Friday, December 9

9TH DEC

Last 2 days tiba tiba fan girling mood kembali menguasai diri i dont know why haha. Oh this is about kpop I remind awal awal keke. Exo Kai is my definite bae. Eh silap silap. Kai number 2. Number 1 Taecyeon 2PM. Both suka sebab diorang sangat manly and tinggi and kulit gelap tak putih sangat macam others korean. Tapi rasa gelap diorang tu maybe putih lah kot untuk malaysian kan? Haha entah. Yang penting tak jambu la. Ada beberapa entry cerita pasal diorang dalam blog ni tapi tak sure yang mana 

Ya Allahh umur dah 23 nak masuk 24 dah nia masih ada lagi fan girl mood ek. Dulu pernah berangan nak pegi korea then nak pergi SM Building (tempat artis artis SM berlatih) lepastu nak buat buat jalan depan tu mana tahu boleh terserempak dengan Kai. Sama jugak dengan bangunan JYP. kakaka lol


*** Tamat cerita kpop ***

So alhamdulillah kita dah pon masuk ke bulan yang terakhir untuk tahun 2016.This year is so much a dreamlike year for me. My most await year. Memang dari kecik lagi saya tertunggu tunggu umur 23 tahun ni sebab saya dah buat kira kira yang I'll be finishing my degree at the end of 22 and will start working at the age of 23 and so yeah alhamdulillah here i am. Graduated and working at the age of 23. Banyak impian saya tercapai tahun ni alhamdulillah. Salah satunya dapat contribute something dekat family which is I start langgan streamyx and pasang dekat rumah since before this tak ada keperluan pon pasang internet kat umah but now kesian mama duduk sorang2 semua orang dah takde so why not. Belikan perabot baru untuk rumah. Spent my first gaji belanja family makan dekat Seoul Garden omg i still remember that day :') My first thing first dengan duit gaji tu is belanja diorang makan. Bukan beli topap ke bayar bil talipon ke bayar duit minyak ke. Nope. How excited I am time tu : )  Boleh bagi mama duit every months (this is my major cita2 even tak seberapa) Oh finally saya ada lesen kereta this year haha after susah sangat selama ni nak amik. Anddd I can buy me my own fav thingssss

Tapi yang paling saya tak sangka, tahun ni pon saya bertunang wuhuu. I still remember the night when naim once again asking me to marry him after the first proposal ditolak dengan kejam nya (haha tak kejam cuma masa tu terkejut and takut), saya tak fikir apa apa cuma cakap, "Kalau encik naim betul nak, cakap lah dengan mama. Kalau mama okay, saya okay" Gitu tauuu hahaha. A'ah saya panggil dia encik naim dulu hahahaha. Officezoned sangat kannn? Dah nak bertunang baru 'encik' tu hilang. Tu pon lepas hari hari dia mintak tolong get rid of the 'encik' tu haha. Awkward kot panggil naim je sebab saya hormat dia as someone who senior dekat office tu. Even semua orang pon saya panggil encik. So bila tak panggil encik rasa macam panggil member member. Weird lah. Tapi okay je dah lama lama hahaha lol

So if there would ever somebody who ask me what was 2016 feels like, i would definitely say, my most long await year is my most happy and satisfied year for me aka a good starting alhamdulillah :)

Jap, tipu la kalau takde benda tak best jadi 2016 ni. Asyik up cerita happy je. Eh mestilah ada and mestilah simpan cerita tak best. Sebab semua manusia pon faced their own problem tapi yang membezakan macam mana kita handle problem tu. And macam mana support orang sekeliling kita. Alhamdulillah saya ada family, tunang and kawan kawan tak kira lah kawan study or kawan tempat kerja sekali pon yang sangat supportive and positive. cause I believe kalau kita buat baik dengan orang, orang pon akan bagi yang sama. Cakap cakap belakang tu benda biasalah kan sebab manusia is a nowhere of perfection. Memang there will be some other things or some other time yang we screw up. tapi kalau we always do good, kita takkan rasa ralat dengan orang sekeliling. If we ever feels so, check balik diri sendiri. It will always about diri sendiri. Jangan salahkan orang lain. If salah kan orang lain tu there might be something wrong with yourself. Ni apa yang saya pegang la. Im not judging anybody based on my personal pegangan okay. Lain orang lain

So yeah dah boleh dah ni start fikir azam 2017 :)












   


Monday, November 28

28 NOV

Semalam baru je lepas sedih mengadu kat tunang, sebab teringin sangat nak beli beg Guess ni. After less dapat RM239. Ada outlet mall baru bukak area kawasan rumah saya. 3 minit je kalau naik kereta jauh dia. Design Village. Katanya terbesar kalah JPO and Mitsui Outlet mall dekat Sepang. Tapi sebab baru sangat bukak, so banyak kedai yg tak bukak lagi. Tapi tak banyak yang bukak pon still orang ramai gila datang sampai kedai habis licin takde barang. Yela sale kaw kaw. Memang seronok. Cuma kena prepare duit je then semua benda jalan haha

Balik pada cerita sedih pasal tak boleh nak beli beg idaman, abang kata sabar lah dulu. Rezeki tu ada. Teruskan usaha. Beg yang ada sekarang pon harga lagi mahal dari beg harga discount guess tu. Bersyukur dengan rezeki. Masalah nye sebab harga beg sekarang lagi mahal tu yang ralat takleh beli tu keke emosi. Abang kata, letak kan priority kat depan. Jangan bandingkan dengan kawan kawan. Orang lain, lain priority diorang. Hm ok tido la dengan hati sedih


Melepaskannnn mu, bukan mudah bagiku untuk melalui semua iniiiii

But alhamdulillah pagi ni, HR representative dekat sini panggil masuk bilik suruh amik offer letter. New position since my SL1M training period bakal habis bulan 12 ni. Fikir balik, ya Allah dengan keadaan ekonomi sekarang yang susah untuk dapat kerja plus company saya which is UEM sekarang also antara company yang giat buang pekerja (with pampasan), tak sangka ada rezeki untuk diserap jadi staff. Mostly GLC (government liase company) terpaksa kurangkan pekerja untuk kurangkan cost and terpaksa amik SLIM yg ramai untuk jimat cost and mostly SLIM tak end up diserap bekerja. But alhamdulillah rezeki saya ada

Tapi kalau fikirkan walaupon dengan SL1M plus site allowance, saya memang sangat bertuah, sebab tak perlu bayar sewa rumah and kos pergi kerja pon tak ada since company dah provide. And also saya kerja dekat dengan family (Walaupon jarak sejam tapi kalau tak jem) Ya allah ampunilah aku jika ada perasaan tidak bersyukur diatas nikmat Mu aminn,

Tapi this one yang paling paling saya bersyukur sangat and tak dapat disangkal sangkal lagi which is pengalaman pertama saya bekerja bersama dengan working environment yang sangat family like. Jadi paling muda antara semua and I don't feel any awkward pon bergaul dengan kakak2 and abang2 and mostly level umur Mama and Papa. Sebab semua sangat baik and welcoming. Plus dimurahkan rezeki saya duduk dekat projek ada big boss yang sangat bagus efisen dan baik hati. I can say that he is not a bos. He is a leader

Kerja dalam construction company ni can be sangat mencabar dan menguji iman. Lagi duduk dalam glc company which is fund akan memang sentiasa ada. So kekuatan iman sangat lah perlu dalam diri especially bos bos sebab memang akan sentiasa ada orang kiri kanan tak perlu cari pon yang akan offer duit gelap mata. I don't want to cerita pasal project lain but alhamdulillah projek dibawah kelolaan bos fauzi setakat ni setakat yang saya tahu, semua berjaya and untung. Daripada projek dekat Mekkah, projek Penang 2nd bridge and projek yang saya duduk sekarang which is Bayan Lepas Expressway (BLE). Bila tengok balik macam mana projek boleh success, bos fauzi ni mengamalkan prinsip a team is a family gitu

Contoh masa projek dekat Makkah dulu. Ada 2 team. Satu dekat Makkah satu dekat luar Makkah I don't know where. Before bos fauzi take over, masing2 team stay dekat site masing2. But after bos fauzi take over, dia buat site shifting macam tu. So that both team pon boleh merasa buat umrah dekat Makkah. hebat kan? Nampak kecik tapi cuba bayang berapa banyak pahala dia dapat sebab memudahkan ibadah orang? huu gila lah. Plus scope of work masing2 pon bertambah plus dapat taruk lebih banyak experience dalam cv later. abang sangat adore dengan bos dia yang ni. Dia kata, almost 12 tahun kerja construction company, bos fauzi among the best bos yang dia ada

Now cerita pasal activity sepanjang dekat BLE pulak. 2 tahun projek, berapa banyak activity dengan staff dah ada. Every month ada sambutan birthday and dapat hadiah for staff yg lahir bulan tu, lepastu ada kelas baking (roti and kek), kelas aerobic every Wednesday, lawan futsal and bola padang, pergi mencandat sotong dekat Terengganu, ibadah korban, sambutan hari raya, pesta makan durian, karaoke session after work, ceramah jemputan, doa selamat dekat masjid berhampiran, bawak tukang urut mai urut staff dekat office and banyak lah. Lupa dah saya haha. Semua atas budi bicara bos fauzi. Kalau tanya projek lain, activity bersama staff diorang tak kan sebanyak activity dekat BLE. Belom lagi pasal baju free. Berapa banyak baju BLE dah buat untuk staff

And since projek BLE dah siap and sekarang tengah DLP phase (Defect Liability Period), so kerja dah tak banyak. Kerja kat sini merujuk kepada orang2 yang kerja site. Orang yang duduk office still macam biasa amount of work masing2. Or maybe makin banyak kot? Huhu. So bos fauzi buat dalam sebulan tu ada 2 kali Saturday off (Since kami kerja 6 hari seminggu). Lagi 2 kali Saturday tu, en fauzi suggest buat outing. baru 2 kali outing je pon. First time naik boat pegi Pulau aman makan seafood. Saya tak join yang ni sebab tertido huhu. And second time sabtu lepas pegi Monkey Beach naik boat jugak and main water sport. Ya Allah seronokkkkk sangat sampai hitam hitam

Sampai2 tu kena naik boat untuk ke Monkey beach perjalanan dalam 15 minutes. Sampai2 je warming up dulu main air main pasir. Then start la activity sukan. Main jetski, main banana boat and naik kuda. Sebab kan ramai and meriah, so rasa seronok sangat. Saya sebenarnya plan taknak mandi so datang pakai seluar jeans jelah. Sekali hampeh. Takde maknanya nye nia nak duduk saja tak mandi hahaha

Entry kali ni nak meluahkan rasa bersyukur dan bermuhasabah dalam diri. I might be jauh from friends, but I got my family here. I might get paid lower than any of my friends but I don't hv anything to pay (except my PT and duit for mama every months). I might have a boring life since I don't have my friends around here but I can have time for myself now (pampering and rewarding myself), I might be far from my friends but I know they were always there for me, I might far from my fiancĂ© but I knew this is for our best

Huu sedih pulak bila cakap pasal jauh ni. Sebab saya tunang dengan en.tunang bulan 5, time tu pon baru la nak berkenal kenal and bermanja kasih cewah then tiba2 dia dapat panggilan kerja dekat Kajang pulak a month after tunang. Now almost 6 months dia dekat sana and insyaAllah halfway untuk menuju hubungan yang halal. Allah uji sebab Allah sayang and nak beri yang terbaik. He always said that. Berkenalan dalam keadaan yang berpada. Saya pernah tanya tunang, "Kita sebenarnya dalam tempoh berkenalan ke bercinta ek?"
I was expecting dia jawab either one. Anticipate untuk dengar jawapan dia nak tahu la apa pandangan dia dengan hubungan kitorang ni. Then dia jawab "Kita tengah berkenalan dan bercinta" Auchh. Menusuk ke tulang. I was not expecting that. hehe

Terimakasih kerana treat me dengan penuh hormat sebagai seorang wanita. InsyaAllah, My Zauj,,




Monday, November 21

21 NOV

Pagi tadi as usual behenti sekejap dekat kedai jual nasi lemak kakak depan umah tu before pergi kerja. Tengah dok sibok pilih lauk then suddenly dengar bunyi anak anjing. Sayup sayup je macam kesian pon ada. Then pusing2 tengok kiri kanan. Pastu tanya kakak nasi lemak tu, "Ada anak anjing ke kak?" kakak tu pon jawab "Aah ada tu dia terjatuh dalam longkang" And as soon as that terus ternampak seekor anjing besar tengah mundar mandir dekat area longkang tu. Mak dia lah tu kot kan. Then pergi la jenguk dalam longkang tu and yes, memang ada pon anak anjing tu. Kesian dia. Baby lagi. Cuba bayangkan seketul daging 1kg jual dekat tesco. Ha macam tu lah. Cuma kena tambah 4 batang kaki kecik dengan ekor satu 

Hati saya dah start tak tenteram. Nak lompat dah masuk dalam longkang tu tapi tiba tiba mak dia woof woof marah. As she was thinking saya nak amik baby dia lah kot kan. Then saya pegi dekat kakak nasi lemak tu and cakap "Kak, kesian anjing ni. Nanti kalau ada non muslim lalu, mintak la dia tolong amikkan anak anjing tu ye" Kakak tu jawab yelah macam tu je la. And dengan berat hati saya start kereta pegi office. Memang hati saya sangat tak tenang sepanjang jalan tu sampai almost accident tapi buat buat cool je depan Kak Ana. Then sampai office je saya punch in, then naik bilik, letak beg, letak nasi lemak atas meja then turun bawah cari Abang Lan (our cleaner). Nasib baik dia ada. Tanya dia ada tak sarung tangan. Then nasib baik lah dia ada. In my mind nak ajak dia je pegi tolong amik baby anjing tu keluar longkang sebab I need someone to distract the mother as I turun bawah selamatkan baby anjing tu. Tapi thank god syukur tiba2 je Encik Suresh mai. Tak pikir panjang terus saya paksa dia teman saya. Paksa lah sebab I gave him no choice pon cz terus je saya masuk dalam kereta dia keke

Sepanjang perjalan tu kitorang sembang pasal experience dia dalam construction company ni (iklan jap) Then sampai sampai je tempat kakak nasi lemak tu saya nampak mak anjing tu tengah duduk tengah tengah jalan dok hidu hidu pintu pipe pembentungan. Jantung saya dah almost luruh dah time tu sebab I was thinking yang baby dia dah masuk sampai ke situ. Tapi encik suresh keep on kata, eh tak lah eh tak lah. And alhamdulillah memang tak pon. Baby anjing tu still tengah berlegar legar woof woof dalam longkang tu. Saya memang dah get ready nak terjun dengan sarung tangan kebun siap pakai since dari office tadi lagi. Then tetiba ada 3 orang budak laki mai. Sorang pakai sarung tangan, sorang pegang kain net yang macam sponge bob guna tangkap jelly fish tu and sorang pegang batang penyapu. Nasib baik lah diorang ada 

So sorang jaga belah sini ketuk ketuk dengan penyapu so that baby anjing tu lari ke belah sana then sorang yang pegang batang net tu tahan and ngam ngam pulak baby anjing tu masuk dalam kain net tu. Masa dia angkat tu, perasaan tak tergambar. Happy ada, nak gelak ada, terharu ada. Semua lah ada. Happy sebab finally baby anjing tu dapat keluar. Nak gelak sebab baby anjing tu sangat comel tolong lah macam ketulan daging yang mempunyai kaki ya Allahhhh. kecik lagi baby anjing ni maybe dalam sebulan kot. Ke kurang. Bulat je gebu. Then terharu sebab, out of ramai ramai manusia kat situ, budak budak ni jugak yang teragak nak tolong. Bukan nak condemn sape sape la tapi kat situ ada budak budak non muslim dok beli nasi lemak, diorang pon tengok je. Saya macam terfikir lah, tergamak ke orang orang kat situ menjalani kehidupan diorang macam biasa sedangkan nampak apa yang tengah berlaku. Seekor mak anjing yang dok woof woof mundar mandir tak tahu macam mana nak selamatkan anak dia and also anak kat dalam tu pon dok woof woof mundar mandir tak tahu nak keluar macam mana. What did they expect? Let the pup die inside the longkang ke cam mana? Mana hati dan perasaan kalian? *Teary eyess

I know im a bit sensitive when it comes to binatang. It gets annoyed jugak kadang kadang. Saya start jadi macam ni since start suka kucing and bela kucing. Even insect pon. Kadang2 terfikir macam mana diorang makan, macam mana kalau hujan. Padahal tu perkara normal untuk binatang kan? Kalau tak, Allah akan ciptakan diorang ada akal so that diorang pon boleh fikir sendiri tak perlu susah susah. Mak anjing tu sendiri la boleh cari batang net tu amik anak dia. But no. Diorang tak dikurniakan akal. Kita manusia yang Allah kurniakan akal ni lah yang kena fikir untuk diorang. But entah lah. Tapi alhamdulillah semua dah berakhir. Anak anjing tu kembali ke pangkuan mak dia. Nothings more wonderful bila tengok mak dia jilat2 badan anak dia as soon anak dia diselamatkan 3 budak lelaki tadi. Almost menangis but rileks la nia cool okay

Puppies dekat area office when they were babies little cuties

Ni bila dah besar sikit. Ada 2 ekor je. Yang lain main mana tah



Thursday, October 20

20TH OCT

Pagi2 lagi dapat intercom suruh turun makan nasi kerabu. Saya ni bukan jenis makan nasi pagi2. Tapi kalau nasi lemak, nasi goreng takpe sebab mindset pikir tu breakfast. Kalau nasi makan tengahari ni adui kembang tekak sikit. Tapi sebab kan orang dah belanja, kita makan lah sikit kan. Tak elok lah pulak tolak. Tu pon amik suku je, yang lebih bagi bos haha. Oh saya dekat office ni. Awal pagi ni takde mood nak start kerja, kita update blog jap. Wah sedar tak sedar dah 5 tahun usia blog ni. Ada terfikir untuk stop and deactivate helloiamnia ni but bila fikir fikir balik ish sayang nya laa hai nak buang. Sebab bila baca balik entry lama lama, automatic macam ter flashback balik apa yang mendorong untuk buat entry tu. Its a good feeling actually bila kita dapat immerse ourself balik dalam situasi lama lama dulu. Lagi kalau entry tu pasal good memory ke kan. Out of all, saya nak share one of my fav memory yang saya pernah catit dalam blog ni



Entry ni masa zaman foundation dulu. 2011. Kitorang satu class pergi bercuti ke pangkor. Bercuti ni tak perlu keluarkan duit pon sebab kitorang amik dari budget peruntukan uitm. Memang foundation level maybe uitm je kot, akan ada satu budget untuk pembelajaran luar kelas diberi base on kelas. Mula2 budak kelas kitorang tak aware pon pasal benda ni. Tapi macam pelik await banyak sangat kelas pi bercuti ramai2 ni. Rupanya depa amik budget dari uitm. Tapi bukan atas dasar pergi bercuti lah. Atas dasar pembelajaran okay. Ehem. Ada yang pegi melaka, ada pergi klcc, ada pergi cherating ada jugak pegi pangkor. And masa kelas kitorang baru aware pasal benda ni, ada rumors mengata kan yang pihak asasi dah tak luluskan fund untuk benda ni sebab dia untuk sape cepat dia dapat actually. And katanya bas pon dah takde kalau diluluskan pon

Kitorang satu kelas pon macam alah malas lah nak layan. TAPI, class rep kitorang time tu which is azim klate yang beriya sangat submit kertas kerja segala bagai. Dia paksa kitorang isi borang itu ini, naik turun pejabat, jumpa lecturer bagai sedangkan kitorang sikit pon malas nak amik port sebab serious banyak kelas dah kena reject kertas kerja diorang so kami yang tak amik kisah ni pikir macam alah sia sia je laa. And until one day tu, azim bagi tahu dalam group yang kertas kerja kami out of banyak2 kelas yang hantar, di luluskan! Ya Allah masa tu semua terperanjat beruk plus excited terlebih. Rupanya bila tanya2 azim macam mana boleh lulus, dia kata dia baca balik kertas kerja kelas yang tak lulus, dia try pikir ayat and muhasabab yang bagus untuk diluluskan. Haha cool kan. Lelaki kot. Budak engineering lagi. Semangat dia kemain

But kami ada satu lagi halangan which is BAS! Tahu tak, availablity bas ni kitorang hanya tahu malam before bertolak tu sebab kan dah kata bas semua orang guna. Then kami budak2 kelas yang lain ni baru lah terkincit buat solat hajat bagai hoping that ada bas yang available and wait patiently depan hp masing2 mengharapkan update dari azim mengatakan kami dapat bas. And alhamdulillah we did. Haha drama betul

So malam tu masing tak boleh tidoq sebab terlalu excited. Yang perempuan dok pikir baju apa nak bawak lah for sure. Esoknya kami berkumpul dekat bas stand angsana then tunggu almost 1 hour before the bus sampai. Kami pikir bas cokia sebab yelah dah kata takde bas sangat kan. Or pikir bas sekolah ke. Sekali yang sampai bas cantik gila. Bas baru kot, sejuk, wangi. Boleh kata kalau orang luar tengok bas tu, depa akan pikir budak2 penting uitm yang naik. Haha. Padahal budak foundation je pon

And this is the most unexpected thing happen. Budak2 lelaki came down from their hostel bawak segala macam mak nenek jajan yang besar yang kecik, berkotak air mineral and props for sukan bagai. Ya Allah serious macam, "Bila korang beli semua benda ni???" Kami perempuan 6 ketul yang malu alah dekat bebudak ni sebab kami tak buat ape pon hahaha. Thats why we love our classmate. Walaupon sinonim orang kata budak engine ni aci redah, but they are not sebenarnya. Nama pon lelaki kan. Pikir panjang

Ya Allah seronoknya masa tu. Good old days :)




Tuesday, October 18

18TH OCT

Haritu tak tahu lah apa semangat masuk dalam badan rasa nak pakai and own my own lipstik even seumur hidup memang tak pernah beli lipstik pon. So pergi lah saya ke drugstore berhampiran saje nak cuba cuba. Since tahu bibir ni jenis tak boleh nak lekat apa jenis lipstik pon lagi lagi yang jenis matte, so saya hanya try lip tint sahaja. Actually pernah try lip tint housemate dulu. I dont like the finishing masa tu sebab satu tak lekat, satu tak rata sebab dia hanya melekat kat garisan outer bibir je since kat situ je lah bahagian kering sikit compare to the rest of my lips. Nampak tak, kering sikit? Haha sedih

Eh tapi masa tunang haritu saya pakai lipstik okay. Matte punya lagi. Tu pon jenuh tempek concealer ke foundation tah and try cuba sedaya upaya tak jilat bibir sendiri sebab memang jenis suka jilat bibir. Tapi lepas je sarung cincin terus lantak tak kisah jilat pon jilat la haha. Main reason sebab tak suka rasa kering. Tangan pon sama. Walaupon tangan ni always basah tapi bila ada time dia tengah kering tu, saya akan pakai lotion. Bagi dia lembab. Thats why lotion is my most important thing. Dari sekolah lagi dok bawak lotion kehulu kehilir dalam beg





Tapi bila dah besar ni bijak sikit, saya guna lah hand cream. Lagi sesuai untuk tangan. Then long short story, saya pon beli lah lip tint gel base from in2it. Sebenarnya hari beli tu, hari encik tunang balik penang. Excited lah pakai cewah konon rasa diri ni cantik kan. Pakai pulak dekat inner lips je feeling2 korean look haha. Sekali bila jumpa tu terus first thing first tanya, "Cantik tak saya pakai lipstik?" And directly dia jawab "Eh pakai lipstik? Macam takde perubahan pon?" Haha sedih hati.

Sebenarnya the only reason nak pakai liptik ni sebab nak ada make up organizer sendiri. Tengok gadis remaja sekarang ada make up organizer elok cantik je meja make up diorang. Kemas lah. Jawapan tunang senang je. "La, beli je lah. Tapi tak payah pakai" Maksud dia beli je lah lipstik tapi tak payah pakai buat collection je hahaha. Amboi senang nye cakap. Kita nak beli satu barang make up yang guna pon berkira. Ni ke nak beli barang yang kita tak guna semata buat hiasan. Tapi tahu dia saje perli sebenarnya hahaha

At the end of the day, saya cuma pakai lip tint tu 2 kali je. Sekali masa beli, sekali masa kenduri kak nia. Tu pon masa awal pagi je. So mengeras lah lip tint tu kat atas meja haha



Ni je la skin care and make up collection saya. Huhu sedih. Its okay. Pelan pelan kayuh. Pelan pelan belajarrr





Tuesday, October 4

4TH OCT


Lama dah rasa nak update pasal benda ni. "Penang Drivers". Haha. The screenshot tu saya dapat from this article http://says.com/my/lifestyle/kl-drivers-in-penang . Bila baca tu memang rasa nak gelak sebab memang betul pon plus dengan gambar yang dia letak memang sangat kena dengan situation haha. Since saya ni bukan orang penang and baru je nak ber mastutin after 6 tahun family berkampung dekat sini. Oh Penang di sini merujuk kepada island ye. Bukan main land. Tapi lepas baca comment2, ada lah beberapa insan yang kurang setuju dengan article ni. Dia cakap "Mana ada orang penang drive macam orang gila. Orang penang drive slow" Haha well tu lah yang sebenarnya yang berlaku here in penang wahai encik. Sebab kan jalan dekat penang ni sempit and banyak one way, so susah untuk bawak laju dalam pulau ni. Kereta ferrari pon jalan beriringan dengan kancil kat sini cam mana. Plus takde pon cakap orang penang drive laju

So after saya pikir pikir balik, satu je sebab kenapa driver dekat penang ni macam yang dalam article tu cakap. Sebab penang ni kecik kot? Pulau kan. Lepastu penduduk padat. Kereta banyak. Sebab kan penang ni kecik and penduduk padat, so jalan pon jadi kecik and banyak jalan satu lane. Thats why culture driver dekat sini abit ganas. Okay bukan ganas yang ganas. Tapi ganas yang 'ganas' keke

Orang sini ni diorang sangat rasa diorang cukup laju so diorang pon drive lah dekat lane paling kanan padahal bawak 50km/h je pon. Bila potong sekali nenek2 tak pon amoi huhu. Plus orang sini suka tukar lane sesuka hati sesedap rasa diorang je. Sebab kan penang ni satu lane, then selaluuu jem. Then penang ni pusing kot mana pon boleh tembus sebab jalan2 dia semua connected so banyak option jalan untuk ke sesuatu tempat tu (bagi yang tahu jalan tikus ni la) so bila diorang sangkut jem then diorang terfikir jalan lain, so dengan sekelip mata diorang ubah lane diorang tanpa tengok kiri kanan. So bila berhadapan dengan manusia macam ni bawak2 la mengucap memang for sure maki makian akan keluar jugak haha 

Then sebab kan keadaan muka bumi penang yang kecik ni so kawasan parking pon amatlah terhad. Ada parking. Tapi nun jauh kat hujung dunia. Kalau nak gi makan tu, otw balik ke kereta tu boleh makan satu bungkus nasi lagi haha okay tipu. So sebab kan parking terhad, thats why pemandu kat sini sukahati nenek je parking ikut mana diorang suka. Bak kata orang penang, "kalau boleh depan hidung nun depa parking" >.< So jalan yang supposedly 1 lane boleh jadi 2 lane sebab kan manusia2 macam ni lah haha. Okay la maybe dekat negeri lain pon macam ni kan sebab ni boleh kira masalah attitude lah jugak. Tapi kena ingat. Jalan dekat penang ni kecik so bila sorang makhluk buat hal, dia akan meleret ke belakang and silap silap boleh jadi satu penang jem hahaha okay tipu lagi. Macam tu kiranya perumpamaan dia. Jalan kecik

Oh satu hal kesinambungan cerita atas tadi, masaalahnye kalau kita bagi signal nak tukar lane, orang kat sini bila nampak je signal, lagi depa turbo tekan minyak laju nalaa. Haha. Patutnya kita bagi la laluan kan? Ni makin nampak signal makin depa tekan minyak adoi la. Sebab dalam pulau ni mengamalkan konsep "aku dulu, kau duk situ diam diam aku busy aku nak cepat kau tak de benda pon nak rushing" Gituuu. Lagi kalau nampak plat W hah. Makin suka depa kacau. Salah sikit je hon tak hengat. Kalau depan traffic light tu lampu hijau baru je tukar tak sampai 0.2 saat dah hon kemain suruh jalan. Hahaha harem tol

Satu je tips untuk drive kat penang ni dengan jayanya. "Be like them". Keke kita ikut cara depa nescaya kita survive haha. And mata tu mesti kena alert dekat lampu belakang kereta and tayar kereta. Untuk lampu belakang ni sesuai untuk lalu jalan sempit. Sebab kadang2 out of sudden ada kereta nak keluar dari tempat parking. Tak ke terkejut. Depa nak reverse tu mana tengok belakang. Suka hati nenek je. Kalau yang pasal mata alert dekat taya tu pulak masa tengah drive dekat kawasan lapang sikit. Tempat kereta laju laju. Sebab macam saya cakap atas tadi. Depa suka tukar lane out of sudden. yang lain2 tu macam biasa lah kan. tengok cermin sisi semua tu. Motor kat sini lain macam. Kita yang bawak kereta kena takut dengan motor okay. Bear in mind tu anak anak. Sebab dekat sini, raja dijalanan ialah moto. haha 

So saya berani cakap, sape yang biasa drive dekat penang, campak mana mana pon diorang boleh bawak. Takde hal. Apa apa pon, saya bangga jadi warga penang haha. Takmau balik KL dah. Nak duduk sini. I love penanggg





Tuesday, September 20

20TH SEPT

JUDGMENTAL

Assalamualaikum

Amboi perkataan atas tu. Penegasan sangat haha. Okay sabajap. Today lets talk about social media ladies and gentleman. Sekarang ni tak kira orang tua mahupon budak kecik semua dok pakat main social media. Memang sangat banyak tok nenek segala macam social media dah sekarang but for me, facebook, instagram and twitter ni my top 3 apps la. Yang sedihnya people nowadays are judging other people life thru their social media. Why people whyyyy? (Okay dah nampak tak kesinambungan perkataan atas tu? hehe)

Some people use their social media as a medium to express their emotion. Just emotion. Kurang private life. Ada yang selesa je nak cerita isi hati kata hati dekat social media macam 'Aku nak kat boyfriend orang ni tapi aku taknak jadi jahat' menda yang kita takut nak bercerita kat orang tapi sebab dia treat social media ni as medium untuk luahan kata hati dia so why not. Ada yang guna social media untuk update their stress about their workload. Just to keep them accompanied. Ada guna social media untuk shows their talent. Yang pandai make up selalu up selfie, yang suara sedap selalu up video nyanyi, yang pandai masak selalu up gambar hasil masakan diorang. Why not? Ada yang lebih pilih untuk tak share and just update anything when they feel like wanted to je

It all about choices people. Jangan sebab kita 'macam ni' and kita expect people untuk 'macam ni'. Jangan sebab kita segan untuk sharing moment dekat social media and kita cop orang yang sharing their happy moment as riak takabbur. Jangan sebab kita selalu cakap pasal kerja, kita cop orang lain yang tak cakap pasal kerja ni tak bekerjaya tak buat sesuatu yang berfaedah dalam hidup. Jangan sebab kita selalu up pasal relationship kita, kita anggap people yang tak update ni as tak happy bahagia

This is social media. No rules. Takde pucuk pangkal. Nobody teach us to use them. Semua kita sendiri yang control. Cuma cuma cuma. Satu yang kita kena pegang. ETHICS. Benda dalam selimut tak perlu dibawa ke dunia luar. Benda dalam selimut ni tak perlu lah saya terangkan sebab masing2 boleh fikir. Baik orang yang dah berumah tangga, or orang bujang or even family matters sekalipon. Pucuk pangkal, berbalik kepada Ad-din. Saya bukan ustazah nak sentuh pasal agama tapi lets us saling ingat mengingati kan

Long short story. Stop judging lah people. You cant stand their update, just unfollow. Tak kisah lah tu kawan baik ke tu tokoh agamawan ke tu tokoh akademik ke tu ratu cantik ke. Biar kan dia. Tu interpritasi diri dia. Let me make this clear dengan buat analogi tentang issue ni. Pernah dengar 'Baik buruk perangai, tu kawan kita jugak'? Buruk busuk hitam kelat berlendir macam mana pon kalau kita dah choose untuk berkawan dengan dia, so kita akan tetap berkawan. Tu point 1. Kalau kita choose untuk taknak kawan dia so kita akan try menjauhkan diri and kalau boleh taknak ada apa2 interaksi pon dengan dia. Kita make effort nak tukar tempat kerja ke, tukar department ke. kan. Okay tu point 2. Or kalau kita tak suka tapi kita buat bodoh je buat macam biasa. Sebab kita tak rasa ada faedah pon nak layan perasaan tak suka tak suka ni. Baik kita living the life. Tak menyusahkan diri sendiri pon. Contohnya macam mak mertua suka buli menantu tapi si menantu ni redo je. Sakit hati tapi takpelah nak buat macam mana memang perangai dia camtu. Hadap je la. takkan nak becerai dengan husband kot. Kan dah menyusahkan diri sendiri. Okay tu point 3 

So same like this social media. Now let me transform anologi kat atas into this social media world pulak. Untuk point 1, kita tahu dia ni kuat emosi. Selalu meroyan duk update kisah hidup dia yang sentiasa kesedihan tu or sentiasa update mengecam orang je kerja tak habis2. Tapi sebab dia kawan kita so kita tak rasa apa pon. Biar lah dia. Janji dia happy. tapi situasi ni selalu terjadi dekat orang yang saling tak ada masaalah dengan masing2. Sebab kalau ada masalah benda ni jadi annoying and sakit mata. So kalau masalah annoying dan sakit mata ni dah timbul ayuh kita pergi ke point 2

Kita buat pilihan untuk taknak kawan dia and sakit hati sakit mata dengan kewujudan dia so kita pon boleh lah start slow2 unfollow or unfriend or apa2 je lah term yang sewaktu denganya. Try untuk jarakkan ruang lingkup kita dengan org tu. Sebab in real world pon kita akan buat menda yang sama kan. Tapi yang menjadi permasaalahan nya bila kau dah tak suka orang tu tapi tangan kau dok gatal lagi pi follow kisah harian dia. Kisah dalam selimut dia. Kau sendiri yang cari. Ape ke hey? So dari sini lah judgemental berlaku. Bila orang tu ada iri dalam hati dia sampai semua benda yg orang dia tak suka tu buat jadi tak kena. Orang tu up mengadu pening kepala muntah2 kau cop dia mengandung tapi tak kawin lagi. Orang tu up dia pergi holiday, kau cop dia guna duit boyfriend dia. Orang tu up kejayaan dia, kau cop dia riak. Why people whyyy? Kenapa tak treat social media nimacam kehidupan seharian kau? Kau tak suka, so anything bout dia kau sedaya upaya elak and tak gatal tangan pon cari

Okay untuk point number 3 ni kita berbalik kepada dunia nyata. Kita tak anggap orang tu salah and kita pon tak anggap kita betul. Manusia sifatnya bukan sempurna. Ada masa dia rasional ada masa dia sikit terumbang ambing. Memang kita ada masalaah dengan dia before this tapi kenapa nak siksa diri sakit hati bagai dengan orang lain. Take a chill pill and relax. Dah minta maaf? bagus. Bersihkan hati. So anything yang jadi pon takkan ada effect kat kau. Okay berbalik kepada alam social media, dia tak unfollow dia tak block. Dia living hidup dia macam biasa. Kalau anything pasal orang tu datang dia takde rasa apa pon sebab 'benda dah settle'. kalau perangai dia abit annoying tu pikir balik sebelum kau ada masalah dengan dia tu perangai dia macam mana. Memang perangai dia macam tu? So why nak terasa. Dia jadi berbalik kepada point 1 sekarang. Nampak tak? Oh kalau orang tu kita tak pernah kenal pulak macam mana? kita berbalik balik kepada awal perenggan ni tadi. Manusia ni tak sempurna. Tak semestinya kau ada masalah dengan dia time tu and selamanya dia jahat ke teruk ke buruk ke kan. Kat sini lah pemikiran judgemental kau teruji. Be kind people. Be kind

Sini saya nak share saya punya pengalaman sendiri. It happen way 6 years ago. Masa saya SPM. Zaman tak matang. Biasalah. Saya and dia ada lah masaalah budak2 kan. Orang ni dengki kat orang ni orang ni sakit hati kat orang ni. Dah mintak maaf cakap lets forget about this and masing2 setuju. Ok fine. Then benda jadi diam for a period of time. But lama lama it started dengan orang ni request follow facebook. Orang ni accept. And like like post and bersambung orang ni pulak follow insta semua bagai then lama lama benda tu hilang sendiri. Now dah boleh bersembang sharing stuff together. How could this possibly happen? Sebab masing2 pikir benda dah lama. Benda dah minta maaf. Benda dah settle. Entah lah kalau saya silap, saya minta maaf. Tapi mmg ni pon yang terjadi. We both tak salah kan sapa sapa and kami dah okay siap tegur pegang2 bahu lagi masa terserempak

Saya bukan manusia yang baik. Im just a person who are struggling to be a better me. Umur dah banyak. Sampai bila nak tersekat di skala 6 tahap ketidak matangan tu. This entry hanya lah pendapat. Dalam dunia ni tak ada pendapat yang betul and tak ada pendapat yang salah. kalau suka, alhamdulillah, kalau tak suka, sila rujuk kembali point 2 and 3 :) Okay sekian sahaja bebelan kali ni jumpa lagi bila tangan ni rasa nak menaip 



Wednesday, September 7

7TH SEPT

Semua perempuan suka berangan. Especially masa kecik kecik. For me la, dulu saya suka sangat tengok cerita disney princess which I believe almost semua budak perempuan pon suka. Budak budak bila tengok cerita macam tu so level of imaginasi pon terangsang and tak terkejut pon bila cakap mende tu boleh terbawak bawak sampai ke besar. Contohnya bila nak cari baju kawin perempuan akan cakap "I nak ball gown yang cantik macam princess" or "I nak kawin ala ala garden theme fairy tale" kan kan. Or paling in untuk adik adik berdarah muda "I dah jumpa Prince Charming I dekat cafe kolej". Definisi of prince charming mungkin seakan akan sama dengan hero cerita princess favorite dia masa kecik kecik. Tapi kalau untuk kakak kakak, dia tak main prince charming. Dia main imam. "Ana harap ana dapat jumpa imam macam awek instagram ni ha sweet je mereka berpegangan tangan dikhayalak. Yang isteri berpurdah yang si suami berjambang berkopiah" keke just kidding

Until now pon Naim selalu cakap saya kuat berangan. Walaupon saya rasa tahap berangan saya ni takde lah seteruk awek2 relationship goal ke kan tapi dah dia cakap macam tu so pasrah je lah keke. So bila timbang tara balik, berangan ni ada dua jenis. Satu kau berangan tapi kau sedar diri. Satu kau berangan tapi kau tak sedar diri

Contoh berangan sedar diri tu saya amik contoh diri sendiri lah. Berangan nak kawin tema garden fairy tale lah konon tapi saya tahu takkan mampu nye haha. Kalau mampu pon kenapa nak membazir. Better duit tu buat lepas kawin. Kan? Kedua bila kau berangan tapi tak sedar diri. Contoh kau berangan nak hidup sumpurna tapi pemalas. Kau kerja tara tu je hidup kau langsung takde perubahan. Tahun lepas kat situ tahun ni pon kat situ. Takde aim. Tapi berangan nak pakai beg Bonia. Contoh

Berangan and bercita cita is a two different thing. Or can also be said as the same thing maybe? Berangan bila kau berangan sesuatu benda tu tapi without usaha. Cita cita bila kau berangan tapi kau berusaha untuk kecapi angan angan kau. Gitu. So berangan can undoubtly lead to reality. Bak kata Naim, semua nya bermula dengan angan angan. Betul jugak kan. Contoh macam nak kawin tema garden fairy tale tu. Boleh je tercapai if we work hard. Tapi macam cakap awal awal lah. Buat apa nak membazir. Bukan lah pulak sebab taknak membazir so takpayah work hard. No! Paham kan apa maksud yang saya cuba nak sampaikan, kan? Kiranya macam dari kecik kau suka warna purple then berangan nanti kawin nak pakai warna purple. Then kau realisasi kan angan angan kau tu denggan berusaha cari or tempah baju warna purple. So tak salah berangan tapi selitkan dengan usaha. Tapi jangan pulak kita duk yakin diri je kata everything will turn out to be just fine. Macam, semua manusia akan kawin so tak payah lah nak semangat cari jodoh. Or semua manusia bercita cita nak ada rumah so why nak beriya planning bagai. Or semua manusia nak ada anak so why semangat nak makan asid folik semata nak lekat cepat. Contoh

Sebenarnya saya nak cerita pasal lelaki idaman ni actually. Terbabas sampai angan angan cita cita bagai haha. I dont know why saya rasa macam nak sangat tulis pasal ni. Walaupun rasa macam eyuw entry budak budak nye tapi eh takpe lah finally I can write what ive been thinking all these while hehe

Every girls on earth ada their own definitions of perfect man. My definition of a perfect man bukan datang dari cerita princess yang dulu saya gila kan sangat tu. Tapi datang from my Papa. But I believe most of girls pon diorang punya definisi of perfect man is their very own father. But me is slightly different. Sebab Papa is my step father. Bukan saya tak sayang my own biological father (Ayah) okay but yelah maybe sebab saya membesar dengan Papa so sedikit sebanyak mempengaruhi lah kan

Dari saya sekolah lagi saya more attracted to lelaki yang berkulit gelap dan tinggi. Amboi gatal betul dari sekolah dah minat orang. Haha biasa lah kan darah muda. Most yang saya minat budak budak yang ada masalah disiplin. Orang panggil budak jahat la senang cerita. And beberapa budak india jugak lah saya pernah minat. Kebanyakan nya abang abang senior lah tapi haha. Sebab saya jenis susah nak suka dengan member sendiri. Tapi saya punya ex boyfriend (ehem) semua pon putih putih. My close friends called them as Triple AA. Sebab tiga tiga nama diorang double AA. Eh tak. Yang last tu AR tapi tak kisah lah kan. So kawan kawan saya kata saya ni cakap tak serupa bikin keke

Until lah besar sikit saya punya definisi untuk perfect man tu tukar kepada lelaki kampung. Kenapa lelaki kampung? Sebab diorang manly. I mean manly yang boleh buat kerja. Handy man lah senang cerita. Bukan manly yang badan ketak ketak sebab pergi gym tu padahal tak fit pon suruh lari pon malas. Tahu angkat dumbel je hehe sorry tak cakap siapa siapa pon okay. Hashtag random mohon jangan terasa. Saya suka lelaki handy sebab saya ni lack of survival skill. Nak suruh baiki pipe ke ape ke mintak maaf lah tak pandai. Boleh buat kalau di ajar. Tapi kami insan yang lemah, bukan tu patut nya kerja lelaki ke? hehe bye. 

Masalah nye nampak sangat perbezaan budak bandar dengan budak kampung tau. Contoh adik saya je lah. Bukan la saya nak kata kami ni bandar yang 'Bandar = Urban' cuma kami tak duduk kawasan kampung yang well known as kawasan survival tinggi. Bukan saya kata kampung is that "kampung" okay. Jangan ada sesiapa terasa pulak ye. I mean kemudahan lah. Kalau area rural ni pergi sekolah naik basikal ke kalau ada bas pon perjalanan makan masa. Makanan pon banyak yang fresh. Kalau kat area bandar mengharap beli dekat tesco giant je la barang tak fresh. Kat bandar asap banyak kesihatan anak anak tak menentu. Macam tu la tau. Dah satu hal nak terang pasal kampung bando pon 100 patah keke. Okay sambung. Adik saya and cousin kami yang dekat Sabak Bernam tu punya lah jauh beza. Ha sudah nanti orang sabak pulak terasa saya cakap pasal kampung. Minta maaf lah. Bukan nak kata kampung yang kampung tu tau. Adui penat lah jaga hati ni huu. Okay sambung. Physical diorang bagai langit dengan bumi jauh beza. Adik saya tu keding macam apek jual sayur. Cousin kami tu berketul ketul siap six pax. Setiap kali depa bukak baju nak buat kerja je saya mengucap panjang dalam hati. Haha. Plus survival skill diorang number satu lah

Dekat Melaka dulu ada anak tuan rumah yang kami sewa ni nama nya Thaqif. Dia lembut lembut sikit and a bit annoying. Kalau mintak tolong je dia akan jawab "Ah aku busy" Haha. Tapi memang dia akan tolong la cuma annoying. Satu hari tu ampaian kami ter kendur. Nak sidai baju pon jadi tak best so mintak tolong dia alang alang dia ada dekat depan umah masa kami balik dari class tu. Then terus je dia keluar kan spana dari belakang poket seluar dia. I was like, "Wow taqib kau bawak pegi mana mana ke spana ni?" Then dia jawab "Ha la aku bawak senang nak hempuk kepala orang macam kau" Kuaghajo kan jawapan? haha. So since that saya terus nampak Thaqif ni as lelaki tulen. I mean my very own definision of manly lah. Bayangkan lelaki lembut pon saya nampak manly sebab dia handy man :3 

Tapi sekarang saya dipertemukan dengan tunang saya ni alhamdulillah. Insyaa Allah dia lah jodoh saya yang Allah dah atur. Doa kan kami :) Surprisingly Naim ni ada semua ciri ciri yang saya suka tu secara rawak nye lah. Dia hitam, tinggi 180+, dia kampung, handy man, and dia orang construction. 1 hal saya selalu terfikir tapi tak perasan pon selama ni ialah saya rasa suka tengok lelaki yang kerja bawah panas. Tak kisah lah melayu ke cina ke india ke. Ni untuk yang macam tak ada kelulusan macam tu lah. Sebab saya fikir depa sanggup pilih kerja tu even tak ramai orang nak. Padahal depa boleh je pilih untuk kerja promoter ke kerja mekanik bawah bumbung ke jual beger ke tapi they choose and stay untuk kerja bawah panas. Contohnya macam general worker construction, potong rumput, nelayan ke apa apa je lah. Berbalik kepada tunang saya. Sebab kan dia kerja bawah panas so saya really macam ter inspire dengan kecekalan dia. Even now supposedly kerja dia banyak duduk office but dia still turun site jugak ada dengan anak anak buah dia. Kadang kadang stay dekat site malam malam. Bagus kan tunang saya? Tengok la sape tunang dia ceh tetiba

Bonus pulak bila tahu yang Naim ni orang yang sangat pengemas dan pembersih. Masa satu office dulu saya sampai tak boleh nak kira berapa kali dia beli sabun and softener baju dalam sebulan. Satu hari tah berapa kali dia basuh baju. Saya punya sabun pon 3-4 bulan baru habis. Cuba bayangkan. Pastu kereta dia sangat lah bersih. Pernah awal2 dulu saya keluar kan tisu dari beg, lepastu dia pehati je. Saya ingat kenapa. Rupanya baru tahu yang dia risau habuk tisu tu terbang terbang. Since dia tahu saya suka main tisu, terus dia beli 3 paket tisu basah. Satu letak dalam dashboard, satu letak bawah seat. Satu dia amik simpan hahaha

Bayangkan seliper dia yang warna hitam tu pon dia kerap basuh sental guna berus sabut. Seliper saya yang warna nude tu punya lah payah saya nak basuh. Satu hari tu dia nak cari safety boot dekat kedai kasut sport. Cewah konon la tengok tengok sekali seliper pompan. Sekali dia cakap "Ha awak nak seliper tak? pilih la nak mana" Saya taknak sebab segan sepanjang hidup tak pernah pakai seliper harga lebih rm20. Sedih kan? Seliper jepon bodoh je pon buat apa mahal mahal. Yang seliper dia tunjuk tu mahal lah for me tapi after discount dapat rm49.90. Sekali lepas paksa (cewah mana paksa sangat pon) so saya pon amik lah. And amik ikut pilihan warna dia. Warna hitam. Tapi still ada warna fav saya which is gold. Lepas bayar tu terus dia suruh pakai. And buang seliper nude tak basuh saya tu. Nampak tak apa motif dia sebenarnya? Dia serabut dengan seliper saya yang tak rajin nak basuh tu hahaha. Adoi la tunang aku. Eh jap. "Adoi lah tunang aku" ke "Adoi lah aku"? Haha bye

Agak agak korang seliper ni saya pernah basuh tak
 since the very first time pakai? hehe

Mintak maaf lah dengan gambar kurang menyenangkan atas tu haha. Nanti kalau rajin ceq basuh naa. And dia cukup rajin check kuku kaki saya. Orang tengok kuku tangan. Dia tengok kuku kaki. Keke takpe lah. Terkurang terlebih kita tampung ye dak? :)





Thursday, August 18

18 AUG

Assalamualaikum,

I am not a beauty expert plus kulit saya tak flawless. This is not a tips or how to get a good skin. Ni entry pasal pengalaman saya. My skin prone to acne and alhamdulillah boleh dikatakan kulit saya semakin lama semakin pulih after 3 bulan saya start pakai this one product. Saya pernah pakai product ni tapi yang sample punya. It work great on me that time so macam decide nak try pakai la kan tapi niat terpaksa dibatalkan sebab harga sebotol mahal sangat. Since masa tu study lagi, so mmg tak mampu lah. It's a toner. A toner you pakai after you cuci muka. Function untuk tutup pori muka yang dah terbukak after cuci muka tu. Buttt sekarang baru ada kesempatan untuk pakai, finally huu. And the price also dah naik from 80++ now dah 100++ biasalah tu kan barang makin lama makin mahal. GST lagi huu. Oh lupa pulak nak bagi tahu apa productnya, jeng jeng jeng

WONDER PORE ETUDE HOUSE FRESHNER

Mintak maaf dengan kualiti gambar yg langsung tiada focus. I was too busy untuk ambik gambar cun lol :p Fyi, toner and freshner ni benda yang sama je. Maybe ada lah perbezaan dia but i dont know sape rajin boleh google but basically it's the same thing je pakai lepas cuci muka diikuti dengan moisturizer. Benefit toner ni you boleh google sendiri sebab kat sini nak cerita pasal how it works on me je boleh? *muka comel. This toner really helps to control keminyakkan di muka saya. I mean, kulit saya less oily since pakai toner ni. Then jerawat pon susah sangat nak naik. I can count in this 3 months berapa kali je jerawat naik kat muka. Pastu bintik hitam pon less visible around my nose. Syok toner ni serious i like. And now alhamdulillah Im loving my new skin

Masa saya degree sem 5 dulu, time tu la kemuncak jerawat saya yang paling agung. Memang gila teruk la muka masa tu sampai Mama Papa pon tegur. Kalau before ni jerawat saya cuma naik dekat dahi, tapi kali ni hampir seluruh muka. Actually tu sendiri cari penyakit sebab pakai skin care local yg tak tahu status ori dia plus maybe perembesen hormone jugak lah kot. Pastu jadi balik the exact same thing masa bulan 3,4 tahun ni (2016) sebab saya gatal lagi sekali pi beli the exact same product yang saya pakai masa study dulu. Masa tu muka saya burn teruk gila sebab jadi pengapit cousin yelah keluar dah kehulu kehilir tetengah panas mmg hitam lah jadinya. So nak putih cepat punya pasal tu gatai tangan pi beli product tu balik. Sekali mendapat. Padan muka

This is my face bila jerawat dah kian elok. Tu kesan luka sebab tangan saya gatal pi korek2 jerawat


Again this is not a beauty expert punya tips. Ni cerita pengalaman je okay. So after beberapa minggu saya dah start risau dengan kulit saya cecepat saya stop pakai segala mak nenek skincare yang for sure chemical base lah kan. Face wash, toner, moisturizer and night cream nano white. Stop all these chemical then start pakai ingredients yg berunsurkan alam semula jadi. Pencuci muka saya pakai my fiancé punya cousin punya face wash. Dia buat sendiri 100% handmade green clay. Sangat bagus sesuai untuk muka berminyak also sesuai jgk untuk normal skin. Serious really recommended. Kalau ada rezeki, teringin sangat nak buat sabun ni as my door gift masa kawin nanti ececey aminn insyaa Allah. I dont have the sabun punya gambar. Sebab dah habis pakai kekeke

Pastu saya stop pakai toner for a moment. Then applied moisturizer yang saya beli from my pumpkin, Amira Sara. Moisturizer ni pon natural base jugak. Bukan sahaja untuk kulit berjerawat tapi untuk macam2 lagi khasiat. Texture ni a bit melekit tapi works well! Saya mmg always sapu je moisturizer ni. Especially setiap kali lepas solat. Malam nak tido pon sapu ganti kan krim malam. Cuba lah try google "Khadeejah Beauty & Herbs" ni. Mmg 100% natural no chemicals


KHADEEJAH BEAUTY & HERBS SOOTHING GEL

Oh then I consume sekejap collagen Olicandy beli from my friend Fara. Satu botol habis then satu botol lagi makan separuh then dah malas dah hehe. Pastu saya beli coffee scrub. Consistent selang 2 hari saya akan scrub muka. Try search dekat instagram "organicwhitening_scrub". Mmg 100% organic jugak. Scrubbing muka bagus untuk buang kulit mati so that muka kita appear lebih sihat dan cerah


ORGANIC COFFEE SCRUB


Anddd the result is alhamdulillah jerawat saya hilang slow slow. Muka dah tak sakit2 since jerawat saya jenis yang tak ada mata punya tu. Dia jenis yang membengkak dalam kulit je. Paling syok, saya tak perasan pon my skin gets better. Bila tunang tegur baru saya macam, eh ahh la dah elok. Hehe

Thenn lepas kulit dah elok baru saya macam terfikir untuk stop pakai skin care nano white range tu. Nak try ganti baru. Tu yang beli toner Etude House tu. Krim malam pulak saya dah stop tak pakai but saya ganti kan dengan sleeping mask from Sephora.


SEPHORA SLEEP MASK; ROSE MASK

Sleeping mask is different dengan masker biasa okay kawan2. Masker biasa tak boleh buat tidur and mostly pakai untuk jangka masa 5-30 minutes. But sleeping mask ni texture dia much lighter and mmg dicipta untuk pakai semalaman. Saya beli yang Rose; Ultra Moisturizing and Brightening. Memang sangat2 berkesan. Maybe kulit saya baru lepas recover kan itu yang berkesan lah kot. Tiap2 kali bangun pagi memang saya rasa kulit saya lembut je toink2 and nampak putih cam Korean gitu cewah. Kadang2 bila lepas balik kerja, pergi meronggeng dulu dalam mall and still kulit saya feel so soft and tak berminyak. Syokk. Tu sendiri yang feel lah tak tahu la apa yang orang lain nampak macam mana kan. But hey, the satisfaction tu kita sendiri yang rasa. Kalau orang lain notice tu satu bonus tapi yang paling penting, diri sendiri okay? Gitu

Then for moisturizer pulak, saya tukar ke moisturizer ni,


PURE WATER BAOBAB MOISTURIZER ETUDE HOUSE

So far I reaaaaally like it. Memang rasa moist je kulit tak kering and kusam. Both siang and malam saya pakai moisturizer ni sebab mmg bagus. Sebelum ni saya pakai moisturizer Alaisyah. Works well on me. Almost habis pon bekas tu saya pakai. So far moisturizer alaisyah ni masuk dalam my fav list jugak lah. Untuk sun protection pulak saya guna serum Garnier. Texture dia macam kesat sikit tapi okay la as long as dia bagi protection dekat muka so saya okay hehe. Yang serum ni unique sikit sebab kebiasaan nya serum kan dalam bentuk liquid tapi yang ni dalam bentuk cream that’s why haritu saya macam rasa nak try beli

GARNIER LIGHT COMPLETE WHITE SPEED SERUM CREAM

Beli yg bekas kecik sebab baru dalam proses mencuba. Hehe. So tu lah potpet saya yang konon nak share awal2 tadi. Asal nak cerita pasal satu product je. Ni dah meleret sampai beberapa product pulak. Cuma cuma the only problem yang saya faced sekarang is kesan jerawat. Memang tak hilang but alhamdulillah getting better. Ada sape2 nak recommend product hilang kan parut ke? Jangan Azani’s scar serum sebab saya dah try tapi tak berkesan. Tak tahu lah sebab beli dekat Lazada and tak pasti ke ori-an dia ke macam mana ke kan. Tapi mmg tak jalan.


So far yang saya terfikir sekarang ni nak pergi facial je. Tapi klinik nye nun di KL sana and abit pricey for me yang baru nak mula kerja ni. Nanti2 lah nak kawin nanti ke kan. Keke. Ada beberapa klinik saya dah aim sebenarnya nanti lah pulak saya share pasal klinik panjang sangat dah malas nak celoteh. Karang elok cakap pasal klinik terus melalut pegi hospital pulak kang naya haha. Ok bye




Sunday, July 17

ENGAGED

Assalamualaikum,

Wah tiba2 my adrenaline rush nak update blog yg after so long di private ni. With a little renovation, I came out with this. Much simpler and fresh yet still kept the banner up there [ Hello I Am Nia :DD Without a clue, I found you ] sebab this is all where it started. Tahun 2011 masa foundation dulu ths blog was born so I am not going to change that. Maybe nanti later on la tukar design banner tu bagi nampak bold and matured sikit hehe. Okay thats it



Taraaa. Hahaha. Ive been engaged. Nia is off from market im sorry guys lol haha gurau je k. Alhamdulillah bila fikir balik macam tak sangka je. Its happening way to fast but everything yang jadi got its own reason. Kita manusia merancang tapi Allah swt lah sebaik2 perancang. Aturan Allah lebih baik. Tunang kepada Mohd Naim bin Abd Wahab seorang yang sangat lembut, penyayang dan penyabar. Alhamdulillah. Macam mana kenal? Kenal sebab satu office ni ha. Kenal2 je terus ajak kawin. Gila kau? Haha mula2 dulu reject jugak la tapi actually bukan reject but more to denied sebab kita baru nak kenal dunia kot. Focus aim semua tak tergapai lagi. Jangan kata nak gapai, engine pon tak start lagi. Masa tu bulan 10 tahun 2015 saya tengah praktikal lagi. Lepas tu macam taknak kawan tunang ( masa tu belom tunang la of course ) la kan so seboleh boleh elak dia sebab takut pon ada trauma pon ada. Yelah. Baru kenal nak ajak kawin. Mana tahu aku ni penjenayah ke, perogol ke ape ke kan. Dia tak takut ke? lol

I remember satu hari tu keluar dari surau nak balik bilik office, then ternampak tunang dari jauh. Cepat2 nyorok belakang pintu. Lama siket tu baru keluar sebab assume dia dah blah. Then masa otw jalan tu saya pon jalan la slow2 ala ala mengintip sebab cuak kot teserempak kat depan nun ke at least kalau jalan slow boleh patah balik lagi. Lol. Then sampai depan pintu nak keluar from area surau tu saya bukak pintu slow2 and jengah keluar kot tunang ada kat depan tu tengah sembang dengan collegues ke kan. Check kiri kanan, okay line clear dia takde. Terus saya jalan laju2 masuk bilik office. ANDDDDDD you know what haritu masa lepas tunang, encik tunang cerita balik yang dia nampak saya from the very beginning till saya keluar jalan laju2 tu. Infact, dia ada betul2 dekat belakang saya. Kahkahkah macam bengong je. Memalukan gila. Dia kata 'Betul2 nak mengelak dari abang kan?' hahaha setiap kali ingat balik setiap kali tu pon rasa nak gelak. Jalan slow2 muka cuak pastu gelak sensorang. And bila dia cakap dia nampak saya macam tu, lagi la malu. Hahaha lol. But now encik tunang dah transfer ke KL tak satu office dah. Huhu

Then malas nak panjang cerita, start kawan dengan encik tunang balik bulan 1 hasil slow talk dengan Mama, and kawan2 office. Yela diorang kata 'Tak elok buat orang macam tu. Hukum dia atas benda bukan kesalahan dia. At least berkawan je la dulu' Saya fikir balik, betul jugak. Oh macam mana mama tahu pasal encik tunang? Ha panjang ceritanya malas nak cerita haha. Then bulan 2 lepas birthday tu dia ajak kawin lagi sekali and I tak nak pening kepala fikir I suruh dia cakap dengan Mama. And he did. Terkejut jugak la sebab dia betul2 buat. And poof~ terus bersetuju. Patutnya tunang bulan 4 tapi anjak ke bulan 5. Alhamdulillah 8hb Mei is the date:) 

Begitulah alkisahnya. So semalam belek2 album lama and bukak album tunang. Rindunyaa nak bertunang haha lol. Feeling jadi princess duduk atas bantal ottomen la konon tu je sebenarnya haha takde lah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Walaupon ada beberapa jugak la yang jadi sebelum majlis tu macam baju beli salah size. Ni memang salah sendiri sebab gatal pegi beli baju tunang online kan so mendapatlah. Nasib baik lah orang yg jual tu nak tukar susah payah jugak la yakin kan dia yg baju ni penting nak buat pakai tunang. And the color also actualy bukan color yg disukai but lepas dah pakai dekat badan sendiri automatic jadi suka dengan baju sendiri. hehe

Lepastu masa malam masa pasang pelamin tu lampu pelamin saya ada satu tak menyala. Worst case orang yang pasang pelamin tu dah balik dah masa sedar tu. Terus cepat2 call kakak pelamin tu nasib baik la kakak tu sanggup patah balik and bawak lampu tu pi repair ya Allah dupdapdupdap jantung cheq time tu. So buat bakal2 penantin out there yang nak selamat, suruh la orang pelamin tu test segala mak nenek lampu yg diorang provide utk mengelakkan masalah2 sebegini ye. But in the end semua nya alhamdulillah selesai. 

Majlis kecik je kami 2 keluarga total around 20 orang. Memang tak rasa nak buat kenduri sebab senang tak nak susah2 kan orang kena datang jauh2 lagipon buat hari ahad. Lepastu lepastu lepastu yang syoknya masa saya kecik2 saya ada berangan nak at least satu dulang hantaran tak kisah la masa kawin ke tunang ke from air tangan saya sendiri and I did. hihi. So satu dulang tu saya khas kan untuk biscuits. And saya buat 3 jenis biscuits semuanya. It is really a something for me bila berjaya buat camtu. Penat kot buat. Dah la ada ada satu hari je untuk settle kan. Nasib baik sempat maklumlah amatur. Kalau pakar, sekelip mata je 3 jenis tu hehe. And alhamdulillah Aunty Fida sponsor 2 dulang from 5 dulang. I love all my hantaran. Before ni duk pakat tengok orang punya je now bila tengok sendiri punya rasa lain macam je happy dia :)




Dulang 1. Buah buahan all red
Dulang 2. Three types of biscuits
Dulang 3. Four types of small chocolates
Dulang 4. Cute chocolate fondant cupcakes
Dulang 5. Pink flower chocolates bouquets

Cute kan? Oh dulang tu saya sewa sekali dengan bridal pelamin. Mini pelamin rm330 termasuk charge penghantaran, 5 dulang worth rm10 setiap satu warna pink yang sangat cute and free of charge hand bouquets. Then makanan guna service Mak Lan aka Lidiyana Cafe. Kalau orang penang belah pulau area Tanjong Tokong, Tanjong Bungah ni sebut mak lan je depa tahu la. Makanan memang superb sedap sape yang dok pakat nak mai Penang tu boleh try makan kat kedai mak lan ni. Ikan terubuk dia gila sedap nak meninggal. Boleh google Lidiyana Cafe sebab kedai ni masuk channel AFC tau. Masuk kat tripadvisor jugak. Haha promote kemain

Pastu my goodie bag. This is my fav. Surah Yaasin sekali dengan bag inside got kotak and tasbih dapat 2x custom sticker. Cute kan? :)




Alhamdulillah. And the most important, I manage to use my own money for all this. Taknak mama and papa keluar even sikit pon duit. Taknak susahkan diorang dah. Cukuplah dah  susah besarkan anak diorang yg nakal ni hehe. Oh ye tak ye. Mama papa sponsor dulang buah sebab masa tu saya dah tak sempat nak keluar busy buat biskot kekeke. Saya just make sure mama beli semua buah warna merah je and all settle :)

Oh one more thing, this could be my most fav part kot. Kek!



Kek ni serious besarrrr gila. hahaha. Ingat lagi pagi tu masa tengah make up dalam bilik suddenly Mama came in bawak kek ni duk depan muka. I was terrifiedly shock (ada ke terrifiedly?) sebab terkejut tengok muka sendiri and muka tunang ada ataih kek lol. Ni semua kerja Aunty Fida and Mama. Kak Nia pon terkejut sampai air lio dia merencik jatuh atas kek hahahaha bengong. Oh kek ni Aunty Fida yg sponsor (thank you so much auntyyyy). I know nothing pasal kek ni. Tahu tahu dah ter jojol depan muka hahaha. I miss all these. Alhamdulillah Allah for this. Memang tak pernah sangka benda ni akan jadi sepantas ni. Thank you encik tunang. Doakan yang baik baik ye untuk kami :) Tapi sedih sebab masa tunang haritu tak de gambar tangkap berdua pon. haha. Masing2 segan. Wait. Nia? Segan? Lol hahaha macam tak kena kan? 

Oh bagi bakal penantin yang nak tahu actual budget yang saya keluar untuk buat this small majlis, kan personally ask me. Saya okay je nak kongsi hehe