Monday, November 21

21 NOV

Pagi tadi as usual behenti sekejap dekat kedai jual nasi lemak kakak depan umah tu before pergi kerja. Tengah dok sibok pilih lauk then suddenly dengar bunyi anak anjing. Sayup sayup je macam kesian pon ada. Then pusing2 tengok kiri kanan. Pastu tanya kakak nasi lemak tu, "Ada anak anjing ke kak?" kakak tu pon jawab "Aah ada tu dia terjatuh dalam longkang" And as soon as that terus ternampak seekor anjing besar tengah mundar mandir dekat area longkang tu. Mak dia lah tu kot kan. Then pergi la jenguk dalam longkang tu and yes, memang ada pon anak anjing tu. Kesian dia. Baby lagi. Cuba bayangkan seketul daging 1kg jual dekat tesco. Ha macam tu lah. Cuma kena tambah 4 batang kaki kecik dengan ekor satu 

Hati saya dah start tak tenteram. Nak lompat dah masuk dalam longkang tu tapi tiba tiba mak dia woof woof marah. As she was thinking saya nak amik baby dia lah kot kan. Then saya pegi dekat kakak nasi lemak tu and cakap "Kak, kesian anjing ni. Nanti kalau ada non muslim lalu, mintak la dia tolong amikkan anak anjing tu ye" Kakak tu jawab yelah macam tu je la. And dengan berat hati saya start kereta pegi office. Memang hati saya sangat tak tenang sepanjang jalan tu sampai almost accident tapi buat buat cool je depan Kak Ana. Then sampai office je saya punch in, then naik bilik, letak beg, letak nasi lemak atas meja then turun bawah cari Abang Lan (our cleaner). Nasib baik dia ada. Tanya dia ada tak sarung tangan. Then nasib baik lah dia ada. In my mind nak ajak dia je pegi tolong amik baby anjing tu keluar longkang sebab I need someone to distract the mother as I turun bawah selamatkan baby anjing tu. Tapi thank god syukur tiba2 je Encik Suresh mai. Tak pikir panjang terus saya paksa dia teman saya. Paksa lah sebab I gave him no choice pon cz terus je saya masuk dalam kereta dia keke

Sepanjang perjalan tu kitorang sembang pasal experience dia dalam construction company ni (iklan jap) Then sampai sampai je tempat kakak nasi lemak tu saya nampak mak anjing tu tengah duduk tengah tengah jalan dok hidu hidu pintu pipe pembentungan. Jantung saya dah almost luruh dah time tu sebab I was thinking yang baby dia dah masuk sampai ke situ. Tapi encik suresh keep on kata, eh tak lah eh tak lah. And alhamdulillah memang tak pon. Baby anjing tu still tengah berlegar legar woof woof dalam longkang tu. Saya memang dah get ready nak terjun dengan sarung tangan kebun siap pakai since dari office tadi lagi. Then tetiba ada 3 orang budak laki mai. Sorang pakai sarung tangan, sorang pegang kain net yang macam sponge bob guna tangkap jelly fish tu and sorang pegang batang penyapu. Nasib baik lah diorang ada 

So sorang jaga belah sini ketuk ketuk dengan penyapu so that baby anjing tu lari ke belah sana then sorang yang pegang batang net tu tahan and ngam ngam pulak baby anjing tu masuk dalam kain net tu. Masa dia angkat tu, perasaan tak tergambar. Happy ada, nak gelak ada, terharu ada. Semua lah ada. Happy sebab finally baby anjing tu dapat keluar. Nak gelak sebab baby anjing tu sangat comel tolong lah macam ketulan daging yang mempunyai kaki ya Allahhhh. kecik lagi baby anjing ni maybe dalam sebulan kot. Ke kurang. Bulat je gebu. Then terharu sebab, out of ramai ramai manusia kat situ, budak budak ni jugak yang teragak nak tolong. Bukan nak condemn sape sape la tapi kat situ ada budak budak non muslim dok beli nasi lemak, diorang pon tengok je. Saya macam terfikir lah, tergamak ke orang orang kat situ menjalani kehidupan diorang macam biasa sedangkan nampak apa yang tengah berlaku. Seekor mak anjing yang dok woof woof mundar mandir tak tahu macam mana nak selamatkan anak dia and also anak kat dalam tu pon dok woof woof mundar mandir tak tahu nak keluar macam mana. What did they expect? Let the pup die inside the longkang ke cam mana? Mana hati dan perasaan kalian? *Teary eyess

I know im a bit sensitive when it comes to binatang. It gets annoyed jugak kadang kadang. Saya start jadi macam ni since start suka kucing and bela kucing. Even insect pon. Kadang2 terfikir macam mana diorang makan, macam mana kalau hujan. Padahal tu perkara normal untuk binatang kan? Kalau tak, Allah akan ciptakan diorang ada akal so that diorang pon boleh fikir sendiri tak perlu susah susah. Mak anjing tu sendiri la boleh cari batang net tu amik anak dia. But no. Diorang tak dikurniakan akal. Kita manusia yang Allah kurniakan akal ni lah yang kena fikir untuk diorang. But entah lah. Tapi alhamdulillah semua dah berakhir. Anak anjing tu kembali ke pangkuan mak dia. Nothings more wonderful bila tengok mak dia jilat2 badan anak dia as soon anak dia diselamatkan 3 budak lelaki tadi. Almost menangis but rileks la nia cool okay

Puppies dekat area office when they were babies little cuties

Ni bila dah besar sikit. Ada 2 ekor je. Yang lain main mana tah



No comments:

Post a Comment