29TH DEC

Harini 29hb 12 2017. MasyaAllah 1 hari je lagi 2017 nak habis. Alhamdulillah 2017 is so much a blessing for me. Start dari bulan 1 sampai lah bulan 12 ni. Terlalu indah sampai tak boleh nak recall anything yang sedih. Over tak? Haha tapi ye lah. Alhamdulillah terimakasih suami, keluarga dan kawan2 yang ada mewarnai tahun 2017 seorang Nia Aidena. Lets be a better person next year. A better better person :)

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman [55] )

Actually saya dapat a couple of request from friends untuk sambung entry pasal Pengalaman PTD. I want to tapi lately ni keadaan hectic sikit so ilham nak menulis tu takde lagi. Kalau setakat sembang2 kosong macam ni boleh la update. Tapi kalau nak sharing stuff tu i need some time sikit. Each one of my entry yang pasal sharing stuff, i take at least 3 days untuk review balik tau. Haha so that my content dalam tu at least kalau tak 100% detail, boleh dapat 80% detail la. Sebab mostly benda2 saya share tu pengalaman sendiri and di share bukan on that particular time. So nak ingat balik tu yang payah. Nak update on that particular time pulak memang tak rajin lah cerita dia hahaha

Tapi nope. This is not an entry of good stuff or sort of. This one saje je nak sembang kosong. Jalan2 dekat story instagram kawan2 and noticed ramai share screenshot definition nama diorang dekat urban dictionary. So i tried mine. Dia ada keluar beberapa definition. So sebagai typical manusia, of course la ill choose the one yang sooth me kan? lol




Hahaha. Cam mana? xP MasyaAllah sis. Sekadar menceriakan hari terakhir 2017. Try yoursssss :)













PENGALAMAN PTD M41 (2)


Since phase online exam dah cerita habis haritu, so now nak proceed ke phase PAC pulak. Phase yang ni saya dah cerita dekat entry before sikit2 kan. So this one saya nak cerita detail pasal activity untuk 2 hari tu. Boleh click on link atas tu untuk baca part 1. Okay PAC ni mengambil masa 2 hari. Hari pertama tu ada 2 session which is ujian kecergasan dan jawab essay. Ujian kecergasan ni sesi pagi. So kalau awak tak lepas sesi pagi, awak tak boleh proceed untuk sesi petang untuk ujian essay aka hard luck untuk pengambilan ptd untuk intake kali ini. Boleh cuba untuk intake yang seterusnya. Scary kan? Yess thats why dalam entry sebelum ni saya ada cakap must get fully prepared untuk PAC.

Lets go thru secara detail activity masa PAC yang saya join haritu. Okay so pendaftaran untuk haritu pukul 7pagi. Since saya dari penang, so pukul 4pagi saya dah gerak. Semangat tak? haha. Sampai INTURA around 5pagi macam tu and it was too early lah pulak so saya pon singgah dekat masjid terdekat untuk tido sekejap and solat subuh. Pukul 654pg saya gerak masuk INTURA untuk registration.  Oh jangan lupa pakaian untuk hari pertama ialah pakaian sukan okay. Dah di stated dekat dalam email jangan terlepas pandang pulak ye. Masa register tu setiap calon akan diberikan 1 tag yang wajib dipakai sepanjang program. Tag yang tertulis number tu ialah pengenalan diri untuk semua calon. Kira tu lah nama kita, macamtu. So sessi pagi bermula dengan ucapan kata2 aluan dan taklimat untuk flow sepanjang haritu.

Selesai ucapan and taklimat, calon2 dipecahkan dalam beberapa kumpulan untuk memudahkan sesi kecergasan. Setiap calon akan dapat 1 buku merah which is buku untuk isi detail2 kecergasan kita. First untuk pagi tu semua calon akan beratur untuk check BMI which is kena amik tinggi dan berat. BMI yang diorang dah tetapkan is 19-29 kalau tak silap saya so pandai2 la prepare so bmi you all in between ye. Macam saya haritu risau bmi 18 so before PAC tu saya makan banyak gila so that bmi maintain 19 haha. Sebab sejenis berat senang turun and tak pernah bmi cecah 20. Selalu stuck dekat 18/19. The struggle is real guys

Okay lepas check BMI, calon boleh pilih nak buat ujian lunjuran or genggaman dulu. Heres some sort of it;

Ujian Lunjuran
http://sekolahpulauaman.blogspot.my/2014/10/ujian-standard-kecergasan-fizikal.html

Ujian lunjuran aka ujan jangkau ni awak lunjur semasimum yang boleh. 3 kali try and diorang akan ambil bacaan yang tertinggi. So in between beratur nak tunggu turn tu boleh lah you all buat aktiviti regangan sikit2 so badan tak keras masa nak lunjur tu

Ujian Genggaman
http://recruitment.police.nsw.gov.au/fitness/physical_capacity_testing/handgrip_test

Ujian genggaman aka grip test ni dia nak uji kekuatan genggaman tangan. Pegang alat tu macam dalam gambar, and genggam sekuat hati. 3 kali try and macam biasa, diorang akan ambl bacaan yang tertnggi. Saya genggam benda tu sampai gigil2 gigit gigi lah. Hahaha. Nak bacaan tinggi punya pasal of course! :p

Okay lepas settle buat semua tadi tu, calon boleh proceed pergi check tekanan darah pulak. Still kena bawak buku merah yang diberi tadi. Masa check darah ni, nurse akan suruh kita semua relax2 kan diri jangan gemuruh sangat sebab nanti akan affect bacaan. Kalau bacaan tinggi, calon tu akan disuruh tidur and berehat dulu setengah jam baru boleh proceed check lagi sekali. Nasib baik tekanan darah saya time tu just nice walaupon malam before tu tidue 3 jam je. Huhu gemuruh punya pasal

Then lepas habis check tekanan darah, tiba lah masa yang digeruni semua calon which is beep test

Beep Test
http://www.beamtrainer.com/beep-test-distance/

Actually masa mula2 dengar, saya tak faham apa benda beep test ni. Maklumlah bukan budak sukan. Google banyak mana and tengok video banyak mana pon still tak boleh nak agak macam mana cara main dia. Main? :'p Haaha. So saya decide taknak pening2 kepala pikir, just prepare fitness je before datang PAC. Until lah on the event day, baru saya faham apa itu beep test bila tengok depan mata. Kesian kan? Haha. 

Simple je test ni. Kita akan diminta untuk lari dalam jarak 20m ulang alik. Setiap satu 20m tu ada masa2 tertentu yang kita kena lepas. Contoh 20m pertama kena lepas sbelum 2minit. 20m kedua kena lepas dalam masa 1minit 55saat. And the list goes on. Yang tempoh masa tu saya hantam je okay. I dont know the exact masa. Beep test ada banyak level. 1 level tu ada 10 pusingan. Maksud pusingan, ada 10 kali lari ulang alik 20m. Untuk perempuan, kena lepas at least 3 pusingan. Bermakna kena lepas at least 600m dalam masa yang ditetapkan. Untuk lelaki, kena lepas at least 5 pusingan. Paham tak apa yang saya cuba sampai kan? Haha tak paham takpe. Kita geng :p Oh saya haritu boleh pergi sampai level 4 je. Tepat2 4. Sifat feminism masa tu menebal gila dalam diri konon nak lepas sampai stage 5 sama macam lelaki, sekali hampeh. Masuk level 4.1 dah tak larat surrender keluar court. huhu

Okay lepas settle beep test ni semua calon boleh masuk dewan balik untuk berehat tunggu result. Result akan keluar pukul 230ptg so before that semua akan lunch dulu and solat zohor. Masa ni believe me semua muka pon dah pucat macam apa je. Risau gila kot kot tak lepas sesi kecergasan ni sebab if not, calon akan serta merta kena balik *insert music seram here

And the long await moment pon tiba. Result time. Masa result ni semua calon diminta untuk beratur luar dewan dekat meja pendaftaran pagi tadi untuk check sorang2  samaada dia lulus atau tak. Kalau lulus, boleh masuk dewan. Kalau tak lulus, kena pulangkan tag and boleh pulang serta merta. The tension is on the peak bila time tu family2 yang mai tadi dah tunggu dekat area2 sekitar dewan. Scary gila hahaha. Sorang2 calon lepas and masuk kedewan. And sorang2 jugak calon yang tak lepas berjalan keluar dari perkarangan dewan dengan wajah hampa. 

And then its my turn.  Sampai2 je meja pendaftaran tu my heart dupdap2 macam nak jatuh. Ibarat macam seluruh hidup saya bergantung pada perkataan yang keluar dari mulut pegawai tu samaada LULUS atau GAGAL. Pegawai tu minta number tag. Then dia check manually dalam kertas yang diorang dah siap print out. Alhamdulillah ruangan catatan dekat nama saya tu tertulis LULUS. Legaaa huhu. Masuk lah saya ke dalam dewan sambil cover2 sikit air muka taknak nampak seronok sangat. Kesian kawan2 lain yang tengah menanti result

Okay lepas semua pon dah selesai dapat result masing2, only then kami2 semua di arahkan untuk bergerak pergi ke auditorium untuk ambik ujian essay. Ujian essay ni ada 2 bahagian. Essay bahasa malaysia dengan essay bahasa inggeris. Satu essay di beri masa 30 minit. Ada beberapa tajuk untuk dipilih. Honestly saya lupa gila apa tajuk2 nya tapi mostly pasal isu semasa lah

Habis je jawab both essay, kami di beri taklimat pasal hari esok pulak. Untuk hari kedua ni saya sambung next entry lah. Panjang sangat dah ok bye





ps: Semalam result online exam ptd keluar. Tahniah kepada yang lulus and bakal ke fasa yang seterusnya. Dapat tahu calon yang lulus tu akan proceed ke UKJK. Tak tahu kenapa UKJK je bukan PAC. Kalau kami dulu UKJK tu ujian kecergasan untuk sesi pagi semasa PAC. Takpe, kita tunggu perkembangan calon2 lepas ni :) 





PENGALAMAN-PTD M41 (1)


Haritu iklan ni keluar dekat timeline facebook. Senyum sorang2 je tengok sambil tangan scroll ke bawah. Bukan tak berminat, tapi macam rasa this profession is just not for me. Kot. At least for now. Kenapa? Sebab rasa macam diri ni tak cukup layak huu (Low self esteem detected) Untuk sesi pengambilan yang lepas, i am one of the calon yang alhamdulillah berjaya lepas kesemua fasa. Tapi kecundang di fasa penentu which is the last phase; The Interview Phase *drum roll effect

But its okay. Dapat jadi antara yang layak ke fasa interview pon dah buat saya cukup bersyukur. Sebabbb,,



Dari 102,206 yang mohon jawatan ni masa phase online exam haritu, hanya 2402 je yang layak ke fasa interview. Bayangkan 2% je yang mara. Tu pon dah buat saya bersyukur sangat sangat. So dari 2402, just 400 je calon yang berjaya untuk jadi ptd ni and ada 150 calon terpilih untuk simpanan. Tahniah you alls  

For sharing purposes, ill share the journey and some tips so that who ever yang terbaca this entry or who ever yang bakal berhadapan dengan fasa2 saringan ptd ni can have a better view or can have any sort of preparation okay? 

First, memang kena follow facebook ni,


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

Sebab dekat facebook tu akan sentiasa ada update2 terbaru jawatan kosong under SPA or any related announcement terbaru SPA. Actually boleh je terus bukak dekat website dia, tapi saya seorang yang pemalas so yelah. Okay nampak dah kenapa tak lulus interview dekat situ haha

Sekarang semua permohonan jawatan dari SPA hanya lah melalui online. No more apply thru surat even position ptd ni pon. So kalau nak mohon tu first kena update dulu profile dekat laman web SPA. Kalau tak ada, kena create. Macam saya dulu, saya tak pernah ada account SPA so i need to create one. Lepas dah isi detail2 dalam tu and dah apply for the position, so tunggu je lah panggilan untuk sit exam. Im not sure about this tapi rasa semua yang memohon akan dapat sit exam rasanya. Kan kan?

And alhamdulillah beberapa minggu lepas apply tu, terus dapat mesej mengatakan yang saya terpilih untuk seat the exam. Tu first time saya dapat mesej dari SPA so macam dupdap2 gila jantung padahal seat exam je pon :p



Okay persediaan saya for the exam agak bersungguh jugak lah. Since masa tu tengah busy buat preparation kahwin so hold kejap pasal kawin. The very first thing i did masa tu was to google everything pasal ptd m41 ni. Cari article, baca post2 facebook and blog2 orang. Download and printout segala bahan bacaan yang berkenaan ptd yang saya jumpa. And saya ada beli jugak nota untuk jawab exam ptd ni haha semangat tak? This is the link kalau nak try tengok2 



Tapi tu format 2016 *since masa saya ambil exam tu tahun 2016. Advisable cari nota yang format terkini okay. So heres the pricelist. Masa tu lah. Maybe sekarang still harga macam ni jugak kot. Not sure


Saya ambik Pakej Super. For me, berbaloi beli nota ni sebab it does really help. At least. Semangat gila time tu study siap stay up sampai 4 pagi. Hujung minggu siap tak balik rumah mama lagi stay dekat rumah company sebab study punya pasal. Semangat tak? Haha. Before beli online notes ni saya ada jugak jalan2 pegi kedai buku nak cari buku rujukan specific untuk ptd. Tapi tak ada. Yang ada cuma buku pink tu. I bet you all yang bakal amik exam ptd ni tahu kan pasal buku pink? hehe

Okay so hari yang ditunggu2 pon tiba. Since exam start pukul 8 malam, so hari tu saya mintak izin keluar office awal from bos. Sebab nak buat exam dekat rumah mama. Rumah mama pulak jauh from my office. Kalau keluar office pukul 5.30pm, mahu maghrib baru sampai. Padahal tak ada lah jauh mana pon. So yelah, keluar awal lah jawabnya

Okay sedikit tips, selain make sure connection internet berada dalam keadaan yang stabil, sila lah juga bukak website exam tu kalau boleh setengah jam awal. Nak bukak 1 jam awal pon tak salah haha sebab nanti bila masa exam nak start, website SPA confirm stuck. Orang berpusu2 start masuk. Ada kes kawan saya, lepas 15 minit exam start baru dia boleh masuk website. Scary kan? Ada tu yang gambar rajah tak keluar masa jawab exam. 

So bagi mengelakkan sebarang perkara yang tak diingini berlaku, tolong lah make sure you all ada internet connection yang stabil. Jangan buat exam dekat public wifi sudah la ye. Sebab public connection ni tak stabil kejap laju kejap lambat. Lagi satu, tak selamat. Tak selamat ni nanti cerita entry lain la now nak cerita pasal ptd. haha. 

Oh jangan lupa make sure ada calculator dekat sebelah you all. Penting! Any kind of calculator even calculator phone pon okay. But for me, i standby scientific calculator sebab tangan ni dah biasa tekan calculator tu. Laju la kalau compare dengan calculator kita tak pernah guna kan even yang phone punya pon. Sebab masa sangat penting ye in this case. Soalan banyak tapi masa yang diberikan sangat terhad. Lagipon kalau guna scientific calculator, dalam tu dah siap2 ada simple formula kan. Just tekan je, asalkan tahu 

Tips lain2 tu rasa you all boleh google sendiri, cuma in this post saya nak highlight tips kecik2 yang mungkin tak ada dalam post orang lain. And a little bit of pengalaman sikit2 so that calon2 yang terbaca post ni boleh dapat better view so they know what to do kan. Sebab saya nak share semua phase yang saya lalui last year

Okay so after sebulan, the result came out. Alhamdulillah lulus. Tak sangka sangat sebab orang kata exam ptd ni susah. Susah ke? Susah lah jugak sebab soalan pasal negara kan. Kalau budak2 lepasan law maybe kacang je kot? Haha entah. Tapi nothing is imposible, yang penting, be well prepared okay? Sit exam ni jawapan dia study je. Tak study memang susah lah jadinya. hee


Kiranya kalau dah lulus online exam, you'll be moving on onto the next phase which is, PAC aka Program Assessment Center. PAC ni program 2 hari yang dikelola oleh pihak SPA sendiri. Tujuan nya untuk membuat penapisan secara individu sebelum sesorang tu layak ke fasa terakhir nanti. Okay phase interview nanti cerita dekat bawah. Now pasal PAC dulu 


Persediaan sebelum PAC ni i suggest you get fully prepared of your fitness. Must.Get.Well.Prepared. Diorang bagi email sebulan sebelum tarikh so please use the time wisely. Jogging je pon tak apa petang2 lepas habis kerja. Sebab nak dapat kan stamina tu. And make sure baca and faham email yang diorang bagi tu betul2. Print out je semua attached file from the email and kalau boleh print kan je sekali email dia bagi tu. Satu kan dalam 1 clear file and kepil elok2. Be systematic. Lagipon tak silap saya masa pendaftaran PAC nanti diorang akan minta salinan email tawaran. Tak sure tapi rasa betul dah hehe

Okay so tiba lah hari yang ditunggu. Since masa batch saya tu pihak SPA tak sediakan tempat tinggal, so saya decide untuk drive harian je. Lagipon saya punya sesi dekat INTURA, Sungai Petani so memang no problem la for me since jarak rumah dengan INTURA tu lebih kurang 45 minutes je. Tapi untuk calon2 yang duduk jauh, kebanyakan diorang check in hotel. Ada 1 hotel located betul2 depan INTURA tu tapi minta maaf sangat2 saya lupa gila apa nama hotel tu puas fikir haha. Ada juga calon yang sewa homestay area2 sungai petani tu sebab diorang datang dengan family

Okay untuk PAC ni posting dia panjang sikit sebab nak cerita detail. So to be continued,


p/s: Boleh click on link untuk baca Part 2



14TH AUG

Masih tak boleh move on dengan gambar kawin. Haha. Belek satu2 gambar terus terimbau balik time malam tu. I could have said that, that was one of the happiest day in my life cewah. Seronok sebab of cos family semua berkumpul and kawan2 dari jauh sanggup datang and teman. Tapi seronok jugak sebab finally hari yang saya takut2 kan selama buat preparation dulu turn out to be as planned. Alhamdulillah

2 hari sebelum kenduri tu actually berturut2 hujan tau. Masa tu i was so scared. Risau sangat2 takut hujan hari kenduri. Kesian lah nanti tetamu. Buat malam sebab taknak diorang panas basah berpeluh2. Tapi ni kalau hujan, takde guna lah tetamu still basah jugak. Basah kena hujan huhu. Dah lah ada stall ice cream and kambing bakar. Lepastu ada photobooth. Lepastu DJ lagi. Mana nak sumbat kalau hujan? Haa

Alhamdulillah cuaca malam tu elok. Berangin je. Angin sejuk2 camtu sebab belakang tu bukit. But still hujan tapi ngam2 bila tetamu semua dah balik. Syukur sangat2. Tu pon bukan hujan lebat. Hujan manja2. A day before majlis tu saya suruh Papa doa supaya jangan bagi hujan. Papa kata, ingat papa malaikat ke haha. Kakak office saya kata, as soon dia balik je dari rumah kenduri tu, terus hujan lebat time otw balik rumah. Sampai jalan tenggelam. Peliknya dekat tempat kenduri tu tak hujan macam tu pon padahal jarak tak sampai 10km. Huu magik

Kenduri malam tu saya and husband mengamalkan konsep meraikan tetamu. No sanding or shooting. Sebab depa mai jauh2 nak tengok pengantin tapi pengantin hilang tah mana hala. So macam tak best la pulak kan.  So malam tu kami berjalan je pusing keliling khemah melayan tetamu tangkap gambar. Sekejap kat pelamin, sekejap kat luar. Penat gila. Nasib rahang mulut ni tak krem sebab senyum non stop haha

Rombongan pihak lelaki mai lambat sikit malam tu dalam 930 jugak lah sebab jem. What to do penang memang jem sentiasa. Sebab kan saya pengantin yang sangat lah tak behave so awal2 lagi dah keluar layan tetamu. Sorang2 pon jadi haha. Sib baik mekap iolls waterproof elok je tak cair. Kalau mekap sendiri mau setengah jam dah hilang


 Time ni tengah panggil tetamu mai ke arah sini. Tapi dah tentu2 lah depa nak mai. Beriya nau panggil nya tu hahaha. Pengantin apa tah macam tu

So lepas rombongan pihak lelaki mai, kami pon start makan beradab. Yang syok nya meja beradab kami takde decoration pon. Person in charge wedding planner tu lupa nak hias. Saya pon tak teringat pasal tu. Patut la bunga banyak balance rupanya untuk meja beradab. Husband macam terkilan sikit tapi saya okay je sebab alah apa lah sangat hiasan meja beradab tu. Yang penting semua berjalan lancar. Ye dok? Then makan 2,3 suap terus bangun balik layan tetamu sebab macam tak best lah makan. Baik gi jalan2 keke

Carilah wanita yang memandang ayah kita seperti ini nescaya, shes the one... (???) :p
I memang tak boleh cover kalau time makan. Mulut confirm penuh

*iklan*
Cuba cari mana nia :p

Okay then lepas semua tetamu dah balik, plus saya and husband pon dah settle sesi photoshoot sikit2 kat pelamin, so its a wrap! Malam tu saya tidur dengan Anis, Mai Nasirah and Mai Akmam bertiga. hihi. Kawan2 yang lain tidur bilik sebelah. If anybody ask me how was my first night, ill say, "My first night was full with fun and love" Hehe. Even husband pon tidur dengan kawan2 dia. Supposedly tidur dengan family dekat homestay. Tapi malam tu family dia tak ada sorang pon bukak pintu sebab semua dah pergi london (tidur). Diorang ingat husband tidur dengan saya haha lol

Okay dengan itu, tamat lah cerita kawennn :p

Masa ni penat gila. Tengok balik gambar ni pon boleh terasa balik penat tu haha serious



MAJLIS SANDING

Finally after almost 3 bulan baru dapat gambar sanding. Haih lambat bebeno tau pasrah je lah

Seperti yang dijanjikan in previous entry saya ada cakap nak share budget kenduri tapi bila fikir2 balik alah macam sensitive je issue budget ni so takmau lah cakap pasal tu

So majlis saya and husband haritu boleh kata 95% dari kami sendiri. Dari perancangan sampailah ke running majlis. Dugaan nak handle tu masyaAllah hectic gila kalau fikir2 balik tapi lepas je settle semua benda terus jadi rindu pulak. Since this is a very sweet-menuju-ke-halal-memory so saya kalau boleh taknak ada satu perkara pon yang tertinggal, boleh tak? Haha. Sweet i mean sweet moment la 

Perkara pertama yang saya buat for this preparation is, beli buku. Yes buku sebab everything needs a proper planning. Lepas beli buku saya print out semua gambar2 yang dah di screen shot dalam phone then tampal buat collage. For inspiration. Gambar berkait dengan wedding la kan and of kos yang saya berkenan

Okay then lepas dah tampal collage semua tu baru saya start planning cost and buat rough budget. Kalau nak cerita step by step sampai 5 entry pon tak habis rasanya haha. So takpe lah kita simplified je


**********

1. Tarikh majlis
30 April 2017. Tarikh ni actually 6 months before the wedding baru kami dapat yang sesuai sebab to be honest sebelum tu memang tak fikir pon haha. Sebab memang dalam kepala fikir setahun selepas tunang baru kawin so macam tu la

2. Tempat majlis
Actually dari kecik lagi saya dah terbayang nak kawin dekat tempat open air. Taknak dalam bangunan sebab rasa macam sesak nafas. Even kalau makan dekat luar pon saya suka amik tempat yang open air. So dekat sini perkahwinan dalam bangunan is out of list. Imagination saya di update around tahun 2014 haritu bila Mama dapat jemputan rumah terbuka company kawan dia dekat tepi laut. Event malam tu cantik sangat sebab dia guna kemah transparent and banyak lampu2. Makanan pon sedap2 and yes this is exactly apa yang saya nak

So saya pon start la survey padang2 private yang allowed untuk buat event. Ada beberapa jugak lah yang dijumpai. Tapi bila kira2 budget, masyaAllah jauh nya lari. Fikir punya fikir terlintas lah idea nak buat dekat homestay. Haaa ada tak orang terfikir nak buat kenduri dekat homestay? Haha kalau ada, hye kita geng :p

Sekarang focus survey homestay. Homestay yang dicari mestilah rumah yang atas tanah since rumah family kami ni atas angin hihi. Lepastu homestay pulak kena ada space yang besar untuk muat beberapa khemah, ada tempat parking yang banyak untuk guest to make sure kereta2 guest tak menganggu penduduk kawasan also mengambil kira jalan keluar masuk penduduk2 dekat situ. Susah kan? Ada ke rumah yang macam tu. Kalau rumah sendiri takpe lah jugak boleh kawtim dengan jiran. Ni kita out of nowhere datang tempat orang lepastu sibuk nak buat kenduri yang for sure menganggu penduduk situ

Dipendekkan cerita, Allah mudahkan urusan saya and suami, kami jumpa satu homestay ni yang coincidentally overcome semua masalah yang saya stated above. Alhamdulillah. Rumah corner lot, berjiran dengan 3 rumah kosong, depan rumah tu ada 1 parking area a.k.a waiting area untuk sekolah kebangsaan which can muat around 50 buah kereta dalam 1 masa. Perfect. Area tu pulak area yang tak congested. Tak mengganggu orang. Lagipon jimat buat dekat homestay bila saya boleh satu kan tempat kenduri also homestay family dalam satu tempat. Kalau sewa dewan, mana bayar dewan lagi mana bayar homestay sedara mara lagi. Dewan dekat penang ni dah lah mahal. Kira per hour. Ada saya survey tu 4jam, RM1200. Gila ke 


Tempat kawen :')

3. Wedding Planner
This one actually mula2 tak terfikir pon nak ambik wedding planner (WP) tapi time survey2 tiba2 ternampak satu wp yang offer package yang sangat lah berbaloi baloi. Serious berbaloi sampai rasa macam menipu je sebab murah sangat haha. Tapi satu hari tu dapat tahu yang cousin saya freelance photographer untuk wp tu so macam yakin sikit lah lepas riki2 dia. Then terus amik wp tu. Nak tahu apa yang dia offer in my package?




Menangis kan? Haha alhamdulillah jimat duit ku. Mana nak dapat macam ni. Tapi bila kira2 balik, package ni dah jadi tak jimat lah for my case sebenarnya sebab,, nanti cerita dekat bawah

4. Kad Kawen
Im so in love with my kad kawen sebab diorang customize kan logo untuk wedding kami hihi. Also selain ada physical invitation card, diorang ada e-card. Since kami kawen dekat Penang and neither of us ada family dekat sini, kawan2 pon banyak dekat area KL sana so macam susah je nak mintak address sorang2. So this e-card is super convenient. Sebab dia memang dicipta untuk bagi dalam whatsapp. Tulisan pon besar2 senang baca. Kalau physical card tapi di bagi thru whatsapp bayangkan lah tulisan kecik2 kan susah nak baca. So yang jumpa depan mata bagi card, yang invite guna whatsapp bagi e-card. Pastu ada welcome board lagi. Tiga2 ni design yang sama and im so in love. Lepastu owner dia sangat profesional. Kami berhubung menggunakan email je and it was so easy and sangat jitu. Takde sembang meleweh2


Ni antara logo2 yang diorang create untuk kami choose. Semua cantik kannnn T.T


Ni eCard

Ni physical card. Still taknak letak map. Now mana ada orang letak map dah dekat kad kawen :p

Ni welcome board. A1 size. Tapi kena potong sikit sebab frame tu kami beli dekat ikea. Tak ada size exact A1

5. Doorgift
Doorgift! Oh this one is the highlight of my preparation. Jalan mudah ada tapi biasalah terlebih bijak pergi amik jalan susah. Buat sendiri. Dah tu nak 100% dari tangan sendiri pulak tu, taknak orang lain tolong even mama pon. Ha mendapat lah padan muka


Tagging tu tulis Nia Naim. Atas tu tulisan jawi kufi

Every detail of the doorgift tu saya buat sendiri tau. Kotak plastik tu lipat satu2, kotak dalam plastik yang warna silver tu pon lipat satu2, riben atas tu ikat sendiri which dah ikat kena gam guna hotglue gun pulak bagi tak terbukak, pastu layur hujung riben tu dekat lilin supaya tak berbulu, pastu balut kotak plastik tu pulak dengan tali riben kecik, pastu attached riben yang di buat tadi pulak hahhh. Bekas kaca dalam tu jangan tak tahu saya cuci tau. Satu2 cuci. Tapi cuci ni mintak husband yang cuci kan. Husband pulak dekat Kajang sana bayangkan dari penang bawak ke kajang untuk cuci then bawak balik ke penang untuk step yang saya cakap dekat atas tu. 500pcs. Gila kan. Nasib 500pcs kalau 1000? Hahaha. 500 pon hajab wey nak buat

Inspiration doorgift ni saya dapat through instagram. Tagging dia tu cantik i like. Ha tagging tu tempah la. Actually ada sebab kenapa saya nak buat sendiri doorgift ni. Sebab saya rasa macam i need to give something yang meaningful untuk tetamu2. Yelah diorang semua sanggup datang jauh2 kot for this wedding. Rasa macam 75% tetamu malam tu bukan orang penang je

Tapi actually towards the majlis tu saya dah macam tak menang tangan so kakak housemate macam kesian tengok saya so dia pon tolong lah haha. Walaupon before tu mati2 saya cakap tak payah tolong. Thankyou Kak Azida :* And also husband pon kena paksa tolong. Nikah hari ahad, hari khamis tu dia berkampung lah depan umah saya bentang surat kabo, tarik extension wire pasangkan kipas pastu dia buat la bahagian dia hahaha

Untuk goodies kanak2 pulak saya just beli je dekat instashop. A packet full with candies

Ni actually story saya update dekat insta. Dalam bilik buat sensorang :p

6. Photographer
Since photographer is in the package so fikir okay tak ada masalah considered photographer settle. TAPI, beberapa hari sebelum majlis tu only then saya realize yang dalam package wedding planner tu just provide satu slot event je. Its either nikah or sanding. Can u imagine beberapa hari sebelum majlis baru tersedar? Gila la. Rasa dalam 2 hari sebelum kot. Ke sehari? Haha. Alhamdulillah lah husband dapat jumpa 1 photographer last minute. Just amik shoot and burn je dari dia. Okay lah cuma gambar tak flawless i mean tak dreamy-like macam gambar kawen. Dia jadi macam gambar biasa je. Tapi i manage to cari photographer yang boleh bagi servis edit gambar. Haaa bijak tak. Mujur lah jumpa and guess what? Total cost a lot cheaper than amik photographer yang provide package. Sekarang paling2 koman pon package photographer above RM1000. And outcome gambar nikah saya is just perfect for me i love it


Believe me, gambar belah kiri tu takde la se teruk itu. Saya ambik dari whatsapp yang di ambil dari facebook so pixel and color dia terganggu. Gambar original ada dekat husband

7. Hantaran
To do the simplest as we can. Kami cuma ada 2 dulang sahaja. 1 dulang letak mas kawin&gelang tangan, 1 lagi dulang letak cincin lelaki&simbolik cek hantaran haha. This one drama jugak lah. Orang pelik kenapa taknak berbalas hantaran. Simple je, hantaran ni lebih banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan so kami rasa no need lah. Tak perlu kot nak cakap apa benda kebaikan keburukan nya sebab lain orang lain. Cuma satu je, tak salah pecah kan adat yang penting tak mati dek adat. Gitu tau haha




2 tu je lah dulang kami. Sayang nya photographer bidang terjun tu ambik gambar angle sangat lah menyedihkan tak nampak full view dulang. Serious cantik dulang ni. Full crystal. I mean bukan crystal la. Kaca je pon tapi arghh cantik lah serious


Cantik kannnn

8. Khemah
Khemah here termasuklah kerusi, meja, lampu and kipas. Haa this one is the highlight. Sebab saya nak sangat khemah transparent beserta chiavari chair also fairy light and husband pon menyokong so proceed lah. Banyak jugak tempat saya survey for this. I need to get the cheapest price out of all but yet still cantik. Paling mahal quotation yang pernah saya dapat untuk 3 khemah is RM11k haha gila mahal. Tu 3 khemah tu. I need 4. Actually khemah ni one of the reason kenapa package wedding planner saya jadi tak jimat sebab obviously dalam package tu khemah provided but i still amik khemah dari luar huhu

Rasa bersyukur sangat amik khemah dekat En Faiz ni sebab actually dia based dekat Subang tapi sanggup amik job dekat penang ni ha. Nak berjalan bawak workers katanya. Baik kan. Khemah pon cantik i mean transparent tent memang lah semua cantik kan tapi this one i can say memang berbaloi lah dengan harga. The cheapest yang saya survey. Lampu fairy penuh so pengcahayaan tiptop and terang, lepas tu spotlight provided so that dia bagi effect lampu purple sikit dekat atap khemah (saya request warna purple), curtain dia bukan guna kain lycra tapi guna kain sheer. Cantik sangat. Dia macam bagi effect soft2 romantic ya Allah iloveitsomuch. Even dia punya alas meja pon i like. Dia bukan corak bodoh kosong. Dia ada macam corak2 timbul but still warna putih tah lah macam mana nak cakap. Nanti tengok meja kek dekat bawah k. Cuma chandelier dia je macam tak berapa berkenan. Kenapa tak guna yang banyak crystal tu hahaha bnyak cantik


Under the khemah hihi. Can you see the sheer curtain kat belakang tu? Buat jadi romantic kan. Macam dalam kelambu haha

9. Baju Sanding L/P
Haha this one pon antara kebijakan nia aidrena jugak. Mana ada orang lagi sebulan nak majlis baru decide nak pakai baju apa. Konon nak amik masa lama sikit lah untuk survey baju a.k.a dress hunting. Di pendekkan cerita, semua baju dah tak available time kami pergi butik untuk cop baju tu. Can you imagine? Semuaaaa baju tak available. Okay fine ada lah yang masih available tapi serious tak cantik. Bayangkan sebanyak2 baju, boleh habis?

Then kami pon pergi lah mencari dekat butik2 lain and guess what, semua pon kata baju habis. Pergi cari sampai Banting kot. Masa tu ya Allah stress gila rasa mula lah nak menyumpah diri sendiri sebab buat decision gila macam ni. So bakal penantin please lah jangan buat perangai macam iolls haha. Actually tarikh kami kawen tu tarikh hot. Sebab tu public holiday terakhir before puasa. So sebab nak puasa bersama this year, semua pon pakat duk pulun kawen tarikh tu haha okay tak

Nasib ada suami penyejuk hati. Dia suruh try tengok dekat butik area utara. The only butik yang saya terfikir is Esszibarhim je la. For me baju2 dia masyAllah cantik gila macam princess. Tak percaya boleh try stalk ig dia: esszibrahim. Beberapa kali jugak lah baju dia viral masa musim kawen haritu. Masa pergi butik dia, saya pergi sorang. Sampai2 je butik tu terus cakap dekat budak2 yang jaga situ


"Okay majlis saya 30hb ni so boleh tak tolong keluarkan baju2 yang available? Yang penting peplum and bukan warna dusty blue"

Taknak warna dusty blue sebab time tunang dah warna tu. Masa tu finger crossed je la sebab ingat budak2 tu nak cakap sorry baju habis. Sekali bertapa terkejut nya saya, banyak kot baju diorang bawak keluar. Dalam 6 macam tu kalau tak silap. Terus try beberapa pasang and once dapat yang berkenan terus proceed bayar deposit malas dah nak fikir2 apatah lagi mintak pendapat husband. Okay tipu je i takde la kejam nau k. Of kos saya ada sent gambar try baju cuma dia wish to see more. But no no no i am so done with dress hunting. Pening kepala kot hahaha

Baju ni pon menjadi punca kenapa package berbaloi wedding planner saya tu jadi tak berbaloi. Okay la bukan tak berbaloi la ayat dia. Kira macam jadi macam biasa je lah cost semuanya gitu. Ayat penyejuk hati sangat *mata keatas


Top 3 gambar test baju yang saya berkenan

Finallyyyyy

10. Kasut Kawen
This one trust me orang mostly sewa je tapi nia sangat gedik untuk own sendiri punya kasut kawen so yelah what to do. Shoes hunting also seronok sangat sebab tah lah tak tahu kenapa seronok hahaha. Maybe sebab kita datang butik lepastu pilih kasut yang asalnya kosong then we can choose our own custom lace or apa2 je lah yang nak di letak lepastu a week later kasut siap and voom your own kind of wedding shoes siappppp. Saya lebih suka yang simple so just letak lace je lah but i love my wedding shoes so much and now i dont know nak buat apa dengan kasut tu haha. Siapa nak sewa kasut kawen cantek size 38 pm tepi. Condition Neelofa :)



*lupa nak tanggal cushion pad masa shoot haha. Cushion pad is important ye untuk double protection takut jadi cinderella pulak di hari persandingan :p

11. Kursus Kawen
This one should be on the top of list how can i forget this haha. Saya amik kursus kawen ni on the very last day of 2016 and on the very first day of 2017. A good finisher and starter kan. Pergi kursus kawen dengan Kak Ana berdua dekat Sungai Petani. Tak pergi dengan husband sebab dia dah amik dulu awal2 lagi tahun 2009 dulu. Guess what, on my age of 16 hahaha. Saya selalu usik dia before 


"Pergi kursus kawen dengan awek, awek kawen dengan orang lain huahuahua"

Pasrah je husband kena bahan tapi sekarang tak buat dah. Mana boleh nanti mendatangkan kemurkaan suami cewah. Tu pon sampai ke sudah dia taknak tunjuk dia punya sijil kursus kawen until lah masa nak submit borang nikah baru saya curi2 tengok haha. Nasib lah dapat isteri kuat bahan. Tapi actually dia pon kuat membahan jugak 

12. Borang Nikah
Okay this one alhamdulillah tak ada problem even from me neither from husband. Cuma nya sebelum nak submit borang tu mama and akak tak sudah2 tekan suruh submit cepat dekat pejabat agama haha sebab borang husband lama dah settle. Saya punya je tak buat lagi. Hidup ni mesti kena rileks kan. Nak cepat2 buat apa as long kita play smart. Actually saya dah call ustaz tu awal2 haha buat appointment datang sekian2 tarikh so that takde la submit borang tu terlalu cepat or terlalu lambat

13. Additional Food Stall
This one is a bit tricky sebab since majlis malam so guest akan lebih santai. Kak Zurin wedding planner advise jangan letak terlalu banyak makanan extra sebab nanti guest taknak balik haha. Tapi mama insist nak jugak ada makanan tambahan so kami pon tambah lah 1 stall ice cream. Ice cream ni saya gaduh manja sikit dengn husband sebab i want ice cream cone tapi husband nak dalam cup. So setelah timbang tara tunggang tebalik okay la ikut idea husband. Syoknya orang ice cream tu let us choose 5 different flavours. I let husband yang decide so dia pilih mint, durian, vanilla, honey dew and strawberry. Honey dew tu orang tu kata their best seller. Memang sedap!


Sudu tu actually saya request nak yang warna pink sahaja. Selalu nya diorang akan campur2 kaler hihi 

Stall ice cream pinky comel

Then ada 1 stall kambing bakaq. This one cepat sangat habis tak dan 2 jam majlis pon haha. Nasib lah sebab sekor je pon kambing nye keke


Kambin bakar yang tinggal separuh

14. DJ
Actually dj ni tak include in package sebab dia option to choose either photographer or dj. But since saya tak amik khemah from wedding planner so saya mintak tukar ke dj and alhamdulillah dia bagi. Okay so settle masaalah. Dj ni pulak memang terbaik and professional. Before tu saya and husband ada discuss yang kami taknak lagu2 merepek time majlis. Sebab pernah banyak kali attend wedding orang tiba2 keluar lagu sedih2. Lagu kawen tapi lagu yang ex girlfriend tuju ke ex boyfriend pon ada. Like whatttt hahaha. So no no. Kami sepakat nak sort lagu sendiri. Husband punya tugas list out lagu2 yang kami suka and i just bagi je dekat dj and diorang akan cari. So lagu tu je lah putar sambil lebam masa hari kenduri. Special kan sebab pengantin yang pilih lagu untuk guest? Hihi. Oh paling penting, no karoke on our wedding. Not allowed. Haha 


List lagu tapi time kenduri DJ ada tambah beberapa lagu yang genre2 macam ni la

Abang DJ yang awesome. Dia datang dengan wife and baby haritu :)

15. Photobooth
Photobooth ni request from saya sendiri actually sebab memang teringin nak guest bawak gambar kenang kenangan from kenduri kami. Dalam package included 4 hours of unlimited print, 2 person in charged, backdrop, lighting, interesting props, customized guest book and diorang akan print extra strip untuk simpanan pengantin. Oh and diorang akan email kita softcopy gambar2 malam tu





16. Makeup Artist (MUA)
Makeup pon macam photographer jugak included in wedding planner package tapi untuk 1 event je. Saya choose mua wedding planner untuk majlis sanding so untuk nikah saya tak ada mua. Nasib this one tersedar awal so sempat book my friend yang makeup time tunang dulu hihi alhamdulillah. As usual shes doing her very great job and i love it. Cuma faezah kata this time kulit saya agak kering sikit compare to masa tunang dulu. Haha mana tak kering dah kesana kesini macam apa pengantin nye pon urus wedding. Dehydrated lupa minum air

17. Henna
Henna ni macam sedih sikit. My hands ni jenis yang all sweaty. Berpeluh je 24/7 so henna tu cepat tanggal. Dah lah saya pakai siang before majlis. Selalu orang pakai malam before majlis kan. Kalau pakai pagi majlis tu pon takpe. Tapi eh no no no. I busy gila kot. Mana sempat. Takpe lah still saya suka sangat dengan outcome dia. Suka tengok tangan sendiri asyik2 tengok tangan haha. Malam before majlis tu saya gatai pi topap inai sendiri dekat bahagian jari habis dah cacat sikit. Masaalah


But i still love it

Oh husband actually dia nak berinai tapi last2 minute taknak pulak dah sebab dia google lelaki tak boleh pakai inai. Hehe bagus husband i kan

18. Kek Kawen
I almost forgot about this one. Kek! Kek sedap dan cantik ni from makcik yang dulu buat kan kek tunang saya. Also dia jugak yang buat kan kek kawen my sister. I want the simplest out of the simplest so just mintak dia kek all white and nak bagi nampak extra sikit so letak bunga fresh rose putih. Actually nak buat 1 tier je tapi husband suruh buat 2 tier sebab dia kata bagi la siapa nak rasa. Tapi at the end orang tak makan pon sebab ye lah malam kan. Guest santai je. Yang makan nye kami2 je hehe


Potong kek

Kenapa in this picture i look so small? Haha. Im not that pendek okay. Husband yang terlebih tinggi :'p 


*********

I guess tu je lah kot. This is not a review cuma catatan for me to read later. Tapi kalau ada kawan2 yang nak tanya apa2 ke boleh je saya tolong2 or recommend apa2 hehe. Minta maaf kalau ada kandungan entry ni yang menyinggung perasaan sesiapa. Sebab hal kahwin ni kan sensitive. Ada orang rasa benda ni tak perlu, ada orang rasa perlu. Ada orang suka macam ni tak suka macam tu, ada orang suka macam tu tak suka macam ni. And the list goes on. So yelah kan. Okay lah, tu je. Before tu nak up sikit gambar2 di sekitar hari kejadian


My family

My heroes
Suasana khemah  

Large group yang hadir

Candid2 semua orang

Candid2 pengantin

Okay this one, appreciation to Abang Norman photographer kami malam tu. Thankyou Abang Norman for being part of our event :)


Hihi


Last but not least, gambar kami berdua yang keletihan haha byeee


ps: Baca tips di hari persandingan, pengantin kena senyum nampak gigi baru gambar tu jadi cantik dan ikhlas. Haha nasib i memang jenis senyum macam tu. Husband pulak jenis tak pandai senyum tapi kalau dia senyum nampak gigi, charming kan? :* Husband i kot. Ha jangan ada orang ajak dia pergi karoke pulak lepas ni sudah hahaha ok gurau