HONEYMOON

Okay since macam lama lagi je nak dapat gambar sanding kan. So nak cerita pasal honeymoon lah sat. Honeymoon start 2hb 5 which is hari selasa ke Langkawi. So macam biasa before tu saya akan survey mana yang patut pakej yang best2. Tapi suami tak nak amik pakej sebab dia nak pergi rilek2 and taknak terikat dengan jadual. But i dont want. Saya still nak amik pakej sebab rasa lebih senang. Kita tak payah susah2 dah nak pikir just follow je jadual yang dah di buat. And yes i managed to convinced him sebab ada terjumpa satu travel agent yang offer quite interesting honeymoon package

Ni agent tu;


Fb: Pakej Langkawi Qasih Qasrina Travel & Tour
Insta: langkawipakejqasihqasrina


Pakej2 honeymoon dia semua menarik serious. And worth your money. Boleh try usha2 fb/insta diorang kalau nak tengok. And kalau nak lagi detail, boleh sembang terus dengan diorang. Nanti diorang akan brief tapi make sure kena tahu lah pakej mana yang you alls nak sebab diorang ni offer lebih 30 pakej. And diorang pon ada banyak sangat customer untuk di serve so please dont expect layanan 'sis, sayang, dear etc' hihi. Pakej dia lain2 ikut hotel yang kita nak

So saya and suami decide untuk amik pakej yang elok sikit which is hotel atas laut. hehe. Sebab dari dulu teringin kalau honeymoon nak hotel atas air macam dekat Bora Bora Island tu haha. Kami pilih Ombak Villa. Actually masa time belom decide lagi nak amik pakej or not, saya ada google 'best honeymoon place atas air di malaysia' lebih kurang macam tu lah sebab mengenangkan suami taknak amik pakej so saya pon try jugak lah usha pilihan dia. And Ombak Villa ni ada in one of article yang saya pernah forward dekat suami before. 



Tapi nama dekat dalam article tu Langkawi Lagoon sebab actually Ombak Villa ni under Langkawi Lagoon. Masa lepas dah decide amik pakej yang kami amik ni baru macam teringat and bagitahu suami yang hotel kita amik ni ada dalam article yang saya pernah google dulu lah haha bangga sekejap :p

Back to pakej, so kami amik pakej; Basic & candle light dinner & Sunset cruise. Dalam basic tu dia ada penginapan 3 hari 2 malam dekat Ombak Villa which ours is studio suite sea village, kereta pandu sendiri 48 jam (viva/kia picanto/yang sewaktu dengan nya) ours is axia auto, pickup at jetty/airport and transfer to hotel, 2x sarapan pagi, 2 tiket underwater world, 2 tiket island hoping, transport menjemput ke jetty island hoping, jambangan bunga dan kek. Sounds good kan? Even basic package je pon dah menarik. Kalau basic sahaja RM1099. Saya rasa berbaloi untuk villa atas air macam ni 

Okay enough of introduction. Haha 

So first day tu kami bertolak dari Penang. Pagi pagi lagi dah keluar sebab nak kena masuk Georgetown dulu pegi Komtar nak amik surat nikah sementara. Lepas settle, baru gerak. Tapi before tu kami singgah sat dekat Bertam untuk pulangkan tanjak and keris suami then pergi Sungai Petani pulak untuk pulangkan baju sanding only then bergerak ke Jeti Kuala Muda for our ferry ride

Nasib baik lah kami sampai tu tepat2 pukul 1 ptg and feri dah ready pon nak amik penumpang. Park kereta dekat sebelah jeti. Bila dapat je seat dalam feri, terus macam fuhh menarik nafas lega. Finally dapat rehat and we'll go to honeymoon bebeh! After beberapa minggu yang sukar termasuk lah pagi tadi kan. Pastu dalam feri tu sementara tunggu nak sampai, sikit2 tanya suami 'kita dah kawin ke?' ulang 78 kali. Mula2 tu dia jawab tapi lepas masuk kali ke 46 tu dia dah malas layan. Mesti rasa menyesal kawin tu dah mula berputik kakaka

Perjalanan mengambil masa sejam 30 minit dari Jeti Kuala Muda ke Jeti Pekan Kuah. Sampai2 je kami terus ke kaunter qasih qasrina and settle kan urusan kereta, tiket apa semua. Oh itinerary di bagi masa ni. Konsep dia free flow cuma island hoping, candle light dinner and cruz kena follow time diorang arrange. Yang lain2, sukahati nak pergi bila

Bila sampai Ombak Villa, kami ke lobby untuk check in. Sementara tunggu bilik ready, diorang serve welcome drink. Time ni feeling2 sangat rasa macam dalam drama pulak lol 



Then its time for our room! Excited sangat sebab tak sabar nak tahu macam mana rupa bilik tu haha. Bell boy hantar ke bilik naik buggy car. Seronok padahal tak ada lah jauh mana pon. Gambar tak ada sebab sibuk dok update dekat insta story so video je ada 


Abaikan conversation kami :p


This is the room :)

Okay petang tu rehat je. Landing2 sementara nak tunggu malam sebab ada candle light dinner. Then suddenly ada room service hantar kek. Hah bagai orang mengantuk disorongkan bantal, tengah lapa dapat pulak kek. Brownies secret recipe pulak tu *tetiba terliur

Bersantai cik abang kita :*

Tepat pukul 745 mlm lepas suami solat maghrib, kami pon bertolak lah ke Sandy Beach Resort for our candle light dinner. Masuk je tempat restaurant dia terus nampak ada 1 meja tu special setup. Masalahnya meja tu sorang2 je dekat pantai. Yang meja lain dekat dalam kawasan restaurant. Dengan ada lilin nya keliling meja haha masa tu dalam hati, aduhh malunyaaa. Nasib baik lah diorang letak meja tu macam bukan norma punya pandangan mata umum akan pandang. Kiranya customer yang makan dekat situ kena make effort untuk pandang kami. So di maafkan lah tahap kemaluan dia haha


Makan malam tu dihidang course by course. Ada 4 hidangan i lupa apa benda yang di makan sebab tak ada tangkap gambar pon sebab we really enjoy the dinner. And time tu jugak diorang bagi bunga tangan as per in the package lah kan. Tapi feeling sangat dapat bunga masa candle light dinner. Benci la nape perfect sangat ni moment2? Nak honeymoon balik boleh? haha lol. Okay dah habis makan tu kami jalan2 sat dekat night market chenang. Cari baju apa nak pakai untuk island hoping esok. Dia punya suasana dekat Pantai Chenang tu meriah, i like. Lepas 2 kali tawaf baru decide nak beli baju mana then kami pon balik. Rehat lah sebab esok banyak lagi benda menarik, waiting!

Jalan jalan Chenang 

Keesokannya awal pukul 8 lagi kami dah pergi breakfast. Pemandangan cafe dia masyaAllah cantik sangattt. Makan tepi pool, tapi pool dia macam bercantum je dengan laut. Tapi i dont know why feeling nak terjun tu tak ada. Adakah simptom2 tua dah start masuk dalam diri? :p Habis makan kami terus gerak ke pickup point untuk ke jeti island hoping. So island hoping ni ada 3 pit stop. Each pit stop berhenti 1 jam. Mula2 Tasik Dayang Bunting, lepastu Pantai Beras Basah then lepas tu pegi eagle feeding. Dekat tasik dayang bunting tu saya terjun jugak sewa jaket keselamatan rm5. Memang dalam gila tasik tu kaki tak jejak dasar serious. haha

Nampak tak pool tu macam bercantum dengan laut :')

Feeling feeling

Okay then after habis island hoping dalam pukul 1230 tgh, kami balik bilik mandi2 apa semua get ready for next activity pulak.  Lepas zohor, keluar balik terus ke Underwater World. Nasib baik lah tiket ni ada sekali dengan package. Kalau tak, saya tak jamin nak masuk sebab macam nampak tak syok je dari luar. Haha. But hey, not bad la. Seronok dalam tu boleh tahu macam2 jenis hidupan laut hihi. Sampai leka sekejap. Nasib baik sempat sampai ke jeti cruise tepat2 pukul 4 ptg sebab after tu kami ada dinner sunset cruise


Sampai jeti cruise tepat2 pukul 4 ptg then di inform rupanya kapal bertolak pukul 430 ptg. Ciss penat2 je rushing. Haha tapi okay la at least saya ada masa nak feeling2 tangkap gambar kat jeti time ni :)) So basically kapal ni start belayar pukul 430 ptg pusing2 keliling Langkawi then balik semula ke jeti dalam pukul 8 mlm macam tu. Atas tu dia buat free flow serve drink, pukul 630 ptg dinner start then ada kudap2 serve after dinner. Atas tu kami berdua je melayu huu. Lepas sunset je tiba2 dengan automatik kapal tu berubah menjadi disco bergerak hahaha. Tapi nasib baik saya ada suami yg behave dia suruh duduk diam2 kalau tak, jahanam aku pon join sekali hahaha bye

My most fav picture by suami 

<3

Ni memang cara duduk seorang nia. Automatik dari kecik tak suka 
bersila sebab nanti buku lali hitam haha

Lepas habis tu, kami terus balik bilik. Before tu pusing2 sat dekat area chenang tu sebab nak cari anak tudung. Unfortunately tak jumpa so takpe lah. Malam tu rehat awal. Okay keesokkan nya kami keluar pagi2 jugak breakfast then terus checkout. Sempat tangkap gambar dulu untuk kenang kenangan hehe wajib okayyy

Bye Ombak Villa. Ada rezeki jumpa lagiiii

Cik abang kita tak suka gambar ni sebab dia kata dahi dia teserlah. Hehe 

Lanje selfie satu

Then after checkout, abang bawak pergi naik cable car! Wehuuu ni syok sebab dah lama saya tak naik cable car. Last naik, akhir tahun 2009. Untuk ticket cable car ni, dia tak ada dalam package kami amik ni sebab dia ada package dia sendiri. Kena beli lain. Kami amik Combo B, RM55/pax. Dalam tu ada SkyCab, SkyDome, SkyRex, 3D Art Museum and 6D Cinemotion. Tak ingat apa package/combo yang di offer sebab haritu excited sangat sampai lupa nak tangkap gambar package :p

Cik abang kita inside cable car


Dekat atas tu seronok. Cantik gila view. Syok lah cuma dekat sky glider berjanggut sikit nak tunggu untuk naik. Sky glider ni macam sejenis lif yg bawak kita dari atas turun bawah and dari bawah naik atas. Naik ni kena bayar lain dekat atas tu. Saya tak ingat sky glider ni bawak ke mana rasanya ke jambatan gantung tak silap. So sky glider ni kena bayar rm15/pax turun naik. Boleh je kalau nak guna tangga tapi kena org yg betul2 fit la sebab jauh gila haha. Nak turun guna tangga still kena bayar jugak RM5/pax. Abang cakap dulu dia pegi tak kena bayar pon kalau turun tangga. Huhu

Okay beberapa jam dekat atas tu kulit saya pon dah start menghitam kan diri nasib baik sikit je sebab pakai sunblock haha. Habis jalan2 atas tu kami pon turun la then masuk 6D cinemotion. Yang tak tahu 6D cinemotion ni apa, hangpa jangan nak buat teruk. Dekat mana2 pon ada okay menatang ni haha. Tak tau jugak pi google :p Tapi masalahnya yang buat saya ralat, kami tak masuk 3D art museum! Huu sedih padahal yg tu la saya paling nak masuk sekali pasrah

Lepastu kami terus pergi Pekan Kuah untuk shopping coklet! This one i is excited. Pegi dekat Haji Ismail Group. Bangunan dia warna hijau. Dia dekat shoplot macam tu. ha jangan pulak chuolls fikir coklet dekat langkawi ni murah yang rm1, rm3 haha. Murah dekat sini means murah la dari beli dekat pasaraya. Dalam 3,4 ringgit murah camtu. Ada jugak yang murah 10 ringgit. Tapi bukan semua lah. Ada je mahal sikit. I mean mahal dari tempat lain yang jual coklet dalam langkawi ni. Banyak lagi tempat shopping coklet actually cuma saje nak pergi yang ni sebab semua duk suruh pergi sini :)

Muka abang nampak sangat tu tak rela orang nak shopping :'p 
Cover la sikit alaaa hahaha

Alhamdulillah dengan itu agenda honeymoon kami pon tamat. Tapi otw before pergi jeti, singgah dulu dekat dataran helang. Apa lah guna pergi langkawi kalau tak tangkap gambar dekat burung besar tu kan haha

The great eagle 

Thankyou suami sebab bawak saya datang langkawi and let me experience all these beautiful memories. InsyaAllah nanti ada masa kita pergi jauh2 sikit pulak. Awak dah janji kannnnnn :p Lebiuu

Lanje husband kita senyum. Since dia susah sangat nak senyum depan camera 
sebab dia rasa dia handsome kalau tak senyum pfttt







































NIKAH

Bismillahirrahmanirrahim,
Ya Allah alhamdulillah Allahuakbar :) Lain macam feeling first time update entry dengan status dah bertukar ni. This blog has been with me since my early teenage years. Banyak memori nih hehe

So pada tanggal 30hb April 2017 bersamaan 3 Sya'ban 1438H saya selamat diijab kabulkan dengan suami Mohd Naim bin Abd Wahab kira kira pukul 3.30 ptg macam tu. Perasaan masa tu? Gementar gila rasa macam nak tercabut jantung haha common lah kan? Tapi tah lah. Patut nya suami yang kena gementar sebab nak akad kan. Maybe sebab this is the moment of truth kot. Moment di mana segala teka teki yang selama ni saya doa, Allah dah jawab. Ini lah jodoh yang sempurna Allah dah atur :) Terima kasih ya Allah


Nasib baik lah malam before nikah tu kawan kawan kesayangan saya from SEMTEG mai temankan. Serious diorang lah antara penyumbang terbesar kurangkan neves neves di hati ini haha. Ingat lagi malam tu masa masuk rumah, actually saya dah nampak dari jauh yang Aten dah sampai tapi bila masuk rumah, semua buat bodoh je macam tak ada orang datang. Saya dah pelik and terus pegi bilik and yes I was right. Aten memang ada dalam bilik and I went to her dengan selamber like "Oiiiii" *sambil hulur tangan salam. Then I turn around untuk greet 'adik adik' dia since dia kata dia datang dengan adik dia tapi macam pelik je muka adik dia ni. Macam kenal. Rupanya bukan adik adik dia yang mai. Tapi Syera and Cira yang mai and Kak Ita. Haha. Tertipu. Pandai depa ni buat drama. Masa tu I was a bit terharu sebab yelah tak sangka diorang akan mai sebab Aten kata dia je yang dapat mai. So i was not expect any unexpected thing la keke



Ni la mek mek kesayangan ambo

Since gambar time resepsi tak dapat lagi so taknak cerita pasal resepsi boleh tak? haha. Nak cerita pasal liku liku preparation je lah 

Bila fikir fikir balik masyaAllah banyak gila drama and problem happen before nak langsung tu tapi alhamdulillah semua dapat diselesaikan. Actually until the event day pon ada juga benda jadi tapi memang smooth je semua solve tepat pada masanya. But alhamdulillah lah tak ada pulak saya terfikir benda bukan bukan macam "oh banyak nye dugaan tuhan nak kata ni bukan jodoh aku ke blabla" So kawan kawan yang tengah dalam niat untuk mendirikan masjid tu, kalau ada dugaan datang, please jangan biar nafsu kuasai diri. Husnudzhon dengan Allah. Dugaan datang untuk uji sejauh mana kuatnya kita, sejauh mana bersungguhnya kita untuk bina masjid di jalan Allah ha gituu. Macam ustazah dah bunyik keke

Bila cerita pasal persediaan, actually yang sebenar benar persediaan i mean persediaan yang dah start buat payment semua tu kami start bulan 12 2016. Ha kami? Kami tu merujuk kepada saya and suami. Family which is mama papa ayah kak nia or family suami semua kami tak nak diorang involve. Bukan taknak sebab apa, taknak sebab taknak diorang penat and pening kepala. Plus saya memang dari dulu lagi suka handle event and pernah bercita cita nak jadi wedding planner untuk wedding sendiri hehe. Mesti ada kata, "Seronok lah buat preparation sorang2 tak ada orang campur tangan" Eh no no no okay. Ada drama. Family terasa sebab mula2 dulu buat preparation tak involve diorang hehe. tapi lepas dah slow talk and drama sikit2 alhamdulillah diorang faham. Tapi saya still involve kan family bila fitting baju, bila survey tempat majlis, bila pilih lauk kenduri and bila buat urusan rasmi camtu. Sebab family is everything okay. Cuma decisions je kami buat. Nak amik catering apa, nak pakai baju siapa, nak warna apa blabla. Semua ni atas alasan bajet hehe. 

Sambung balik pasal persediaan, for my wedding ni since i eager nak handle alone so saya dah prepare since the very beginning of our engagement lagi. Masa tunang tu suami dah cakap tunang dalam tempoh setahun so i thought dah elok sangat dah untuk start survey mana mana. So proses survey men survey pon start. First saya list out dulu potential perbelanjaan start from catering, baju akad, baju resepsi, pelamin, card kawen blablabla. Memang medium instagram, facebook, google sangat membantu lah. Untung hidup zaman sekarang ni semua benda kat hujung jari haha. Most of the time saya akan email untuk dapat kan quotation harga and typical malay akan prefer yang paling murah lah kan keke. Since saya ada banyak masa so saya akan compare and gali sedalam dalam if saya berkenan (factor berkenan; 1. murah  2. cantik) sebab orang dok kata yang murah ni tak ada quality. But tak jugak okay. Kena pandai lah. Kena pandai

Saya punya motto;
Biar murah janji nampak cantik

Tapi suami tak berkenan. Dia sanggup bayar mahal sebab dia sangat detail dengan detailing. Saya tak kisah. So bila 2 manusia ni bergabung and hasil dari toleransi yang dipersetujui terciptalah

Nak nampak cantik so mahal lah sikit 
but will try as much as can to find the cheapest

Boleh tak? Haha. So my task menjadi lebih susah sebab suami nak yang elok. Tapi saya tak sanggup bayar mahal untuk yang elok so saya pon cari yang elok tapi murah keke. My job, saya akan pilih and buat list the best among the best and will present to suami and he is the one yang decide which dia suka. Senang kan kerja suami? *senyum sinis. 


Tapi bila masa hormon tak stabil which happen once in a month tu, and saya jadi stress sebab rasa diri sendiri yang banyak sangat buat kerja and ill start to 'bebai' la. And suami dengan automatik nya pergi settle kan kerja tu which on that time dalam fasa survey. But most of the time bila suami yang survey, i will reject outcome dia haha. Tak cantik la, tak meet my need la, tak susai la. Masaalah

So here's some sort of idea hows the preparation was done


Until lah the event day pon saya lah mandor utama pada hari kejadian. Huhu mandor macam over pulak dengar. Kira macam floor planner lah. Tapi tak mampu pengantin nak urus semua benda so saya serah makanan arrangement semua dekat mama. Cuma nak check pelamin, khemah je lah saya sendiri monitor. Pelamin and khemah memang diorang pasang on event day. Cuak tak? haha. Supposedly a day before pasang tapi ada la masalah from diorang sendiri. Bila tanya confirm ke sempat siap? Diorang jawab sempat. Then saya pon malas nak serabut and anggap je lah memang sempat pon cumanya Mama je la yang tak senang duduk. Risau tak sempat la blablabla. Biasalah mak mak kan huu. 


And alhamdulillah memang right on time pon semua settle. Earlier in fact! Walaupon 2,2 pelamin and khemah datang waktu yang sama which is supposedly tak boleh since both pon ada banyak barang dalam lori. Gaduh sikit la dua dua driver lori tu sebab masing2 tak nak mengalah kan. Tak gaduh la cuma taknak bagi kerjasama. Saya memang ada kat situ try tenangkan keadaan. Tapi alhamdulillah semua settle. Menggunakan kuasa veto call boss masing2 sekelip mata dua dua mengalah bagi kerjasama. Haha. See nampak tak hari event pon pengantin sibuk2 handle benda. Patut pengantin dah rilek duduk dalam makeup, sembang2 lagi keke

Oh! Cerita pasal rilek pulak, a day before event tu which is hari Sabtu ada satu lagi masaalah lawak happen. Dalam tengahari pukul 130 ptg mcm tu saya ajak mikhail which is adik saya untuk pegi amik barang2 preparation macam doorgift, welcome board and sort of barang lah dekat rumah company saya dekat Batu Kawan since time tu saya ada dekat umah family which is dekat Tanjong Tokong. Sebab pagi tu saya ada appointment inai dekat Tanjong Tokong. So alkisah kereta yang saya bawak tu which is Toyota Hilux company punya boleh over heat pulak atas Penang 2nd Bridge. Masaalah masaalah. Niat pinjam kereta company nak mudahkan, ni menyusahkan pulak haha pasrah. Nasib baiklah Penang 2nd Bridge tu company yang saya kerja sekarang ni yang buat so husband kenal lah orang yang standby. Tunggu lah kami berdua tepi jalan tu almost 20mins la jugak sampai pertolongan sampai which is air berbotoi botoi

Dah lah dengan inai merah nye dekat kaki tangan. Yelah sebab memang baru je lepas berinai pon. Mesti orang fikir pengantin nak buat cubaan melarikan diri tapi gagal ni haha. Dah lah dengan panas terik nya masya Allah memang dugaan sungguh lah. masa tu dah almost meletup nak menangis dah bila husband call banyak kali tapi mengenangkan adik ada kat sebelah so macam kena lah cover macho kan. So tak nangis. Nasib baik dia ada kalau tak, tak memasal meroyan atas bridge :p


 Nampak tak ke-redness-san of the inai? Hahah

Okay sambung balik pasal persediaan on event day yang tercelah tadi. Hihi. Then tepat pukul 12tgh baru saya naik atas mandi and get ready nak makeup. Oh lebih drama lagi masa bangun pagi tu tiba2 saya terfikir sesuatu yang terus buat saya tak boleh nak tidur. Which is tudung! Tiba2 teringat and terus time2 tu jugak call orang tu tanya tudung ada ke. Then dia jawab tak ada! Masa tu rasa macam dunia dah kelabu hahaha. Mampus dah tudung tak ada. Then after kawan2 saya bangun terus mengadu kata tudung tak ada. Then diorang pon bebel "Apa la supposedly dah buat baju baru tu buat lah sekali tudung. Bagi sama color. Baju lelaki and perempuan dah sama color nanti tudung pulak lari tune" bebel bebel lah hahaha. Saya pon hanya mampu ber huhuhu. And diorang janji nak pergi cari kat tesco once tesco bukak pukul 10 pg nanti. 

Since hati saya still tak tenang sebab takut tak jumpa tudung color sama dengan baju yelah tesco kot what did you expect kan. Bukan banyak mana pon pilihan then i terus teringat kat my girl sorang ni which is Anna. Dia nikah less than a month before me which is 2hb 4 haritu. And seingat saya, baju nikah dia memang sama color dengan baju nikah saya. Putih but not too putih. So terus call dia and nasib baik lah time tu dia tak gerak lagi dari KL. Tapi masalahnya since dia tak gerak lagi dari KL, sempat ke dia nak sampai before akad? Ergh problem. But takpe lah. Bak kata Anna, dia yakin dia sempat sampai and i decide untuk trust her and hilang kan neves. At least i ada 2 choice dah sekarang hihi

And alhamdulillah masa tengah siap2 makeup2 tu kawan2 saya balik dengan tudung yang almost sama warna dengan baju and Anna pon sampai jugak. Syukur. Syukur lagi sebab my memory was right, tudung Anna memang betul2 sama dengan warna baju nikah saya wuuu syukur ya allah. Terus dia pergi iron tudung tu since time tu ngam ngam time saya dah nak habis makeup

Lepas habis je makeup and siap2, terus saya berlari turun bawah nak check pelamin, makanan, khemah and all sort lah. Oh dengan portable PA jugak. Portable PA ni saya pinjam office punya hehe since nak hire PA system semata untuk nikah berapa minute tu rm300 kot. Kalau ruang besar tak apa lah ni dekat ruang tamu je. After dah sound check tu saya pon parking PA tu baek punya tepi bantal ottomen tempat akad tu. Okay cop nak iklan jap, masaalahnya kat sini, masa nikah tu diorang tak guna pon portable PA yang saya dah setup tu. Hampeh betul hahaha. Okay dah sambung. Then after semua dah clear and puas hati, saya naik atas untuk ready. Memang tepat pukul 3 ptg pihak rombongan pengantin lelaki sampai and acara pon bermula


Nampak tak, diorang tak guna pon portable PA yang dekat sebelah tok kadi tu (ada mic atas dia)

Time ni feeling2 sikit. I ask my friends semua tunggu kat bawah and nanti bila semua dah duduk and amik tempat baru panggil saya turun. Saya akan turun dengan Mama. Konon2 macam all eyes on me lah gitu. Hampeh hahaha berangan. Nasib kita tak ada music yg macam orang putih kawen tu "Ten ten tentenn. Ten ten tentennnn" kalau tak, dah met my imagination dah. Cumanya saya nyanyi tententen tu dalam hati je lah hahaha masaalah. Sian suami dapat isteri camni :p



So alhamdulillah dengan sekali lafaz, saya sah menjadi isteri kepada ex-tunang saya hehe *clap clap clap

Terima kasih kepada sanak saudara and kawan kawan yang sudi datang awal untuk nikah ni. Memang ada yang berniat and dah separuh langkah pon nak datang tapi disebab kan sebab2 yang tak dapat dielakkan so diorang tak dapat datang. Its okay you allls. I faham dont rasa bersalah okay? I still love you :*

Credit untuk kawan kawan uitm saya yang mai. Anna, Anis, Mai, Nina and Pijah. Diorang ni antara salah seorang insan yang main peranan besar jugak lah in my life. Thankyou for being there you alls ailebiyuuu



And last but not least, thank you suami kerana sudi mengahwini saya. Ha gitu tau ayat huhu. Despite what ever reason yang happen before yang i believe i already cerita dekat sini, you still kuat merasakan yang saya ni jodoh awak :) Alhamdulillah. Doakan kami bahagia ke akhirnya and dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah aminn



So tamat lah alkisah preparation and nikah. Later bila dah dapat gambar sanding, ill update. Sebab niat nak share budget and macam mana saya spin untuk dapat lebih value dengan duit yang kita bayar. hehe. Okay till then xoxo