagi saya bawak balik bola to practice

Then setiap kali ada spot check attire dekat perhimpunan, saya yang akan kena first sebab budak kelas first akan jalan dulu. Kena rotan tu dah biasa dah tak di nafi kan. Tapi cikgu tak boleh buat apa sebab saya perform academics. Every year time penyampaian hadiah akhir tahun saya ada. Cewah angkat bakul :p Thats why saya tak pernah kena pakai telekung dekat sekolah. But I believed, my attire tak teruk sangat sampai kena pakai telekung. Hehe ye keee? :3

Saya nakal dulu sebab pernah panjat pagar sekolah. Hahaha. Time ni sebab lepas habis training, then kitorang malas nak masuk kelas. Diorang ajak panjat pagar, saya pon panjat lah. Scary weyh tapi best. Lol jangan tiru ye adik adik. Tak baik

Then ada lagi 2 sekolah. Bersambung

nota kecil: Semakin terbiasa :)

Thursday, August 21

21TH AUG

Pheew lama tak update. Tak pergi mana pon. Duduk rumah je, tapi malas. Hari ni tak ada benda pon nak cakap just currently Im addicted to ada satu lagu ni. Rentak ballad. Biasa saya suka dengar lagu rentak rnb techno, but this lagu best pulak. Even tak paham. Haha. Yes lagu Korea

Eyes, Nose, Lips 
by 
Taeyang

Paham lah kot sikit sikit. Satu dua perkataan je lah. Hahaha. Try lah dengar. Time time nak tidur ke kan. Hee

So esok hari Jumaat. Hari berkabung bagi Malaysia. Jenazah jenazah and mendiang mangsa MH17 finally akan sampai ke Malaysia. Istiadat penghormatan mangsa akan diadakan. Pukul 10pg esok start. Al-Fatihah

Macam berita lah pulak rasa. Eh. Hmm so lagi 2 minggu plus minus nak start semester baru. Macam excited, macam tak. Excited sebab nak belajar balik. Tak excited sebab tajuk fyp tak dapat lagi. Haha ayoo. Macam mana ni? Tak akan salah kan idea kenapa dia tak datang lagi sebab diri sendiri tak peruntuk kan masa untuk dia datang. Haa macam mana tu. krikrik

Actually I was sooooooo very the sad sebab supposely 9hb haritu I should have attend my friend punya wedding dekat Shah Alam. Tapi atas sebab perkara yang tak dapat dielakkan, terpaksa cancel. And my flight yang dah book pon burn macam tu sahaja. Melayanggg sedih pedih. My friend ni saya kenal bukan lah masa zaman childhood or even zaman sekolah. Saya kenal dia masa zaman foundation dekat Palam dulu. No she is not Palam's student. Shes Sunway's. How did I knew her, hehehe ada lah. Yang penting, she do gives impact to me that time and Im 100% sure too that me also gives her the same way. Apa apa pon. Alhamdulillah. Im happy for you dear. Semoga Ili sentiasa happy dan bahagia di samping suami :)


(Masih dengar lagu eyes nose lips) 
Nak cakap apa lagi eh. Hmm nia, have faith. Jiayou!

nota kecil: Nak tengok monsters university







Saturday, July 19

BULAN

Harini nak cakap pasal bulan. Yes bulan. Haritu ada orang mengadu dekat saya, dia cakap ada orang tiba tiba tanya dia

"Kenapa bulan?"

Kesian orang yang mengadu dekat saya tu. Tak memasal kena tanya benda yang tak ada kena mengena dengan dia. Here, biar orang yang sepatutnya jawab yang tolong jawab kan. Hye awak :)

Saya memang dari dulu sukaaaa sangat bulan. Bulan penuh lah especially. Dari kecik lagi. Whenever bulan penuh je, I feel really loved. Tak tahu kenapa. By just looking at it, rasa nyamannnn je. Macam terpesona maybe? Yeah memang semua orang pon terpesona dengan cantiknya bulan penuh. But maybe saya extra sikit kot. Sebab kalau tak, takde nye terbawak sampai ke besar kan? 

Bulan yang saya paling fav bila bulan tu warna oren. Orang kata bulan sakit macam tu. I dont know. Ada yang cakap, sebab cuaca panas . Tak kisah lah yang penting saya suka sangat sampai bila kalau ternampak je bulan macam tu, my eyes can possibly tearing. Eceh over nau tearing kan. Berair sikit lah kot. Sebab terharu. Cantik sangat

Dia kalau bulan tu warna oren, lepastu size dia besar, lepastu dekat dengan bumi, Allahu cantik dia tak terhingga. Biasanya pukul 8.30-10.30 mlm lah boleh nampak bulan macam ni. Kalau dah lewat malam tu, bulan dah tinggi. Still cantik but yang awal2 tadi lagi cantik :)

Actually saya dari dulu lagi ada keraguan pasal something. Ada ke tempat dalam bumi ni yang boleh nampak bulan yang size dia besaaaaaaaaaaar sangat tu? Tapi dah besar besar ni maybe dah bijak sikit kot. Saya tanya pakcik google and yes. Memang wujud pon. Fenomena tu di panggil Supermoon. Tak selalu jadi. Ada certain time je. Tapi jarang lah jadi kat Msia. Luar negara tu selalu. Kalau lah ada kesempatan, nak sangat tengok bulan besar macam tu. Mesti cantik. Boleh pengsan kot saya?

Okay awak. Dah terjawab ke soalan awak, kenapa bulan tu? Hehe. Theres nothing to deal between us pon. Bulan is my other half, maybe? hiks. Other half yang datang nye sebulan sekali je. Okay byee


nota kecil: Siapa lah bagi Baby makan? :( Miss you Baby 

Friday, July 18

GEMOK

Masih terkejut dengan kes #MH17. Previous entry

So cuti ni ingat nak gain weight. Tapi memang setiap kali semester break cakap nak gain weight, tak gain gain pon. Blegh. Okay lah pernah lah naik sikit. 200g, 300g. Macam tu je lah. Tapi saya teringin sangat nak berat time sem 1 dulu. 54kg. As for now my average weight is 52kg. Even 2kg je pon tapi tolong lah stay with me sebab my metabolism is real high. Saya susah sangat nak naik berat. Or maybe sebab genetics jugak kot. Tengok lah Mama. Muda2 kurus je. Dah tua ni baru berisi sikit. Tu pon tak ada lah berisi mana pon

Tapi sekarang berat 52kg pon dah kira alhamdulillah lah sebab dulu saya 49kg je kot. Dari Form4 sampai habis Asasi, 19yo. Kira underweight tau 49kg tu sebab tinggi saya time sekolah 161cm. Berbalik kepada cerita 54kg, even tak jauh beza pon 54 dengan 52 but my physical siries berbeza gila gila dengan sekarang tak tipu punya. Ada satu gambar tu I really looks like a pregnant woman with swollen face. Kembang habis tak tipu punya. Tangkap gambar pulak dengan lecturer lelaki. Dah macam laki bini dah. Hahahaha. Nak tengok gambar? Hiks malu lah. Jangan gelak!



HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!

Time ni prof belanja makan. Bukan berdua je tau! Ada lagi kawan 2 orang. Okay nak cerita ni. Time ni dah lah saya pergi order beger. You know datang restoren. Tak silap ni restoren own by Fizz Fairuz dekat Shah Alam. Datang restoren, makan beger. What the kan? Perempuan nafsu ape tah aku tak tahu. Hahahaha. And you know what, time berat 54kg ni kan, saya boleh rasa peha saya berlanggar time berjalan. Tak pernah hayat rasa peha berlanggar lagi. Hm lagi kalau pakai baju kurung. Kan pakai kain. Lagi lah terasa gila. Time tu mula mula rasa down gila tapi bila tanya kawan2 lain, diorang cakap, its a normal thing. Then saya pon fikir, Oh okaylah macam tu. Akhirnya setelah 19tahun hidup, baru rasa hidup normal which is peha berlanggar kalau jalan. Hahaha okay

Then time tu I pon feeling2 rasa diri cantik sebab finally I got a normal life aka peha berlanggar time berjalan. Padahal *sila rujuk gambar diatas semula

Oh saya tak cerita nafsu syaiton saya time sem 1 macam mana lagi kan? I dont know whats gotten into me, but I can finish a plate of chicken rice after makan beger bakar. Beger bakar beb. Bukan beger tepi jalan nun. Kalau menu hari2 pulak, biasanya masa dinner lah nafsu syaiton ni naik. Saya suka beli nasi lemak. Then beger special double. Air wajib 2 cawan. Eat seperately. Basuh tangan dua kali. Lepastu before naik bilik, tapau ayam uncle bob 1. Dinner pulak pukul 9. Mendapat lah peha berlanggar

But when I saw gambar yang dekat atas tu only then I realized, peha berlanggar is not a normal thing! I really look like a big fat ogre in that picture and lepastu terus berazam taknak makan ikut nafsu syaiton dah. Then masa sem 2, berat saya turun 53kg. Peha berlanggar dah hilang. Imma happy kid. Time tu saya puas hati lah dengan physical baru. Tak cengkung. Ada isi. Peha tak berlanggar and I live my happy life as usual

Until sem 3, my weight turun lagi jadi 52kg. Kurus sikit lah. But my housemates said saya nampak beza gila masa sem 3(52kg) dengan sem 2(53kg). As kalau compared dengan sem 1(54kg) of kos lah beza gila kan *rujuk gambar atas balik. They said saya sem 3 nampak kurus gila. Padahal turun 1 kg je pon. But i think currently my weight is 51kg kot sebab rasa pakai seluar jeans longgar. This is dangerous. Semoga Nia boleh naik berat sampai 53kg balik. Aminnn. Jangan 54kg tau! Sebab nanti macam gambar di atas. Hahaha okay bye 


nota kecil: Ily, my friend nak kawin dahhhh

18TH JULY

Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan berita kemalangan kapal terbang. Yes kapal terbang. MAS. Again. In the same year. Beza berapa bulan je sangat. March and July. MH370 and MH17. Ya Allah, sesungguhnya Kau uji Palestin dengan dugaan serangan namun Kau uji Malaysia dengan ujian sebegini. Allahu

Heart shocking news. Siriess. Shock. Bukan break. Shock. Tabah kan lah semangat kami Ya Allah terutama ahli keluarga mangsa terlibat

Hmm, so alhamdulillah saya dah dekat Penang. After settled all the things blablabla and finally dapat pon balik. Padahal paper habis 8hb haritu kot. Lama kan gab? Now dah 17hb. Actually ada programme on 14,15 and 16. Thats why kena stay. Precisely 15,16 tu hari kitorang present untuk subject ITS570 which is our core subject for my programme. So yeah

Oh, saya tak sihat actually. Dah 4 hari kot. Plus minus lah. Tapi disebab kan nak settle kan kerja, so macam malas nak layan sangat sakit ni. Batuk2 and badan panas. Plus maybe demam sebab tak sabar nak balik kan, thats why kot. Tapi tadi sepanjang perjalanan Melaka-Penang, saya batuk tak berhenti. 

Kesian Nina terpaksa terima virus. Oh saya balik Penang dengan dia, naik kereta. And kesian jugak dekat Nina sebab terpaksa melayan orang sakit ni nak minyak angin lah, nak cari kedai runcit lah sebab nak beli hot patch and terpaksa tahan bau minyak angin yang merebak dalam kereta. Sorry Ninaaaa, I love you:* 

Nota kecil: Rindu Baby :(

Friday, July 11

11TH JULY


 Qunut Nazilah. Doa khusus yg Nabi ajarkan tatkala berhadapan musuh yg menggila spt Israel. #PrayForPalestine


nota kecil: Tak sanggup nak tengok video dekat FB yang diorang share pasal anak2 Palestine. Allahu

Saturday, July 5

Saturday, June 7

Sunday, May 11

11 MAY

Lama nya tak update blog. Straight to the point, hari ni nak update pasal Mother's Day. Memang lah hari2 pon mother's day, tapi nak update harini jugak tak kira

To my one and only Mama in the world, 

Amy Faridah Chin binti Abdullah @ Mirence Chin



Thank you soo much sebab lahir kan adik ke dunia ni. Memang banyak dugaan Mama besarkan adik and akak especially, sebab tak payah lah cerita private matter. Tapi yang penting, in the age of 21 Mama dah kawin and mengandung dapat Akak. Dah lah kawin muda, jauh dari family pulak tu. Jauh bukan sebarang jauh, agama pon dah lain dengan family. Plus dugaan dugaan menyusul lagi. Haih, I dont know how Mama can manage to survive. Tapi everytime adik dengar mama cerita pasal cerita2 lama, rasa berat sangat hati ni. Macam ada batu himpit. Peritnya dugaan Mama, hanya Allah yang tahu. Mama lalui dugaan besarkan adik dengan akak masa umur 23 tahun, sorang2, sebagai mualaf. Bayangkan. Memang masa tu, bila bila je Mama boleh murtad, tapi Mama tak. Mama sendiri pergi cari pusat agama, belajar agama dekat situ. Allahu. Umur 23 tahun, ape je yang kita fikir kalau masa tu. Mesti nak enjoy lagi. Tak puas teroka dunia. Tapi Mama? Dah lah mualaf, janda anak dua, muda, sorang2 dekat KL tak ada family since akek(atok) and nenek dekat Sarawak. Plus, diorang still tak boleh terima kenyataan yang satu2 nya anak perempuan dari 10 orang anak diorang dah tukar agama. Perit nak digest. Until now pon, Mama still di duga. Besarnya dugaan Mama sebagai seorang mualaf. Insya Allah, syurga tempat mu. Amin

nota kecil: ...

Wednesday, February 26

26th FEB


Yeah. Agree infinity percent. Been through 3 time of hard time, and now Im not the old Nia anymore. Hati dah bertukar jadi batu

If you choose to stay, please stay. Convince me. I'll probably be the most luckiest person on earth to have you. But if you're not, you are please to leave. Like the others. At least tak ada lah saya ter pinga pinga macam orang bodoh, fikir the reason why you leave me as Im the one who ask you to leave

Win

nota kecil: AA, AA, AR. Thanks for the memory

Friday, February 21

BANDUNG 2


Okay jom sambung pasal Bandung haritu..

Lepas dah breakfast tu then kitorang pon teruskan perjalanan. Oh lupa. Makan nasi padang. Ehem nasi ye nasi. Saya jenis tak makan nasi pagi pagi ni sebenarnya tapi dah sampai negara orang kan, so try je lah. Not bad makanan dia. And the price also sangat murah. Cliche lah kan harga murah ni so nothing new. Just kalau dekat sana, diorang akan sediakan air suam wajib untuk setiap orang. Kalau nak air lain, order lain. Kira sihat lah kan minum air suam? Good good

So hari pertama sampai tu kitorang terus pergi tengok gunung berapi. Cadang nye nak ke Tangkuban Perahu which is tempat wajib tourist kalau ke Bandung. Tapi that time, tiba tiba gunung berapi tu active pulak so Pak Gunawan tukar plan bawak kitorang ke Kawah Putikh. Still gunung berapi. And of course nama pon gunung kan, so the temperature masa naik tu rises as the height increasing. Best lah feeling2 sejuk ni. Tapi Bandung memang sejuk pon tapi tak ada lah sejuk melampau kira 24-25 degree celcius macam tu lah


Map from Bandung to Kawah Putikh. Plus minus, 2jam jugak lahh

Dekat atas tu subhanallah sumpah cantik gila sampai tak terbayang nak cakap macam mana. I mean dekat Kawah Putikh tu lah. I wonder, macam mana kawasan yang merbahaya, yang penuh dengan berlerang, yang bila bila masa boleh meletup boleh cantik sampai macam tu sekali. I dont know how to describe. Allah Maha Besar


Abaikan muka kami. Tengok belakang tu. Air dia kaler biru kan? And the belerang kaler putih ke kuningan

Ni nampak sikit kot kaler air tu. Heheu
Us! :) Nampak tak ke modelan saya compare dengan all the girls? :p


So dekat atas tu ada something yang cool tapi tak berapa nak cool. There this people yang suddenly datang dekat kita and tangkap gambar kita tanpa disuruh with their camera and print it out of nowhere and ask us to buy. What the lah kan? Tapi macam tu lah keadaan dia. Lagi tambah teruk kalau masa nak bergambar ramai2 macam gambar last dekat atas tu. Then these cameraman yang desperate ni will berebut nak amik gambar jugak. Diorang dalam 3,4,5 orang. Each of them got their own camera and printer instant dekat tangan. Lepastu paksa2 suruh beli dekat diorang

Then lepas dah lama dekat atas tu, kitorang pon decide nak turun since Puan Mas dah start rasa semput. Bau belerang dekat atas tu kuat sangat. Mata saya sampai tak boleh bukak since I wore lenses that time. Sebelum turun tu kitorang pekena strawberry juice dekat cafe atas tu. Diorang pilih strawberry juice but since saya tak minat strawberry, I decide to try teh halia. Dekat sana panggil ape tah lupa. But the taste is super kaw tak tipu punya. Kalau minum tu tipu lah tak kentut. Sampai macam tu sekali. Hahaha

The strawberry juice pon kaw. 80% buah, air 20% je. Memang rasa strawberry betol2. There my drink. Cawan kecik tu :p

Tapi saya minum sikit je sebab tak tahan rasa kuat sangat. Lepas dah minum tu, kitorang pon turun lah gunung tu. Sepanjang perjalanan, pemandangan subhanallah cantik gila sampai nak menangis tengok. Kitorang nonstop menjerit dalam van siries tak tipu. Sebab Pak Gunawan bawak lalu jalan ladang teh. And the view is soo awesome. Saya berani cakap pemandangan dia lagi awesome dari ladang teh dekat cameron. Tak tahu nak describe macam mana. Then we decided to stop and enjoy the scenery. 

Disebab kan kaki masing2 gatal, so as soon as turun je dari van, semua berlari macam budak kecik masuk ladang teh yang subhanallah cantik gila tu

Tengok langit pon dah nampak sejuk kan? :) Ladang teh yang sejauh mata memandang

Then before sampai Bandung balik, kitorang berhenti dekat masjid area situ. Kebetulan masa tu saya tak boleh solat. Then masa diorang tengah solat, saya pergi jalan2 amik angin dekat luar. Tiba2 ada nampak satu lori ni. Atas tu penuh dengan budak2 sekolah rendah agaknya sebab semua kecik2. And they bye at me dengan bahagia nye " Byeeeebyeeeebyeee " like that. Bahagia maybe pergi sekolah naik lori. Hahaha kalau saya pon bahagia! Gila tak bahagia? Dengan lalu gunung2, dapat tengok pemandangan ladang teh yang awesome, dengan cuaca sejuk macam tu. Kids, you are so lucky

Then malam nye baru sampai Bandung balik. Malam first tu kitorang bermalam dekat hotel dulu. Marciella Hotel ke tak silap nama dia ala lupa. Haha gambar tak ada nak tunjuk

Ihsan google

Act kitorang sewa guest house. Tapi since that night the guest house still tak available sebab ada penyewa lain, thats why malam tu tidur Marciella. Tapi nice lah hotel ni. Cantik, kemas and it situates betul2 dekat bandar Bandung. Then sampai je hotel semua kepenatan. Masing2 masuk bilik masing2. Saya satu bilik dengan Ana. Then that night we decide to explore kota Bandung. Haha. Tak ramai pon pergi. Saya, Ana, Anot, Syaza and Syator. Kitorang berlima jalan kaki menikmati suasana malam Bandung. 

Cool lah. Experince yang okay. Susana dia takde lah jauh beza dengan Malaysia cuma bukan sampai tahap KL lah Bandung tu. Im talking waktu malam okay sebab banyak kedai tutup. Tapi macet tetap macet. And since bandung tu kawasan orang kaya, so the houses ada yang sumpah mewah macam hape dah. Kalau miskin tu, kedana sangat. Kalau kaya tu, kaya gila. Rumah malaysia pon kalah. 

Then we all singgah Giant. Sana pon ada giant tau. Haha. Beli snacks untuk makan malam. Kitorang borong Lays sebab harga dia jauh gila beza dengan dekat Msia. Around rm1.50 macam tu. Murah kan? And kitorang try diorang punya maggie cup. Ape tah nama brand yang popular tu. Yang cool nye, dalam maggie tu ada fish ball. Haha cool kan? Then sampai hotel je, semua tengah lepak dekat lobby. Semua nak wifi sebab dalam bilik tak sampai. Sedih hidup. Haha

My room for 1 night. Lupa nak amik elemen paling penting. Tingkap! Tingkap dia rare gila

Tamat lah hari pertama kitorang dekat Bandung. Hari kedua bersambung di next entry :)

nota kecil: Minggu depan dah masuk new sem




Monday, February 17

17th FEB

Okay, I am so excited today. Act baru letak lagu baru dalam blog. You can listen to it alrady kan? Kalau belom, tunggu dia loading. Permulaan lagu ni takde lah gempak sangat but when it comes to its middle part, sure you'll love it. Tapi untuk yang suka genre hiphop je lah maybe akan suka. Kalau tak gemar this rapping stuff, maybe you'll find its nothing

Yeah actually saya suka gila lagu genre macam ni. Kinda like disco plus rap and maybe a little bit of swag. My music. I love it. Tapi personality saya tak nampak macam minat lagu2 macam tu kan? I know. Tengok je lah template blog yang very the girlish. Im sure kalau lah ada boys yang baca blog ni, mesti diorang segan nak baca depan kawan2 coz its too obvious yang diorang tengah baca blog perempuan kan? Tahu dahhh


But thats me. Kalau orang yang tak kenal saya, maybe they will think yang saya ni cekonon nya ayu, sopan and so. Saya bukan angkat bakul tau, tapi this is what people keep telling me especially my new friends. But, when they knew me closer ataupon tak ade lah rapat mana pon and they will say me utara selatan dengan first impression tadi. I talk loud, I laugh loud and sometime I do something yang tak sepatutnya seorang perempuan buat. Banyak contoh, but okay Ill give you one. Haha malu. 


Saya pernah sendawa kuat gila dalam lecture hall. Like so loud that everyone can heard it. It just came out so naturally and I cant even noticed until kawan baik saya siku saya. Bila saya tengok keliling, banyak mata yang pandang and they laugh at me. Ada yang tak tahu siapa empunya that deathly burb. Time tu, all I can do is just smile at them and tunjuk sign, "Shhh, focus! focus!" Hahaha okk

Act dari sekolah menengah lagi first impression people towards me is way much different from who I really am. Since saya kerap tukar sekolah, so I heard this utara selatan impression about me alot. And here I am. Nia is nia. I can be soft, I can also be very wild when something makes me go wild. Terpulang. 

So! Dah dengar lagu? Best tak? Hahaha. Actually lagu ni tajuk dia,


Dang Dang Dang by Supreme Team

Tapi, this is a live cover by member's of EXO which is Chanyeol and Kai. Their rap is so sexy omaigosh saya asyik repeat lagu ni je dari tadi. And I still belum dengar lagi original version from the original singer. Tak rasa nak tengok pon coz Im so into them. Haha. Nanti lah kalau boring, Ill listen to them. Okay till then. Oh kalau ada siapa2 yang suka jugak dengar lagu2 genre macam yang saya suka ni, share2 lah tauuuu. Paipaii



nota kecil: When Im eating, dont make me talking. Cz I probably will laugh. And I might tersembur. To your face. hee

Wednesday, February 12

12th FEB

So taknak update pasal bandung dulu. Saje nak biar tangguh sat. Hikks. Sekarang tengah cuti sem. So I have nothing to do dekat rumah. Cuti ni I just spent my time meniarap depan laptop sambil mencari article2 best untuk dibaca. Tapi lately ni saya kerap cari pasal beauty care or anything related macam healthy care ke, body care ke, ape ape je lah. Tapi most of them yang berasaskan bahan semulajadi. Senang kata, Do It Yourself (DIY) punya lah. Sebab senang nak dapat, murah pon murah.

Yeah I do have problem with my skin. Masaalah jerawat. Tapi alhamdulillah tak banyak lah. But still jerawat is jerawat. Who the hell in this world suka jerawat?! Okay emo out of nowhere, maaf. Plus I get envy with those yang kulit halus mulus putih gebu lembap lembap toinktoink. Thats why I decided to tanya pakcik google. Plus saya tak berapa nak percaya sangat product product kecantikan yang jual2 online or what not tu. Bukan apa, most of my friends yang pakai, their skin turn out jadi very pink like so very the pinky minky siries tak tipu omaigosh. Dah macam pakai topeng dah. I dont know is that the real result or their skin is damage. Tapi kalau tu lah result dia, omo i dont know what to say. Thats why saya taknak pakai


My DIY :)

So hasil google, banyak jugak saya dapat. Ill share mana yang ada kena mengena dengan saya je lah eh;


1. Menghilangkan jerawat dan parut jerawat:
Gosok kayu manis pada buntut lesung batu. Campur air sikit. Sapukan ke kawasan yang bermasaalah. Saya sapu satu muka terus. Haha. Pedih sikit time sapu tu, tapi pedih tu sekejap je. Kipas kan muka bagi kurang pedih ye. 

2. Buang bintik hitam, kurangkan minyak muka, putihkan muka;
Ambik putih telur sahaja, campur kan dengan perahan limau. Guna lemon pon boleh. Kalau ada madu, campur lah madu. Then gaul rata, sapu kan dekat muka. Letak lah tisu dekat muka. Kalau tisu tu ada 2ply, letak 1ply je dekat muka. Nanti kalau masker tu dah keras, tarik tisu tu. Segala blackhead, whitehead keluar. Siries best! (Telur kaya dengan protein, thats why muka kita rasa anjal lepas pakai masker ni. Boleh putih jugak tau. Lemon menghilangkan cela muka. Kalau ada parut jerawat ke, boleh hilang. Limau pulak, dia kan berasid. Bertindak bukak liang pori kita so that the head2 senang nak keluar)

3. Lembab kan muka:
Campur kuning telur dengan lemon. Buat macam putih telur tadi

4. Putihkan gigi:
Perah sebiji limau nipis. campur dengan 3 sudu garam. Garam kasar boleh, garam halus boleh. Then lepas gosok gigi, gosok lagi sekali dengan air limau and garam tadi. 2kali sehari. Yang ni saya nak try tapi tak ter try. Heheu

5. Memanjang dan melentik kan bulu mata:
Setiap malam before tidur, sapu vaseline dekat bulu mata. Atas and bawah. Sapu dekat kening pon okay je. Urut dia sikit. Untuk saya, nampak kesan dekat bulu kening lah paling obvious. Housemates semua tegur bulu kening saya lebat sikit compare dengan before ni. Heeu. Pakai before tidur tau sebab mata korang sure oily. Sebab apa pakai vaseline? Sebab vaseline ni berapa kali ganda lagi moist compare dengan aloe vera. Thats why lipbalm buat daripada petroleum jelly. Vaseline tu nama brand. Tapi this is a very longgg process. Jangan expect pakai seminggu dah nampak kesan pulak ye :p

Then tu je lah benda yang saya decide nak amalkan. Siapa yang terbaca ni, nak ikut, ikut lah. Tapi kalau ada apa apa jadi, dont blame me okay. Ni pakcik google yang bagitahu. Tapi insya Allah kalau bahan semulajadi ni tak ada kesan sampingan. Melainkan you alllergic. Actually kalau bab beauty care ni, search lah guna browser mana sekali pon. Last last, semua suruh minum air masak jugak. Sebab we need to detoxic all the toxic inside our body. Semua tahu kan benda ni. Toxic keluar melalui peluh, sisa kumbahan and so. Nak kurus pon minum air masak, nak kulit cantik pon minum air masak. See? So lepas ni jom kita sama sama minum air masak banyak banyak. Telan je sampai lebam. Tak gemok punya jangan risau. Banyak positive effect kalau minum air masak ni siries. Tak percaya, google


Minum air masak banyak2 tau. Tapi ni susu bukan air masak :p

Oh ada sorang kawan saya yang ada masaalah chapped lips. Alhamdulillah saya dilahirkan dengan bibir yang tak ada masaalah besar. Tak merekah and merah semulajadi. Haks geli geli je. Tapi alhamdulillah saya bersyukur sangat. Then some of my friends ada tanya saya pakai lip balm apa. But i didnt wear any. Even lipgloss or lipstick or even liptint. In fact, saya allergic dengan that stuff. Sebab kalau pakai, I feel like negro yang bibir besar tu. Alamak racist, maaf. This is some tips that i google for people with chapped lips:

Instead of guna lipbalm or lipgloss, tukar kepada vaseline. Use that as your routine. As I said earlier, vaseline gives moisture way much higher than any of other product. Before tidur pon sapu jugak. Then once in a week, guna your toothbrush and brush gently your lips untuk buang the dry skin. Sapu vaseline masa berus tu pon okay. Bila bibir kita licin, so pakai lip tint pon cantik. For those yang pakai lah. And major thing, do drink a lot of plain water. Kalau untuk merah kan bibir semulajadi, I tak terpikir pulak before ni. Just google it. And here it is link


Gambar instagram. Time ni makan pedas, nak tujuk bibir ter kembung sikit. Bhahaha

Tu je lah kot. Okay lah,penat type panjang sangat. Actually, I really believe in taking care our skin is way much better than make up tebal2 yang temporary tu. Whats the point of cantik ber make up. I dont say yang make up ni looser okay cz even saya pon make up. Tapi sekadar cukup syarat. Let me share my make up step;

1. Cuci muka. This is important! Jangan malas cuci muka even penat sekalipon. Dont let your face covered with make up while sleeping. I mean, masa tidur malam. Dia macam makan lah. Lepas makan, tidur dengan tangan tak basuh. No way kan? Tapi jangan tidur lepas makan tau! 

2. Pakai toner. Toner is important to tutup balik liang pori kite yang dah terbukak lepas cuci muka tadi. Plus, untuk kawal minyak

3. Pakai moisturiser. Untuk lembab kan muka. Actually, tiga beradik ni step asas for skin care. Cuci, toner, moisturizer. Complete each other

4. Pakai bb cream. As we dont want our face to look pale, than sapu bb cream. Bb cream ni lain okay dengan foundation. Sebab ramai yang tak tahu apa perbezaan dia. Ringkas nya, texture foundation lebih berat and it gives colour. Thats why kalau orang yang pakai foundation tak sesuai dengan warna kulit, muka diorang macam pakai tepung kek berketak ketak. Tapi bb cream pulak, texture dia lebih ringan. Water base. And it comes in just one universal colour, special to cover the dullness, redness or apa apa jelah cela dekat muka. Tapi tak cukup kuat untuk cover jerawat, dark circle or anything strong. But its okay. As long as I doesnt look pale

5. Then sapu bedak baby. Bedak ni penyelamat. As I just make up sekali sehari je which is in the morning before pergi kelas. This baby powder, I wear bila2 masa lah kalau kulit rasa berminyak. Or lepas ambik wuduk ke kan. I dont wear compact powder cz I just dont.Maybe nanti kot bila dah besar sikit :p

6. Final touch, eyeliner. This is important for me as, if I didnt wear any, my face will look super pale. Macam cina mati laki lah senang cerita. Hahaha. Dengan mata tak berapa nak besar. So bila pakai eyeliner, then my eyes look bigger. Hokks 

So the end. Pantas dan effiesen. Oh another thing, for girls, you shouldnt let your face terdedah kosong macam tu je tau bila keluar rumah. At least wear something yang ada UV protection. This is important. Thats why bergunanya bb cream tadi. Pilih bb cream yang ada uv protection or spf protection. Okay? Ajet ajet je nia bagi petua ala ala retis kan. This is just for sharing. Saya sendiri pon google. Than I share it here. Sharing is caring kan? Muchas love :*


My face is slightly darker than my hands. Sedih kan? Hahaha



nota kecil: Tak sabar nak naik sem :)




Tuesday, February 11

BANDUNG 1

Harini tiba tiba rasa nak update pasal pergi indon haritu. Act masa pergi tu time Hari Raya Aidiladha. Memang sengaja buat time raya pon sebab nak rasa sendiri pengalaman beraya dekat sana. Plus kitorang ada bawak bahagian untuk orang nak buat korban dekat sana. Means, lembu sembelih dekat indon tapi nama untuk 7 bahagian lembu tu from malaysia. Haa gituww

Susur galur cabaran dan dugaan macam mana kitorang realisasikan program ni nanti lah saya cerita. Sekarang nak cerita pasal memory dulu. Tapi kalau saya cerita pasal dugaan dan cabaran program ni, sure ter inspired punya lah. Hakks over. Tapi siries, even saya sendiri tak sangka program ni boleh jalan *sedut hingus

Okay back to business, kami dari Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Shah Alam (PRS FSKM UiTM Shah Alam), membawa nama UiTM Shah Alam dan fakulti, pergi ke Bandung, Indonesia selama 5hari 4malam. Cewah, nak gempak je. So here it is;


This is our banner. Design by Abang Shah ^__^

Ni official tag kitorang. Suppose ada gambar dekat sebelah tu, tapi tak update pulak :3


13th October 2013, Sunday
Since flight kitorang pagi subuh, so Sabtu malam nye kitorang dah kena berkumpul dekat faculty for our final preparation. Masaalahnye, malam sabtu tu nak gerak, petang sabtu tu baru saya and Ana packing barang ape nak bawak pergi sana. Teruk kan? Tapi kitorang okay, kitorang cool. Tak ada barang tertinggal alhamdulillah sebab awal2 lagi kitorang dah buat what-to-bring list. Heeu. So, pukul 12am tu semua dah berkumpul. Kitorang pergi 20orang termasuk pegawai pengiring which is Puan Masrina and Cik Ana. Masa tu lah segala benda di double check kan termauk lah pembahagian duit indon, letak tag dekat luggage masing2, pemberian boarding pass, check passport bawak ke tak, make sure banner ada, vest PRS bawak, jacket PRS bawak and tak ada lagi barang yang ter tinggal. 


Boarding pass and passport

So tepat pukul 2am, kitorang gerak ke LCCT. After settle itu ini, masuk lah kami ke departure hall. Al kisah masa nak masuk gate tu, ada drama pulak jadi. Beg Kak Putri hilang. Dalam beg tu pulak ada boarding pass. Keadaan masa tu chaos gila since half of us dah keluar gate so tinggal beberapa orang yang still dekat dalam. Actually, since flight kitorang pukul 6.30am so diorang pon pergi lah solat subuh dulu. Ehem diorang pergi solat, ehem. Ok. Then tungtangtungtang tiba2 Kak Bell yang dah keluar gate tu berlari patah balik masuk dalam hall bagi beg Kak Putri. Rupanya Kak Bell yang ambik beg Kak Putri, alkisah drama subuh. So alhamdulillah semua settle, kami pon selamat masuk cabin. 

Dekat jadual cakap flight kitorang 6.30-7.30am. But the flight took 3hours to arrive. Sebab perbezaan waktu kan. 6.30 tu Msia, 7.30 tu Indon so yeah faham kan? Fly time subuh sumpah best feeling ever since kita boleh tengok matahari terbit dari atas langit yang bukan senang nak tengok. Luckily saya punya seat sebelah tingkap, so yeah once again. Then, at 7.30am waktu indonesia we arrived! First time jejak kaki ke negara orang rasa fresh gila. Tambah dengan cahaya matahari memancar, angin sejuk, pemandangan baru. Takkan lupa perasaan tu. Ya Allah


This is the best I can give. Kihkih. Gambar banyak dalam hard disk ana

As soon as we arrived,our tour guide dah tunggu dekat depan airport. Nama dia, Pak Gunawan. Kitorang naik van. Since kitorang ramai, so ada 2 van. Satu van tu Pak Gunawan drive, satu lagi Pak Dengdeng drive. So our first destination, I donno where it is tapi pergi breakfast! Makan Nasi Padang dekat kedai local. Masa odw pergi tu, our eyes was amazed by the culture there. The buildings, the people, the advertisement, semua lah. Siries lain dengan Malaysia. Paling obvious, culture transportation dekat sana.


Ni lah van yang kitorang naik. Cool kan?

Ni dalam dia..

Dekat sana, probability nak jumpa kereta susahh sangat. Dekat sana diorang pakai mpv dengan van je. Jarang lah jumpa kereta. Dah lah pakai mpv, lepastu jalan yang sehala boleh jadi 3hala. Punya rapat diorang drive. Tapi, skill driving diorang sumpah terbaik. Kitorang yang dalam van ni rasa macam nak tercabut nyawa time Pak Dengdeng drive tapi dia rilek je bawak. Memang culture diorang drive macam tu. And magically, tak ada scratch pon dekat kereta means, diorang tak berlanggar sesama sendiri pon even jalan sempit sempit macam tu. 

Satu lagi yang lain dekat sini, there will be people dekat tepi tepi jalan yang tiba2 muncul out of nowhere yang akan cekonon tolong jadi polis traffic kalau tengok kita tengah menghadapi kesulitan nak reverse ke, nak parking ke. And these people harus diberi tips, which is hulur lah even sikit pon duit untuk diorang. Mula2 macam sakit je mata pandang, tapi itu lah realitinya. Culture diorang macam tu. 

So lepas dah makan, bersambung esok pulak cerita. Banyak sangat dah type. Heheu okbyebyee




nota kecil: Lagi berapa hari result keluarrrrrrr

Monday, February 3

3rd FEB

Because of that, 
I lost my respect to you. 

Wednesday, January 1