ESCAPE PARK

Serious lately ni banyak gila benda jadi. Like banyak sangat. Bad, good, xoxo semua lah ada. Dia macam bullet train bertalu talu mai sampai nak bernafas pon tak sempat nampak tak?

Takpe lah ni nak cerita pasal 26hb Mac yang lepas saya masuk Escape Adventure Park dengan nina. Okay what is it?

Escape Adventure Park
Located: Teluk Bahang, Pulau Pinang
Opening hours: 10pg - 6ptg
Public trasport access: Yes ( Rapid Penang / Hop On Hop Off )

Let me first roughly cerita pasal escape ye based on pengalaman. First, of course lah kena pakai pakaian yang bersesuaian nak masuk tu which is pakaian sukan. Elakkan short pants. Bukan apa, takut nanti kalau jatuh, luka dah rosak kaki tu hihi. Plus mostly petugas yang menjaga di setiap check point tu lelaki and muda2. Like betul muda umur lingkungan early 20s kot. Nanti depa lah yang tolong pakaikan safety equipment kat kita or kalau kita dah tahu pakai sendiri, depa akan double check ketatkan mana patut so that kita selamat masa lakukan aktiviti dekat checkpoint dia. Sebab escape sangat mementingkan safety 

http://www.ebay.co.uk/bhp/full-body-harness

Nah share gambar so that boleh faham apa yang saya maksudkan hihi. Then, pakai baju gelap! Pentinggg sebab dah main dalam tu confirm berpeluh peluh so tak ada lah nampak baju kita basah lenjun. Baju gelap ni satu hal sebab kalau hujan, takde lah nanti jadi see thru. Masa saya main tu hujan tau haha. But still gigih main jugak. Hujan sekejap2 tapi tak lebat. Manja manja je orang cakap

Kasutttttt. Make sure pakai kasut yang tak licin tapak dia. Sebab aktiviti aktiviti atas tu banyak memerlukan daya tahan kaki dan daya seimbang kaki yang kuat keke. Kalau kasut licin, nanti jadi serba tak kena. Next, beg. Beg ada baiknya simpan je lah siap siap dalam locker. Takpe dont worry locker tu kita boleh bukak banyak kali bukan macam kebanyakan tempat boleh buka sekali je kan. Seluar kalau boleh pakai yang ada zip so boleh bawak phone. Haritu saya and nina tak ada poket berzip thats why tak banyak gambar kitorang tangkap. And jangan lupa bawak spare baju and seluar. Sebab takut seluar ke baju korang koyak time tengah main aktiviti aktiviti dalam tu haha. Ada kes okayyy

Tu je lah kot basic thing pasal pakaian. Yang lain apa ye. Oh dalam tu tak guna cash money tau. Diorang guna sistem online money camtu la. Kita akan dapat satu passcode. Passcode tu la untuk bukak loker, passcode tu la untuk beli makanan. Always boleh topap sebab ada machine topap kat dalam tu. Kalau duit tak habis spend dont worry. Boleh refund balik

Okay now nak cerita pengalaman kitorang kat dalam tu haha. Saya and nina sampai dalam pukul 11.30pg macam tu sebab kami datang dari Batu Kawan memang jauh sikit lah plus berhenti makan plus jem lagi. Walaupon keluar rumah pukul 9pg. So sampai sampai tu masing masing pening lagi tak tahu nak buat apa. Pusing pusing dulu lawat kawasan. First activity kitorang main, rock climbing. Nama dia bukan rock climbing tapi basically its a rock climbing lah. Gecko Tower nama dia. Kot. First time try and agak serram jugak bukan apa. Seram sebab tangan saya ni sejenis basah 24/7 so takut tergelincir. And I manage to sampai the puncak selama 1minit 45 saat haha. Ada awek lepas saya tu dia sampai puncak dalam masa 54 saat je gila hebat. Lepas je rock climbing, adrenaline saya dah start rushing. I want more and more and more

Nina in front of Gecko tower

Then main tayar sliding menuruni bukit. Tuby Racer nama game tu. Yes menuruni bukit and kalau menuruni tu mesti ada menaiki kan? Hahaha so menaiki tu la paling hajab sekali. Kena tarik tayar kita tu menaiki bukit. Worst thing, saya and nina pergi amik tayar yang untuk lelaki punya aka berat yaRobbi. Lels patut la pelik kenapa awek depan kitorang steady je tarik tayar naik atas. Yang saya and nina ni siap berehat di pertengahan jalan lagi hahaha. Serious berat tak tipu. So ladies jangan nak memandai amik sendiri tayar tu without getting instructed dari petugas. Ni kami kes terlampau excited main terus amik je haha padan muka. Oh tayar kelabu tu berat. Tayar yang warna warna tu ringan. Eh wait. Tayar or pelampung? haha lantak situ. Slide dia panjang gilaaa. Memang puas lah. Takde pon rasa tak puas sebab dia panjang kan. Or maybe alasan je kata puas sebab malas nak angkut tayar naik atas lagi sekali? kakaka

http://www.neveplast.com/august-2012-penang-malaysia/

Then after that kitorang naik Monkey Business. Yang macam halangan halangan tu. Sat attach gambar

http://tripacker.com/7-underrated-spots-in-penang-malaysia/

Ni salah satu angle game ni. Sangat seronok serious. Dia ada 3 level. Level 1, 2 and 3. Makin lama makin susah. So mula mula saya and nina decide nak main yang level 1 dulu. Seronok tau main ni sebab dia uji kita macam mana nak buat keputusan. How to overcome the obstacle like that lah keke. Masa nak naik tu boleh pulak teserempak dengan kawan sekolah teknik gombak duluu hahaha punya jauh jumpa. Kebetulan :) Habis je level 1 tu i crave for more tapi nina nak rehat. Amik nafas katanya haha so kitorang pon duduk berehat sat since masa tu dah almost zohor. Pegi cafe dia makan jap. Kuey tiaw dia sumpahs sedaps gilessss! Dah lah sedap, banyak pulak tu. Kena la dengan harga kan but still banyak kot dia letak. Berbaloi. Saya and nina share berdua je kuey tiaw tu 

Acah acah sikit

Okay lepas dah refresh diri makan solat semua, kami pon start balik acitvity. First kami pi, bunjee jumping. Eh nope bunjee jumping sebab dia tak melantun. Dia ibarat macam kita nak bunuh diri la terjun dari atas kebawah. Tinggi 20m. Atan's Leap nama dia. Ya allah ya Allah ya Allah yang ni sumpah ketaq gila kot tapi saya macam biasa dok gelak kat atas tu. Yang penjaga tu kata, 'Lah gelak pulak dia. Orang lain mengucap panjang dah' hahaha

  http://www.onlypenang.com/wp-content/uploads/2012/12/penang-escape-theme-park-atan-leap-2.jpg

Amacam gambar? Hahaha. Perasaan dia kat atas tu macam nak bunuh diri serious. Kita tak rasa kita pakai any harness and tangan kita pon tak ada tempat bergantung memang rasa macam nak bunuh diri la senang cerita! Tapi dah lompat tu masyaAllah seronok nak meninggal. Rasa nak naik lagi but still ada banyak lagi tak explore okay. Oh nak naik ke atas tu macam biasalah kalau dah naik tu kan mesti la tangga. Mula mula bawah tu dia bagi tangga yang ada tempat pemegang tu. Approaching to puncak, tinggal tangga yang sekeping tu je. Memang kalau nak mai escape ni kena fit la baru kita enjoy. Kalau tak, memang semedang mengah keke. 

Masa nak naik Atan's Leap ni ada kejadian tak best berlaku. Masa beratur nak naik tu ada sekumpulan dalam 5 orang depan kami and satu kumpulan lagi 3 orang. Yang kumpulan 5 orang ni keep on panggil ahli ahli rombongan dia yang lain Q ke depan aka potong barisan. Like ramai tau diorang panggil sampai kumpulan yang Q 3 orang tu blah sebab sakit hati. I dont think diorang dalam any race ke apa ke sebab saya ada tegur "kenapa tak Q?" bila one of kumpulan diorang dengan selamber nye berjalan melintasi kami yang tengah Q ni. Lepastu yang the origin beratur infront tadi tu balas "Eh takpe takpe kita dalam group. Ni last dah ni after this kita nak pergi flying fox pulak" I was like, eh hello kami semua ni nak pergi main game lain jugak kot. Apa salah beratur je kalau ye pon dalam group. I dont know lah if Escape mmg ada buat rules kalau dalam group, boleh potong Q. Blegh. Ni mesti jenis orang yang suka memotong kalau Q kat mana mana ni. Husnudzhon je lah. Rasa dah profesional enough golongan tu sebab diorang keep on jerit2 bagi semangat suruh terjun "You can do it my future doctorrrr!" ""Thats my lawyerrrr" and ada lah beberapa professional career diorang jerit. Kalau macam tu la pembawakan awak, I guess you guess should go extra class which is ethics class kot. Baru suit with ur career haha panjang pulak ngumpat 

Lepas naik Atan's Leap ni kitorang sambung pergi main Monkey Business balik. This time naik level 2. Level 2 ada 4 sub level which is 2.1, 2.2, 2.3 and 2.4. Kitorang naik 2.1 first and along the way tu nina dah surrender but have to teruskan sebab kalau kita dah jalan ke depan, there is no turning back ye kawan kawan. Keke. So bila habis je 2.1, I ask nina to rest and saya still nak teruskan main 2.2 haha. Nina kata "Hang jangan macam macam nia. Lagi sebulan ja nak majlissss" But no my love. Nothing can stop me haha. Lepas habis 2.2 tu saya stop kejap pergi toilet. And after that ingat nak join zumba dekat bawah tapi dan dan pulak habis hampeh. Pastu kami berdua start jalan jalan balik. Nina actually dah surrender taknak main apa apa tapi maaf lah ye nina. Kawan awok ni hyper terlebih so terpaksa lah ikut jugak

And guess what. Nasib kami baik i mean nasib saya baik, nasib nina malang la sebab saya baru discover ada flying fox yang suuuuuper syok and tinggi and jauh hahaha. And kalau dah tinggi tu for sure lah kena mendaki kan and yes ada mendaki and along the way nak naik tu ada halangan halangan macam Monkey Business tadi. Hahaha sian nina. Maaf ye :* Tu lah kemuncak segalanya memang sesuai sangat tahu last minute. Nama game tu Flying Lemur. Okay this is the only game yang saya ingat without even have to google pon haha sebab sangat syok! Ada 3 level and we manage to main Level 1 and 2. Level 3 dah tak sempat since masa tu already pukul 6. Escape tutup pukul 6. Serious seronok gila

Ni masa nak balik dah. Kena halau sebab still nak main jugak Level 3 hahaha

So setiap kali teringat mesti jiwa macam meronta ronta nak main lagi sebab masih ada hutang yang tak berbayar nampak tak over? Saya nak main Monkey Business level 2.3 until level 3 then nak naik Flying Lemur level 3. Actually masih banyak lagi game yang tak di sebut sebab tak sempat. Maybe next time boleh try the other games. So kawan kawan yang nak pergi, i nasihat beli la ticket 2 minggu awal sebab ticket akan jadi RM60++. Kalau beli seminggu awal akan jadi RM70++ but kalau beli on the spot akan jadi harga asal which is RM80++. Ticket online dekat website escape https://ticket.escape.my/ . Beli direct ke kaunter pon boleh. Kot. Hihi

Okay sekian