Entry tak bergambar since internet connection tak kuat nak upload. Nanti dah stable, baru upload. Ehee
23hb January haritu, saya ada follow team UiTM Jasin ke Kelantan dalam misi kemanusiaaan untuk mangsa mangsa banjir dekat sana. Memang dari dulu lagi teringin nak jadi sukarelawan macam ni. So bila dah ada peluang, ape lagi kan?
Alkisah hari Khamis malam tu, saya, Nina and Echa pergi tido dekat kolej uitm sebab takot tak sempat esok pagi nak gerak after subuh katenye. Takpe lah. Dipendekkan cerita, esok nye pukul 7.30pg kami semua gerak dari UiTM. Berapa bas entah, lupa. Ada lah dalam 5 kot
So perjalanan ke Kelantan seriously you cant imagine how tired we are dalam bas tu. Naik kematu bontot. Gerak 7.30pg sampai UiTM Machang pukul 11mlm. Bearapa jam? Kira sendiri. Tapi sebab we all banyak stop and convoi banyak bas kan. Biasa lah tu kalau convoi ni. Bas lagi. Dalam bas, saya duduk sebelah kawan baru. Emy nama dia. Budak netsentrik degree part 6. Nice to know her. Sebab dia tak pendiam so best lah ajak borak plus dia orang ganu. Masa bas lalu dekat ganu, dia jadi saya punya tourist guide tellin me what place is this, what place is that. Ahaha
Then esok nye which is hari Sabtu, 24hb January kami semua bergerak ke SMK Dabong untuk kerja kerja pembersihan. Dari UiTM Machang ke SMK Dabong tu amik masa plus minus 2jam setengah so gerak pukul 8.30pg sampai dalam 11 macam tu. Sampai je dekat site, memang berdebu habis. Kami di arahkan untuk pakai mask. Actually before sampai Kelantan, kami semua dah di briefing pasal safety health masing2. Untuk elak kan sebarang penyakit yang tak diingini since banyak kes sukarelawan sakit after balik dari site bencana
So buat lah kami semua kerja dengan dedikasi nya. Tapi serious keadaan dekat sana sangat wow. Peti ais, kerusi atas bumbung. Lumpur tebal gila. Rumah hancur. Sedih. And ada lah beberapa banner yang orang kampong gantung yang bila baca tu sayu je rasa. Keesokkan nya pon sama jugak kami ke site yang sama. SMK Dabong. Bersihkan kawasan bencana tu angkut lumpur, bersihkan rumah. Kadang2 saya rasa macam lori pulak ulang alik angkut lumpur dari rumah ke tempat buang lumpur. Hahaha. Masa bersihkan rumah tu, macam macam kami jumpa. Ipad, teddy bear, baju dalam, barang kemas pon ada. Tapi budak2 UiTM Jasin jujur2 semua nya. Barang kemas tu diorang bagi baliklah ke tuan empunya.
Masa kerja kerja pembersihan, even penat tapi serious enjoy buat kerja. Lots of laughter and humor. Maybe sebab masing2 datang atas dasar sukarela and bukan dipaksa so yelah kan? Saya kenal ramai kawan baru. Even tak tahu nama, but we manage to be friends simply just like that. Kongsi air satu botol. Manis kan?
During our last night dekat Kelantan ni lain kali saya cerita cz it was so special. Yang penting, masa tu was our happy hour. Convoi ramai2 pergi Wakaf Che Yeah. So Isnin pagi, its time to go home. Gerak dari UiTM Machang pukul 10pg. And along the way tu banyak berhenti jugak. Kami ada berhenti dekat ada lah satu tempat ni dekat ganu beli keropok. Saya beli keropok lekor cheese. Saje taknak beli benda lain cz I taste no diff pon keropok ganu dengan keropok luar. Maybe sebab Im not a big fan of keropok kot. So I decided to buy something rare yang boleh dapat dekat ganu je which is keropok lekor cheese
All the way tu, we really enjoyed ourselves. Bas saya naik tu havoc habis. We karok together and played games together. Main teka teki and automatically we became friends. We laugh and making jokes together. Sharing foods. Best sangat. Padahal tak kenal pon nama masing masing. Haha
Okay now tolong lah teka pukul berapa we all sampai UiTM Jasin. Pukul 2pg okay, 2pg. Long journey huh? Gila gilaa. But nevermind cz banyak berhenti. Its good for the driver actually. As long as diorang tak mengantuk, berhenti banyak mana pon kami sanggup. Ecehh. Jejak je kaki ke bumi Melaka satu perasaan syukur yang tak terhingga menusuk ke jiwa ku lol. Finally sampai pon alhamdulillah. Then Nina sent me home
I learn a lot sepanjang trip ni. I mean, bukan trip. Misi. Yes misi. Dari segi umum nye, cliche lah untuk saya belajar pentingnya semangat berpasukan, nilai persahabatan, tolong menolong, tepati masa and blablabla. But personally I do learn to control my emotion. Gentle saya cakap, there are something that really effect my emotion sepanjang misi ni. But awal2 lagi saya dah tadah tangan doa pada Allah so that I can control my emotion. And Alhamdulillah, I manage to do that well. Sampai saya rasa macam taknak balik je cz I really enjoy being there. I was so happy and glad to be there
Thanks to semua yang terlibat cz awak awak semua really made my days. Especially Nina, Echa and Emy :) Tq tauu. And to all my new friends. Adik2 diploma, kawan kawan degree. Naik sem ni tegur tegur lah kalau terserempak ye. Same goes to me. Kalau saya cam, saya tegur. Jangan risau, pasti tegur punya lah hahaha. Kalau tak cam tu sorry lah ye. Biasalah dah tua tua ni. Naik sem ni dah last semester, otak banyak fikir fyp. Kalau nampak muka ketat tu, salah kan fyp okay? Ehee
nota kecil: Esok nak teman Mama hantar Mikail pergi hospitalllll