BULAN

Harini nak cakap pasal bulan. Yes bulan. Haritu ada orang mengadu dekat saya, dia cakap ada orang tiba tiba tanya dia

"Kenapa bulan?"

Kesian orang yang mengadu dekat saya tu. Tak memasal kena tanya benda yang tak ada kena mengena dengan dia. Here, biar orang yang sepatutnya jawab yang tolong jawab kan. Hye awak :)

Saya memang dari dulu sukaaaa sangat bulan. Bulan penuh lah especially. Dari kecik lagi. Whenever bulan penuh je, I feel really loved. Tak tahu kenapa. By just looking at it, rasa nyamannnn je. Macam terpesona maybe? Yeah memang semua orang pon terpesona dengan cantiknya bulan penuh. But maybe saya extra sikit kot. Sebab kalau tak, takde nye terbawak sampai ke besar kan? 

Bulan yang saya paling fav bila bulan tu warna oren. Orang kata bulan sakit macam tu. I dont know. Ada yang cakap, sebab cuaca panas . Tak kisah lah yang penting saya suka sangat sampai bila kalau ternampak je bulan macam tu, my eyes can possibly tearing. Eceh over nau tearing kan. Berair sikit lah kot. Sebab terharu. Cantik sangat

Dia kalau bulan tu warna oren, lepastu size dia besar, lepastu dekat dengan bumi, Allahu cantik dia tak terhingga. Biasanya pukul 8.30-10.30 mlm lah boleh nampak bulan macam ni. Kalau dah lewat malam tu, bulan dah tinggi. Still cantik but yang awal2 tadi lagi cantik :)

Actually saya dari dulu lagi ada keraguan pasal something. Ada ke tempat dalam bumi ni yang boleh nampak bulan yang size dia besaaaaaaaaaaar sangat tu? Tapi dah besar besar ni maybe dah bijak sikit kot. Saya tanya pakcik google and yes. Memang wujud pon. Fenomena tu di panggil Supermoon. Tak selalu jadi. Ada certain time je. Tapi jarang lah jadi kat Msia. Luar negara tu selalu. Kalau lah ada kesempatan, nak sangat tengok bulan besar macam tu. Mesti cantik. Boleh pengsan kot saya?

Okay awak. Dah terjawab ke soalan awak, kenapa bulan tu? Hehe. Theres nothing to deal between us pon. Bulan is my other half, maybe? hiks. Other half yang datang nye sebulan sekali je. Okay byee


nota kecil: Siapa lah bagi Baby makan? :( Miss you Baby 

GEMOK

Masih terkejut dengan kes #MH17. Previous entry

So cuti ni ingat nak gain weight. Tapi memang setiap kali semester break cakap nak gain weight, tak gain gain pon. Blegh. Okay lah pernah lah naik sikit. 200g, 300g. Macam tu je lah. Tapi saya teringin sangat nak berat time sem 1 dulu. 54kg. As for now my average weight is 52kg. Even 2kg je pon tapi tolong lah stay with me sebab my metabolism is real high. Saya susah sangat nak naik berat. Or maybe sebab genetics jugak kot. Tengok lah Mama. Muda2 kurus je. Dah tua ni baru berisi sikit. Tu pon tak ada lah berisi mana pon

Tapi sekarang berat 52kg pon dah kira alhamdulillah lah sebab dulu saya 49kg je kot. Dari Form4 sampai habis Asasi, 19yo. Kira underweight tau 49kg tu sebab tinggi saya time sekolah 161cm. Berbalik kepada cerita 54kg, even tak jauh beza pon 54 dengan 52 but my physical siries berbeza gila gila dengan sekarang tak tipu punya. Ada satu gambar tu I really looks like a pregnant woman with swollen face. Kembang habis tak tipu punya. Tangkap gambar pulak dengan lecturer lelaki. Dah macam laki bini dah. Hahahaha. Nak tengok gambar? Hiks malu lah. Jangan gelak!



HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!

Time ni prof belanja makan. Bukan berdua je tau! Ada lagi kawan 2 orang. Okay nak cerita ni. Time ni dah lah saya pergi order beger. You know datang restoren. Tak silap ni restoren own by Fizz Fairuz dekat Shah Alam. Datang restoren, makan beger. What the kan? Perempuan nafsu ape tah aku tak tahu. Hahahaha. And you know what, time berat 54kg ni kan, saya boleh rasa peha saya berlanggar time berjalan. Tak pernah hayat rasa peha berlanggar lagi. Hm lagi kalau pakai baju kurung. Kan pakai kain. Lagi lah terasa gila. Time tu mula mula rasa down gila tapi bila tanya kawan2 lain, diorang cakap, its a normal thing. Then saya pon fikir, Oh okaylah macam tu. Akhirnya setelah 19tahun hidup, baru rasa hidup normal which is peha berlanggar kalau jalan. Hahaha okay

Then time tu I pon feeling2 rasa diri cantik sebab finally I got a normal life aka peha berlanggar time berjalan. Padahal *sila rujuk gambar diatas semula

Oh saya tak cerita nafsu syaiton saya time sem 1 macam mana lagi kan? I dont know whats gotten into me, but I can finish a plate of chicken rice after makan beger bakar. Beger bakar beb. Bukan beger tepi jalan nun. Kalau menu hari2 pulak, biasanya masa dinner lah nafsu syaiton ni naik. Saya suka beli nasi lemak. Then beger special double. Air wajib 2 cawan. Eat seperately. Basuh tangan dua kali. Lepastu before naik bilik, tapau ayam uncle bob 1. Dinner pulak pukul 9. Mendapat lah peha berlanggar

But when I saw gambar yang dekat atas tu only then I realized, peha berlanggar is not a normal thing! I really look like a big fat ogre in that picture and lepastu terus berazam taknak makan ikut nafsu syaiton dah. Then masa sem 2, berat saya turun 53kg. Peha berlanggar dah hilang. Imma happy kid. Time tu saya puas hati lah dengan physical baru. Tak cengkung. Ada isi. Peha tak berlanggar and I live my happy life as usual

Until sem 3, my weight turun lagi jadi 52kg. Kurus sikit lah. But my housemates said saya nampak beza gila masa sem 3(52kg) dengan sem 2(53kg). As kalau compared dengan sem 1(54kg) of kos lah beza gila kan *rujuk gambar atas balik. They said saya sem 3 nampak kurus gila. Padahal turun 1 kg je pon. But i think currently my weight is 51kg kot sebab rasa pakai seluar jeans longgar. This is dangerous. Semoga Nia boleh naik berat sampai 53kg balik. Aminnn. Jangan 54kg tau! Sebab nanti macam gambar di atas. Hahaha okay bye 


nota kecil: Ily, my friend nak kawin dahhhh

18TH JULY

Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan berita kemalangan kapal terbang. Yes kapal terbang. MAS. Again. In the same year. Beza berapa bulan je sangat. March and July. MH370 and MH17. Ya Allah, sesungguhnya Kau uji Palestin dengan dugaan serangan namun Kau uji Malaysia dengan ujian sebegini. Allahu

Heart shocking news. Siriess. Shock. Bukan break. Shock. Tabah kan lah semangat kami Ya Allah terutama ahli keluarga mangsa terlibat

Hmm, so alhamdulillah saya dah dekat Penang. After settled all the things blablabla and finally dapat pon balik. Padahal paper habis 8hb haritu kot. Lama kan gab? Now dah 17hb. Actually ada programme on 14,15 and 16. Thats why kena stay. Precisely 15,16 tu hari kitorang present untuk subject ITS570 which is our core subject for my programme. So yeah

Oh, saya tak sihat actually. Dah 4 hari kot. Plus minus lah. Tapi disebab kan nak settle kan kerja, so macam malas nak layan sangat sakit ni. Batuk2 and badan panas. Plus maybe demam sebab tak sabar nak balik kan, thats why kot. Tapi tadi sepanjang perjalanan Melaka-Penang, saya batuk tak berhenti. 

Kesian Nina terpaksa terima virus. Oh saya balik Penang dengan dia, naik kereta. And kesian jugak dekat Nina sebab terpaksa melayan orang sakit ni nak minyak angin lah, nak cari kedai runcit lah sebab nak beli hot patch and terpaksa tahan bau minyak angin yang merebak dalam kereta. Sorry Ninaaaa, I love you:* 

Nota kecil: Rindu Baby :(

11TH JULY


 Qunut Nazilah. Doa khusus yg Nabi ajarkan tatkala berhadapan musuh yg menggila spt Israel. #PrayForPalestine


nota kecil: Tak sanggup nak tengok video dekat FB yang diorang share pasal anak2 Palestine. Allahu