Thursday, September 25

25TH SEPT

"Jenis makan maggi tak basuh mangkuk biarkan atas meja 2 3 hari dengn kuah2 sekali. Kalau cicak jatuh dalam tu betukar jadi naga agaknya" 
UiTM Confession, 2014

Tweet from UiTM Confession tadi. Hah. Baru tadi member cerita pasal scenario ala ala macam ni, but maybe lebih worst kot. Sebab dia biarkan mangkuk maggi tu seminggu tak basuh. And paling sedih, orang tu perempuan. Macam mana eh nak cakap, hmm bukan lah saya nak mengata orang macam ni but ladies,, tolonglah. You dah makan, basuh lah terus. Apa berat nye nak basuh pinggan right after you eat. And macam mana you sanggup tengok mangkuk tu terdampar dekat dalam sink tu tak ber basuh? Doest it smell?

Bukan lah saya or we all yang complain ni mengharap kan you jadi super pembersih like even sikit cela pon tak boleh nampak but benda benda basic macam ni consider lah sikit. Lagi lagi kalau kita duduk menyewa dengan kawan kawan. Okay lah kalau dekat rumah maybe you boleh buat perangai macam tu. Maybe ada orang gaji tolong basuh kan. Tapi dekat rumah sewa you tak ada orang gaji. Lain lah kalau you anggap housemates you yang pengemas tu as your maids? Please lah babe. Kita sama sama perempuan. You tak rasa segan ke even sikit dekat kawan you yang tolong kemas kan barang barang you tu?

You dekat luar bergaya bukan main, but the truth, menyedihkan. Alhamdulillah lah saya tak ada housemates yang macam ni. Dengar member luahkan kata hati tadi pon dah cukup buat saya rasa berapi je kepala. Siriesly tak expect perangai macam tu came out from that particular person. Again, kitorang tak harapkan you jadi super pembersih like ever. Cukup lah sekadar basic things kalau dah malas sangat. Dekat rumah sewa saya ni paling lama pon kuali tak basuh, sehari je. Tu pon sebab lepas masak then nak kena rendam kuali tu but when time to basuh, we all busy. But the day after memang for sure akan basuh. Tak pernah lagi biar kuali tersadai atas dapur tu 4,5 hari

Kuali je tak basuh. Pinggan, alhamdulillah tak pernah lagi lah sinki tu bertimbun dengan pinggan tak basuh. Lepas guna terus basuh. As simple as that. Lepas guna, basuh. Even boys pon can do that what. Egh tension pulak. Tu baru cerita pasal pinggan mangkuk tak basuh. Macam mana pulak dengan sampah yang sama sama produce? Toilet sama sama guna? Fikir lah sendiri, wallahualam

nota kecil: Sakit tekakk

Monday, September 1

SEKOLAH 1

Tukar mood pulak update petang petang. Asyik update tengah tengah malam je 2, 3 pagi. Tadi tiba tiba selongkar barang barang lama then terfikir nak buat entry pasal sekolah dulu. Since saya tukar sekolah banyak sangat so I decided nak cerita pasal sekolah menengah je lah. Hee


Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong
Masuk sekolah ni masa Form 1. Right after I finish my primary school. Zaman ajet ajet dah besar. Yelah dah tingkatan kan. Benda yang paling saya tak boleh lupa bila saya kena jaga pondok time rehat since time tu saya pengawas. Pondok tu tempat budak india selalu lepak so kinda black area jugak lah. Most pengawas taknak jaga situ. Since saya cekonon nya baik dengan budak budak ni bak kata sinier, so dengan senang hatinya diorang letak saya dekat situ. And my duty berjalan macam biasa. Then one day saya terjatuh hati dengan ada sorang abang form 2 ni. Handsome meh. India. Mata dia hazel. Haha handsome siries tak tipu. Nak describe pon tak pandai. Tak berapa lama lepastu saya dapat tahu dia ada girlfriend. Sedih hati. Hahaha tragis

Satu benda lagi yang saya takkan pernah lupa. Time balik sekolah. Since time tu saya sesi petang so balik pon pukul 6. Saya pergi balik sekolah naik public bus time tu. Sumpah penat tak tipu. Lagi kalau time hujan lebat ke kan. Dah lah tak ada bumbung tempat tunggu bus tu. Tambah jammed lagi. Sampai rumah dah 7.30. Padahal tak ada lah jauh mana pon. 15 minit dah sampai naik kereta. Kalau jalan kaki, forever

Then apa lagi. Oh dekat sekolah ni I have a very good friend. Amal, Elyn and Eryn. Eryn saya kenal since sekolah rendah lagi :) And mostly my friends dekat sini kenal masa sekolah rendah lagi


Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana
Sekolah ni pulak masa saya Form 2. Tukar from Puchong ke Puchong Perdana sebab this sekolah lagi dekat dengan rumah. Jalan kaki je dah sampai. Haa sekolah ni banyak memory. Dekat sini lah saya active main netball. Training kaw kaw. Macam macam tournament join. And selalu amik hadiah dekat perhimpunan. Kehkeh

Sini saya dah tak jadi pengawas dah. Ingat lagi masa first day masuk sekolah ni, saya pakai beg silang corak dam warna pink putih. Kasut tapak merah stokin pendek. Kawan kawan saya cakap diorang fikir saya sombong dulu, berlagak blabla. Then after dah kenal diorang cakap tak. Diorang cakap saya gila gila. Haha yes i am. Pernah kena cop budak koop sebab dulu saya jaga koperasi sekolah. Teman se koop saya Cira and Cami. Muka kitorang je lah jaga koop tu time Form 3. Geng saya time dekat sekolah ni Cyda, Mira and Fyzah. Sebab kan perkara yang tak matang, kitorang dah tak rapat :( But sekarang masing2 dah besar. Dah matang. Dah boleh fikir. I love you guys

Time dekat sekolah ni saya nakal. Even saya kelas atas but perangai tak macam budak kelas atas. Pergi sekolah bawak file je. Ada buku 3 buah, pen sebatang. Dekat file tu ada tampal tampal sticker konon konon ganas. Hahahaha. Tudung pendek tapi tak pendek sangat sampai nampak leher eh. Baju muat muat, stockin pendek then pergi sekolah bawak bola netball. Haha kan saya kata training kaw kaw. Cikgu bagi saya bawak balik bola to practice

Then setiap kali ada spot check attire dekat perhimpunan, saya yang akan kena first sebab budak kelas first akan jalan dulu. Kena rotan tu dah biasa dah tak di nafi kan. Tapi cikgu tak boleh buat apa sebab saya perform academics. Every year time penyampaian hadiah akhir tahun saya ada. Cewah angkat bakul :p Thats why saya tak pernah kena pakai telekung dekat sekolah. But I believed, my attire tak teruk sangat sampai kena pakai telekung. Hehe ye keee? :3

Saya nakal dulu sebab pernah panjat pagar sekolah. Hahaha. Time ni sebab lepas habis training, then kitorang malas nak masuk kelas. Diorang ajak panjat pagar, saya pon panjat lah. Scary weyh tapi best. Lol jangan tiru ye adik adik. Tak baik

Then ada lagi 2 sekolah. Bersambung

nota kecil: Semakin terbiasa :)