Pejam celik pejam celik dah sampai ke penghujung tahun dah kita. Serious tahun ni lah tahun yang bagi saya paling cepat berjalan. Awal tahun haritu pregnancy saya masuk bulan ke 6, pejam celik pejam celik, tiba2 keluar seketul Hana. Lepastu pejam celik pejam celik lagi Hana berdiri dah sekarang alhamdulillah.
Blog ni dah berapa lama tak update sampai naim pon tanya "Awak tak update blog ke sayang?" Masalahnya diri sendiri pon tak sempat nak update, apatah lagi blog ni ha huhuhu *insert cry emoticon here
Banyak okay benda nak kena cover lagi2 lepas dah start kerja ni. Masa sebelum masuk kerja haritu, banyak benda yang bermain dalam kepala ni. Mampu ke aku nak galas tanggungjawab yang makin bertambah ni. Mana nak jadi isteri, mana nak jadi ibu, mana nak jadi pekerja, nak jadi rakan sepasukan, nak jadi pemandu yang membawa bayi di dalam kereta, nak bangun tengah2 malam, nak itu nak ini and the list goes on. Dia rasa macam berdebar yang tak tahu lah nak cakap macam mana. Tapi saya keep on comfort diri sendiri which, at the end of the day, semua nya akan okay. And yes. Alhamdulillah saya berjaya melalui saat2 permulaan tu. Tak senang, tapi tak susah. Okay tipu, memang susah *insert cry emoticon here again
Mesti ada yang rasa over nye lah hai nia ni. Orang lain pon kerja jugak. Ye lah, awak awak lah. Ni saya (*emo) haha. Since both me and naim hidup sebatang kara di bumi kajang ini so dia jadi macam extra struggle di situ. My family dekat Kuching, my in laws dekat Ganu, so naim je lah support system saya dekat sini. And myself ofcourse.
Lately ni tiba2 saya rasa macam all the routine started to hit me hard. I mean real hard emotionally and physically. Pinggang start sakit2 i dont know. I think masa pantang pon tak sakit macam ni. Hana pulak menyusu badan. So dia jadi extra penat. And emotionally drain lah. Kalau kena time shift petang tu, time balik kerja je sampai rumah dah pukul 1pagi. Dah tu bukan boleh terus tidur. Kena mandi dulu. Of course la kan. Then nak kena pump dulu which it always took me around 30min - 1hour. Pastu nak susu kan Hana lagi. Pastu nak prepare barang dia pergi taska lagi. Then tuptup pukul 3pagi baru boleh tidur. Hana pulak jenis setiap 2 or 3 jam dia akan bangun nak susu. And dia sejenis morning person. Pukul 730/8 pagi dah bangun and mintak mandi. Nak taknak ibu memang kena bangun. Bayangkan lah
But please dont get me wrong. Saya bukan merungut. Not at all. I
dont know how to tell it here i think makmak faham lah kot apa yang cuba saya
sampaikan. Cuma luahan seorang ibu yang baru jadi ibu. Yunowataimin?
So life with Hana is a blessing for both of us. Kalau tanya mana best, duduk berdua or ada Hana best? Saya jawab dua2 best. Setiap kali tengok naim dengan Hana, my love grows even deeper for each of them. I've never felt this kind of love in my life. Rasa sayang yang rasa dia macam hati ni kena hiris dengan pisau. Biasa kita rasa macam ni time sedih kan? Tapi ni i rasa masa perasaan sayang tu. Haha. Entah lah macam mana. Hana pulak manja dengan walid dia. And ibu harap nanti Hana dah besar pon Hana rapat dengan walid okay? :*
Okay la. Tamat pembuka cerita. Hahaha panjang betul mukadimah.
So harini tetiba rasa macam nak cerita pasal moment bersalin. Sebab i
taknak lupa moment tu. My very precious yet beautiful moment :)
Kalau ikut kiraan tumbesaran Hana dekat buku pink, patutnya dia lahir on the 8th of May. Seminggu selepas anniversary date ibu dengan walid. Tapi sebab Hana terlalu syok duduk dalam perut so dia extend lagi seminggu lepak dalam tu haha. So lahir lah seketul hana pada 15th May secara normal by induce 1 shot. Ceritanya saya langsung tak ada tanda2 nak beranak even dah 8hb tu pon. Tak ada langsung ye sis. Nurse dah pesan siap2 kalau tak beranak jugak on the 8th, 9hb tu kena pegi last checkup untuk minta tarikh serah diri. So dapat la tarikh serah diri which is on the 14th. So on the 13th, Mama pon sampai dari Kuching. Lepas ambil mama dekat KLIA, kitorang pergi cari kuih nyonya dulu dekat Aeon Taman Maluri. Sis is still steady lagi drive time tu kehulu kehilir haha.
Esok nya pagi2 lagi kitorng dah gerak gi hospital. Both me and naim memang plan untuk beranak dekat gov hospital so kami gerak lah ke Hospital Kajang. Actually before tu kitorang saje cuba nasib pegi Hospital Putrajaya sebab saje kot kot boleh masuk ke kan. Tetapi tidak ye sis sis. Sebab kes saya ni kes tak ada contraction plus datang untuk serah diri so memang wajib ikut hospital area kita daftar dekat buku pink. Unless u ada contraction, then yes u boleh pegi mana2 hospital untuk beranak. So if u target nak beranak dekat hospital sekian2, silalah check and make sure alamat dekat buku pink masa buat buku tu, dalam ruang lingkup hospital yang u target okay? *wink (Tips no 1)
K sambung, so masa checkin nak pergi dekat katil tu scary gila lalu sebelah ibu2 yang tengah menahan contractions. Ada yang menangis, ada yang menangis dan ada juga yang menangis. Wait, okay semua orang menangis cuma berbeza style je.
So malam tu malam kedua in my life warded. First time masa kes guguran dulu tu. Walaupon berseorangan tapi saya okay. huhu. Naim non stop whatsapp tanya hows my condition. Keep on cakap, lepas ni takpayah beranak gov dah. Menyesal lah tu sebab dia tak expect ward kajang tak boleh orang teman. haha. Masa tu ward 1st and 2nd class tengah in renovation. Tapi saya okay je sebab memang tak ada sakit apa pon huhu. Cuma malam tu saya tidur awal sikit sebab plan nak bangun tengah malam untuk solat hajat and exercise sikit. Cz mommy gotta help the baby find her way out emkayyy. I follow dekat youtube cara2 exercise untuk cepatkan bukaan. Bawah ni ada link kalau nak tengok2 ke kan mana la tauuu
Okay lepas settle exercise solat semua, dalam pukul 2pg macam tu saya masuk tidur balik. Masa tu rasa macam tak sabar sangat nak jumpa baby. Berbunga sangat hati. Tidur pon senyum senyum hehe :) Then, pukul 630pg macam tu kena kejut dengan houseman, suruh line up untuk masuk ubat aka induce. And ada lah dia pergi dekat beberapa ibu ibu lain jugak suruh line up. I thought induce ni benda yang happy sebab yelah kita kan di tolong untuk beranak tapi tidak rupanya ye puan2. Ada 2,3 orang ibu nangis2 taknak kena induce. Diorang mati2 nak process baby keluar tu se semula jadi yg boleh aka taknak paksa baby keluar. Tapi masalahnya diorang dah berkampung dekat ward tu 2,3 hari. Memang lah doktor decide for induce. Kan?
Tak kisah lah. So back to my story, sebelum masuk ubat tu dr akan check bukaan jalan dulu. Alhamdulillah dah 2cm since semalam masa check in hospital langsung tak ada bukaan. Okay pause kejap, I don’t know why ibu2 semua dimomokkan dengan process check bukaan jalan ni. Sis, sebenarnya tak ada lah seteruk yang digembar gemburkan tau. Cumanya memang kita akan rasa sedikit tak selesa masa process tu. Yelah, bayangkan masuk jari dalam laluan beranak kita tu. Tapi what do you expect, nak beranak memang akan lalui perkara macam nil ah. Unless you memang plan for ceaser. Tips dia, rileks dan tarik nafas. Talk to your baby by heart. Imagine shes talking back to you hehe. InsyaAllah okay
K cop, induce ni all these while saya fikir kita akan kena cucuk
something like that tau. Rupanya dia just masukkan cecair ke gel apetah dekat
dalam laluan peranakkan kita tu je. Haa gituu. So tak sakit pon masa tu. Dia
macam, ‘Eh dah siap eh doctor?’ ha macam tu je hihi
Okay lah sambung balik cerita, Lepas masuk ubat, kita kena baring
at least 2 jam supaya ubat tu masuk dengan jayanya. I tido kejap time tu untuk
kumpul tenaga sebab kejap lagi kan nak push wehuu. So selepas 2 jam, i bangun
pergi dekat my family dekat luar ward since masa tu belum waktu melawat lagi.
So happy to see all of them. Masa tu tulang pinggul dah start rasa lenguh2.
Lenguh yang rasa macam pinggul tu nak jatuh je i dont know how to describe
haha. Kak nia kata dia pon ada rasa macam tu dulu masa bersalinkan Nadeera
since dia pon induce jugak so i guess thats a good sign? Ubat yang masuk tadi
tu dah start bagi reaction lah kiranya alhamdulillah.
Then bila diorang dah balik, saya sambung jalan2 dalam ward. Habis semua poster dalam ward tu saya baca termasuk lah jadual bertugas doctor hahaha.
K sambung, since masatu dah nak masuk waktu zohor, saya pegi surau
dulu buat solat hajat. Minta dipermudahkan process bersalin ni. Tapi before
solat saya try test sujud dulu. Sebab nak try solat berdiri. Sebab serious time
tu rasa nyutnyut kat pinggul. Eh jap time tu solat hajat ke solat taubat eh?
Lupa hahaha. Serious lupa. Cumanya yang pasti saya solat sunat 2 rakaat la huhu.
Then tiba2 nurse panggil untuk buat ctg. CTG ni cardiotocography.
Buat untuk check heatbeat baby and detect contractions. Masa nurse panggil tu i
kat surau tengah tunggu zohor. Ha masa ni pinggul dah start lenguh yang gila
gila punya tak tipu. Dia bukan sakit, tapi lenguh. Bayangkan rasa macam bontot pinggul
tu nak tercabut. Ha macam tu lah rasa dia.I pelik jugak kenapa tak ada sakit
dekat perut pon since i tengok orang lain sakit pegang2 perut kan. So i was not
expecting apa2 berkenaan contraction pon lah masa tu.
Ingat lagi lepas result ctg tu keluar, doctor yang attend tu
rileks je cakap, "ada contraction dah ni puan. 10 minit sekali ni."
For those yang tak tahu, if contraction occur 10minit sekali ni maknanya labour
process dah start aka genuine alarm for labour. Tapi I tak aware yang this is a
crucial moment pon sebab masa tu just fikir, yes finally I am part of this
community hahaha. Yelah orang lain sakit, kita takde rasa sakit pon pelik lah.
Just lenguh punggung je lah
Then I was asked to line up untuk check bukaan lagi sekali. Masa
tu ada 5 ibu line up as well with me. Masing2 muka dah tak rupa orang menahan
sakit contraction exept me yang senyum2 sebab happy tadi ctg ada detect
contraction haha. Masa line up tu dr tanya,
"Ok siapa yang paling
sakit? Meh saya check dulu"
Masing2 pon berlumba nak kena check dulu. Yelah dah sakit sangat kan memasing tak sabar nak kena tolak masuk LR dengan harapan bukaan dah reach 4cm. While me bagi change yang lain2 ni check dulu sebab saya tak rasa critical sangat pon. So saya orang last yang dr check. To make things short, out of semua yang beratur tadi, bukaan saya sorang je yang dah 4cm. I was so shock that time haha. Tiba2 dah 4cm. Ibu2 yang lain2 pon terkejut. I still remember their words,
"Awak siap senyum2 je
tadi bila masa nya awak sakit? Tiba2 dah 4cm"
Dekat ward tu ada ibu yang bukaan stuck berhari2 dekat 2cm je. Ada yang air ketuban dah leaking tapi bukaan still 2cm and banyak lah case2 lain. Huhu. K untuk info, kalau gov hospital, if you dah ada bukaan 4cm, u dah kena masuk LR tau. If im not mistaken, my sis yang bersalin swasta dia kena tolak masuk LR only when dia betul2 nak beranak. Masa bukaan dah 7cm ke 8cm? Kot. Tak silap la nanti double check.
So sebelum masuk LR tu saya sempat buat air chocolate dulu campur VCO sikit. Makan biskut, kismis and kurma for tenaga. Pastu kemas2 baju baby letak dalam beg end up nurse tak bagi pon bawak beg tu lul. Dia suruh bawak kain bedung, baju and pampers je haha. Sebelum gi LR tu i pegi jumpa naim kejap untuk salam2 cium2 sikit huhu. Masa tu takde rasa apa dah cz i am so ready to meet my baby. Perasaan berkobar2 nak jumpa baby. Kira macam dah ready 120% untuk push dah time tu *muka determine
Masuk je LR, out of no where tiba2 rasa macam nak terkucil. Dan
dan lah time ni pulak dia nak keluar kencing ni stress. Dah lah masa tu segala
tok nenek wayar ctg dah pasang. Memang tak boleh bangun lah cerita dia. Pastu i
cuba try nasib mintak simpati nurse. Tak jalan ye sis, tak jalan. Al sudahnya
kena lah cocok tiub untuk buang air dalam pundi kencing tu. Rasa dia? Tak
selesa. Tak sakit, tak pedih, tapi tak selesa. Tapi yang penting u kena rileks
ye sis. Supaya otat tu longgar and less pain hehu.
Selepas dia keluarkan air kencing tu pon still tak selesa sebab dia
meninggalkan rasa tak puas. Hahaha. Yang ni sebab mainan minda je. Yelah selama
ni kita buang air macam mana, this time kena paksa macam tu pulak so, paham
paham lah kan.
Kesimpulan nya, sebelum masuk LR, TOLONG PERGI KENCING DULU SIS.
Tolong ya. hahaha
K alkisah, nanti lah sambung. Penat lah type kbye