29 JAN

Dah 4 hari dekat rumah. Kalau nak di ikutkan, ke empat2 hari ni semua tak productive. I mean, takde lah tido je satu hari. Tapi macam tak syok lah sebab tak buat something yang you know. Pergi kelas, belajar, gossiping (If this consider as productive), jalan from one place to another and blablabla. Saya ada try jugak baca my collection of non fiction book yang setelah sekian lama di tinggalkan dekat rumah. Tapi, krik krik krikk..

So first day dekat rumah haritu buat kek. Yumm. Kek Pelangi. Sedap tak tipuu. Tapi bukan Kak Pelangi yang warna warni selang seli atas bawah tu. Ni Kek Pelangi yang corak2 punya. Mesti tak faham kan. Gambar tak ade nak tunjuk sebab my phone rosak. Sobsob sedih much. Tapi kek tu yang macam ni punya;


Gambar ihsan google. Tapi colour chocolate, hijau, kuning. Kehkeh

Lepastu, third day buat Oreo cupcake. Ni best sebab bukan saya yang buat. Mama yang buat. Saya tinggal letak adunan dalam cup je. Siries ingat nak tolong, tapi masuk2 dapur je dah siap. Punya lah sekejap buat dia. Padu tak alasan?


Gambar ihsan google. Memang macam ni pon texture dia. Takde lah macam Cupcake DC tu

Lepastu tadi buat Kuih Melaka. Alahai yang ni tak payah cerita lah. Tutup mata boleh buat. Haha riak takbur plus plus. Tak de lah, kuih ni kan senang. Gentel gentel gentel dah siap. Taraa~ And of kos tak ada gambar sebab apa? Sebab phone rosak. Sodakollahula'zhimm..

Tapi cerita buat itu buat ini ni macam hebat sangat je si Nia ni masak kan. Haha takde lah. Siries tak pandai masak. Orang kalau hebat, dia takkan cerita dekat orang lain. Sama lah konsep macam kalau kita ada sesuatu kelebihan tu, kita tak akan sebok cerita dekat orang. Tapi suatu hari nanti orang lain yang akan figure out sendiri. Haaa.. 

nota kecil: Alhamdulillah dah dapat rumah sewa

27 JAN

Dah lama tak update. Macam biasa, banyak benda nak cerita tapi malas nak type. Bukan malas, but more to busy. Alhamdulillah malam Khamis haritu selamat sampai Penang. Akhirnya dapat pon balik rumah after sebulan homesick taknak makan. Kehkehh. Kesian Anna hari2 kena paksa saya makan nasik. Petang Khamis tu pukul 2.30, Zack dengan Mat tolong hantar pergi bus stand. Nasib baik ada diorang. Kalau tak, gasak lah nak angkut kotak naik bas pergi bus stand. Then malam nye Mama, Papa, Kak Nia, Amier dengan Mikhail amik dekat bus stand Sungai Nibong..


Motif? Tak tahu

Actually final dah lama dah habis which is 21 haribulan haritu. Tapi 24 haribulan baru boleh balik Penang sebab 23 haribulan tu ada Annual Grand Meeting, PRS FSKM. PRS FSKM tu stands for Pembimbing Rakan Sebaya Fakulti Sains Komputer dan Matematik. Dalam satu entry before ni saya ada cakap yang saya ada pergi interview kan. And syukur Alhamdulillah I'd pass the interview. So Annual Grand Meeting tu actually majlis perlantikan untuk Majlis Tertinggi and Exco. Hasil kepercayaan Puan Masrina and Majlis Tertinggi 2012, semua sepakat mengamanahkan saya jawatan;




Exco Komunikasi Korporat. Haaa acano tuu? Haha kalau bayangkan Nia yang macam ni nak jadi warga2 korporat memang tak tercapai dek akal. Tapi sebenarnya I can possibly change my personality daripada lembik mengada ngada to someone yang rawrr bila bercakap in serious mood. Kehkeh. Dulu masa sekolah rendah, saya masuk pidato kooot. Tapi tu dulu time sekolah rendah. Walau ape pon, InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya pikul amanah ni dengan sebaik mungkin. InsyaAllahh #PrayForNia


Dapat jacket :)

PRS ni busy dia adik beradik jugak lah dengan SMF which stands for Sekretriat Mahasiswa Fakulti. Cuma SMF ni super duper duper duper busy. PRS ni busy dia takde lah duper sangat. Tapi tak duper pon, activity yang dirancang lebih 10 lah jugak yang kitorang kena run naik sem nanti. Bayangkan. tapi InsyaAllah kami akan cuba sedaya upaya untuk terus bawak nama PRS FSKM gah di hati dekan dan canselori:)

Kawan2 saya ada usik. Diorang suruh saya ngorat sikit Datuk2 untuk dapat lebih budget since bidang tugas saya banyak berhubung dengan warga2 atasan. Itu sangat nonsense. Haha. Tapi mana tahu kan boleh ngorat anak datuk ke masa tengah bertugas. Kehkeh okay stop it Nia. So, tu je lah kot. Kejap lagi nak post lagi. Till then

nota kecil: Need to write more


ABANG

Sekarang masih dalam mood final even kebanyakan kawan dari Uni lain dah merdeka. Agak jealous tapi jadual diorang start awal, so fair lah kan. Tadi baru habis paper TITAS, so theres 4 paper to go. Esok ada lagi paper and I need to study. After this. Pinky promise. Kehkeh

Actually tiba2 rasa nak buat entry pasal someone. Someone who means a lot to me. He's just turning 13 this year even tak officially lagi which is bulan Jun nanti. Oh lupa, its my brother. Muhammad Mikhail Muqtadir. Sebenarnya macam tak percaya yang dia dah masuk alam sekolah menengah. I mean, tolong lah adik aku masuk sekolah menengahh??? Macam tu lah rasa dia.


In his secondary school attire. Munsyi Abdullah

We called him as Abang dekat rumah. Kadang2 Mikhail. Dia ni bawah saya. And I have another brother bawah Mikhail which is Amier. Mikhail ni sangat mengada ngada. Masa dia umur 4 tahun pon still nak susu badan lagi, padahal dah ada adik tu. Taknak kalah. Plus Papa and Mama selalu manja kan dia. Mama cakap, Mikhail lahir tak cukup bulan. So dia lambat sikit compare dengan kitorang adik beradik yang lain and kena layan lebih sikit lah. Duhh

Until now I still cant face the reality yang my little brother is now a teenager. Dah besar dah adik aku. Dah boleh ada makwe. Kehkeh. Bayangkan lah jugak even dah darjah 6 pon dia still main kereta hot wheels kecik2 tu susun satu rumah, lepas mandi Mama kena cari kan baju, baju sekolah Mama gosok, kasut sekolah Mama basuh, hari2 Mama hantar and tunggu dia balik dekat sekolah, even time rehat pon Mama datang tau. So? It is my fault tak boleh terima dia dah masuk sekolah menengah? Haha


Us :)

Tapi yang saya sedih sangat, masa first day dia masuk sekolah menengah hari tu I cant be there sebab busy final kan. Terkilan lah sebab that day must be a big day for him masuk alam persekolahan yang baru. Masa dia sunat dulu pon saya tak dapat nak tengok. Balik2 rumah je dah tumpul. Eh

Yang paling saya tak boleh terima kenyataan, sekarang Mikhail balik sekolah naik public yollsss. Power tak power my brother? Sekolah dia sekarang siries jauh dari rumah. I mean tak ada lah jauh sangat but Penang tu pelik sikit system bus dia. So kena naik 2 bus. Thinking of that everyday buat saya rasa takot pon ada, nak tergelak pon ada. Sebab masa Form5 dulu, saya pergi and balik sekolah pon naik public. Penang tu sesak siries tak tipu. So bahaya tahu tak. Wuuu


But, nak buat macam mana. He needs to grow up. Sampai bila dia nak di manja kan ye dak? Even its hard for me to accept, hard lagi Mama nak terima. I know. Tapi nak buat macam mana kan. Takkan selamanya dia nak jadi lembik, manja or watsoever. Maybe sebab beza umur saya dengan dia 7tahun. So thats why kot saya susah sangat nak terima reality. 

Apa2 pon, hidup mesti di teruskan. Im wishing you all the best okay Abang. 25 haribulan ni Kak Chik balik, kita main PS sama2. Muahhhh :*

nota kecil: Temuduga hari tu; Berjaya! :D Alhamdulillahhhh


5 JAN

Its Friday. Alhamdulillah semua yang jadi harini went smoothly. Start from awal pagi sampai lah tengah malam ni ha. So pagi tadi punya paper bersyukur sangat2 sebab dapat buat. Pukul 9.30 saya dah habis jawab. Lagi dua jam nganga tak tahu nak buat ape. Kehkeh okay tipu. Dalam 10.15 macam tu habis semak paper and the rest period tu I sleep all the way. Mengantuk gila siries. Lepas bangun je, terus sendawa panjang gila. Haha tak senonoh. Okay tukar topic


Jadual final :3

Petang nye pulak ada interview PRS faculty. PRS fac kitorang sangat active dekat Uitm ni. So this is a big deal since saya tak mohon untuk jadi SMF (Sekretriat Mahasiswa Fakulti). That interview session went so well sampai sekarang pon saya dok terfikir fikir lagi. Enjoy je dalam tu tak rasa tension. Andai kata lah saya tak terpilih untuk jadi exco PRS ni, I wouldnt be so sad sebab still boleh join activity2 under PRS. Ape yang penting, semangat dan komitmen tu ha. Ye dop? Kehkeh

So tadi baru je lepas basuh baju. Time study week ni baju sikit je so takde lah banyak sangat nak kena sidai. Tu je lah kot pasal harini. Takde ape pon. But somehow, I feels like missing somebody. Rasa rindu sangat sampai nak menangis. I mean, entahlah..


Kak Cik rindu :'(

Kadang2 saya terfikir, kenapa manusia ni ada sifat kasih sayang. I mean, kasih sayang towards people yang tak sepatutnya di sayang. Macam bila kita sangat sayang orang tu tapi kenapa orang tu tak sayang kita pon? This is not specified untuk pasangan je actually. This is general. Contohnya macam kawan2 kan. Macam, satu masa dulu dia used to be our most important person tapi kenapa tiba2 dia jadi macam stranger dengan kita. Entahlah, this is sad. No lies

Ape yang ada dalam fikiran saya sekarang is my family. I really miss them so much. Macam ada something dalam hati ni yang tengah cucuk2. I donno why. Oh lagi satu, I think I missed baby Ika. And rindu Naz jugak, rindu Anis. I just miss you guys so much. Rindu nak duduk dalam bilik sama2. Though tak banyak memory kita sama2 but I do really miss you guys so much. Kite mintak maaf kalau kite tak dapat jadi kawan yang baik untuk korang. Mungkin korang lebih happy dengan kawan2 baru, tapi at least dont forget me okay. Malam


Our last countdown :')

nota kecil: Kejap lagi pergi Sunway..




BHAHAHA!


THIS IS THE MOST STUPID GIF
 I'VE EVER SEEN. HAHAHA. LOL


1 JAN

Harini 1/1/2013. Its New Year kalau ikut kalendar orang kapiaq. Nothing exciting happen today. Sekarang asyik study je. Final pon dah nak start kan. Sebenarnye takde lah 'asyik' sangat pon. Tapi boleh tahan lah. At least bukak buku dari tak bukak langsung kan. Kehkeh


Le me. Just now. Hikhok

Tahun ni banyak benda yang jadi. I mean, something yang mentally and emotionally effects me. Nak cerita tu sampai tahun depan pon tak habis. Tapi sekarang taknak cakap pasal tahun baru. Malas

Semalam masa orang semua tengah kecoh2 nak pergi konsert, tengok bunga api bagai but me pulak sebok2 kemas beg bawak laptop pergi library. Study for final. Kehkeh nampak tak student life nye dekat situ. Macam bangga lah jugak kan. Tah pahape
Gambar lama. Cuba teka apa yang sama dengan gambar atas :3

So, final is on Friday. First paper, subject computer. InsyaAllah nak score paper ni. So kena lah study molep2. Actually, there's so many thing happens. Nak cerita dekat sini tapi tak tergerak tangan nak type. I mean, jari. Anna selalu cakap saya asyik mengigau je malam2. At the same time jugak tiap2 malam mimpi pelik2. I donno whats on my mind tapi yang penting, semua benda datang bercelaru. Entah lah

Tapi physically orang tak tahu pon yang saya ada masaalah. Actually bukan lah masaalah sangat pon. Adat lah tu perempuan kan, masaalah hati dan perasaan ni memang tak dapat nak di pisahkan. So I end up tak bagi tahu sesiape unless my roomate sebab nasib kitorang 2X5 je. Kehkeh

Sebenarnya banyak benda nak cerita, tapi tak tahu sesuai nak di cerita dalam blog ni or tak. Tapi I think benda tu tak jadi masaalah pon nak di cerita kan. Tapi nanti lah, I promise I would tell. Tapi bukan sekarang. Next entry maybe. Hikhik ok till then. Oh last but not least, Happy Birthday Zulaikha Kong Xie Yi! Semoga menjadi anak solehah untuk Mummy and Daddy okay baby? Kakak Nia rindu budak comel nih. Mwahx!


nota kecil: Malam ni study account. Haih