OVER

Hi, sempena nak dekat 2nd anniversary ni, rasa macam nak throwback gambar kawin dulu. Tapi bukan yang biasa biasa punya. Bak kata pakcik najib, bukan beshe beshe malu ape boskuwww. haha lol. Kita bagi nama post ni sebagai;


Pengantin Yang Over

Gambar pembuka tirai. Dah penah post dah. I think, ni paling over kot?

Okay membawang sat sebelum ramai orang datang

 Okay anak2 bagi sini hadiah tu aunty amik sendiri. Mmg aunty punya tugas pon ni

 Yeay hadiahhhh

 Eh abang, gambar tadi tu delete. Tak cunnn. Delete delete

 Akak jangan bagitahu orang tau apa nia cakap tadi,,,

Cam biasa, pengantin kutip hadiah sendiri hahaha

Hahaha. Alhamdulillah suamiku mampu bertahan lagi wife tak behave

 Okay jemah timeeee

 Ala kakk, jangan balik lagii. Tunggu sattt

 Yg ni budak ni lari2 pastu panggil 'Aunty2, alam' Nak salam katanyaa. Hahaha alolo

Allahummasolli alasaidina muhammaddddddd,,,, Tima kasih kak, mai joh johhhh. Pastu akak tu pon jawab, Tarak pa aihhhhh

Im glad i choose this kind of baju. Material, design etc. Senang nak bergerak. Kalau pakai gown ke, dress yang ada ekor leret tu ke or even songket, mesti tak boleh nak active sana sini. Terbatasss. So not me. Haha. 

Sib baik mak mertua takde blog...
Tapi umi sedia maklum dah anak menantu dia ni sejenis tak rilek :p