LABOUR



Pejam celik pejam celik dah sampai ke penghujung tahun dah kita. Serious tahun ni lah tahun yang bagi saya paling cepat berjalan. Awal tahun haritu pregnancy saya masuk bulan ke 6, pejam celik pejam celik, tiba2 keluar seketul Hana. Lepastu pejam celik pejam celik lagi Hana berdiri dah sekarang alhamdulillah. Cepat betul masa berlalu

Blog ni dah berapa lama tak update sampai naim pon tanya "Awak tak update blog ke sayang?" Masalahnya diri sendiri pon tak sempat nak update, apatah lagi blog ni ha huhuhu *insert cry emoticon here


Banyak okay benda nak kena cover lagi2 lepas dah start kerja ni. Masa sebelum masuk kerja haritu, banyak benda yang bermain dalam kepala ni. Mampu ke aku nak galas tanggungjawab yang makin bertambah ni. Mana nak jadi isteri, mana nak jadi ibu, mana nak jadi pekerja, nak jadi rakan sepasukan, nak jadi pemandu yang membawa bayi di dalam kereta, nak bangun tengah2 malam, nak itu nak ini and the list goes on. Dia rasa macam berdebar yang tak tahu lah nak cakap macam mana. Tapi saya keep on comfort diri sendiri which, at the end of the day, semua nya akan okay. And yes. Alhamdulillah saya berjaya melalui saat2 permulaan tu
. Tak senang, tapi tak susah. Okay tipu, memang susah *insert cry emoticon here again 

Mesti ada yang rasa over nye lah hai nia ni. Orang lain pon kerja jugak. Ye lah, awak awak lah. Ni saya (*emo) haha. Since both me and naim hidup sebatang kara di bumi kajang ini so dia jadi macam extra struggle di situ. My family dekat Kuching, my in laws dekat Ganu, so naim je lah support system saya dekat sini. And myself ofcourse. 


Lately ni tiba2 saya rasa macam all the routine started to hit me hard. I mean real hard emotionally and physically. Pinggang start sakit2 i dont know. I think masa pantang pon tak sakit macam ni. Hana pulak menyusu badan. So dia jadi extra penat. And emotionally drain lah. Kalau kena time shift petang tu, time balik kerja je sampai rumah dah pukul 1pagi. Dah tu bukan boleh terus tidur. Kena mandi dulu. Of course la kan. Then nak kena pump dulu which it always took me around 30min - 1hour. Pastu nak susu kan Hana lagi. Pastu nak prepare barang dia pergi taska lagi. Then tuptup pukul 3pagi baru boleh tidur. Hana pulak jenis setiap 2 or 3 jam dia akan bangun nak susu. And dia sejenis morning person. Pukul 730/8 pagi dah bangun and mintak mandi. Nak taknak ibu memang kena bangun. Bayangkan lah 


But please dont get me wrong. Saya bukan merungut. Not at all. I dont know how to tell it here i think makmak faham lah kot apa yang cuba saya sampaikan. Cuma luahan seorang ibu yang baru jadi ibu. Yunowataimin?


So life with Hana is a blessing for both of us. Kalau tanya mana best, duduk berdua or ada Hana best? Saya jawab dua2 best. Setiap kali tengok naim dengan Hana, my love grows even deeper for each of them. I've never felt this kind of love in my life. Rasa sayang yang rasa dia macam hati ni kena hiris dengan pisau. Biasa kita rasa macam ni time sedih kan? Tapi ni i rasa masa perasaan sayang tu. Haha. Entah lah macam mana. Hana pulak manja dengan walid dia. And ibu harap nanti Hana dah besar pon Hana rapat dengan walid okay? :*


Okay la. Tamat pembuka cerita. Hahaha panjang betul mukadimah. So harini tetiba rasa macam nak cerita pasal moment bersalin. Sebab i taknak lupa moment tu. My very precious yet beautiful moment :)


Kalau ikut kiraan tumbesaran Hana dekat buku pink, patutnya dia lahir on the 8th of May. Seminggu selepas anniversary date ibu dengan walid. Tapi sebab Hana terlalu syok duduk dalam perut so dia extend lagi seminggu lepak dalam tu haha. So lahir lah seketul hana pada 15th May secara normal by induce 1 shot. Ceritanya saya langsung tak ada tanda2 nak beranak even dah 8hb tu pon. Tak ada langsung ye sis. Nurse dah pesan siap2 kalau tak beranak jugak on the 8th, 9hb tu kena pegi last checkup untuk minta tarikh serah diri. So dapat la tarikh serah diri which is on the 14th. So on the 13th, Mama pon sampai dari Kuching. Lepas ambil mama dekat KLIA, kitorang pergi cari kuih nyonya dulu dekat Aeon Taman Maluri. Sis is still steady lagi drive time tu kehulu kehilir haha. 

Esok nya pagi2 lagi kitorng dah gerak gi hospital. Both me and naim memang plan untuk beranak dekat gov hospital so kami gerak lah ke Hospital Kajang. Actually before tu kitorang saje cuba nasib pegi Hospital Putrajaya sebab saje kot kot boleh masuk ke kan. Tetapi tidak ye sis sis. Sebab kes saya ni kes tak ada contraction plus datang untuk serah diri so memang wajib ikut hospital area kita daftar dekat buku pink. Unless u ada contraction, then yes u boleh pegi mana2 hospital untuk beranak. So if u target nak beranak dekat hospital sekian2, silalah check and make sure alamat dekat buku pink masa buat buku tu, dalam ruang lingkup hospital yang u target okay? *wink (Tips no 1) Ni untuk yang nak beranak gov hospital je k. Dan bukan menggunakan scheme FPP

K sambung, so masa checkin nak pergi dekat katil tu scary gila lalu sebelah ibu2 yang tengah menahan contractions. Ada yang menangis, ada yang menangis dan ada juga yang menangis. Wait, okay semua orang menangis cuma berbeza style je. 


So malam tu malam kedua in my life warded. First time masa kes guguran dulu tu. Walaupon berseorangan tapi saya okay. huhu. Naim non stop whatsapp tanya hows my condition. Keep on cakap, lepas ni takpayah beranak gov dah. Menyesal lah tu sebab dia tak expect ward kajang tak boleh orang teman. haha. Masa tu ward 1st and 2nd class tengah in renovation. Tapi saya okay je sebab memang tak ada sakit apa pon huhu. Cuma malam tu saya tidur awal sikit sebab plan nak bangun tengah malam untuk solat hajat and exercise sikit. Cz mommy gotta help the baby find her way out emkayyy. I follow dekat youtube cara2 exercise untuk cepatkan bukaan. Bawah ni ada link kalau nak tengok2 ke kan mana la tauuu



Okay lepas settle exercise solat semua, dalam pukul 2pg macam tu saya masuk tidur balik. Masa tu rasa macam tak sabar sangat nak jumpa baby. Berbunga sangat hati. Tidur pon senyum senyum hehe :) Then, pukul 630pg macam tu kena kejut dengan houseman, suruh line up untuk masuk ubat aka induce. And ada lah dia pergi dekat beberapa ibu ibu lain jugak suruh line up. I thought induce ni benda yang happy sebab yelah kita kan di tolong untuk beranak tapi tidak rupanya ye puan2. Ada 2,3 orang ibu nangis2 taknak kena induce. Diorang mati2 nak process baby keluar tu se semula jadi yg boleh aka taknak paksa baby keluar. Tapi masalahnya diorang dah berkampung dekat ward tu 2,3 hari. Memang lah doktor decide for induce. Kan?


Tak kisah lah. So back to my story, sebelum masuk ubat tu dr akan check bukaan jalan dulu. Alhamdulillah dah 2cm since semalam masa check in hospital  langsung tak ada bukaan. Okay pause kejap, I don’t know why ibu2 semua dimomokkan dengan process check bukaan jalan ni. Sis, sebenarnya tak ada lah seteruk yang digembar gemburkan tau. Cumanya memang kita akan rasa sedikit tak selesa masa process tu. Yelah, bayangkan masuk jari dalam laluan beranak kita tu. Tapi what do you expect, nak beranak memang akan lalui perkara macam nil ah. Unless you memang plan for ceaser. Tips dia, rileks dan tarik nafas. Talk to your baby by heart. Imagine shes talking back to you hehe. InsyaAllah okay

K cop, induce ni all these while saya fikir kita akan kena cucuk something like that tau. Rupanya dia just masukkan cecair ke gel apetah dekat dalam laluan peranakkan kita tu je. Haa gituu. So tak sakit pon masa tu. Dia macam, ‘Eh dah siap eh doctor?’ ha macam tu je hihi

Okay lah sambung balik cerita, Lepas masuk ubat, kita kena baring at least 2 jam supaya ubat tu masuk dengan jayanya. I tido kejap time tu untuk kumpul tenaga sebab kejap lagi kan nak push wehuu. So selepas 2 jam, i bangun pergi dekat my family dekat luar ward since masa tu belum waktu melawat lagi. So happy to see all of them. Masa tu tulang pinggul dah start rasa lenguh2. Lenguh yang rasa macam pinggul tu nak jatuh je i dont know how to describe haha. Kak nia kata dia pon ada rasa macam tu dulu masa bersalinkan Nadeera since dia pon induce jugak so i guess thats a good sign? Ubat yang masuk tadi tu dah start bagi reaction lah kiranya alhamdulillah.


Then bila diorang dah balik, saya sambung jalan2 dalam ward. Habis semua poster dalam ward tu saya baca termasuk lah jadual bertugas doctor hahaha. Tips lagi, sis nanti dah nak beranak, bawak2 lah berjalan dalam ward tau. Jangan baring je meratap. Kita tolong baby cari jalan sama2. Memang sakit tapi we soon will meet our little bundle of joys. Kuat semangat okay? :* InsyaAllah kita ikhtiar

K sambung, since masatu dah nak masuk waktu zohor, saya pegi surau dulu buat solat hajat. Minta dipermudahkan process bersalin ni. Tapi before solat saya try test sujud dulu. Sebab nak try solat berdiri. Sebab serious time tu rasa nyutnyut kat pinggul. Eh jap time tu solat hajat ke solat taubat eh? Lupa hahaha. Serious lupa. Cumanya yang pasti saya solat sunat 2 rakaat la huhu.


Then tiba2 nurse panggil untuk buat ctg. CTG ni cardiotocography. Buat untuk check heatbeat baby and detect contractions. Masa nurse panggil tu i kat surau tengah tunggu zohor. Ha masa ni pinggul dah start lenguh yang gila gila punya tak tipu. Dia bukan sakit, tapi lenguh. Bayangkan rasa macam bontot pinggul tu nak tercabut. Ha macam tu lah rasa dia.I pelik jugak kenapa tak ada sakit dekat perut pon since i tengok orang lain sakit pegang2 perut kan. So i was not expecting apa2 berkenaan contraction pon lah masa tu.


Ingat lagi lepas result ctg tu keluar, doctor yang attend tu rileks je cakap, "ada contraction dah ni puan. 10 minit sekali ni." For those yang tak tahu, if contraction occur 10minit sekali ni maknanya labour process dah start aka genuine alarm for labour. Tapi I tak aware yang this is a crucial moment pon sebab masa tu just fikir, yes finally I am part of this community hahaha. Yelah orang lain sakit, kita takde rasa sakit pon pelik lah. Just lenguh punggung je lah

Then I was asked to line up untuk check bukaan lagi sekali. Masa tu ada 5 ibu line up as well with me. Masing2 muka dah tak rupa orang menahan sakit contraction exept me yang senyum2 sebab happy tadi ctg ada detect contraction haha. Masa line up tu dr tanya,


"Ok siapa yang paling sakit? Meh saya check dulu" 


Masing2 pon berlumba nak kena check dulu. Yelah dah sakit sangat kan memasing tak sabar nak kena tolak masuk LR dengan harapan bukaan dah reach 4cm. While me bagi change yang lain2 ni check dulu sebab saya tak rasa critical sangat pon. So saya orang last yang dr check. To make things short, out of semua yang beratur tadi, bukaan saya sorang je yang dah 4cm. I was so shock that time haha. Tiba2 dah 4cm. Ibu2 yang lain2 pon terkejut. I still remember their words, 


"Awak siap senyum2 je tadi bila masa nya awak sakit? Tiba2 dah 4cm" 


Dekat ward tu ada ibu yang bukaan stuck berhari2 dekat 2cm je. Ada yang air ketuban dah leaking tapi bukaan still 2cm and banyak lah case2 lain. Huhu. K untuk info, kalau gov hospital, if you dah ada bukaan 4cm, u dah kena masuk LR tau. If im not mistaken, my sis yang bersalin swasta dia kena tolak masuk LR only when dia betul2 nak beranak. Masa bukaan dah 7cm ke 8cm? Kot. Tak silap la nanti double check.

So sebelum masuk LR tu saya sempat buat air chocolate dulu campur VCO sikit. Makan biskut, kismis and kurma for tenaga. Pastu kemas2 baju baby letak dalam beg end up nurse tak bagi pon bawak beg tu lul. Dia suruh bawak kain bedung, baju and pampers je haha. Sebelum gi LR tu i pegi jumpa naim kejap untuk salam2 cium2 sikit huhu. Masa tu takde rasa apa dah cz i am so ready to meet my baby. Perasaan berkobar2 nak jumpa baby. Kira macam dah ready 120% untuk push dah time tu *muka determine


Masuk je LR, out of no where tiba2 rasa macam nak terkucil. Dan dan lah time ni pulak dia nak keluar kencing ni stress. Dah lah masa tu segala tok nenek wayar ctg dah pasang. Memang tak boleh bangun lah cerita dia. Pastu i cuba try nasib mintak simpati nurse. Tak jalan ye sis, tak jalan. Al sudahnya kena lah cocok tiub untuk buang air dalam pundi kencing tu. Rasa dia? Tak selesa. Tak sakit, tak pedih, tapi tak selesa. Tapi yang penting u kena rileks ye sis. Supaya otat tu longgar and less pain hehu. Selepas dia keluarkan air kencing tu pon still tak selesa sebab dia meninggalkan rasa tak puas. Hahaha. Yang ni sebab mainan minda je. Yelah selama ni kita buang air macam mana, this time kena paksa macam tu pulak so, paham paham lah kan.

Kesimpulan nya, sebelum masuk LR, TOLONG PERGI KENCING DULU SIS. Tolong ya. hahaha


K alkisah, nanti lah sambung. Penat lah type kbye






  






PREGNANT

Almost 2 months since my little angel was born. Tak tergambar macam mana perasaan since bergelar parent ni. 360 berubah routine harian. Alhamdulillah for this blessing ya Allah :)

Selama ni kalau baca cerita pengalaman orang jadi parents tu i was like, seronoknya for them tapi takpernah tahu pulak sebenarnya perasaan tu bukan sekadar seronok tapi it is way more than that. Tah lah tak tahu nak cakap macam mana. InsyaAllah nanti kita sama2 share perasaan ni ye. Aminn :)

Harini rasa macam nak cerita pasal my pregnancy journey and kalau tak panjang sangat nak selit cerita pasal labour moment. InsyaAllah. So it was a very peace and beautiful journey alhamdulillah. Semua nya dipermudahkan. Orang sekeliling yang sangat helpful. My husband, my family, my friends, my bos, my colleague, semua lah. But of course naim lah sebenarnya yang made everything became as easy as ABC. Tak boleh bayang kalau dia tak ada. Sepanjang 9 bulan pregnant, naim buat semua kerja dekat rumah ni like when i said semua, i mean semuaaa. Dari mop/sapu lantai, lap habuk, lap kipas, basuh pinggan, basuh/lipat baju, tukar cadar, cuci toilets eh semua lah. 

I literally tak buat apa2. Tenaga tu simpan sekadar nak pergi kerja je. Kadang tu nak makan pon tak larat. Eceh tipu je. Tak tahu lah kenapa tapi since pregnant haritu selera makan saya naik membuak buak. Kalau time lapa tu rasa nak nangis dia punya lapar sampai kena jugak cari makan no matter what. Kalau naim ada, best sikit sebab boleh bebai (bebai is mengada in utara. I think? haha). Tapi kalau time tu kat office memang nak taknak kena pegi cari makan jugak. Sorang pon sorang lah.

Pernah satu hari tu i lapaaaaa sangat sangat gila lapa tak tipu punya tapi naim dah tido. Tapi i lapa tapi naim dah tido tapi i lapa. Nampak tak? Since i isteri solehah, malas lah nak kejut ajak gi makan tapi baby dalam perut insist mintak makan jugak so i tewas. Kejut jugak naim. And dia pon takde bising apa terus jom je walaupon muka barai habis. Sampai je kat kedai lepas dapat air, dia tengok jam anddddddd,


"Mak aih pukul 3 pagi. Abang ingat baru pukul 11. Patutlah pening semacam kepala"

Diriku hanya mampu ber huhuhu sambil gosok perut. Masa pregnant alhamdulillah simptom mabuk saya tak teruk kalau compare dengan cerita2 orang. But still it hit me. Muntah takyah cerita lah. Kat rumah banyak kali dekat office pon ada jugak few times. Tepi jalan pon ada. Tapi nasib baik tak pernah muntah time drive. Actually for me taknak bagi rasa nak muntah ni kena makan. Makan sikit2 tapi berterusan. Jangan bagi perut lapar. So tips dia makannn je all the time waima sekeping biskut (Rasa educated guna penanda wacana tu) Mabuk tu hm tak sure apa maksud mabuk tapi alhamdulillah saya takde pening2 cuma penat je lah. Penat yang teramat. Macam saya cakap atas tu, tenaga tu simpan nak pergi kerja je. The rest tu penat all the way. Haha

Tapi one thing for sure, saya betul2 jaga emosi sepanjang pregnant haritu. Taknak rasa sedih and sedaya upaya mengekalkan perasaan happy all the way and alhamdulillah i think i did a great job. Even waktu driving pon okayyy hahaha. Kalau ingat balik, rasa macam kurang sangat lah rasa sedih tu. Thanks to my positive surrounding especially my husband. Eh sebenarnya kalau tak pregnant pon macam boleh kata takde je kesedihan tu since naim ni sangat lah tolerate dengan wife dia sampai dia ajar i untuk tolerate jugak so less hassle disitu

Emosi yang stabil ni penting supaya baby also nanti keluar pon emosi stabil jugak haha boleh ke interpretasi ayat macam tu? Betul lah kot tak caya cuba google. Emosi ibu ni mempengaruhi anak dalam kandungan. Kalau suka marah, nanti anak pon suka marah. Kalau suka nangis nanti anak pon suka nangis. Kalau happy2 nanti anak pon happy2. So pemerhatian saya terhadap my daughter, dia macam kurang nangis. Tak sure lah sebab baru 2 bulan kan. Orang kata awal2 ni semua benda indah. Baby berak pon indah, baby nangis pon indah. Hahaha 

Since i kata masa mengandung haritu i kuat makan kan, guess my total weight increase? 19kg++ sissss. Ada ++ sebab I lost count bila dah masuk 71kg. 71kg tu masa last checkup on my 40th weeks. Haha. Sebelum pregnant berat 52kg. Sebab kan berat mendadak sangat naik everytime checkup, so saya kena minum air gula 2 times. Alhamdulillah takde gdm benda tu i paling risau and also takde tanda2 pre eclampsia / hypertension. 

Minum air gula punya tips? Cuba habiskan selaju yang boleh. Takpayah la minum ala2 hirup kopi stabak. Tutup hidung tutup mata and telan laju2. Bawak minyak angin siap2. Lepas habis tu terus hidu minyak angin and sapulah sikit dekat dada. Kita taknak muntah kalau minum air gula ni sebab kalau muntah, kena repeat la jawabnya ye sis. Adakah anda mahu? Mesti tidak bukan? haha. It works for me. Then lepas minum air gula tu sila duduk dan tak payah berjalan. Sebab semua tu boleh effect bacaan. Cari lah tempat yang kurang orang untuk anda bertenang. Oh dont sit in car sebab risau nanti kalau pengsan takde orang tahu lagi2 kalau datang sorang. 

Another tips, kalau minum air gula ni datang la seawal yang boleh kalau boleh minum as soon lepas nurse bancuh air gula tu sebab masatu air gula masih panas. Kalau panas, insyaallah kurang sikit lah loya air gula tu. I kenot imagine kalau minum time air gula dah sejuk. Erkk kbye nak muntah

Tapi walaupon berat naik almost 20kg, i takde beli baju mengandung pon. Magic bukan? Cuma seluar lah of course beli yang maternity. So now lepas 2 months of delivery berat saya sangkut dekat 59-58kg. Bila tah nak turun ni. Saya target 55kg je. Taknak 52kg dah since sekarang dah jadi makmak kan. But still if berat 55kg pon bmi baru 20. So okay la. Sebab kalau 52kg, bmi 19. Tapi now i dah boleh pakai balik semua seluar jeans masa sebelum pregnant dulu. Wehuuu tu paling penting. Then tangan kaki masa pregnant haritu takde kembang alhamdulillah. Muka je kembang sikit i mean hidung k. Hidung yang kembang hahaha. Dah la hidung ni sememangnya jambu. Bila kembang dah rupa belon.

Erkk okay lah panjang nya bebel. Guess to much benda. I should put in different post la according to topic. Haha memang tak rajin la cerita dia. Ni update pon dah kebaraian nak post huhu. Okay till then







HANA

Hi. Almost 2 bulan since our 2nd anniversary. Alhamdulillah for this blessing ya Allah. 2 tahun dah jadi isteri kepada Mohd Naim. Too much to write but everything to bless for. 

Ingat2 balik, memang tak rilek betul time nak kawin tu. Sebab semua nak settle sendiri takmau orang buatkan. So memang gila hectic preparation sampai lah ke post wedding. Kitorang buat 1 majlis je. Senang. And jimat. Akad and kenduri hari yg sama lagi super duper jimat haha. Cuma letih ya ampun nak meninggal rasanya haritu gila lah kalau ingat balik. Tapi puas hati. Rindunyaaa alaaa

Alhamdulillah anniversary tahun ni special sikit dengan kehadiran puteri sulung kami. Hana Mikhayla nama yang kami pilih untuk amanah yang Allah hantar kepada kami ni. Maksud Hana = Rezeki tanpa kepayahan, Kebahagiaan. Maksud Mikhayla = Pemberian Allah. So bila digabungkan jadi lah 


Rezeki tanpa kepayahan, pemberian Allah kepada Ibu dan Walid <3

Alhamdulillah. Percaturan Allah tu Maha hebat. Kami tak plan langsung pon nak ada baby ngam ngam masa anniversary. Turn out, baby dijangka keluar time2 tarikh tu huhu. Nanti nak cerita lah pregnancy journey dekat sini.

Oh, ye tak ye. This is my first ever entry as a MOM. MasyaAllah tak sangka nia dah jadi ibu :') Alhamdulillahh. Btw blog ni pon secara official nya dah jadi aunty. Boleh ke macam tu? haha. Masa pregnant haritu selalu cakap dekat naim yang soon we both will upgrade ourselves to be a parent. Status yang takkan boleh kita patah balik. I mean, kalau kawin, there will always be a possibility to be single balik (nauzubillah). Tapi once kita dah jadi parents, status tu takkan pernah boleh patah balik. Selamanya kita akan jadi seorang ibu/ayah kepada amanah yang Allah dah beri. Kan?

Again, percaturan Allah tu Maha hebat. Setelah keguguran as soon lepas nikah 2 tahun lepas, kami both memang terus merancang. Sebab masa tu PJJ, and saya pulak tak kuat nak memboyot sorang2 tanpa ada suami disisi (terbukti dengan incident keguguran itu. maybe?) Then after 8 bulan kawin, baru lah kami decide untuk end our PJJ phase so we can live normal as married couple takde dah jumpa time weekend je. Okay lepas dah duduk sekali tu we are so ready to make baby i tell you no lie haha. Tapi Allah tu Maha mengetahui. Tak semena mena naim sakit batu hempedu pulak. Dah pernah cerita dekat entry sebelum ni so im not gonna repeat it here. 

So keadaan berlanjutan until lah saya dapat panggilan kerja. Masa tu memang terpaksa lah hold kejap misi buat baby since yelah baru dapat kerja kot. Takkan nak boyot pulak. My dream job some more. Masa tu mental i dah broke down a little bit. Tapi selalu je pujuk diri kata yang this aint long. At least after 6 bulan kerja then kita start la misi buat baby tu balik. Tapi selalu je air mata ni mengalir lagi2 lepas solat jemaah dengan naim. Sayu tau hati. Walaupon kami dah survive setahun lebih berdua dengan jayanya tanpa broke down even a bit. Tapi this time sebab keadaan dah lain. We both dah totally wanna make it happen then suddenly there this little things. Tell me siapa je dalam dunia ni kawen tak nak anak? Haa

Naim selalu la pujuk wife dia yang cengeng ni. Sikit2 nak nangis. Selalu sangat nangis sampai tak perlu bagitahu pon sebab apa nangis naim dah tahu. TTC friends totally can relate right? :') Saya ingat lagi ada satu hari tu lepas solat suddenly air hingus ni laju je turun sebak sangat, terus peluk naim. Then suddenly naim pon nangis jugak. Terkejut kita sebab dia nangis sama. Selama ni dia rilek je pujuk. Ber huhuhu lah kami laki bini atas tikar sejadah time tu. Huuu

Salah satu situasi berperang dengan emosi sendiri yang saya alami tahun lepas. I wrote about berperang dengan emosi sendiri on my previous post. And again, perancangan Allah tu Maha Hebat Maha Kaya, saya dapat tawaran untuk convert jadi staff after 6 bulan start kerja as a trainee. Alhamdulillah. And masa dapat tahu tu, i was pregnant 10 weeks already that time. Sign contract masa tepat2 pregnant 3 bulan/12 weeks. That means, saya start pregnant masa 3 bulan lepas start kerja huhu. Masa bos cakap nak convert tu, berdebar gila nak bagitahu yang diri ni tengah pregnant. Masa tu tawakal lillahitaala je kalau bos taknak proceed untuk convert. Tapi alhamdulillah bila rezeki tu dah tertulis. Bos tetap amik jugak. Sujud syukur :')

Alhamdulillah sepanjang pregnancy semuanya dipermudah kan. Nanti cerita dekat entry lain. Sekarang saya tengah menyesuaikan diri dengan routine makmak. Tak mudah i tell you. Tapi best. Ajar kita lebih hargai masa bila dah ada anak ni. Kalau nak tido dulu i suka tenung muka naim lama2. Selalu bisik dengan diri sendiri sambil cakap dekat Allah bertapa bersyukur nya dikurniakan suami se perfect naim. Alhamdulillah. Now bila dah ada anak, tukar tengok muka anak pulak hehe. Sorry husband. I cannot resist our daughter. 

Tapi i mengaku i miss my time with my husband. Selama ni semua kami buat berdua. Naim jenis bukan melepak dengan kawan/game punya orang so memang kalau tak kerja kami spent masa sama2. 2 tahun kawin everything with him. Sekarang kadang2 nak teman naim makan pon tak dapat sebab baby nak ngempeng. I pernah nangis semata sebab tak boleh teman naim makan. Malam2 time 2,2 cinta hati dah tidur, i akan pergi nyelit kat naim sambil nangis peluk dia. Sedih tau. So friends yang dah kawin tp belum ada baby yet, hargai lah masa berdua bersama suami anda. I totally can gerenti, you will missed your duo time

To my husband, thank you for everything. I couldnt ask for more. Selamat Hari Bapa yang pertama kali. Ibu and Hana love you so much :)

Rumah dah sikit2 transform jadi baby friendly ><







OVER

Hi, sempena nak dekat 2nd anniversary ni, rasa macam nak throwback gambar kawin dulu. Tapi bukan yang biasa biasa punya. Bak kata pakcik najib, bukan beshe beshe malu ape boskuwww. haha lol. Kita bagi nama post ni sebagai;


Pengantin Yang Over

Gambar pembuka tirai. Dah penah post dah. I think, ni paling over kot?

Okay membawang sat sebelum ramai orang datang

 Okay anak2 bagi sini hadiah tu aunty amik sendiri. Mmg aunty punya tugas pon ni

 Yeay hadiahhhh

 Eh abang, gambar tadi tu delete. Tak cunnn. Delete delete

 Akak jangan bagitahu orang tau apa nia cakap tadi,,,

Cam biasa, pengantin kutip hadiah sendiri hahaha

Hahaha. Alhamdulillah suamiku mampu bertahan lagi wife tak behave

 Okay jemah timeeee

 Ala kakk, jangan balik lagii. Tunggu sattt

 Yg ni budak ni lari2 pastu panggil 'Aunty2, alam' Nak salam katanyaa. Hahaha alolo

Allahummasolli alasaidina muhammaddddddd,,,, Tima kasih kak, mai joh johhhh. Pastu akak tu pon jawab, Tarak pa aihhhhh

Im glad i choose this kind of baju. Material, design etc. Senang nak bergerak. Kalau pakai gown ke, dress yang ada ekor leret tu ke or even songket, mesti tak boleh nak active sana sini. Terbatasss. So not me. Haha. 

Sib baik mak mertua takde blog...
Tapi umi sedia maklum dah anak menantu dia ni sejenis tak rilek :p


Tumblr

Terjumpa account tumblr masa dulu dulu. Halah halahhhh rindunyaaaa. Haha. Tak teringat langsung pasal account ni. I mean, i know i have tumblr before tapi terlupa apa nama dia. Now that i remember;




silentmood.tumblr.com 


Account tu created around tahun 2011 tak silap saya masa zaman2 Palam dulu which is lebih kurang jugak la umur blog ni. Seronok scroll balik post2 kat tumblr tu sebab teringat balik memori time tu. I mean excuse me girls kan setiap benda dia post tu adalah merupakn satu hint? Tapi time tu je la girl. Now dah woman Xp Tapi serious rindu zaman2 tuu. Zaman2 konon jiwa kacau lol. Im the one who like to express my feeling through words. Sesetengah orang suka dengar lagu kan? Saya tak berapa gemar. Tak minat dengar lagu sebab rasa macam, kita dah sedih pastu nak pi tambah lagi kesedihan kenapa? Macam tu lah lebih kurang haha. So saya lebih suka baca or tengok gambar kata2 semangat yg kengkonon deep ni. 

Dulu tumblr best. Sekarang dah diracuni dengan elemen lucah awek2 melayu. Kot? I mean 'kot' tu melayu je ke? Or the whole world is using tumblr to post their nudes? Tak sure sebab tak layan dah. Tapi tak kisah lah, annoying gila semua benda nak dilucahkan. kan?

Oh cakap pasal lagu sedih ni, tetiba teringat pulak lagu sedih yang for me paling sedih la dulu kalau dengar rasa macam hati ni tersiat2 sedih dia. Over tak? Sebab tu saya tak suka layan lagu sedih kalau tengah sedih cz i take it too deep. Ada 2 je lagu yg berjaya buat saya tersiat2 sedih ni which is 




The One That Got Away
A Thousand Years 


2 lagu tu memang saya tak boleh dengar dulu serious. Dia jadi macam, gila jangan bagi aku dengar lagu ni boleh? Ha camtu. Tapi sekarang takde mende pon kalau dengar. Nak gelak lagi ada. Sebab fikir macam, ape lah buang masa dan emosi nye la aku kat benda2 ni. Terus terfikir kat future anak2. Hoping they doesnt involve with this kind of laroness tapi i dont know lah. Possible ke? Dengan dunia yang makin mencabar ni haih. Tapi apa2 pon i wanted to be my kids best friends insyaAllah where they can share me their secrets. So mungkin diorang tak terjebak menda2 emosi over camni?? haha entahhh

Sekarang the only benda yang buat hati saya tersiat2 is when i look at my husband laying in hospital bed. Pastu bila kita cakap dengan dia, the only thing he responded is just griping hard my hand :( Trauma tau incident tahun lepas. Ya Allah, kau kuriniakan lah kesihatan yang terbaik buat kami semua, Aminnn. Jaga diri kawan2. Jaga makan, jaga kesihatan. Muda tak bermakna kita sihat. Till then, xoxo






2007

Terjumpa gambar kelas masa Form 2 dulu (2007). Hahaha. Going to put it here for my future memory recap. Lepas ni kalau terjumpa gambar lama2 from frineds nak simpan sini lah supaya senang. hihi. Okay cuba cari mana seorang nia :p


2019

Bismillahirrahmaanirrahim. Alhamdulillah masuk kita ke tahun 2019. Semakin lama semakin menghampiri ajal. Semakin menghampiri akhirat. Still trying to be better every year. InsyaAllah

Macam biasa, setiap tahun sebelum masuk tahun baru saya akan recap balik sorang2 apa yang dah jadi sepanjang tahun tu. Apa yang saya dah buat, dah capai, and dah settle. And apa lagi yang perlu di baiki, di gandakan usaha dan di ubah. Tahun 2018 ni saya start duduk sebumbung dengan suami setelah 8 bulan kahwin dan ber PJJ. Fasa baru yang exciting. Masa PJJ haritu rasa macam orang couple. Tiap2 minggu make effort untuk jumpa nak dating tapi halal pastu masa dah duduk sama2 pulak rasa macam baru kawin je haha.

Ingat lagi I came to Kajang on 5th January 2018. For good. Bertolak dari Penang awal pagi dalam pukul 8 macam tu tapi cuaca masa tu hujan renyai tak renyai sangat. Cam tahu2 je perasaan kita yang berbelah bahagi nak tinggalkan Penang sebab nak pi duduk dengan suami. Yelah sebab family saya stay Penang so bila dah kena move out tu macam, alahh sedih nya.

Tahun 2018 ni saya start sebagai suri rumah sepenuh masa. Sendiri pi tender dekat company lama sebab rasa macam sampai bila nak PJJ kan? At least in my case. Naim pon support so okay lah. Minggu pertama, heaven. Minggu kedua, best. Minggu ketiga okay laa. Minggu keempat dah start gatai bontot tak senang duduk haha. Tapi saya memang tak ada plan untuk jadi suri rumah sepenuh masa sebab memang tak pernah ada cita2 nak duduk rumah at least in my 20s. Start apply kerja. Actually dah start cari kerja bulan 10 tahun 2017 lagi since masa tu dah berkira2 taknak dah PJJ. Plan nya nak pindah Kajang dengan pekerjaan tapi Allah kata tak ada. So, tak ada lah.

Bulan 2 I remembered on 6th February, naim tiba2 sakit perut yang teramat sangat sampai tonggeng2 keluar air mata. Actually dia dah start sakit 2 hari sebelum tu tapi still rilek lagi sebab ingat sakit angin biasa je. Since saya pon 24/7 dekat rumah so tak apa lah boleh jaga dia. Rupanya melarat pulak until malam before birthday I haha sedih. Malam tu sebab kesian tengok dia sakit sangat pukul 1pg macam tu saya drive bawak dia pergi hospital. Ding dong ding dong pukul 4pg baru dapat jumpa doktor. Lepas diagnose terus kena masuk red zone. Ha sudah. Rupanya doktor kata ada batu dalam hempedu naim. Dan punca naim sakit teramat sangat tu sebab batu tu dia terjatuh and tersekat dalam saluran menyebab kan toksik2 tak boleh nak pergi ke usus.

Fun info, batu hempedu ni semua orang ada. Cuma bezanya banyak and tak je. Salah satu punca batu hempedu ni is pengambilan pemakanan yang berkolestrol. So people, please jaga makan. And to be remind, sakit ni dia develop lama tau bukan dalam tempoh sekejap. Memang kita rasa diri kita sihat. Macam naim. Selama ni dia elok je tapi tiba2 je sakit tu serang. Dari bulan 2 sampai ke bulan 12 benda ni berlarutan. Dari Hospital Serdang ke Putrajaya, bawak ke KPJ Damansara dan finally ke Hospital Selayang. And finally bulan 12 akhir tahun 2018 baru lah batu dalam saluran hempedu naim tu berjaya dikeluarkan alhamdulillah. Sampai kan keluar masuk, berkampung kat hospital tu dah lali for us. Believe me tak semudah tu jaga orang sakit kat hospital lagi tengok orang yg kita sayang sakit terbaring je. Dugaan hebat buat kami suami isteri. 

Nak dijadikan cerita, 2018 ni tahun dugaan emosi buat saya. Bukan emosi rumah tangga tapi emosi macam mana saya deal dengan new things. Berperang dengan emosi sendiri serious. 1 sebab kena pindah duduk jauh dari family, 1 sebab risau naim tak sihat, 1 pasal jadi housewife and the list goes on haha. Memang dari dulu saya memang nak kerja lepas habis belajar. I want to achive my target. Banyak benda saya nak achieve walaupon ditakdirkan saya dah kawin. Masa tu lah. Satu hari tu saya sedih sangat sebab tak dapat2 jugak panggilan bekerja, then terdetik tanya dekat naim, "Awak redha ke saya nak kerja ni sayang? Kenapa saya tak dapat2 tawaran kerja ni dah berapa banyak saya try"

Lepastu naim senyum2 kerang busuk, dia kata "Abang bukan taknak awak kerja kalau boleh abang nak awak duduk rumah je tapi abang kesian la pulak dekat awak sebab awak bukan jenis orang diam. Awak suka berkawan. Nanti try la kat Speedmart bawah ni at least tak jauh dari rumah" Masa dengar dia jawab tu tak tahu nak nangis ke nak gelak. Dia suruh kita kerja speedmart guyss. Nangis. Dia tak tahu ke cita2 binik dia ni nak apply apa yang dah di belajar dulu? Stress :'p

Tapi sebagai isteri yang solehah, I pegi interview okay. Cuma bukan Speedmart la sebab dekat sangat dengan rumah takut teserempak dengan jiran. Haha. So saya pi Tesco. Lawak la ingat balik adoi. Dah dapat tapi saya taknak pergi sebab again, berperang dengan emosi sendiri. Ding dong ding dong alhamdulillah finally dapat panggilan kerja dekat company yang saya tunggu2 selama ni. And paling penting dekat Cyberjaya sebab memang dari kecik cita2 nak kerja dekat Cyberjaya. Lagi Cyber ni memang orang tahu tempat segala company IT berkumpul kan. So yelah

Nak cerita satu2 pasal berperang dengan emosi sendiri ni memang sampai 2020 pon tak habis. Haha. But so far, after setelah sekian lama saya tak rasa ups and down, tahun ni boleh tahan jugak la rasa dia tu. Alhamdulillah berjaya menempuhi. Yang penting, kena sentiasa positive. Sentiasa kena pandang ke arah positive. InsyaAllah semua akan okay sebab kita percaya Allah atur sesuatu keadaan tu ber sebab. Thats what we called hikmah. Hikmah ni kita tak nampak time2 tu. Kita akan nampak after benda tu terjadi. Bila kita muhasabah diri, kita akan nampak benda tu sebagai hikmah. InsyaAllah

Sentiasa sabar and sabar. Always put your trust in Allah. Dan kena sentiasa berusaha. Nak sesuatu kena usaha lah kan. Kalau tak, macam mana nak datang. Kalau dah usaha tapi tak dapat jugak, try muhasabah balik. Frust memang frust tipu sape tak frust tu. Tapi kena bangkit. Try your best to fulfilled. This is a word for myself. Now lets brave ourselves and together face 2019 with determination. We can do this bebeh! Takbir!

Love