JUDGMENTAL
Assalamualaikum
Amboi perkataan atas tu. Penegasan sangat haha. Okay sabajap. Today lets talk about social media ladies and gentleman. Sekarang ni tak kira orang tua mahupon budak kecik semua dok pakat main social media. Memang sangat banyak tok nenek segala macam social media dah sekarang but for me, facebook, instagram and twitter ni my top 3 apps la. Yang sedihnya people nowadays are judging other people life thru their social media. Why people whyyyy? (Okay dah nampak tak kesinambungan perkataan atas tu? hehe)
Some people use their social media as a medium to express their emotion. Just emotion. Kurang private life. Ada yang selesa je nak cerita isi hati kata hati dekat social media macam 'Aku nak kat boyfriend orang ni tapi aku taknak jadi jahat' menda yang kita takut nak bercerita kat orang tapi sebab dia treat social media ni as medium untuk luahan kata hati dia so why not. Ada yang guna social media untuk update their stress about their workload. Just to keep them accompanied. Ada guna social media untuk shows their talent. Yang pandai make up selalu up selfie, yang suara sedap selalu up video nyanyi, yang pandai masak selalu up gambar hasil masakan diorang. Why not? Ada yang lebih pilih untuk tak share and just update anything when they feel like wanted to je
It all about choices people. Jangan sebab kita 'macam ni' and kita expect people untuk 'macam ni'. Jangan sebab kita segan untuk sharing moment dekat social media and kita cop orang yang sharing their happy moment as riak takabbur. Jangan sebab kita selalu cakap pasal kerja, kita cop orang lain yang tak cakap pasal kerja ni tak bekerjaya tak buat sesuatu yang berfaedah dalam hidup. Jangan sebab kita selalu up pasal relationship kita, kita anggap people yang tak update ni as tak happy bahagia
This is social media. No rules. Takde pucuk pangkal. Nobody teach us to use them. Semua kita sendiri yang control. Cuma cuma cuma. Satu yang kita kena pegang. ETHICS. Benda dalam selimut tak perlu dibawa ke dunia luar. Benda dalam selimut ni tak perlu lah saya terangkan sebab masing2 boleh fikir. Baik orang yang dah berumah tangga, or orang bujang or even family matters sekalipon. Pucuk pangkal, berbalik kepada Ad-din. Saya bukan ustazah nak sentuh pasal agama tapi lets us saling ingat mengingati kan
Long short story. Stop judging lah people. You cant stand their update, just unfollow. Tak kisah lah tu kawan baik ke tu tokoh agamawan ke tu tokoh akademik ke tu ratu cantik ke. Biar kan dia. Tu interpritasi diri dia. Let me make this clear dengan buat analogi tentang issue ni. Pernah dengar 'Baik buruk perangai, tu kawan kita jugak'? Buruk busuk hitam kelat berlendir macam mana pon kalau kita dah choose untuk berkawan dengan dia, so kita akan tetap berkawan. Tu point 1. Kalau kita choose untuk taknak kawan dia so kita akan try menjauhkan diri and kalau boleh taknak ada apa2 interaksi pon dengan dia. Kita make effort nak tukar tempat kerja ke, tukar department ke. kan. Okay tu point 2. Or kalau kita tak suka tapi kita buat bodoh je buat macam biasa. Sebab kita tak rasa ada faedah pon nak layan perasaan tak suka tak suka ni. Baik kita living the life. Tak menyusahkan diri sendiri pon. Contohnya macam mak mertua suka buli menantu tapi si menantu ni redo je. Sakit hati tapi takpelah nak buat macam mana memang perangai dia camtu. Hadap je la. takkan nak becerai dengan husband kot. Kan dah menyusahkan diri sendiri. Okay tu point 3
So same like this social media. Now let me transform anologi kat atas into this social media world pulak. Untuk point 1, kita tahu dia ni kuat emosi. Selalu meroyan duk update kisah hidup dia yang sentiasa kesedihan tu or sentiasa update mengecam orang je kerja tak habis2. Tapi sebab dia kawan kita so kita tak rasa apa pon. Biar lah dia. Janji dia happy. tapi situasi ni selalu terjadi dekat orang yang saling tak ada masaalah dengan masing2. Sebab kalau ada masalah benda ni jadi annoying and sakit mata. So kalau masalah annoying dan sakit mata ni dah timbul ayuh kita pergi ke point 2
Kita buat pilihan untuk taknak kawan dia and sakit hati sakit mata dengan kewujudan dia so kita pon boleh lah start slow2 unfollow or unfriend or apa2 je lah term yang sewaktu denganya. Try untuk jarakkan ruang lingkup kita dengan org tu. Sebab in real world pon kita akan buat menda yang sama kan. Tapi yang menjadi permasaalahan nya bila kau dah tak suka orang tu tapi tangan kau dok gatal lagi pi follow kisah harian dia. Kisah dalam selimut dia. Kau sendiri yang cari. Ape ke hey? So dari sini lah judgemental berlaku. Bila orang tu ada iri dalam hati dia sampai semua benda yg orang dia tak suka tu buat jadi tak kena. Orang tu up mengadu pening kepala muntah2 kau cop dia mengandung tapi tak kawin lagi. Orang tu up dia pergi holiday, kau cop dia guna duit boyfriend dia. Orang tu up kejayaan dia, kau cop dia riak. Why people whyyy? Kenapa tak treat social media nimacam kehidupan seharian kau? Kau tak suka, so anything bout dia kau sedaya upaya elak and tak gatal tangan pon cari
Okay untuk point number 3 ni kita berbalik kepada dunia nyata. Kita tak anggap orang tu salah and kita pon tak anggap kita betul. Manusia sifatnya bukan sempurna. Ada masa dia rasional ada masa dia sikit terumbang ambing. Memang kita ada masalaah dengan dia before this tapi kenapa nak siksa diri sakit hati bagai dengan orang lain. Take a chill pill and relax. Dah minta maaf? bagus. Bersihkan hati. So anything yang jadi pon takkan ada effect kat kau. Okay berbalik kepada alam social media, dia tak unfollow dia tak block. Dia living hidup dia macam biasa. Kalau anything pasal orang tu datang dia takde rasa apa pon sebab 'benda dah settle'. kalau perangai dia abit annoying tu pikir balik sebelum kau ada masalah dengan dia tu perangai dia macam mana. Memang perangai dia macam tu? So why nak terasa. Dia jadi berbalik kepada point 1 sekarang. Nampak tak? Oh kalau orang tu kita tak pernah kenal pulak macam mana? kita berbalik balik kepada awal perenggan ni tadi. Manusia ni tak sempurna. Tak semestinya kau ada masalah dengan dia time tu and selamanya dia jahat ke teruk ke buruk ke kan. Kat sini lah pemikiran judgemental kau teruji. Be kind people. Be kind
Sini saya nak share saya punya pengalaman sendiri. It happen way 6 years ago. Masa saya SPM. Zaman tak matang. Biasalah. Saya and dia ada lah masaalah budak2 kan. Orang ni dengki kat orang ni orang ni sakit hati kat orang ni. Dah mintak maaf cakap lets forget about this and masing2 setuju. Ok fine. Then benda jadi diam for a period of time. But lama lama it started dengan orang ni request follow facebook. Orang ni accept. And like like post and bersambung orang ni pulak follow insta semua bagai then lama lama benda tu hilang sendiri. Now dah boleh bersembang sharing stuff together. How could this possibly happen? Sebab masing2 pikir benda dah lama. Benda dah minta maaf. Benda dah settle. Entah lah kalau saya silap, saya minta maaf. Tapi mmg ni pon yang terjadi. We both tak salah kan sapa sapa and kami dah okay siap tegur pegang2 bahu lagi masa terserempak
Saya bukan manusia yang baik. Im just a person who are struggling to be a better me. Umur dah banyak. Sampai bila nak tersekat di skala 6 tahap ketidak matangan tu. This entry hanya lah pendapat. Dalam dunia ni tak ada pendapat yang betul and tak ada pendapat yang salah. kalau suka, alhamdulillah, kalau tak suka, sila rujuk kembali point 2 and 3 :) Okay sekian sahaja bebelan kali ni jumpa lagi bila tangan ni rasa nak menaip