PENGALAMAN PTD M41 (2)


Since phase online exam dah cerita habis haritu, so now nak proceed ke phase PAC pulak. Phase yang ni saya dah cerita dekat entry before sikit2 kan. So this one saya nak cerita detail pasal activity untuk 2 hari tu. Boleh click on link atas tu untuk baca part 1. Okay PAC ni mengambil masa 2 hari. Hari pertama tu ada 2 session which is ujian kecergasan dan jawab essay. Ujian kecergasan ni sesi pagi. So kalau awak tak lepas sesi pagi, awak tak boleh proceed untuk sesi petang untuk ujian essay aka hard luck untuk pengambilan ptd untuk intake kali ini. Boleh cuba untuk intake yang seterusnya. Scary kan? Yess thats why dalam entry sebelum ni saya ada cakap must get fully prepared untuk PAC.

Lets go thru secara detail activity masa PAC yang saya join haritu. Okay so pendaftaran untuk haritu pukul 7pagi. Since saya dari penang, so pukul 4pagi saya dah gerak. Semangat tak? haha. Sampai INTURA around 5pagi macam tu and it was too early lah pulak so saya pon singgah dekat masjid terdekat untuk tido sekejap and solat subuh. Pukul 654pg saya gerak masuk INTURA untuk registration.  Oh jangan lupa pakaian untuk hari pertama ialah pakaian sukan okay. Dah di stated dekat dalam email jangan terlepas pandang pulak ye. Masa register tu setiap calon akan diberikan 1 tag yang wajib dipakai sepanjang program. Tag yang tertulis number tu ialah pengenalan diri untuk semua calon. Kira tu lah nama kita, macamtu. So sessi pagi bermula dengan ucapan kata2 aluan dan taklimat untuk flow sepanjang haritu.

Selesai ucapan and taklimat, calon2 dipecahkan dalam beberapa kumpulan untuk memudahkan sesi kecergasan. Setiap calon akan dapat 1 buku merah which is buku untuk isi detail2 kecergasan kita. First untuk pagi tu semua calon akan beratur untuk check BMI which is kena amik tinggi dan berat. BMI yang diorang dah tetapkan is 19-29 kalau tak silap saya so pandai2 la prepare so bmi you all in between ye. Macam saya haritu risau bmi 18 so before PAC tu saya makan banyak gila so that bmi maintain 19 haha. Sebab sejenis berat senang turun and tak pernah bmi cecah 20. Selalu stuck dekat 18/19. The struggle is real guys

Okay lepas check BMI, calon boleh pilih nak buat ujian lunjuran or genggaman dulu. Heres some sort of it;

Ujian Lunjuran
http://sekolahpulauaman.blogspot.my/2014/10/ujian-standard-kecergasan-fizikal.html

Ujian lunjuran aka ujan jangkau ni awak lunjur semasimum yang boleh. 3 kali try and diorang akan ambil bacaan yang tertinggi. So in between beratur nak tunggu turn tu boleh lah you all buat aktiviti regangan sikit2 so badan tak keras masa nak lunjur tu

Ujian Genggaman
http://recruitment.police.nsw.gov.au/fitness/physical_capacity_testing/handgrip_test

Ujian genggaman aka grip test ni dia nak uji kekuatan genggaman tangan. Pegang alat tu macam dalam gambar, and genggam sekuat hati. 3 kali try and macam biasa, diorang akan ambl bacaan yang tertnggi. Saya genggam benda tu sampai gigil2 gigit gigi lah. Hahaha. Nak bacaan tinggi punya pasal of course! :p

Okay lepas settle buat semua tadi tu, calon boleh proceed pergi check tekanan darah pulak. Still kena bawak buku merah yang diberi tadi. Masa check darah ni, nurse akan suruh kita semua relax2 kan diri jangan gemuruh sangat sebab nanti akan affect bacaan. Kalau bacaan tinggi, calon tu akan disuruh tidur and berehat dulu setengah jam baru boleh proceed check lagi sekali. Nasib baik tekanan darah saya time tu just nice walaupon malam before tu tidue 3 jam je. Huhu gemuruh punya pasal

Then lepas habis check tekanan darah, tiba lah masa yang digeruni semua calon which is beep test

Beep Test
http://www.beamtrainer.com/beep-test-distance/

Actually masa mula2 dengar, saya tak faham apa benda beep test ni. Maklumlah bukan budak sukan. Google banyak mana and tengok video banyak mana pon still tak boleh nak agak macam mana cara main dia. Main? :'p Haaha. So saya decide taknak pening2 kepala pikir, just prepare fitness je before datang PAC. Until lah on the event day, baru saya faham apa itu beep test bila tengok depan mata. Kesian kan? Haha. 

Simple je test ni. Kita akan diminta untuk lari dalam jarak 20m ulang alik. Setiap satu 20m tu ada masa2 tertentu yang kita kena lepas. Contoh 20m pertama kena lepas sbelum 2minit. 20m kedua kena lepas dalam masa 1minit 55saat. And the list goes on. Yang tempoh masa tu saya hantam je okay. I dont know the exact masa. Beep test ada banyak level. 1 level tu ada 10 pusingan. Maksud pusingan, ada 10 kali lari ulang alik 20m. Untuk perempuan, kena lepas at least 3 pusingan. Bermakna kena lepas at least 600m dalam masa yang ditetapkan. Untuk lelaki, kena lepas at least 5 pusingan. Paham tak apa yang saya cuba sampai kan? Haha tak paham takpe. Kita geng :p Oh saya haritu boleh pergi sampai level 4 je. Tepat2 4. Sifat feminism masa tu menebal gila dalam diri konon nak lepas sampai stage 5 sama macam lelaki, sekali hampeh. Masuk level 4.1 dah tak larat surrender keluar court. huhu

Okay lepas settle beep test ni semua calon boleh masuk dewan balik untuk berehat tunggu result. Result akan keluar pukul 230ptg so before that semua akan lunch dulu and solat zohor. Masa ni believe me semua muka pon dah pucat macam apa je. Risau gila kot kot tak lepas sesi kecergasan ni sebab if not, calon akan serta merta kena balik *insert music seram here

And the long await moment pon tiba. Result time. Masa result ni semua calon diminta untuk beratur luar dewan dekat meja pendaftaran pagi tadi untuk check sorang2  samaada dia lulus atau tak. Kalau lulus, boleh masuk dewan. Kalau tak lulus, kena pulangkan tag and boleh pulang serta merta. The tension is on the peak bila time tu family2 yang mai tadi dah tunggu dekat area2 sekitar dewan. Scary gila hahaha. Sorang2 calon lepas and masuk kedewan. And sorang2 jugak calon yang tak lepas berjalan keluar dari perkarangan dewan dengan wajah hampa. 

And then its my turn.  Sampai2 je meja pendaftaran tu my heart dupdap2 macam nak jatuh. Ibarat macam seluruh hidup saya bergantung pada perkataan yang keluar dari mulut pegawai tu samaada LULUS atau GAGAL. Pegawai tu minta number tag. Then dia check manually dalam kertas yang diorang dah siap print out. Alhamdulillah ruangan catatan dekat nama saya tu tertulis LULUS. Legaaa huhu. Masuk lah saya ke dalam dewan sambil cover2 sikit air muka taknak nampak seronok sangat. Kesian kawan2 lain yang tengah menanti result

Okay lepas semua pon dah selesai dapat result masing2, only then kami2 semua di arahkan untuk bergerak pergi ke auditorium untuk ambik ujian essay. Ujian essay ni ada 2 bahagian. Essay bahasa malaysia dengan essay bahasa inggeris. Satu essay di beri masa 30 minit. Ada beberapa tajuk untuk dipilih. Honestly saya lupa gila apa tajuk2 nya tapi mostly pasal isu semasa lah

Habis je jawab both essay, kami di beri taklimat pasal hari esok pulak. Untuk hari kedua ni saya sambung next entry lah. Panjang sangat dah ok bye





ps: Semalam result online exam ptd keluar. Tahniah kepada yang lulus and bakal ke fasa yang seterusnya. Dapat tahu calon yang lulus tu akan proceed ke UKJK. Tak tahu kenapa UKJK je bukan PAC. Kalau kami dulu UKJK tu ujian kecergasan untuk sesi pagi semasa PAC. Takpe, kita tunggu perkembangan calon2 lepas ni :)