LABOUR 3

K this will be my last labour entry. Sambung balik cerita haritu yang time nurse letak hana atas dada tu. Tak silap saya dalam 3 minit macam tu je nurse letak. Lepas tu diorang amik baby untuk bawak pergi further check. Timbang berat, tinggi, ukur lilit kepala etc. 

Naim pulak lepas baby dah keluar tu dia still ada sebelah saya. Pegang tangan. Nurse dah ber basa basi suruh dia keluar, kengkonon suruh pergi berbuka puasa since dia still tak berbuka lagi, tapi dia takmau. Ada la dalam 2 kali nurse suruh dia pergi berbuka. Lepastu tiba2 ada sorang nurse ni datang bawak kan air mineral, 


'Encik, minum lah dulu. Ada orang dekat luar bagi'


Masa tu i was, baiknya lah hai nurse2 dekat hospital ni. I was thinking dia saje je cakap orang bagi (walhal dia yang bagi) rupanya memang orang yang bagi gais. My mom yang bagi hahaha. Mama ada dekat waiting area dekat luar dengan kak nia and abang ipar time tu. Diorang pon berbuka air je masa tu :') Oh dari dalam bilik tu i can clearly dengar nurse dekat luar dok jerit2 berat baby.


'3.36kg!'


Haha main jerit2 je diorang ni ek. Takpelah janji kerja enjoy kan jangan stress2 hihi. Masa dengar berat hana tu terus terfikir, alhamdulillah bukan 3.6kg. Sebab masa final scan before beranak tu, estimated berat baby 3.6kg huhu.  

Then lepastu nurse yang lain pulak datang bawak perkakas perkakas. Nak jahit. Masa tu i dah seram. Seram bukan sebab apa, seram sebab naim ada. Haha. Sebab terfikir, dia tak trauma ke nanti tengok wife dia kena jahit dekat bawah tu? Jahit kotttt. Jarum keluar masuk. Erkk. Rupanya memang procedure husband tak boleh ada masa wife tengah di jahit. So naim terpaksa lah keluar. Masa kena jahit tu baru saya start rasa mengantuk sangat. I tot i penat sampai rasa mengantuk, tapi bila fikir balik rasanya bukan mengantuk. Might be kesan ubat tahan sakit yang saya ambik masa push tadi. Memang rasa khayal je. 

Before that, sebelum jahit tu nurse tolong keluarkan uri pulak. This one i serious tak ingat hows tapi boleh rasa la uri tu keluar. Tak silap nurse ada tekan perut sikit kot? Eh entah suka2 je hahaha. Serious tak ingat. Kalau tanya sakit ke tak, i kata tak rasa apa2 pon huhu. K dah habis pasal uri. 

Oh, orang selalu kata masa jahit ni kita di jahit hidup2. Statement tu tak betul tapi tak salah. Ha macam mana tu. Yes kita dijahit time hidup (alhamdulillah) but still diorang bius so tak ada lah 'hidup2'. Bius dekat tempat nak jahit tu je supaya tak ada rasa sakit. Tak rasa pon masa cucuk tu. Thats why sesetengah orang fikir diorang di jahit hidup2 kot sebab memang tak rasa masa kena cucuk bius tu. TAPI, masa dia jahit tu still lah kita rasa ada something is happening. Terasa ada sesuatu keluar masuk dan ditarik. Tapi skala sakit tu tak ada. Cuma kita rasa. Tapi tak sakit, tapi rasa. Ha faham tak macam mana. Ha macam tu lah huhu

Sebelum cucuk ubat bius tu, nurse ada terangkan yang dia nak cucuk bius. Thats why saya tahu. Kalau tak, i also didnt aware kena cucuk huhu. Nurse kata, cucuk bius ni tak boleh terlalu banyak sebab nanti apa benda tah jadi im not sure. Tak kisah lah. So nak dijadikan cerita, lepas cucuk tu i was left alone. Position still macam tengah beranak tu kaki still terbukak tapi nurse tolong tutupkan dengan kain sebab nak tunggu dr datang check.

Then nak dijadikan cerita lagi, masa dr check, i nampak muka dr tu macam something is wrong. Dalam hati dah risau apa benda pulak dah ni. Please lah jangan pelik2. Lepas tu dr tanya


'Nurse mana jahit awak ni. Ada lebam ni'


Hah sudah. I dah kus semangat. I asked


'Kenapa kalau lebam dr?'


Masa tu dah hilang rasa khayal/mengantuk. Sebab seram lebih menguasai diri. Dr kata lebam is fine cumanya dia risau tu bukan lebam tapi darah beku. Kalau darah beku alamatnya kena tolak pi OT (operation theater) lah nak buang darah beku tu. Gila mak. Terus terbayang macam2. So saya kena hold dekat labour room tu 3 jam sebab dr nak make sure yang tu memang lebam instead of darah beku. Dr kata lebam mungkin terjadi masa cucuk bius tadi. I pray so hard masa tu hoping that it was just bruises.

Sementara tunggu 3 jam tu memang pisang lah. Apo nak buek ni hah. I pon duduk lah elok2. Position kaki melunjur. Betul2 kan rambut sebab masa push tadi nurse bukak kan getah rambut. Dia kata lebih senang beranak kalau rambut lepas. Oh cakap pasal rambut. Ada cerita kelakar gais. I was once asked naim how do i look masa teran. Wonder how. Kot macam anzalna ke before dia masuk bilik bedah time nak bersalin tu ke kan. Who knows. Tapi konon2 pancing lah dulu. Taknak lah nampak sangat 

'Masa teran haritu mesti saya macam hantu kak limah kan sayang. Yelah nurse tu bukak getah rambut saya'


I expecting naim jawab la puji2 i ke apa ke kan. Deny la yang hantu kak limah tu. Tapi gais guess apa dia jawab? Dia tak jawab apa2 tapi dia senyum2 je pandang bini dia ni. Maknanya apa? Maknanya memang macam hantu kak limah laaaaa T_________T stress

Oh ada dia cakap. Dia cakap;


'Mulut sayang biru masa teran tu'


I was like, huaaaaa memang hantu kak limah lah cerita dia. Dah lah rambut lepas, dah tentu2 kusut masai. Lepastu mulut biru pulakkkk T______T

Sedih. Hahaha. K 

So sementara menunggu 3 jam tu i request nak peluk baby dekat nurse. Oh wait. No no. I actually dengar baby menangis dari dalam bilik tapi i wasnt sure issit my baby or not so i minta tolong nurse check. I expect nurse datang bagitahu info je tapi tak sangka nurse datang bawak baby :) Happy nya masa tu. Terus request nak dukung. Masa nurse bagi hana tu, dia tengah tidur. Tapi dekat mata ada air mata. Maknanya dia baru lepas berhenti nangis tapi dah diam sebab penat. Huu kesian anak ibu. Masa tu rasa sedihnyaaa kesian anak ibu cry. Terus amik dukung cium hana. Masa tu masyaAllah tak tergambar perasaan. Sedih sangat masa tu. Bukan sedih apa tapi sedih bersyukur. I scan every inch of her. Cium dia. Wangi sangat. Bau syurga :')

Lepastu terus rasa macam nak susukan dia. Bila fikir balik, wow how come boleh terfikir nak susukan dia eh time tu padahal nurse tak ada pon plus ive never been in this situation (situasi momen pertama ibu dan anak) Semua tu macam automatic sangat. Cam mana eh, mungkin Allah dah cipta kot yang kita ni sebenarnya capable cuma kita yang tak tahu. Ah gituww ustazah sangat

Alhamdulillah hana pandai latch. She did so well. Nurse datang time hana tengah susu, terus kena puji hihi. Ibu dapat puji, baby pon dapat puji sebab pandai menyusu. 

Nak dijadikan cerita, masa tengah handle hana, jarum dekat tangan saya tercabut. Darah pon memancut2 lah keluar serious. Masa tu i gelabah gila terus jerit panggil nurse. Gelabah sebab takut baby kena darah huhu. Nurse datang terus bawak baby keluar. Masa tu ramai gila nurse masuk. Dr as well. Sebab concern diorang untuk ibu lepas bersalin ni taknak hilang banyak darah. Terus dr suruh check blood pressure saya and ada lah benda2 diorang check jugak. Alhamdulillah tak ada apa2 serious. Nak dijadikan cerita, yang pasal lebam dekat tempat jahitan tadi pon tak ada apa2 jugak alhamdulillah. 

So lepas dr puas hati, baru saya boleh balik ward. Kalau hospital kerajaan, diorang takkan jaga baby kita tau masa malam pertama kita bersalin tu. Kita yang kena jaga baby sendiri. Sebab hospital kerajaan ni mengutamakan penyusuan susu ibu. For me, i lagi suka macam tu. I mean, spend the night with baby. Malam tu i spent the whole night dukung + susu kan dia hihi. Surprisingly tak penat pon masa tu in fact rasa lagi semangat. Sampaikan nak pergi toilet pon pergi laju2 sebab rasa rinduuuu sangat huhu.

Nak share something, my first pee experience hihi. 5 jam selepas bersalin normal, kita kena make sure we peed sebab hospital nak tahu kalau ada apa2 masalah tak dengan kita punya bawah. Yelah kan. 'She's gone through alot kot huhu. Masa nak kencing tu seriau gila. haha. Tapi alhamdulillah semua okay. Tak lah teruk mana pon macam biasa je. Cuma nurse kata kalau kencing sakit, might be saluran kencing kita kena jangkitan kuman. Huu

Masa dekat toilet tu suddenly jantung saya pumping laju gila until i can barely hear. Terus terfikir, aku nak mati ke ni. Risau. Terus cepat2 settle apa yang patut and slow2 je jalan pergi dekat katil. Baring. Sambil perhati hana dalam trolley basket tu. Tenang rasa tengok anak sendiri. Terus hilang rasa jantung tadi huhu. 

So nak dijadikan cerita, esok nya tengahari saya dah boleh discharge. Saya orang pertama yang dapat discharge haritu hehe ingat lagi. Alhamdulillah. Okay tamat cerita labourrrrrrrr finishhhhhhh