TETAP

Ya Allah Ya Tuhanku, tetapkan lah hatinya dan hatiku.
 Amin Ya Rabb..

nota kecil: Saya tak sempurna. Im sorry..

CGPA

Harini result Asasi saya keluar taw. Huhuu still bersyukur even bukan dekan. Tapi still 3pointer alhamdulillah. Tahniah buat kawan2 yang dapat dekan and 4flat. Terutama to my beloved roomate; Anis si pinky girl:*


Masa tengok result tadi, mata tertumpu dekat satu subject je. Time tu macam nak menjerit pon ada, nak menangis pon ada, nak terjun bangunan pon tak ada. Semester 1, Physics saya Cplus tau. Ni cerita betul, tak tipu punye. Tak percaya, tengok ni;


Nampak tak Physics tuu? Teruk kann? Math tu jangan tengok lagi. Nanti tak seprais..

Kan kan? Teruk kan? Ape nak jadi lah nii.. Tapi cuba tengok Semester 2 pulak. Hee..

TARAAAA~

Hehee, kalau tak letak 'Wow' pon takpe kan. Even taklah sehebat awak dapat A or even Aplus but its a very tearing moment for me dapat naik macam ni. Actually I got my own teory pasal result Physics ni. Actually since upper form saya memang lemau gila dengan Physics. Rasa macam nak drop je. Tapi apakan daya, Physics subject al wajib al ghunnah untuk engineering since Im in a field of engineering sejak lower form.

So, memang dari dulu lah tak suka dengan Physics. Asal Physics je susah, asal Physics je susah. Senang cerita mindset lah. Sebab tu masa Sem1 Physics saya gila2 teruk grade dia. Nasib tak failed. Tapi, masa Sem2 pulak Physics saya naik gila2 sebabbbb. Sebab apa tau, sebab majority sub topic untuk Physics Semester2 is in a field of Electric which is my expertise. Ecewahhh, bajet gila expertise. I mean, bidang saya lah Electric ni coz masa upper form dulu saya amik Electrical and Electronic Engineering Studies. Masa lower form pulak, saya amik kemahiran teknikal dalam subject Kemahiran Hidup(KH). So basic dah ada lah kan..

Dah pernah letak dah gambar ni dekat blog. Act nak tunjuk bukti saya budak elektrik. Hewheww

Nampak tak kesinambungan dia dekat situ? Hehee, lagi satu. Masa Sem1 grade Math saya A. Tiba2 Sem2 turun B. Nak tahu jugak sebab dia? Nak cerita jugak, tak kira. Masa Sem2 almost semua sub topic Mathematics is Physics. Which is segala formula work done, power bagai, semua kena belajar balik. And I really dont like! Kena belajar balik formular2 keramat Physics yang tak berkesudahan tu. Sangat tak best..

So, betul lah kan teori saya ni?",) Oh oh lupa pulak. Awak, tahniah tau sebab dapat tawaran further in medic. Semoga menjadi seorang doktor yang seimbang duniawi dan ukhrawi ye. Insyaallahhh, Aminn... :)

nota kecil: Dekat mana nak beli Varsity? Anyonee? Seriouslyy.....










HTC

Thankyou Papa for this very adorable, pink new htc phone:D
I LOVE UUUUU:*

KEDAI ROTI

Masuk harini, dah 2minggu lebih saya kerja dekat kedai roti tu. Disebab kan harini cuti, so macam nak update pasal tempat kerja lah pulak kan. Ramai yang dok cakap, 'Untunglah dah pandai buat rotiii~' Haha:p Saya bukan buat roti lahhhh, saya bahagian depan. Customer servis. Hello welcome, jaga kaunter and kadang2 tolong2 lah diorang buat dessert sambil ngap satu dua suap. Hewheww..


So! Kerja dekat sini best lah jugak. Tak penat sangat sebab sangat enjoy. Semua orang sangat baik termasuk bos. Sampai kalau kena buat OT pon tak kisah^^, Plus dapat makan all the time. Kalau lah saya kerja dekat sini sampai bulan 9, maybe masa masuk degree nanti jadi triple XL lah gamaknye. Huhuu..


Tetibe..


Oh oh, kedai roti ni dekat shopping mall; Island Plaza. Dekat depan rumah saya je pon. Jalan kaki 5minit dah sampai. Pegi kerja jalan kaki je lah. Fine lah kan, Nia looser takde lesen. Eh biar lah! Mama titew tak bagi sebab dia takut titew merayap sane sini. Wuwuu okay gedik..


Siap ada pool lagi dekat depan kedai. Agak2 nak mandi tu, terjun je lah..

I love when people have it here. Mocha or Cappuchino or Latte or maybe a cup of tea sir?^^,

Takde lah over kan gambar ni? Huhuu. Okay saya Nia si penjual roti..

Sekarang ni pon makanan kegemaran saya dah tambah satu extra dalam list which is roti:D Hehee. Ok lah, tamat cerita pasal roti, so harini cuti takde buat ape pon. Just macam biasa lah ikot Mama ambik Amier Mikhail balik sekolah. Kebetulan diorang ada kokurikulum, so saya dengan Mama just stay je dekat sekolah tu sampai diorang balik. Before tu ajak Mama pegi Tesco kejap beli jajan2..

Roti lagi!

Saya seorang kakak yang disayangi oleh adik2 dan kawan2 mereka. Hewheww.

Lagi satu, harini saya buat kuih tahu? Hahaa. Buat Cucur Jawa yang menjadi feveret dari kecik. Nak tengok? Nak tengokk? Tengok laaaaaaaaa..

Cantikkan rupa dia?:') Haaa. Jangan jeles okay Iqaaa.

Tapi! Cuba tanya rasa macam mana. Hahaaa rasa dia kan, MashaAlllahh. Masin ya amat. Layak masuk tong je dari masuk perut. So, dont judge a book by its cover. Takpe lah, bak kate Mama, first time buat memang macam ni. Nanti dah lama2, okay lah. Huwhuww. Okbye..

nota kecil: Ada orang tu cakap kalau makan roti boleh jadi panas baran. Tipu! Cakap je lah tak bagi saya gemok~ Kannn...



ASASI PALAM

Disebabkan esok cuti(harini lah), so malam ni macam tidur lambat sikit. Yeaay esok cutiiii!:D Okay, tadi tiba2 tergerak hati nak tengok balik gambar2 lama. Tiba2 ter tengok gambar dengan kawan2 dekat Palam. For those yang tak tahu, Palam ni singkatan bagi Puncak Alam. Puncak Alam tu pulak tempat saya amik Asasi which is Uitm Kampus Puncak Alam:)


Cantikkan:') Budak batch saya yang edit ni. Curi dekat group Asasi:p


Disebabkan perasaan yang sangat merindui Palam yang teramat lah membuak buak, so malam ni macam nak bercerita serba sedikit lah pasal Palam. #AsasiPalam sampai jadi trending tau dekat twitter. Haaa, jangan main2. Fluence kitorang sangat besar okayy


Dekat sini, kalau Asasi Engineering, student lelaki yang ramai. Tapi kalau Asasi Science, student perempuan yang ramai. Bayangkan, dalam 7block kolej untuk pelajar perempuan, just satu je block untuk perempuan Engineering. Itu pon sampai tingkat4. Tingkat 5 sampai 7 tu semua budak Science. So nisbah pelajar lelaki dengan perempuan dekat sini, alhamdulillah lah sama banyak. Takde lah nampak sangat kebenaran pepatah 'Perempuan masuk universiti, lelaki masuk pusat serenti' Huhuu..


Perkara paling obvious  and of coz semua student dekat Palam tahu is facilities dekat sini yang superb 5star. For those yang tak pernah duduk hostel tu, dijamin tak awkward lah kalau duduk sini sebab sangat selesa. Semua benda baru and dijamin selamat. Cafe stylo, gym lengkap, dewan kuliah superb, hostel tu rumah which is bukan bilik macam dekat hostel sekolah and most important, tangga kejayaan yang mempunya 286anak tanggaaaaaa. krik krik


Bangunan cafe kitorang:) Jangan terpengaruh dengan pemandangan. Korang still ada life. Percayalah

Dalam dia..

Pemandangan diwaktu malam kawasan fakulti.


Plus, environment yang sangat green. Sesuai lah bagi pencinta alam sekitar. Buat yang tak cinta kan alam sekitar pon for sure akan terjatuh jugak lah cinta. Dengan suhu dekat sini macam dekat Old Trafford. Kalau orang yang jenis jaga kulit tu, korang mesti suka sebab chances untuk terkena cahaya matahari dalam sehari tersangat lah sikit. Around 10% macam tu. Hahaa..



                                     
Suasana pagi. Taknampak apa langsung!:D

Even kedudukan geografi Palam ni ala2 nak masuk hulu mane lah kan, but baby dont chu worry. Sebab we olls tak terkurung okay. Hari2 ada je student yang keluar sewa kereta. Kalau hari minggu tu, chances nak sewa kereta memang nipis lah. Semua nak keluar. Kalau bas rapid tu, dah macam sardin dah padat dia. Haritu saya sampai melekat dekat cermin bas tu.. 


Kolej Rafflesia:) Interframe sikit. This is R5. Since that time I was an engine student


Plus, tak payah mintak kebenaran siapa2 kalau nak keluar. Means, fellow ke warden ke blabla. Unless your parents lah of kos. Baju outing pon takde. Uniform sukan segala bagai lagi lah simpang sebab kitorang mane ada aktiviti paksa2 ni. Best kan?:p


Last but not least, is student dia sendiri. I mean, there are soo many hot people here. Akan ada orang yang mewakili course masing2 which is Engine or Science. Bagi budak2 yang kurang hot ni, dah tentulah diorang akan back up wakil hotties dari course diorang bila hotties diorang kena sembur dengan orang lain. Sounds macam sooo highschool student dekat dalam tv tu kan? Hewheww.. Its reality okayy. Hari2 boleh dengar drama best2 even sedaya upaya cuba mengelak sebab dia boleh bawa kepada mengumpat tau benda ni sebab sangat annoying. Huhuu.. 


 Miss my classmates. This time masa we all pergi bercuti ramai2 dekat Pangkor

Lelaki ada cara hot diorang sendiri, perempuan pon ada cara hot diorang yang tersendiri. Bagi adik2 yang terbaca benda ni and nak further Asasi dalam Engineering or Science lepas SPM ni, ada 2 kemungkinan korang akan dapat. Satu Asasi UM, satu lagi Asasi UiTM (for IPTA only. Tapi sekarang not sure kalau ada IPTA lain yang provide programme foundation). Kalau dapat UiTM, selamat datang ke Palam ok^^, Enjoy lah semua nikmat yang Allah pinjamkan dekat Palam tu and hargai lah sepenuhnya. Sebab for sure korang akan jatuh cinta dekat situ:) Okbyee.. 


nota kecil: Nak ajak Mama jalan2 lah..

UPU

(Entry yang sepatutnye di post masa gempa bumi haritu)

Syukur Alhamdulillah harini off kerja. Dapat lah rehat2 dekat rumah and boleh update blog^^,  Actually nak bagitahu kenapa saya kata dah betul2 19tahun dalam previous entry. Hari Sabtu haritu, Mama Papa Amier Mikhail balik kampung. Tinggal lah me alone2 dekat rumah sebab tak dapat cuti. Yelah, kan baru start kerja hari Selasa tu. Mama pulak dengan sepenuh kepercayaan bagi duduk rumah sorang2. Wuhuuuu totally unbelievable:D Syok gileeee..


My two and only brothers. Sorang Darjah6, sorang Darjah3..


Masa balik kerja tu, rasa macam duduk rumah bujang lah pulak kan. Balik2 terus solat. Then mandi. Lepastu start washing machine, masak nasi(lauk Mama dah masakkan), sidai baju, makan, online, then masa nak tidur tu, check semua tingkap dah tutup ke belum, check pintu dah kunci ke belum and last but not least, tidur dalam keadaan lampu rumah, lampu bilik, lampu toilet and lampu dapur terbukak. Huahuaa.. 


Rinduuu:'(


Tapi Mama still jugak kejut bangun pagi keesokkan nye. Pagi2 lagi dah call suruh bangun. Lepastu call lagi ingatkan dah tutup suiz iron ke belom. Lepastu call lagi tanye dah kunci rumah ke belom before pegi kerja. Lepastu call lagi tanye dah mandi ke belom. Okay tipu. Tapi tu lah takbest nye, spoil pulak feeling rasa dah cukup dewasa sebab Mama asyik call je. Huu.. Malamnye masa tengah syok layan ABPH sorang2, Mama Papa semua balikk. So, berakhirlah zaman bujang saya. Wuhuu..


Actually taknak bagi tahu sebab dia haritu coz bahaya lah kan cakap duduk rumah sorang2. Mana tahu ada Bangladesh ke baca blog ni. Perogol bersiri kee. Huhuu.. Astaghfirullahalazimm, tak tak tak. Mintak simpang, Ya Allahhhh..


Actually sekarang saya tengah dilema ni. Bila lah fasa 2 UPU untuk lepasan STPM setaraf ni ek. Nak tukar choice ni. Haritu tak sempat nak tukar. And most important, tengah cuak tahap kambing tunggu result Asasi ni. Ya Allah, sesungguhnya aku telah melakukan yang terbaik dan hanya mampu bertawakal. Semoga keputusannya tidak mengecewakan. Aminnnn...


Lagak macam banyak betul keje, padahal tengah mengopy keje orang nih. Haha:p

nota kecil: Harini buat dadih stroberiii:D

FOR YOU




I could lie awake just to hear you breathing
Watch you smile while you are sleeping
Well you're far away dreaming
I could spend my life in this sweet surrender
And just stay here lost in this moment forever
Well, every moment spent with you
Is a moment I treasure


I don't wanna close my eyes
I don't wanna fall asleep
'Cause I'd miss you, babe
And I don't wanna miss a thing
'Cause even when I dream of you
The sweetest dream will never do
I'd still miss you, babe
And I don't wanna miss a thing


Lying close to you
Feeling your heart beating
And I'm wondering what you're dreaming
Wondering if it's me you're seeing
Then I kiss your eyes and thank God we're together
And I just wanna stay with you
Just stay in this moment forever, forever and ever


I don't wanna miss one smile
I don't wanna miss one kiss
Well, I just wanna be with you
Right here with you, just like this
I just wanna hold you close
Feel your heart so close to mine
And stay here in this moment
For all the rest of time


Lagu ni khas ditujukan buat siapa2 yang rasa lagu ni ada kaitan dengan dia:)  I just want you to know that, sebab ni lah kite tak tidur haritu^^, 

nota kecil: Esok kerja..

ALLAHUAKBAR

Kinda short entry tonight(macam panjang je). Nak update pasal gempa bumi semalam je ni. Semalam dalam pukol 5petang macam tu, ade gegaran dekat Penang. Astaghfirullahalazim, boleh kata kuat lah jugak. Time tu tengah update blog. Dah siap type dah pon, tinggal nak nota kecil je. Sekali rasa goyang2. Ingat kan pening, rupanya bukan. Semua dah tahu, gegaran semalam berpusat dekat Acheh. 8.9 skala  ritcher. Sangat tinggi sampai amaran Tsunami dikeluarkan and Penang salah satu negeri kat Malaysia yang dijangka bakal dilanda Tsunami.


Masa tahu tu, macam nak luruh jantung. Perasaan masa tu jangan cakap lah, memang ingat nak mati je. Bila pandang muka family, rasa nak menangis. Macam2 bermain dekat fikiran. Okay fine lah, mesti ramai yang cakap, bila dah jadi macam ni baru nak insaf lah, baru ingat nak mati lah. Just say what you like people. You all tak tahu macam mana perasaan bila kita tahu something big gonna happen. And kemungkinan benda ni akan melibatkan kehilangan nyawa seseorang yang paling penting dalam hidup kita which is family. Plus, mana korang tahu diorang tu baru nak insaf? Maybe perasaan tu memang ada dalam diri diorang, cuma waktu ni je sesuai nak zahir kan. Plus lagi, at least nampak lah yang diorang tu still ada iman. Takde lah macam sort type of person yang tak reti2 nak insaf bila Allah dah tunjuk macam2 petanda kemurkaan Dia. Haaaa.. Okay emosi..


Around 10 or 11 malam semalam, amaran Tsunami ditarik balik. Tapi kitorang satu family tak balik rumah memandangkan rumah kat Penang ni betul2 tepi pantai. Then, malam semalam tidur dekat hotel. But still dekat dalam pulau just jauh lah dari pantai. Tak boleh nak keluar dari pulau sebab Papa still kena kerja. Kalau dah kerja bodyguard kan, nyawa bos tu lagi penting dari nyawa sendiri. Tu lah masaalah nye. Takpe Pa, walau ape pon jadi,  kitorang tetap dengan Papa.. 


Dalam pukol 1pagi macam tu, Papa bawak kitorang balik rumah sekejap. Rushing amik baju semua. Whole way tu, semua kosong wa cakap lu tak tipuu. Tak pernah saya tengok Penang dalam dimensi macam ni. Orang takde, kedai makan tutup, lampu rumah, lampu hotel, semua tutup. Semua orang dah lari pergi Seberang Prai. Plus, masa tu pulak tiba2 kilat sambung menyambung. Guruh tum tam tum tam. Masa turun dari kereta nak pergi rumah tu, angin kuat gila. Ditambah pulak dengan kilat, guruh. Memang epic tak tipu. Sekarang bukan epic failed dah, but epic SUCCEED. Succed gila. Boleh bayangkan tak situation dia? Tak payah bayang lah, sangat takot. Lutut saya tak henti2 menggeletar dari petang sampai malam.. 


Even Jabatan Meteorologi dah tarik balik amaran Tsunami, but still kena berjaga2 jugak. Sekarang saya macam trauma sikit. Rasa macam still bergoyang2 lagi, padahal khayalan je. Apa yang penting sekarang, kena doa banyak2 dekat Allah. Tu je. Bukan dalam keadaan macam ni je kena doa, but setiap masa. Allah suka kan rintihan hambanya. Maybe Allah buat macam ni, sebab Dia rindu dekat hamba2 Dia yang dah semakin melupakanNya kot. Wallahualam. Ya Allahh.. Aku bermohon lindungan Mu Ya Allah.. 


nota kecil: Takde gambar nak letak dekat entry ni

..



Really need this green right now. Rindu Tasik Hijau dekat Palam tempat tenagkan fikiran. Rindu nak pergi Tasik Shah Alam jugak. Duduk sorang2 and all this green makes me feels better. Kadang2, kita rasa kita lah manusia paling looser walaupun kita dah buat yang terbaik gara2 terlalu memikirkan perspektif orang lain. Thats what I feels right now. Friends, I really need ur shoulder