CATCHING UP

Well hello world. Lama eh tak update. Tak busy mana pon sebenarnya, lebih kepada penat. Tapi harini rasa macam kena jugak update sebab lama sangat postponed. Selalunya memang ada je idea apa benda nak update tapi bila dah duduk depan laptop, automatik jadi malas nak type. Sebab dah penat. Penat dengan urusan duniawi ah gitu. Sedikit life update, bulan 6 haritu saya dah selamat melahirkan puteri kedua kami alhamdulillah. Sama dengan kakak dia, still overdue jugak tapi yang adik ni tak kena induce sebab dia keluar sehari sebelum induce. Pandai kan dia buat ibu dengan walid berdebar haha 

Sebenarnya start tarikh due tu which on week 40th, memang dah ada rasa rasa yang si adik ni nak keluar tapi hari hari keep on cakap dengan dia, sabar adik jangan keluar dulu sebab ibu takut kalau beranak tiba tiba haha. You know beranak tiba tiba yang kita tak tahu pon bila baby nak keluar tup tup bleeding or tiba2 air ketuban pecah or tiba2 contraction datang lepastu kena rushing pergi hospital. Lepastu tiba2 kena tolak pergi LR. Lepastu tiba2 baby keluar. Haa macam tu hahaha

Untuk keadaan semasa keluarga kami waktu tu, we couldnt afford that tiba tiba kind of thing. Sebab tu i prefer lagi kalau kena induce. Ye memang induce sakit (beranak memang sakit ya sis) Sebagai orang yg dah melalui both induce and tak induce, i can confirm yg ye memang induce lagi sakit TAPIIII ada tapi dia guysss. Kejap lagi saya cerita ya. Jangan takut tau. Ni bukan entry momok momok huhu

Nak dijadikan cerita, satu malam tu saya teringin gila nak makan megi kari. Tapi nak yg pekat. Yang ada sawi. Sebenarnya teringat megi housemate masa zaman belajar dulu buat. Random sangat. Nak dijadikan cerita, saya pon buat lah sendiri. On side note, saya bukan lah seorang yang terpaling megi tapi malam tu rasa macam nak megi sangat2. Tak paham kenapa. Lepas makan tu, tiba2 rasa sakit perut. Tapi tak sure sakit perut tu sakit yang nak membuang atau sakit perut yang contraction?? Dah pernah beranak pon masih confuse ya. It happen :/

Tengok jam dah pukul 12mlm. Naim and Hana dah tidur. Kesian pulak nak kejut ajak pergi hospital buat nya false alarm ke. Tapi terpaksa jugak kejut sebab memang dah rasa sakit yang 10minit sekali tu. Sampai je PAC tu terus nurse check bukaan, and yes memang dah ada bukaan pon. 3cm ya. Untuk bukan 1st pregnancy, 3cm tu dah kira banyak jugak. So nurse suruh warded terus je. 

Dingdong2, pukul 3 jugak baru dapat baring atas katil. Bukan sebab ramai orang tapi ni kan zaman covid. Kena buat RTK dulu. Lepastu nak kena tunggu sejam dulu baru dapat result. Gitu lah kekdahnya. And that was the first time in my life tidur without Hana :( Sedih tapi taknak layan sangat sedih sebab takut baby stress so acah2 strong je. Naim bawak Hana balik. Esok pagi2 dia dah hantar Hana pergi school and terus shoot datang hospital bawak makanan. Tapi tak boleh melawat, so dia pass makanan dekat guard je :/ Again sebab covid kan

Pagi tu saya okay je rilex2. Tak ada sakit. Pukul 9pg tu kena line up untuk check bukaan, and alhamdulillah dah 5cm. Boleh masuk LR yeay :) Before masuk tu sempat video call Mama dulu. Sedih jugak sebab beranak this time family tak boleh datang. Covid kan. PKP. Tapi perjuangan tetap diteruskan. I have a baby to deliver. Kena be strong :') Naim dekat luar ward je. Sebelum masuk LR call dia dulu mintak doakan semua semua lah

Nak jadi kan cerita, saya masuk LR pukul 10.30pg, alhamdulillah tepat pukul 2.37PM, baby selamat dilahirkan. Syukur. 2 jam pertama tu sakit biasa2 je. Masih rilex. Start 1230 ke atas tu saya dah tak boleh tahan. Asyik2 panggil nurse dengan doctor check bukaan. dekat 4,5 kali jugak lah :/ Tapi bukaan stuck dekat 7CM. Mesti diorang fed up hahaha. Sampai nurse sendiri tolong bukak kan jalan yg last sekali panggil tu. Ingat lagi nurse tu tanya, 

"Nia nak teran keeee?"

I mean masa tu tak paham kenapa dia tanya macam tu. Memang rasa nak teran lah ceritanya tapi mana boleh teran selagi belum 10cm kan? Rupanya dia nak tolong bukak kan jalan. Sebab serviks dah lembut rasanya sebab tu dia tolong im not sure macam mana tapi macam tu lah dia hahaha. 

Tapi i tell you, azab gila rasa beranak this time. Sebab pengalaman beranak sebelum ni induced, sakit tu datang tiba2 lepastu tiba2 je baby keluar. This time sakit tu slow2 datang. Penat berada dalam keadaan sakit tu. Sebenarnya sakit dia bearable je tapi lama sangat rasa. So penat. Faham tak cam mana? Ha camtu lah. Lepastu masa jahit this time, saya diberi bius spray. Ngilu gilaaa masa kena jahit tu. Mungkin sebab 1st degree tear je and kena jahit sikit je thats why kot. Masa Hana dulu saya kena bius cucuk. So bila jahit tu tak rasa langsung. Tapi masa tu episiotomy so logik jugak kot dia bagi bius cucuk sebab jahit banyak

Tapi actually tempoh masa duduk dalam LR untuk 2,2 experience beranak ni sama je. 2,2 pon 4 jam tapi yang this time rasa lama. Huhu. Maybe 1 more thing sebab Naim takde dekat sebelah kot. Rasa sakit sorang2 sebab tu semua pon rasa payah :'/

Alhamdulillah baby pon tak ada masalah apa2. Esok tengahari dah boleh discharged. Sama macam Hana dulu hehe. Kiranya 2 malam saya tinggalkan Hana dengan walid dia huhu. So sad. Tahu2 balik dari school ada adik dekat rumah :) 

Teringat masa nak discharged tu, doctor pakar yg jaga ward tu cakap 

"Awak dah boleh discharged ya. Alhamdulillah senang awak beranak. Semalam pagi baru sampai harini dah keluar" 

Saya senyum2 je sambil sebut alhamdulillah. Padahal dalam hati teringat balik moment2 bersalin yang meng trauma kan semalam hahaha. But still, alhamdulillah :)

Sikit sebanyak tu lah dia. Saje nak tulis sini supaya nanti tak lupa. My precious moment in my life


ps: Masa saya discharged, doctor yg jaga ward tu masih pakai baju yang sama masa saya check in ward huhu. Kesian dia. Lebih 24jam kerja. Semoga diberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Amin

SHARING IS CARING

 Hello dunia tipu tipu,

I dont know where does this dunia tipu tipu phrase came from, main guna je sebab nampak ramai dak2 twitter guna hahaha. Sejak jadi mommy ni banyak juga benda viral i missed. Atau mungkin sejak dah nak masuk 3 series ni dah malas nak cara banyak benda kot. Tapi blogging tetap blogging. I guess blogging ni pon dah menunjukkan kan yg i dah tua kan? Hahaha siapa je yg main blog sekarang? :p

Last few days ada ternampak satu posting from indian doctor ni dekat facebook cakap pasal labour. Dia kata dia tak pernah share pasal pengalaman labour dia sebab dia malu bila bayangkan yang orang bayangkan especially men how was her condition while deliver the baby. The position etc. As we know or maybe if ada anak dara tak tahu, or new moms tak tahu, the position, the situation, the intensity masa deliver the baby is so dahsyat okay. Memang Maha dahsyat i tell you

On the other side of me yes i agak malu juga bila seorang non muslim pon berfikiran macam tu. As we woman muslim kena jaga kehormatan diri kan? Tapi on more side of me, i rasa i should give the little to people. I mean bila saya cakap little, memang little pon. Which i share my labour journey on my blog post yang sendu ni so that INCASE if ada bakal mommy yang have no clue what to expect masa process bersalin and they came across my blog, sikit sebanyak i dah tolong lighten up their doubt. In non medical way. 

Sebab apa tau, sebab before i jadi mom, i pon banyak baca review/sharing mommy dekat blog. My sister bersalin dekat swasta. So for sure dia punya experience lain. While me bersalin dekat kerajaan. Hospital Kajang somemore. U kalau dengar Hospital Kajang apa u pikir? Gerun kan? Hospital lama, crowded etc. See? My close friends pulak semua nya tak ada anak lagi. Kenapa tak tanya kawan lain other than close friends? I tanya u balik, u nak ke tanya orang yg tak rapat pasal bersalin? :p Tak kan? Mesti u akan usaha cari sendiri sendiri. yes macam tu lah kekdahnya

Tapi saya pon memang suka share benda2 yang saya rasa okay untuk di share. I mean, i treat this blog as my diary. U came across, u read mine. After all, please see the good in everything. Kadang tu kita kena tanya balik diri kita, siapa sebenarnya yang bermasaalah. Orang sekeliling atau diri sendiri. Soalan ni saya selalu tanya dekat diri sendiri. Agak2 dah menyimpang jauh tu, i took step back sebab rasa memang masaalah tu datang dari diri sendiri. Stop blaming people around, See the good in things :)

Disclaimer: This post is never meant for anyone in fact to the doctor herself. Niat dia bagus saya sokong sangat. Cuma kadang2 perspective ni tak boleh pandang in satu sudut je. Dalam posting doc ada cakap, kalau niat nak share pengalaman pon, let the doctors do their part. I mean, in medical term is not the same as experiencing. Hows the process goes. What to expect for people yg tak ada medical background etc. Tu lah dia xoxo



RANDOM

Hallo,

Alhamdulillah bulan April dah kita. Pejam celik je kan rasa sekarang lagi2 zaman covid ni. And pejam celik jugak dah almost 5 bulan saya jadi housewife. MasyaAllah kejap je rasa masa berjalan. Sebenarnya tak plan langsung pon nak jadi SAHM. Masa tender resign letter tu semata sebab nak rehat sekejap je and transition to new company. Rehat sebab 3,4 bulan sebelum resign tu i experienced satu level of anxiety yang i can barely heard my heart pumping. Rasa berdebar2 yang nak bernafas pon susah. Tapi bila pergi check dekat klinik, my heart rate was just normal in fact oxygen pon 99/98 macam tu. Doctor kata mind set je sebab banyak sangat berfikir. Ye sis i memang berfikir banyak gila masa tu. Like memang perempuan ni semula jadi otak dia suka fikir banyak benda dalam satu masa kan, tapi that time was more than average for me

Salah satu penyumbang is rasa bersalah on my own daughter. Rasa macam diri ni tak cukup jadi ibu yang baik untuk dia. Tak cukup bagi perhatian. Tak cukup bagi susu (since masa tu my milk production started to drop). Tak sukup bagi kasih sayang. And semua la u name it. Semua i rasa tak cukup. Ceritanya sebab i was raised by a housewife. My mom is a fully stay at home mom. Semua makan pakai kami adik beradik cukup. Lengkap. Kasih sayang yang sentiasa ada, i mean, balik sekolah je mama dah ada depan pintu. Selalu masakkan. Tolong bebel kalau tak buat kerja etc like that. 

So when it comes to my turn, i rasa macam teruk gila bila tak boleh bagi semua tu dekat my own daughter WALAUPON benda ni i dah expected akan berlaku. Sebab memang dah tanam dari masa zaman sekolah lagi yang one fine day i wanted to be a working mom. I want to work. Bukan sebab siapa2 tapi sebab diri sendiri. That is my ambition. My ambition is i wanted to work. Camtu. So i guess my mental is not that strong maybe. Okay la for that time being.

Nak jadikan cerita, sehari selepas final day dekat office, terus saya jadi lembik yang maha dahsyat. Badan jadi ketar2 sejuk gila sampai kena pakai sweater and socks tengah2 hari buta. Malas nak pergi klinik masa tu sebab segan dengan doctor asyik2 muka ni je pegi klinik. Habis dah klinik area rumah ni saya rotate haha. I taught masa tu sebab sedih je. Yelah, i feel defeated dengan diri sendiri sampai letak surat resign on my position. Tapi benda ni berlanjutan sampai berhari2. Pelik sebab nia bukan lah seorang yang teruk sangat meratapi sesuatu sampai melepet macam tu sekali. Then i terfikir sesuatu. Adakah aku pregnant?? Sebab bila pikir2, dah seminggu delay period.  OHNO

Beli pregnancy test diam2 tak bagi tahu naim. Balik rumah terus test. Kurang seminit nak tunggu result tu rasa macam berminit minit dia punya nervous. And the result was negative. Fuhh terus rasa lega yang teramat sangat. Then teringat set sauna beli haritu. Keluarkan dari kotak and pasang. Sebab nak panaskan badan kengkononnya. Lepas sauna konon2 macam dah elok la. Reward diri jalan2 beli makanan. Masa tu hana school. Tapi esoknya 'sakit' tu datang balik. I started to feel the same lagi sekali. Malas pikir, so kita pon layan je la. Maybe badan bagi signal suruh rehat la kot. Me time. Selama ni kerja. Sekarang boleh baring2. Hana school. So nikmat apa yang engkau dustakan. Gitu

Nak dijadikan cerita, seminggu selepas tak kerja tu i decided nak try buat UPT lagi sekali sebab pelik sangat dah 2 minggu delay period. This cannot be happen since saya bukan jenis period yang irregular since dulu. This time beli sama2 dengan naim. Balik rumah, test. Andddd, the result was positive. Im pregnant omaigod.  Masa dapat result tu in denial gila. Terus nangis. Nangis bukan sebab apa tapi again sebab pikir Hana. Ya Allahhh dah lah selama ni memang aku rasa diri ni ibu yang teruk untuk dia, ni dah pregnant pulak lagi la teruk. Member belum masuk 2 tahun pon lagi. Susu badan pulak tu. Down gila2 time tu serious. Naim pon nampak kecewa jugak since kitorang memang dah plan nak bagi hana adik at least bila hana dah 2/3 tahun camtu.

Tapi tu lah. Semua yang jadi ni Allah yang aturkan. Kita hanya merancang. InsyaAllah everything will be okay :) Tapi bila tengok balik keadaan saya compare masa kerja dulu. This time lebih terurus. I mean masa pregnant. Even Naim pon cakap macam tu. Semua benda lah in term of diri sendiri, rumah, makan kami laki bini and even now dah ada toddler ni. Dulu masa Hana baby, boleh category life is good jugak lah sebab dia jenis easy going baby. Tapi ni dah start nak masuk 2 tahun masyaAllah mencabar ya :')

Again to mention, we both laki bini sebatang kara je dekat sini. Sakit Hana, elok Hana or even sakit elok both of us memang kami berdua je handle. So memang sangat mencabar keadaan dia. Hana pulak hantar taska. Bukan pengasuh. Kalau pengasuh tu maybe boleh la kurang sikit beban sebab kita ada seseorang yg rapat dan boleh tolong2? I dont know? Tapi rasa sama je kot. Pengasuh tu still someone yg kita kena respect as a person yg jaga anak kita waktu kita bekerja. Bukan 2nd mom/people to rely on. So yelah. Sama je :')

Alhamdulillah for all the good and bad. Especially all the blessing :) This post is credit to my husband who always supported in whatever things i wanted to do. Dari berhenti kerja, sampai la hobi bercucuk tanam yang suam2 kuku tu hahaha. Now dah hobi nak mengemas dapur dan peti ais ala2 tiktok pulak. Sabar la ya. I love you :* Semoga Allah kurniakan rezeki seluas lautan untuk awak. Terima kasih jadi suami dan ayah yang baik buat anak2 kita :)