28 NOV

Semalam baru je lepas sedih mengadu kat tunang, sebab teringin sangat nak beli beg Guess ni. After less dapat RM239. Ada outlet mall baru bukak area kawasan rumah saya. 3 minit je kalau naik kereta jauh dia. Design Village. Katanya terbesar kalah JPO and Mitsui Outlet mall dekat Sepang. Tapi sebab baru sangat bukak, so banyak kedai yg tak bukak lagi. Tapi tak banyak yang bukak pon still orang ramai gila datang sampai kedai habis licin takde barang. Yela sale kaw kaw. Memang seronok. Cuma kena prepare duit je then semua benda jalan haha

Balik pada cerita sedih pasal tak boleh nak beli beg idaman, abang kata sabar lah dulu. Rezeki tu ada. Teruskan usaha. Beg yang ada sekarang pon harga lagi mahal dari beg harga discount guess tu. Bersyukur dengan rezeki. Masalah nye sebab harga beg sekarang lagi mahal tu yang ralat takleh beli tu keke emosi. Abang kata, letak kan priority kat depan. Jangan bandingkan dengan kawan kawan. Orang lain, lain priority diorang. Hm ok tido la dengan hati sedih


Melepaskannnn mu, bukan mudah bagiku untuk melalui semua iniiiii

But alhamdulillah pagi ni, HR representative dekat sini panggil masuk bilik suruh amik offer letter. New position since my SL1M training period bakal habis bulan 12 ni. Fikir balik, ya Allah dengan keadaan ekonomi sekarang yang susah untuk dapat kerja plus company saya which is UEM sekarang also antara company yang giat buang pekerja (with pampasan), tak sangka ada rezeki untuk diserap jadi staff. Mostly GLC (government liase company) terpaksa kurangkan pekerja untuk kurangkan cost and terpaksa amik SLIM yg ramai untuk jimat cost and mostly SLIM tak end up diserap bekerja. But alhamdulillah rezeki saya ada

Tapi kalau fikirkan walaupon dengan SL1M plus site allowance, saya memang sangat bertuah, sebab tak perlu bayar sewa rumah and kos pergi kerja pon tak ada since company dah provide. And also saya kerja dekat dengan family (Walaupon jarak sejam tapi kalau tak jem) Ya allah ampunilah aku jika ada perasaan tidak bersyukur diatas nikmat Mu aminn,

Tapi this one yang paling paling saya bersyukur sangat and tak dapat disangkal sangkal lagi which is pengalaman pertama saya bekerja bersama dengan working environment yang sangat family like. Jadi paling muda antara semua and I don't feel any awkward pon bergaul dengan kakak2 and abang2 and mostly level umur Mama and Papa. Sebab semua sangat baik and welcoming. Plus dimurahkan rezeki saya duduk dekat projek ada big boss yang sangat bagus efisen dan baik hati. I can say that he is not a bos. He is a leader

Kerja dalam construction company ni can be sangat mencabar dan menguji iman. Lagi duduk dalam glc company which is fund akan memang sentiasa ada. So kekuatan iman sangat lah perlu dalam diri especially bos bos sebab memang akan sentiasa ada orang kiri kanan tak perlu cari pon yang akan offer duit gelap mata. I don't want to cerita pasal project lain but alhamdulillah projek dibawah kelolaan bos fauzi setakat ni setakat yang saya tahu, semua berjaya and untung. Daripada projek dekat Mekkah, projek Penang 2nd bridge and projek yang saya duduk sekarang which is Bayan Lepas Expressway (BLE). Bila tengok balik macam mana projek boleh success, bos fauzi ni mengamalkan prinsip a team is a family gitu

Contoh masa projek dekat Makkah dulu. Ada 2 team. Satu dekat Makkah satu dekat luar Makkah I don't know where. Before bos fauzi take over, masing2 team stay dekat site masing2. But after bos fauzi take over, dia buat site shifting macam tu. So that both team pon boleh merasa buat umrah dekat Makkah. hebat kan? Nampak kecik tapi cuba bayang berapa banyak pahala dia dapat sebab memudahkan ibadah orang? huu gila lah. Plus scope of work masing2 pon bertambah plus dapat taruk lebih banyak experience dalam cv later. abang sangat adore dengan bos dia yang ni. Dia kata, almost 12 tahun kerja construction company, bos fauzi among the best bos yang dia ada

Now cerita pasal activity sepanjang dekat BLE pulak. 2 tahun projek, berapa banyak activity dengan staff dah ada. Every month ada sambutan birthday and dapat hadiah for staff yg lahir bulan tu, lepastu ada kelas baking (roti and kek), kelas aerobic every Wednesday, lawan futsal and bola padang, pergi mencandat sotong dekat Terengganu, ibadah korban, sambutan hari raya, pesta makan durian, karaoke session after work, ceramah jemputan, doa selamat dekat masjid berhampiran, bawak tukang urut mai urut staff dekat office and banyak lah. Lupa dah saya haha. Semua atas budi bicara bos fauzi. Kalau tanya projek lain, activity bersama staff diorang tak kan sebanyak activity dekat BLE. Belom lagi pasal baju free. Berapa banyak baju BLE dah buat untuk staff

And since projek BLE dah siap and sekarang tengah DLP phase (Defect Liability Period), so kerja dah tak banyak. Kerja kat sini merujuk kepada orang2 yang kerja site. Orang yang duduk office still macam biasa amount of work masing2. Or maybe makin banyak kot? Huhu. So bos fauzi buat dalam sebulan tu ada 2 kali Saturday off (Since kami kerja 6 hari seminggu). Lagi 2 kali Saturday tu, en fauzi suggest buat outing. baru 2 kali outing je pon. First time naik boat pegi Pulau aman makan seafood. Saya tak join yang ni sebab tertido huhu. And second time sabtu lepas pegi Monkey Beach naik boat jugak and main water sport. Ya Allah seronokkkkk sangat sampai hitam hitam

Sampai2 tu kena naik boat untuk ke Monkey beach perjalanan dalam 15 minutes. Sampai2 je warming up dulu main air main pasir. Then start la activity sukan. Main jetski, main banana boat and naik kuda. Sebab kan ramai and meriah, so rasa seronok sangat. Saya sebenarnya plan taknak mandi so datang pakai seluar jeans jelah. Sekali hampeh. Takde maknanya nye nia nak duduk saja tak mandi hahaha

Entry kali ni nak meluahkan rasa bersyukur dan bermuhasabah dalam diri. I might be jauh from friends, but I got my family here. I might get paid lower than any of my friends but I don't hv anything to pay (except my PT and duit for mama every months). I might have a boring life since I don't have my friends around here but I can have time for myself now (pampering and rewarding myself), I might be far from my friends but I know they were always there for me, I might far from my fiancĂ© but I knew this is for our best

Huu sedih pulak bila cakap pasal jauh ni. Sebab saya tunang dengan en.tunang bulan 5, time tu pon baru la nak berkenal kenal and bermanja kasih cewah then tiba2 dia dapat panggilan kerja dekat Kajang pulak a month after tunang. Now almost 6 months dia dekat sana and insyaAllah halfway untuk menuju hubungan yang halal. Allah uji sebab Allah sayang and nak beri yang terbaik. He always said that. Berkenalan dalam keadaan yang berpada. Saya pernah tanya tunang, "Kita sebenarnya dalam tempoh berkenalan ke bercinta ek?"
I was expecting dia jawab either one. Anticipate untuk dengar jawapan dia nak tahu la apa pandangan dia dengan hubungan kitorang ni. Then dia jawab "Kita tengah berkenalan dan bercinta" Auchh. Menusuk ke tulang. I was not expecting that. hehe

Terimakasih kerana treat me dengan penuh hormat sebagai seorang wanita. InsyaAllah, My Zauj,,




21 NOV

Pagi tadi as usual behenti sekejap dekat kedai jual nasi lemak kakak depan umah tu before pergi kerja. Tengah dok sibok pilih lauk then suddenly dengar bunyi anak anjing. Sayup sayup je macam kesian pon ada. Then pusing2 tengok kiri kanan. Pastu tanya kakak nasi lemak tu, "Ada anak anjing ke kak?" kakak tu pon jawab "Aah ada tu dia terjatuh dalam longkang" And as soon as that terus ternampak seekor anjing besar tengah mundar mandir dekat area longkang tu. Mak dia lah tu kot kan. Then pergi la jenguk dalam longkang tu and yes, memang ada pon anak anjing tu. Kesian dia. Baby lagi. Cuba bayangkan seketul daging 1kg jual dekat tesco. Ha macam tu lah. Cuma kena tambah 4 batang kaki kecik dengan ekor satu 

Hati saya dah start tak tenteram. Nak lompat dah masuk dalam longkang tu tapi tiba tiba mak dia woof woof marah. As she was thinking saya nak amik baby dia lah kot kan. Then saya pegi dekat kakak nasi lemak tu and cakap "Kak, kesian anjing ni. Nanti kalau ada non muslim lalu, mintak la dia tolong amikkan anak anjing tu ye" Kakak tu jawab yelah macam tu je la. And dengan berat hati saya start kereta pegi office. Memang hati saya sangat tak tenang sepanjang jalan tu sampai almost accident tapi buat buat cool je depan Kak Ana. Then sampai office je saya punch in, then naik bilik, letak beg, letak nasi lemak atas meja then turun bawah cari Abang Lan (our cleaner). Nasib baik dia ada. Tanya dia ada tak sarung tangan. Then nasib baik lah dia ada. In my mind nak ajak dia je pegi tolong amik baby anjing tu keluar longkang sebab I need someone to distract the mother as I turun bawah selamatkan baby anjing tu. Tapi thank god syukur tiba2 je Encik Suresh mai. Tak pikir panjang terus saya paksa dia teman saya. Paksa lah sebab I gave him no choice pon cz terus je saya masuk dalam kereta dia keke

Sepanjang perjalan tu kitorang sembang pasal experience dia dalam construction company ni (iklan jap) Then sampai sampai je tempat kakak nasi lemak tu saya nampak mak anjing tu tengah duduk tengah tengah jalan dok hidu hidu pintu pipe pembentungan. Jantung saya dah almost luruh dah time tu sebab I was thinking yang baby dia dah masuk sampai ke situ. Tapi encik suresh keep on kata, eh tak lah eh tak lah. And alhamdulillah memang tak pon. Baby anjing tu still tengah berlegar legar woof woof dalam longkang tu. Saya memang dah get ready nak terjun dengan sarung tangan kebun siap pakai since dari office tadi lagi. Then tetiba ada 3 orang budak laki mai. Sorang pakai sarung tangan, sorang pegang kain net yang macam sponge bob guna tangkap jelly fish tu and sorang pegang batang penyapu. Nasib baik lah diorang ada 

So sorang jaga belah sini ketuk ketuk dengan penyapu so that baby anjing tu lari ke belah sana then sorang yang pegang batang net tu tahan and ngam ngam pulak baby anjing tu masuk dalam kain net tu. Masa dia angkat tu, perasaan tak tergambar. Happy ada, nak gelak ada, terharu ada. Semua lah ada. Happy sebab finally baby anjing tu dapat keluar. Nak gelak sebab baby anjing tu sangat comel tolong lah macam ketulan daging yang mempunyai kaki ya Allahhhh. kecik lagi baby anjing ni maybe dalam sebulan kot. Ke kurang. Bulat je gebu. Then terharu sebab, out of ramai ramai manusia kat situ, budak budak ni jugak yang teragak nak tolong. Bukan nak condemn sape sape la tapi kat situ ada budak budak non muslim dok beli nasi lemak, diorang pon tengok je. Saya macam terfikir lah, tergamak ke orang orang kat situ menjalani kehidupan diorang macam biasa sedangkan nampak apa yang tengah berlaku. Seekor mak anjing yang dok woof woof mundar mandir tak tahu macam mana nak selamatkan anak dia and also anak kat dalam tu pon dok woof woof mundar mandir tak tahu nak keluar macam mana. What did they expect? Let the pup die inside the longkang ke cam mana? Mana hati dan perasaan kalian? *Teary eyess

I know im a bit sensitive when it comes to binatang. It gets annoyed jugak kadang kadang. Saya start jadi macam ni since start suka kucing and bela kucing. Even insect pon. Kadang2 terfikir macam mana diorang makan, macam mana kalau hujan. Padahal tu perkara normal untuk binatang kan? Kalau tak, Allah akan ciptakan diorang ada akal so that diorang pon boleh fikir sendiri tak perlu susah susah. Mak anjing tu sendiri la boleh cari batang net tu amik anak dia. But no. Diorang tak dikurniakan akal. Kita manusia yang Allah kurniakan akal ni lah yang kena fikir untuk diorang. But entah lah. Tapi alhamdulillah semua dah berakhir. Anak anjing tu kembali ke pangkuan mak dia. Nothings more wonderful bila tengok mak dia jilat2 badan anak dia as soon anak dia diselamatkan 3 budak lelaki tadi. Almost menangis but rileks la nia cool okay

Puppies dekat area office when they were babies little cuties

Ni bila dah besar sikit. Ada 2 ekor je. Yang lain main mana tah