Wednesday, February 26

26th FEB


Yeah. Agree infinity percent. Been through 3 time of hard time, and now Im not the old Nia anymore. Hati dah bertukar jadi batu

If you choose to stay, please stay. Convince me. I'll probably be the most luckiest person on earth to have you. But if you're not, you are please to leave. Like the others. At least tak ada lah saya ter pinga pinga macam orang bodoh, fikir the reason why you leave me as Im the one who ask you to leave

Win

nota kecil: AA, AA, AR. Thanks for the memory

Friday, February 21

BANDUNG 2


Okay jom sambung pasal Bandung haritu..

Lepas dah breakfast tu then kitorang pon teruskan perjalanan. Oh lupa. Makan nasi padang. Ehem nasi ye nasi. Saya jenis tak makan nasi pagi pagi ni sebenarnya tapi dah sampai negara orang kan, so try je lah. Not bad makanan dia. And the price also sangat murah. Cliche lah kan harga murah ni so nothing new. Just kalau dekat sana, diorang akan sediakan air suam wajib untuk setiap orang. Kalau nak air lain, order lain. Kira sihat lah kan minum air suam? Good good

So hari pertama sampai tu kitorang terus pergi tengok gunung berapi. Cadang nye nak ke Tangkuban Perahu which is tempat wajib tourist kalau ke Bandung. Tapi that time, tiba tiba gunung berapi tu active pulak so Pak Gunawan tukar plan bawak kitorang ke Kawah Putikh. Still gunung berapi. And of course nama pon gunung kan, so the temperature masa naik tu rises as the height increasing. Best lah feeling2 sejuk ni. Tapi Bandung memang sejuk pon tapi tak ada lah sejuk melampau kira 24-25 degree celcius macam tu lah


Map from Bandung to Kawah Putikh. Plus minus, 2jam jugak lahh

Dekat atas tu subhanallah sumpah cantik gila sampai tak terbayang nak cakap macam mana. I mean dekat Kawah Putikh tu lah. I wonder, macam mana kawasan yang merbahaya, yang penuh dengan berlerang, yang bila bila masa boleh meletup boleh cantik sampai macam tu sekali. I dont know how to describe. Allah Maha Besar


Abaikan muka kami. Tengok belakang tu. Air dia kaler biru kan? And the belerang kaler putih ke kuningan

Ni nampak sikit kot kaler air tu. Heheu
Us! :) Nampak tak ke modelan saya compare dengan all the girls? :p


So dekat atas tu ada something yang cool tapi tak berapa nak cool. There this people yang suddenly datang dekat kita and tangkap gambar kita tanpa disuruh with their camera and print it out of nowhere and ask us to buy. What the lah kan? Tapi macam tu lah keadaan dia. Lagi tambah teruk kalau masa nak bergambar ramai2 macam gambar last dekat atas tu. Then these cameraman yang desperate ni will berebut nak amik gambar jugak. Diorang dalam 3,4,5 orang. Each of them got their own camera and printer instant dekat tangan. Lepastu paksa2 suruh beli dekat diorang

Then lepas dah lama dekat atas tu, kitorang pon decide nak turun since Puan Mas dah start rasa semput. Bau belerang dekat atas tu kuat sangat. Mata saya sampai tak boleh bukak since I wore lenses that time. Sebelum turun tu kitorang pekena strawberry juice dekat cafe atas tu. Diorang pilih strawberry juice but since saya tak minat strawberry, I decide to try teh halia. Dekat sana panggil ape tah lupa. But the taste is super kaw tak tipu punya. Kalau minum tu tipu lah tak kentut. Sampai macam tu sekali. Hahaha

The strawberry juice pon kaw. 80% buah, air 20% je. Memang rasa strawberry betol2. There my drink. Cawan kecik tu :p

Tapi saya minum sikit je sebab tak tahan rasa kuat sangat. Lepas dah minum tu, kitorang pon turun lah gunung tu. Sepanjang perjalanan, pemandangan subhanallah cantik gila sampai nak menangis tengok. Kitorang nonstop menjerit dalam van siries tak tipu. Sebab Pak Gunawan bawak lalu jalan ladang teh. And the view is soo awesome. Saya berani cakap pemandangan dia lagi awesome dari ladang teh dekat cameron. Tak tahu nak describe macam mana. Then we decided to stop and enjoy the scenery. 

Disebab kan kaki masing2 gatal, so as soon as turun je dari van, semua berlari macam budak kecik masuk ladang teh yang subhanallah cantik gila tu

Tengok langit pon dah nampak sejuk kan? :) Ladang teh yang sejauh mata memandang

Then before sampai Bandung balik, kitorang berhenti dekat masjid area situ. Kebetulan masa tu saya tak boleh solat. Then masa diorang tengah solat, saya pergi jalan2 amik angin dekat luar. Tiba2 ada nampak satu lori ni. Atas tu penuh dengan budak2 sekolah rendah agaknya sebab semua kecik2. And they bye at me dengan bahagia nye " Byeeeebyeeeebyeee " like that. Bahagia maybe pergi sekolah naik lori. Hahaha kalau saya pon bahagia! Gila tak bahagia? Dengan lalu gunung2, dapat tengok pemandangan ladang teh yang awesome, dengan cuaca sejuk macam tu. Kids, you are so lucky

Then malam nye baru sampai Bandung balik. Malam first tu kitorang bermalam dekat hotel dulu. Marciella Hotel ke tak silap nama dia ala lupa. Haha gambar tak ada nak tunjuk

Ihsan google

Act kitorang sewa guest house. Tapi since that night the guest house still tak available sebab ada penyewa lain, thats why malam tu tidur Marciella. Tapi nice lah hotel ni. Cantik, kemas and it situates betul2 dekat bandar Bandung. Then sampai je hotel semua kepenatan. Masing2 masuk bilik masing2. Saya satu bilik dengan Ana. Then that night we decide to explore kota Bandung. Haha. Tak ramai pon pergi. Saya, Ana, Anot, Syaza and Syator. Kitorang berlima jalan kaki menikmati suasana malam Bandung. 

Cool lah. Experince yang okay. Susana dia takde lah jauh beza dengan Malaysia cuma bukan sampai tahap KL lah Bandung tu. Im talking waktu malam okay sebab banyak kedai tutup. Tapi macet tetap macet. And since bandung tu kawasan orang kaya, so the houses ada yang sumpah mewah macam hape dah. Kalau miskin tu, kedana sangat. Kalau kaya tu, kaya gila. Rumah malaysia pon kalah. 

Then we all singgah Giant. Sana pon ada giant tau. Haha. Beli snacks untuk makan malam. Kitorang borong Lays sebab harga dia jauh gila beza dengan dekat Msia. Around rm1.50 macam tu. Murah kan? And kitorang try diorang punya maggie cup. Ape tah nama brand yang popular tu. Yang cool nye, dalam maggie tu ada fish ball. Haha cool kan? Then sampai hotel je, semua tengah lepak dekat lobby. Semua nak wifi sebab dalam bilik tak sampai. Sedih hidup. Haha

My room for 1 night. Lupa nak amik elemen paling penting. Tingkap! Tingkap dia rare gila

Tamat lah hari pertama kitorang dekat Bandung. Hari kedua bersambung di next entry :)

nota kecil: Minggu depan dah masuk new sem




Monday, February 17

17th FEB

Okay, I am so excited today. Act baru letak lagu baru dalam blog. You can listen to it alrady kan? Kalau belom, tunggu dia loading. Permulaan lagu ni takde lah gempak sangat but when it comes to its middle part, sure you'll love it. Tapi untuk yang suka genre hiphop je lah maybe akan suka. Kalau tak gemar this rapping stuff, maybe you'll find its nothing

Yeah actually saya suka gila lagu genre macam ni. Kinda like disco plus rap and maybe a little bit of swag. My music. I love it. Tapi personality saya tak nampak macam minat lagu2 macam tu kan? I know. Tengok je lah template blog yang very the girlish. Im sure kalau lah ada boys yang baca blog ni, mesti diorang segan nak baca depan kawan2 coz its too obvious yang diorang tengah baca blog perempuan kan? Tahu dahhh


But thats me. Kalau orang yang tak kenal saya, maybe they will think yang saya ni cekonon nya ayu, sopan and so. Saya bukan angkat bakul tau, tapi this is what people keep telling me especially my new friends. But, when they knew me closer ataupon tak ade lah rapat mana pon and they will say me utara selatan dengan first impression tadi. I talk loud, I laugh loud and sometime I do something yang tak sepatutnya seorang perempuan buat. Banyak contoh, but okay Ill give you one. Haha malu. 


Saya pernah sendawa kuat gila dalam lecture hall. Like so loud that everyone can heard it. It just came out so naturally and I cant even noticed until kawan baik saya siku saya. Bila saya tengok keliling, banyak mata yang pandang and they laugh at me. Ada yang tak tahu siapa empunya that deathly burb. Time tu, all I can do is just smile at them and tunjuk sign, "Shhh, focus! focus!" Hahaha okk

Act dari sekolah menengah lagi first impression people towards me is way much different from who I really am. Since saya kerap tukar sekolah, so I heard this utara selatan impression about me alot. And here I am. Nia is nia. I can be soft, I can also be very wild when something makes me go wild. Terpulang. 

So! Dah dengar lagu? Best tak? Hahaha. Actually lagu ni tajuk dia,


Dang Dang Dang by Supreme Team

Tapi, this is a live cover by member's of EXO which is Chanyeol and Kai. Their rap is so sexy omaigosh saya asyik repeat lagu ni je dari tadi. And I still belum dengar lagi original version from the original singer. Tak rasa nak tengok pon coz Im so into them. Haha. Nanti lah kalau boring, Ill listen to them. Okay till then. Oh kalau ada siapa2 yang suka jugak dengar lagu2 genre macam yang saya suka ni, share2 lah tauuuu. Paipaii



nota kecil: When Im eating, dont make me talking. Cz I probably will laugh. And I might tersembur. To your face. hee

Wednesday, February 12

12th FEB

So taknak update pasal bandung dulu. Saje nak biar tangguh sat. Hikks. Sekarang tengah cuti sem. So I have nothing to do dekat rumah. Cuti ni I just spent my time meniarap depan laptop sambil mencari article2 best untuk dibaca. Tapi lately ni saya kerap cari pasal beauty care or anything related macam healthy care ke, body care ke, ape ape je lah. Tapi most of them yang berasaskan bahan semulajadi. Senang kata, Do It Yourself (DIY) punya lah. Sebab senang nak dapat, murah pon murah.

Yeah I do have problem with my skin. Masaalah jerawat. Tapi alhamdulillah tak banyak lah. But still jerawat is jerawat. Who the hell in this world suka jerawat?! Okay emo out of nowhere, maaf. Plus I get envy with those yang kulit halus mulus putih gebu lembap lembap toinktoink. Thats why I decided to tanya pakcik google. Plus saya tak berapa nak percaya sangat product product kecantikan yang jual2 online or what not tu. Bukan apa, most of my friends yang pakai, their skin turn out jadi very pink like so very the pinky minky siries tak tipu omaigosh. Dah macam pakai topeng dah. I dont know is that the real result or their skin is damage. Tapi kalau tu lah result dia, omo i dont know what to say. Thats why saya taknak pakai


My DIY :)

So hasil google, banyak jugak saya dapat. Ill share mana yang ada kena mengena dengan saya je lah eh;


1. Menghilangkan jerawat dan parut jerawat:
Gosok kayu manis pada buntut lesung batu. Campur air sikit. Sapukan ke kawasan yang bermasaalah. Saya sapu satu muka terus. Haha. Pedih sikit time sapu tu, tapi pedih tu sekejap je. Kipas kan muka bagi kurang pedih ye. 

2. Buang bintik hitam, kurangkan minyak muka, putihkan muka;
Ambik putih telur sahaja, campur kan dengan perahan limau. Guna lemon pon boleh. Kalau ada madu, campur lah madu. Then gaul rata, sapu kan dekat muka. Letak lah tisu dekat muka. Kalau tisu tu ada 2ply, letak 1ply je dekat muka. Nanti kalau masker tu dah keras, tarik tisu tu. Segala blackhead, whitehead keluar. Siries best! (Telur kaya dengan protein, thats why muka kita rasa anjal lepas pakai masker ni. Boleh putih jugak tau. Lemon menghilangkan cela muka. Kalau ada parut jerawat ke, boleh hilang. Limau pulak, dia kan berasid. Bertindak bukak liang pori kita so that the head2 senang nak keluar)

3. Lembab kan muka:
Campur kuning telur dengan lemon. Buat macam putih telur tadi

4. Putihkan gigi:
Perah sebiji limau nipis. campur dengan 3 sudu garam. Garam kasar boleh, garam halus boleh. Then lepas gosok gigi, gosok lagi sekali dengan air limau and garam tadi. 2kali sehari. Yang ni saya nak try tapi tak ter try. Heheu

5. Memanjang dan melentik kan bulu mata:
Setiap malam before tidur, sapu vaseline dekat bulu mata. Atas and bawah. Sapu dekat kening pon okay je. Urut dia sikit. Untuk saya, nampak kesan dekat bulu kening lah paling obvious. Housemates semua tegur bulu kening saya lebat sikit compare dengan before ni. Heeu. Pakai before tidur tau sebab mata korang sure oily. Sebab apa pakai vaseline? Sebab vaseline ni berapa kali ganda lagi moist compare dengan aloe vera. Thats why lipbalm buat daripada petroleum jelly. Vaseline tu nama brand. Tapi this is a very longgg process. Jangan expect pakai seminggu dah nampak kesan pulak ye :p

Then tu je lah benda yang saya decide nak amalkan. Siapa yang terbaca ni, nak ikut, ikut lah. Tapi kalau ada apa apa jadi, dont blame me okay. Ni pakcik google yang bagitahu. Tapi insya Allah kalau bahan semulajadi ni tak ada kesan sampingan. Melainkan you alllergic. Actually kalau bab beauty care ni, search lah guna browser mana sekali pon. Last last, semua suruh minum air masak jugak. Sebab we need to detoxic all the toxic inside our body. Semua tahu kan benda ni. Toxic keluar melalui peluh, sisa kumbahan and so. Nak kurus pon minum air masak, nak kulit cantik pon minum air masak. See? So lepas ni jom kita sama sama minum air masak banyak banyak. Telan je sampai lebam. Tak gemok punya jangan risau. Banyak positive effect kalau minum air masak ni siries. Tak percaya, google


Minum air masak banyak2 tau. Tapi ni susu bukan air masak :p

Oh ada sorang kawan saya yang ada masaalah chapped lips. Alhamdulillah saya dilahirkan dengan bibir yang tak ada masaalah besar. Tak merekah and merah semulajadi. Haks geli geli je. Tapi alhamdulillah saya bersyukur sangat. Then some of my friends ada tanya saya pakai lip balm apa. But i didnt wear any. Even lipgloss or lipstick or even liptint. In fact, saya allergic dengan that stuff. Sebab kalau pakai, I feel like negro yang bibir besar tu. Alamak racist, maaf. This is some tips that i google for people with chapped lips:

Instead of guna lipbalm or lipgloss, tukar kepada vaseline. Use that as your routine. As I said earlier, vaseline gives moisture way much higher than any of other product. Before tidur pon sapu jugak. Then once in a week, guna your toothbrush and brush gently your lips untuk buang the dry skin. Sapu vaseline masa berus tu pon okay. Bila bibir kita licin, so pakai lip tint pon cantik. For those yang pakai lah. And major thing, do drink a lot of plain water. Kalau untuk merah kan bibir semulajadi, I tak terpikir pulak before ni. Just google it. And here it is link


Gambar instagram. Time ni makan pedas, nak tujuk bibir ter kembung sikit. Bhahaha

Tu je lah kot. Okay lah,penat type panjang sangat. Actually, I really believe in taking care our skin is way much better than make up tebal2 yang temporary tu. Whats the point of cantik ber make up. I dont say yang make up ni looser okay cz even saya pon make up. Tapi sekadar cukup syarat. Let me share my make up step;

1. Cuci muka. This is important! Jangan malas cuci muka even penat sekalipon. Dont let your face covered with make up while sleeping. I mean, masa tidur malam. Dia macam makan lah. Lepas makan, tidur dengan tangan tak basuh. No way kan? Tapi jangan tidur lepas makan tau! 

2. Pakai toner. Toner is important to tutup balik liang pori kite yang dah terbukak lepas cuci muka tadi. Plus, untuk kawal minyak

3. Pakai moisturiser. Untuk lembab kan muka. Actually, tiga beradik ni step asas for skin care. Cuci, toner, moisturizer. Complete each other

4. Pakai bb cream. As we dont want our face to look pale, than sapu bb cream. Bb cream ni lain okay dengan foundation. Sebab ramai yang tak tahu apa perbezaan dia. Ringkas nya, texture foundation lebih berat and it gives colour. Thats why kalau orang yang pakai foundation tak sesuai dengan warna kulit, muka diorang macam pakai tepung kek berketak ketak. Tapi bb cream pulak, texture dia lebih ringan. Water base. And it comes in just one universal colour, special to cover the dullness, redness or apa apa jelah cela dekat muka. Tapi tak cukup kuat untuk cover jerawat, dark circle or anything strong. But its okay. As long as I doesnt look pale

5. Then sapu bedak baby. Bedak ni penyelamat. As I just make up sekali sehari je which is in the morning before pergi kelas. This baby powder, I wear bila2 masa lah kalau kulit rasa berminyak. Or lepas ambik wuduk ke kan. I dont wear compact powder cz I just dont.Maybe nanti kot bila dah besar sikit :p

6. Final touch, eyeliner. This is important for me as, if I didnt wear any, my face will look super pale. Macam cina mati laki lah senang cerita. Hahaha. Dengan mata tak berapa nak besar. So bila pakai eyeliner, then my eyes look bigger. Hokks 

So the end. Pantas dan effiesen. Oh another thing, for girls, you shouldnt let your face terdedah kosong macam tu je tau bila keluar rumah. At least wear something yang ada UV protection. This is important. Thats why bergunanya bb cream tadi. Pilih bb cream yang ada uv protection or spf protection. Okay? Ajet ajet je nia bagi petua ala ala retis kan. This is just for sharing. Saya sendiri pon google. Than I share it here. Sharing is caring kan? Muchas love :*


My face is slightly darker than my hands. Sedih kan? Hahaha



nota kecil: Tak sabar nak naik sem :)




Tuesday, February 11

BANDUNG 1

Harini tiba tiba rasa nak update pasal pergi indon haritu. Act masa pergi tu time Hari Raya Aidiladha. Memang sengaja buat time raya pon sebab nak rasa sendiri pengalaman beraya dekat sana. Plus kitorang ada bawak bahagian untuk orang nak buat korban dekat sana. Means, lembu sembelih dekat indon tapi nama untuk 7 bahagian lembu tu from malaysia. Haa gituww

Susur galur cabaran dan dugaan macam mana kitorang realisasikan program ni nanti lah saya cerita. Sekarang nak cerita pasal memory dulu. Tapi kalau saya cerita pasal dugaan dan cabaran program ni, sure ter inspired punya lah. Hakks over. Tapi siries, even saya sendiri tak sangka program ni boleh jalan *sedut hingus

Okay back to business, kami dari Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Shah Alam (PRS FSKM UiTM Shah Alam), membawa nama UiTM Shah Alam dan fakulti, pergi ke Bandung, Indonesia selama 5hari 4malam. Cewah, nak gempak je. So here it is;


This is our banner. Design by Abang Shah ^__^

Ni official tag kitorang. Suppose ada gambar dekat sebelah tu, tapi tak update pulak :3


13th October 2013, Sunday
Since flight kitorang pagi subuh, so Sabtu malam nye kitorang dah kena berkumpul dekat faculty for our final preparation. Masaalahnye, malam sabtu tu nak gerak, petang sabtu tu baru saya and Ana packing barang ape nak bawak pergi sana. Teruk kan? Tapi kitorang okay, kitorang cool. Tak ada barang tertinggal alhamdulillah sebab awal2 lagi kitorang dah buat what-to-bring list. Heeu. So, pukul 12am tu semua dah berkumpul. Kitorang pergi 20orang termasuk pegawai pengiring which is Puan Masrina and Cik Ana. Masa tu lah segala benda di double check kan termauk lah pembahagian duit indon, letak tag dekat luggage masing2, pemberian boarding pass, check passport bawak ke tak, make sure banner ada, vest PRS bawak, jacket PRS bawak and tak ada lagi barang yang ter tinggal. 


Boarding pass and passport

So tepat pukul 2am, kitorang gerak ke LCCT. After settle itu ini, masuk lah kami ke departure hall. Al kisah masa nak masuk gate tu, ada drama pulak jadi. Beg Kak Putri hilang. Dalam beg tu pulak ada boarding pass. Keadaan masa tu chaos gila since half of us dah keluar gate so tinggal beberapa orang yang still dekat dalam. Actually, since flight kitorang pukul 6.30am so diorang pon pergi lah solat subuh dulu. Ehem diorang pergi solat, ehem. Ok. Then tungtangtungtang tiba2 Kak Bell yang dah keluar gate tu berlari patah balik masuk dalam hall bagi beg Kak Putri. Rupanya Kak Bell yang ambik beg Kak Putri, alkisah drama subuh. So alhamdulillah semua settle, kami pon selamat masuk cabin. 

Dekat jadual cakap flight kitorang 6.30-7.30am. But the flight took 3hours to arrive. Sebab perbezaan waktu kan. 6.30 tu Msia, 7.30 tu Indon so yeah faham kan? Fly time subuh sumpah best feeling ever since kita boleh tengok matahari terbit dari atas langit yang bukan senang nak tengok. Luckily saya punya seat sebelah tingkap, so yeah once again. Then, at 7.30am waktu indonesia we arrived! First time jejak kaki ke negara orang rasa fresh gila. Tambah dengan cahaya matahari memancar, angin sejuk, pemandangan baru. Takkan lupa perasaan tu. Ya Allah


This is the best I can give. Kihkih. Gambar banyak dalam hard disk ana

As soon as we arrived,our tour guide dah tunggu dekat depan airport. Nama dia, Pak Gunawan. Kitorang naik van. Since kitorang ramai, so ada 2 van. Satu van tu Pak Gunawan drive, satu lagi Pak Dengdeng drive. So our first destination, I donno where it is tapi pergi breakfast! Makan Nasi Padang dekat kedai local. Masa odw pergi tu, our eyes was amazed by the culture there. The buildings, the people, the advertisement, semua lah. Siries lain dengan Malaysia. Paling obvious, culture transportation dekat sana.


Ni lah van yang kitorang naik. Cool kan?

Ni dalam dia..

Dekat sana, probability nak jumpa kereta susahh sangat. Dekat sana diorang pakai mpv dengan van je. Jarang lah jumpa kereta. Dah lah pakai mpv, lepastu jalan yang sehala boleh jadi 3hala. Punya rapat diorang drive. Tapi, skill driving diorang sumpah terbaik. Kitorang yang dalam van ni rasa macam nak tercabut nyawa time Pak Dengdeng drive tapi dia rilek je bawak. Memang culture diorang drive macam tu. And magically, tak ada scratch pon dekat kereta means, diorang tak berlanggar sesama sendiri pon even jalan sempit sempit macam tu. 

Satu lagi yang lain dekat sini, there will be people dekat tepi tepi jalan yang tiba2 muncul out of nowhere yang akan cekonon tolong jadi polis traffic kalau tengok kita tengah menghadapi kesulitan nak reverse ke, nak parking ke. And these people harus diberi tips, which is hulur lah even sikit pon duit untuk diorang. Mula2 macam sakit je mata pandang, tapi itu lah realitinya. Culture diorang macam tu. 

So lepas dah makan, bersambung esok pulak cerita. Banyak sangat dah type. Heheu okbyebyee




nota kecil: Lagi berapa hari result keluarrrrrrr

Monday, February 3

3rd FEB

Because of that, 
I lost my respect to you.