MITOS IN BREASTFEEDING

Masih lagi dalam mood update blog yang dah lama bersawang ni. Plus tiba2 rasa bersemangat nak menaip setelah sekian lama. Tapi sebenarnya excited nak update sebab nak cakap pasal breastfeeding susulan post sebelum ni hehe

As tittle dekat atas, we are so going to talk about mitos mitos yang sinonim dikaitkan dengan breastfeeding. Mitos=dongeng=Tak betul

Disclaimer, saya bukan seorang certified Lactation Counselor or anything close to it. Saya hanyalah seorang ibu yang menyokong 100% usaha ibu ibu yang ingin menjayakan penyusuan susu ibu. Semua information yang saya listed di bawah hasil dari cedokan ilmu yang saya kaut dari LC (read: Lactation Counselor) dan doctor doctor. Will list semua reference yang saya follow later at the end of this post


Lets go :)

1. Kolostrum ialah susu basi, harus dibuang dan jangan beri pada bayi

Kolostrum ialah cecair pekat kekuningan yang keluar di awal perjalanan penyusuan ibu. Kebiasaannya kolostrum akan keluar sejurus selepas bayi lahir. Atau it happen in certain case, ada ibu yang susunya hanya keluar selepas 3 atau 4 hari bayi lahir or even more. Susu ini hanya keluar sekali sahaja sepanjang tempoh penyusuan which mean, ianya sangat berharga. Sebab tu ianya dipanggil liquid gold. Ia ialah makanan pertama bayi yang lengkap. Kolostrum ni hanya keluar dalam kuantiti yang sangat sedikit ( beberapa ml je ) tapi ianya mampu untuk mengenyangkan bayi di awal kelahiran


2. Kiri makanan, kanan minuman

Mitos ni paling famous dari zaman saya kecik2 lagi dah ada. This is not true. Both side is just as equal. Cuma susu ibu ni ada 2 composition. Foremilk dan hindmilk. Dalam bahasa mudahnya foremilk ialah susu yang terdapat di hadapan kilang susu ibu which mean, foremilk akan keluar dahulu ketika hisapan bayi diikuti dengan hindmilk. Foremilk bersifat lebih cair berbanding hindmilk. Bewarna kehijauan/kebiruan, sesuai dengan fungsinya yang lebih kepada menghilangkan dahaga bayi. Hindmilk pula bersifat lebih pekat, bewarna kuning kepekatan yang mana ianya mengandungi lebih kalori dan lemak yang tinggi. So, susukan bayi anda at least 10-15 minit on each side supaya bayi dapat kedua2 khasiat jenis susu. Susu kan both side? Mestilah boleh. In fact harus supaya tak besar sebelah hihi yang penting make sure susukan bayi cukup lama on both side.

The difference :)



3. Small breast = less milk

Not true at all. Kuantiti susu tu bukan diukur melalui size payudara ibu. Size payudara dipengaruhi oleh tisu lemak didalam payudara walhal penghasilan susu pula adalah melalui tisu kelenjar/kilang susu yang terdapat didalam payudara ibu.  Proses mengandung tu sendiri yang akan triggered pengeluaran susu ibu. Once bayi lahir, tugas kita ialah untuk make sure supply susu tu ada/keluar. Banyak cara yang boleh kita buat. Boleh google sebab terlaalu banyak. Cara untuk tahu bayi kita dapat susu yang cukup dan berkhasiat ialah, obviously pampers bayi penuh, kencing tidak kuning dan berbau kuat dan najis bayi bewarna kuning mustard. Kalau najis bayi bewarna hijau maksudnya, bayi tu hanya dapat susu awal(foremilk). Ibu kena make sure bayi menyusu lebih lama kalau kes macam ni berlaku. 

See :)


4. Payudara ibu mengendur akibat menyusukan bayi.

No. Payudara mengendur bukan sebab penyusuan tapi sebab kehamilan. Masa proses kehamilan, kilang susu kita akan triggered dan mula menghasilkan susu dan size akan bertambah. Sejurus kelahiran bayi, badan akan mula mengecil seiring dengan payudara. Sama je, yang tak menyusukan bayi pon akan kendur juga cuma size nya akan kembali ke asal lebih cepat berbanding ibu yang menyusu. Logik lah kan? Once kilang susu stop produce susu, payudara akan kembali ke bentuk asal. InsyaAllah. Yang penting kena jaga.


5.  Perlu bagi air masak kepada bayi yang menyusu ibu sebab susu ibu sikit

NO! Bayi bawah 6 bulan DIHARAMKAN dari diberi air masak. See. Haram tau i guna. Usus bayi belum boleh terima lagi air masak. So ibu ibu, kalau ada hasutan/bisikan keramat macam tu tak kisahlah dari makcik ke, bidan tak bertauliah ke walhal ibu kita sendiri, please stay strong. Check condition bayi kita, asalkan bibir tak kering, najis warna kuning mustard, kencing tak kuning, you totally doing great!


6. Bayi asyik menangis. Dia lapar. Susu ibu sikit lah tu

Bayi menangis tak semestinya dia lapar. Ibu jangan stress lepastu keep on feeding your baby until terfikir betul your milk sikit. Tak. Bayi mengangis banyak sebab. Salah satunya kita kena faham, dia baru je keluar dari dunia rahim yang mana in there, it was totally different from here. Mestilah baby menangis. Waktu ni ibu lah tempat paling selamat untuk dia. Dan this one I like the most, bau sekitar areola kita tu adalah seakan sama dengan bau air ketuban. Sebab tu bayi rasa tenang semasa menyusu. Sebab dia rasa keadaan yang seakan sama macam masa dia dalam rahim. Ada bau air ketuban, ada bunyi jantung ibu, ada bunyi suara ibu :) Beautiful isn'it?


7. Susu saya sikit. Kalau pump, keluar 1 oz je :(

Again. Check bayi punya condition. Asalkan bayi kencing cukup, najis warna kuning mustard, why bother? Hisapan bayi tak sama macam sedutan mesin pump. Boleh jadi mesin pump tu tak sesuai dengan payudara anda. Atau size corong pump tu bukan size yang sesuai dengan puting payudara. TAPI! Selagi di awal kelahiran bayi, tak perlulah ibu susah payah nak expressed susu sebab memang penghasilan susu tu sedikit. Allah dah cipta badan ibu ni hebat. Susu akan terhasil seiring dengan keperluan/perut bayi. Perut bayi hanya lah sebesar buah ceri. They dont need much. So no worries okay. Kecuali ibu ibu berada dalam situasi yang betul betul perlu untuk pump. So its okay to pump. Tapi jangan terkejut kalau hasil nya sangat sedikit. Normal :) Especially to first time mom. Usually untuk anak kedua ketiga dan seterusnya ni dah tak ada masalah dengan flow susu di awal kelahiran


8. Jangan susukan anak selepas 2 tahun, mereka akan minum darah

Tak betul. Susu ibu tetap susu ibu. Cuma, untuk bayi/kanak2 yang dah berusia lebih 2 tahun, nutrient intake mereka adalah lebih besar. Susu ibu tak cukup untuk bekalkan nutrient yang mereka perlukan. Tak salah pon untuk beri mereka susu badan selagi mereka masih mahu. Cuma tak manis la dah besar2 pon nak nenen hehe


9. Kena minum susu banyak supaya penghasilan susu banyak

Susu badan terhasil melalui peredaran darah. Lancar peredaran darah, lancar lah pengeluaran susu. Bukan minum susu punca pengeluaran susu yang banyak tetapi pengambilan makanan berkhasiat dan tinggi nutrisi lah yang penyumbang kepada pengeluaran susu yang banyak di samping ibu harus mengekalkan kadar hidrasi yang tinggi. Berbalik kepada peredaran darah yang lancar, sebab tu disarankan untuk ibu ibu yang mengalami bengkak susu/saluran susu tersumbat untuk tuam payudara mereka dengan kain basah suam/panas supaya susu boleh keluar dengan lancar semula


10. Susu ibu tak berkualiti sebab anak tak gemuk

Salah. Tiada susu ibu yang tak berkualiti. Allah cipta susu ibu ni sebaik baik makanan untuk bayi yang tak mungkin akan dapat dalam formula milk hatta dalam susu lembu/kambing sekalipun. Banyak faktor yang mempengaruhi kalau bayi tidak mengalami kenaikan berat badan walaupon menyusu susu ibu. Antaranya ialah, pelekapan yang salah (poor latch), atau bayi mempunyai masalah kesihatan seperti tongue tie. Atau lain2 masalah. Rujuklah dengan doctor. TAPI, tolong jangan banding kan size anak2 anda. Lain orang lain badan, lain tahap metabolism, lain gene. Kalau dah asal nya memang keturunan mak ayah atok nenek moyang dia kurus tinggi, takkan lah anak tu nak jadi macam ahli sumo pula. Betul tak? hehe

Hebat susu ibu masyaAllah :)

Okay lah i think 10 je lah. Here I listed down sumber rujukan saya sepanjang tempoh penyusuan saya untuk Hana


1. dr_nurhayalactationcenter (ig)

2. Imelda Balchin (fb *Doctor Imelda)

3. Happy Breastfeeding Malaysia (facebook page)


These are 3 main places for my reference when it comes to breastfeeding. Cuma dekat fb page HBM tu, kena jaga2 sikit. Sebab situ adalah tempat orang share pengalaman. Tak semua pengalaman tu betul untuk kita follow, after all can just read for knowledge and ambil lah mana yang bijak. Jadi lah ibu yang bijak. Gitu :)