MY P JOURNEY

Bismillahirrahmanirrahim, 

Ini ada lah coretan sebuah kebahagiaan yang di pinjam seorang nia. Kisahnya bermula awal bulan June haritu. Masa tengah sembang2 kosong dengan my friend Shero, tiba2 dia tanya "Nia pregnant ke?" Masa tu i was like, "Kenapa cakap macam tuuuuu" Hahaha sembang punya sembang only then i realize aah lah masa tu dah almost a week period tak mai. Sedangkan saya jenis yang period regular tak pernah lambat apatah lagi cepat. Tapi masa tu macam tak fikir apa pon sebab rasa macam maybe hormon lari kot ye lah baru lepas kawin akhir bulan 4 haritu plus time tu tengah period. Lagipon shero perah cakap dia pon jenis period regular before kawin tapi after kawin period terus jadi tak tentu. So saya pon assume lah macam tu jugak


Hihi attached screen shot sebab this is where it all started <3

Tapi tiba2 rasa macam terfikir sesuatu. Lately ni perut asyik krem je dekat ari2. Then fikir balik, lately ni jugak memang cepat sangat penat. Penat yang macam kita berjalan jauh. Padahal takde buat apa pon. Jantung laju je pastu nafas tercungap cungap. Terus saya google "tanda2 hamil" something like that lah. Almost semua tanda2 hamil tu kena surprisingly. Kencing tak lawas pon antara tanda2 jugak and yes time tu baru teringat yang saya pernah suddenly terkena kencing tak lawas. Tak pernah2 hayat kena penyakit ni. My sister ada usik2 jugak pasal pregnant tapi masa tu baru seminggu balik honeymoon kot takkan lah so macam tak fikir sangat

Esoknya saya nekad pergi beli unit pregnancy test (UPT) sendiri, dah lah sorang2 mesti orang judge macam2 haha. Then terus pergi toilet and try. Guess what? Crystal clear positive. Naik 2 line. Dalam toilet tu jugak dengan automatiknya air mata saya mengalir laju bersyukur tak terkata. Tapi dalam masa yang sama takut sikit huhu sebab terfikir, can i be a good mommy? Terus malam tu balik rumah mama dekat Tanjong Tokong and that night was the longest journey to Tanjong Tokong ive ever been sebab fikiran merewang ke lain. Macam2 saya fikir. So sampai2 rumah mama tu konon taknak bagitahu pasal UPT tadi tapi kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan haha. Tercakap jugak out of happiness. Reaksi mama macam tergamam tapi biasa2 je sebab dia terus tanya berapa hari dah tak datang period. Then i answered la almost a week then mama kata takpe tunggu lagi seminggu then baru pergi klinik check yang betul2 punya


Lokasi: Toilet Design Village pukul, 8.53pm 

Before that sempat bagiahu mama jangan cakap dekat husband lagi pasal ni sebab ofkos i nak bagitahu dia sendiri kan. And plan nye nak bagitahu dia next weekend since i plan nak turun kajang tapi yelah kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Terbagitahu jugak dekat husband keesokkan hari nya haha. Sesungguhnya nia adalah seorang yang tidak pandai menyimpan rahsia

Okay then the long awaited weekend pon tiba. Drive lah saya ke Kajang but with extra double precautions bawak bantal, driving slow and tak puasa since masa tu bulan ramadhan. Masa ni husband dah tak bagi ke kajang actually but i eager nak jugak ke sana sebab teringin nak makan dekat ada lah satu restoran ni haha. My husband kejap2 call tanya okay ke tak and suruh stop if penat. Alhamdulillah selamat sampai and macam biasa dia tak henti2 kiss pipi kita. Eh haha

Then esoknya pagi2 lagi dah semangat bangun nak pergi klinik. Sampai2 klinik tu terus daftar. Before masuk jumpa dr, nurse nak sample urine. Ergh benda tu la saya paling tak suka sebab i dont like kalau warna dia kuning and that is embarrasing okay haha. And yes memang warna kuning pon as predicted sebab time tu puasa kot. Rasa maruah sangat tercalar sebab all these while my urine is crytal clear itellyou haha apeni cerita pasal urine

Then nurse panggil masuk jumpa dr. And first thing yang dr cakap even saya tak sempat duduk pon lagi 


"Okay puan, awak pregnant ye. 6 weeks 2 days already" 


I was like wait a minute bukan kalau dalam drama tu dr akan scan and dia akan announce once dia bukak tirai ke? haha my imagination was ruin that time. In fact tak terkejut pon time dr cakap pregnant tu  sebab obviously diorang buat another UPT using my urine tadi yang i already did kot last week. Alone dalam toilet shopping mall haha. Tapi 6weeks 2 days tu yang buat saya wow. Like seriously dah 6 weeks? My baby is so big :') Then after bersoal jawab dengan dr, i insist nak buat scan cz i am super excited nak tengok what is happening inside my belly cz obviously memang terasa pon something working inside me all these while. Dr bagitahu awal2 yang berkemungkinan tak boleh nak nampak sebab sangat baru lagi but we can try. Oh time ni husband tak berhenti record and taking videos of me and dr haha

And for the first time ever after dr godek2 scanner tu dekat my belly, mami and ayah see you sayang :') You look so cute and small there. Ramai saksi haritu. Nurse yang dekat registration counter pon nak tengok awak jugak. Ayah awak still with his phone recording u hihi. I feel beyond happy that time ya Allah tak tahu nak cakap maybe hanya ibu yang mengandung tahu perasaan tu macam mana kot subhanallah. I can see from my husband face yang dia pon rasa happy sangat masa tu :')


That is you sayang. Yang hitam bulat kecit tu :') *husband sibuk nak interframe jari dia

Then bermula lah pengambaran saya sebagai seorang bakal ibu muda hihi. Mabuk sikit sangat2 yang lawak nye husband yang mabuk. Demam pulak tu. Saya just naik selera makan je. Orang kata di awal kehamilan ibu akan demam sebab badan terkejut. Tapi ni husband yang demam. Demam teruk pulak tu badan dia panas sampai letak baldi kat tepi sebab keep on tuam dia satu badan. Tak boleh nak tido sebab kesian kat husband sekejap2 rasa badan dia panas ke tak. Pastu mabuk2 mood lain je haha sian my husband

Tapi Allah punya perancangan lagi hebat. Tanggal 3 syawal, baby keluar after 2 days of bleeding. 

I still remember my biggest concern that time before balik raya ke Terengganu kampung husband. Saya sangat risau dengan my baby since masih baru and need to travel jauh from penang to terengganu on festive season lagi plus lalu laluan grik lagi. Tapi takpe lah percaya dengan rezeki Allah. Mama, family, husband and kawan2 pon keep on cakap insyallah tak ada apa2 janji bawak bantal lebih sikit untuk elak terhentak and kena kerap berhenti untuk rehat. So kami gerak from penang 2 hari sebelum raya but manage to sampai Terengganu sehari sebelum raya make it a 2 days of travelling lah. All to make sure i can have a rest


This time u still there sayang. See mami bawak toto, bantal semua lah just to make sure u selesa. Ayah cakap mami duduk dalam baby carrier :p

Sampai je rumah mertua the next day tu terus tolong umi masak2 yelah first time beraya takkan lah nak baring je kan even umi tak sudah2 suruh rehat. Masa tu saya yakin saya kuat cz memang takde rasa penat pon. And bertapa bijaknya bila saya dengan rela hatinya amik task tumbuk kacang guna lesung batu dengan fikiran kalau tumbuk kacang tak payah berdiri haha. Tolong umi masak sampai 3 pagi and time tu dah rasa tak sedap dah. Terus mintak izin nak baring and nasib baik jugak time tu ngam2 umi dah habis masak. My husband and his brother tak settle lagi kemas rumah time tu i bantai tido dulu. 

Bangun pagi tu supposed to be a happy hari raya bersalaman dengan suami, mandi sunat and pergi masjid end up i menangis atas katil sambil berbaring sebab sakit perut sangat and risau tahap dewa if anything bad happen to my baby. Hashtag my first raya as a wife. Umi dah tak senang duduk sekejap2 masuk bilik tanya okay ke and nak minum apa2 ke umi buat. Then husband pulak pagi tu masuk bilik wearing the same baju as yesterday rupanya dia tak tidur seharian sebab mengemas rumah tak habis. Yes thats my husband. A clean maniac :'p Selagi tak puas and rasa tak bersih, selagi tu dia takkan stop hehe hashtag i love my husband


This bahu is mami punya fav. Kalau mami sakit ke penat ke mami suka menempel dekat bahu ayah awak. Kalau awak ada, boleh kita share :)

Dalam pukul 1230tgh macam tu baru saya okay sikit and keluar dari bilik. Masa tu mood macam tak kena sikit sebab rasa bersalah yang menebal menerpa. First day raya ramai datang beraya, lagi la sedara mara datang untuk berkenal kenalan dengan menantu baru pakcik wahab kan but the person pulak duk baring dalam bilik. Tell me siapa je yang tak bersalah? huu. Husband keep on comfort me by telling its not my fault and its okay. Then after that i kind of paksa diri jugak lah untuk tolong2 dekat dapur and layan tetamu. And guess what, maghrib tu suddenly i spot ada darah setitik dekat panty. Ya Allah masa tu macam nak pitam dalam toilet sebab benda tu la kemungkinan paling takut sekali to happen. I believe semua ibu2 pon takut kalau ada darah tiba2 keluar kan. Saya extra takut sikit sebab pagi tadi dah sakit perut sangat. Terus ajak husband keluar cari klinik. Walaupon masa tu 1st day of raya and kemungkinan tak ada klinik bukak tu sangat lah tinggi

Nasib ada 1 klinik bukak malam tu and dingdong2 dr just suruh i bedrest je sebab dia kata in early pregnancy ni segala kemungkinan might happen. No ubat and the only ubat is just baring and jangan buat kerja. Balik lah kami dengan hampa dan bersedih. Malam tu before tidur, saya pakai pantyliner dulu as been told by the dr untuk monitor ada lagi ke darah yang keluar tomorrow morning. And keesokkan nya first thing first to do is check panty dulu and surprisingly the pantyliner is full with blood :( Tapi darah hitam2 macam tu. Terus nangis2 bagitahu husband. Dah lah raya ke 2 ni Mama Papa nak datang beraya. Oh yes my parents beraya di ganu uolls this year. Banyak dah rencana yang saya and husband dah rancang tapi apakan daya Tuhan maha mengetahui. 


Ni family kita sayang. Our family photo on first raya at Tokmi and Tokki house. Tokma and Tokpa pon ada tu :)

Lepas mama papa balik tu around pukul 3ptg terus rasa macam nak pergi hospital sebab my sister kata bahaya kalau bleeding and suruh pegi hospital. Pegi hospital swasta tapi sedihnya dr pakar tak ada sebab cuti. Yang ada cuma dr biasa. We need dr pakar sebab kalau dr biasa diorang takde kepakaran and end up akan suruh bed rest je macam dr semalam tu. Scan ape semua tak buat. So taknak lah. Then takpe lah balik la kami laki bini ke rumah. I continue laying on bed. Tiba2 my sister whatsapp lagi tanya 

"Dah pergi hospital ke? GH (General Hospital) memang akan check detail kalau bleeding"

GH? Omg masa tu macam why kita tak terfikir pergi GH? Husband pon terbeliak mata and ask me to call the hospital first tanya ada ke dr pakar yang on call. And yes alhamdulillah ada. And the person yang jawab call tu suruh kami terus pergi ke bahagian emergency. Terus bangun and bersiap ke GH and bila sampai tu kena tunggu like usual lah. Proses nak naik jumpa pakar kena tunggu lama tapi as long as baby selamat, i sanggup walaupon masa tu dah tak larat dah duduk lama2. Nasib husband ada ya Allah. Selama ni macam tak faham bila orang cakap suami/isteri sumber kekuatan and booster untuk kuat. Rasa macam eleh dah nama pon suami. Kalau time tu bf/gf pon sama jugak. Tapi bila jadi dekat diri sendiri lebih2 lagi time2 macam ni kan, terus macam i can feel the magic of the akad tu ha over kan? Ada suami time2 macam ni umpama macam magic and sumber kekuatan untuk saya terus kuat hadapai ujian hebat ni

Long short story, dr suruh saya warded. Before that dia scan ikut bawah and buat pap smear and alhamdulillah baby kelihatan still comel and molek dekat dinding rahim. Tak ada tanda2 nak keluar selain saya yang still tengah bleeding. Dr kata mungkin bahagian penempelan dia yang berdarah sebab long drive and buat kerja berat. So this is a threaten miscarriage which can be a 50-50. 


Ni lah rupa pap smears tu kalau nak tahu. Dia masuk ikut bawah untuk tengok kat dalam  heheeeeee

Ni pulak alat untuk scan melalui lubang peranakan. Its hygienic jangan risau sebab dr akan sarung condom dekat alat tu

Scary kan tengok alat2 dia? Tapi masa tu saya cuma fikir anak dalam perut je and nak dia sihat. Plus saya fikir buat ni lillahiataala je la. Allah cipta golongan hawa untuk melalui semua benda ni yang mana golongan adam tak perlu pon. Ni baru proses luaran belom proses kejadian didalam kandungan. Bertapa hebatnya kejadian seorang hawa yang Allah cipta subhanallah.  

Okay berbalik kepada dr tadi. Dr suruh saya warded sebab dia nak monitor closely and nak saya totally bed rest. I still remember when the first time ever dr kata dia nak scan ikut bawah and ask me to baring atas tilam and bukak kaki, i was like,

"Dr nak masuk benda tu ke dalam saya punya tut? Dr nak tengok saya punya ke? Aku dah cukur ke belom eh?(dalam hati) Dr nak tengok darah dekat pad saya? Takpe ke? Tak geli ke?"

Maaf sebab kedengaran agak geli dan open tapi tu lah yang sebenarnya jadi huhu. So malam tu bermalam lah saya di dalam ward. Banyak nyamuk pulak tu haha


Mami in baju ward hihi time ni awak duduk elok2 je dalam tu good good. Mami tak sakit pon. Ayah yang ambik gambar ni mesti dia rasa kita dua comel kan in this outfit :p


Esoknya dipendekkan cerita, dr lagi sekali nak buat scan sebab dia tak puas hati dengan dr yang scan semalam katanya tak nampak jelas. Okay takpe lah ikutkan je. Masa dr nak scan tu husband dah datang melawat dah but saya suruh dia balik dulu sebab takut lama. Then again dr scan ikut bawah. Harini also the result macam yesterday cuma lebih clear. Tapi lebih sakit. Dr yang buat harini masyaAllah sakit sangat tak gentle langsung compare to dr yesterday. Tapi saya hanyu mampu tersenyum. Ingat lagi nama dia. Dr Dina. Bekeng gila

Lepas dia scan tu banyak gila darah keluar i remember. Ya Allah terkejut gila tapi macam tak fikir sangat sebab memamg tengah bleeding pon even semalam pon bleeding tapi takde lah macam ni. Takpe lah. Then as soon keluar je dari bilik scan tu saya dah start rasa masyaAllah sakit gila dekat ari2. Terus pergi dekat katil. Kakak katil sebelah sempat ajak sembang, saya layan sekejap then mintak izin nak baring. Masa tu masyaAllah sakit hanya tuhan yang tahu. Tak pernah dalam hidup saya rasa sakit yang macam tu sekali. Tangan ni duk capai apa yang dekat. Besi katil, bantal, cadar tilam, baju sendiri apa apa je lah yang termampu. Gigit tudung lah gigit baju lah. Almost an hour jugak lah rasa sakit tu and out of sudden hilang. Perumpamaan sakit dia dari skala 10 then terus jatuh ke 0 dengan tiba2. Serious. Tapi masa tu terus ter tidur sebab letih sangat. Tersedar bila nurse kejut suruh sign borang discharge sebab memang pagi tu dr dina dah bagi kebenaran untuk discharged pon before scan. Lpeastu sambung tidur balik then terbangun sebab husband kejut ajak discharged 

Masa jalan otw nak pergi toilet tukar baju tu, tiba2 rasa macam ada benda keluar dekat bawah. Tapi masa tu tak fikir sangat pon. Masuk toilet check panty terus ada seketul macam daging tapi bukan daging, macam perut ikan tapi bukan jugak. Tak tahu nak cakap macam apa tapi yang penting dia besar half tapak tangan saya. Benda tu tergantung tak jatuh. Takut nak tarik masa tu sebab takut baby terkeluar. Actually masa tu saya fikir yang benda ni is darah yang punca saya bleeding. So bila keluar ni lega lah sebab okay finally dah tak bleeding and my baby is sihat alhamdulillah. Bila picit benda tu rasa kenyal2. Then saya pon just sembur air bagi dia jatuh then flush. Haha


Then lepas tukar2 baju tu only then i realize, tah tah yang keluar tadi baby. Tapi serious masa tu tak nangis langsung sebab entah lah. Maybe hati dah start redho kot since bangun pagi tadi. Sebab husband keep on cakap dari first day of bleeding lagi



"Takpe sayang kalau still bukan rezeki kita. Allah tu dah susun elok2 dah rezeki hamba dia. Ada hikmah semua ni jadi. Yang penting abang nak awak selamat and abang still sayang awak walau apa pon jadi"


Mula2 sedih bila husband keep cakap macam tu sebab i nak baby selamat. Tapi bila fikir2 balik, and mama pon cakap 




"Kalau dia nak jadi, buat lah macam mana mana pon panjat gunung ke melompat ke, dia akan jadi jugak"


Betul jugak kan. So saya anggap tak ada rezeki lagi. Allah bagi pinjam 8 minggu nikmat ni pon dah bersyukur sangat2 ya Allah walaupon baru sedar 2 minggu yang lepas. Perasaan tu rasa macam lama sangat dah bawak baby dalam perut sebab each day rasa macam jatuh cinta. Rasa lebih kuat, rasa lebih bersemangat. Entah lah nak cakap macam mana. Susah nak describe



Gambar mami google. Macam ni la rupa awak masa tu sayang. Exactly. See the tali pusat? Situ la tempat awak makan huu

So kami pon discharged lah from hospital dengan note discharged mengatakan yang kandungan saya still sihat sedangkan baby baru je keluar huu. Ramai tanya kenapa tak inform dr. Saya dah inform nurse tapi dia macam berdolak dalih sebab yelah note discharged dah keluar maybe dia malas kot. Saya pon actually taknak kena tahan lagi so keluar je la huhu hashtag jangan kecam. Bagitahu husband pasal insiden dalam toilet tadi, dia terkejut tapi dia senyum tawar je. I said i takmau dah duduk ward, nak balik. Then dia pon pasrah je lah bawak wife dia yang degil ni balik

Esoknya husband bawak pergi klinik ibu dan anak untuk check and scan. As predicted, memang baby dah tak ada. Huu. Dr suruh pergi buat dnc a.k.a cuci rahim dekat hospital but i taknak sebab ramai orang kata sakit. So dr pon just bagi saya ubat cuci rahim and beberapa antibiotik. Dia pesan suruh pergi check lagi seminggu dekat klinik untuk tahu kalau darah lebihan tu still ada. And yes selama seminggu tu saya consume ubat and never in my life makan ubat sebanyak tu dalam satu masa haha


See how banyak is that? 

So sekarang i can feel that my body is no longer like before. Duduk kejap dah sakit pinggang. Jalan lama sikit dah sakit. Tapi kakak2 office semua kata badan masuk angin kalau macam tu sebab saya tak pantang hehe. Semua pesan kena jaga makan macam orang beranak at least elak ais and benda2 sejuk tapi nia memang degil. Bila dah kena macam ni baru padan muka. Tapi alhamdulillah haritu pergi urut amik package bersalin badan rasa ringan sikit. Actually sebelum balik ke penang from terengganu haritu pon mak mertua ada cari tukang urut suruh urut. Makcik tu puas bebel suruh pantang jaga makan apa semua haha. Lepas urut second time ni terus pantang ais sebab bisa badan seriouss sakit tak tau nak cakap

Oh masa saya cerita dekat kakak2 office detik2 kesakitan yang amat sangat time dekat ward haritu, diorang cakap macam tu lah rasa beranak. Sebab masa tu pintu rahim tengah terbuka and baby nak keluar. Tu bukan sakit senggugut tapi sakit beranak. Then saya terbayang, kalau baby yang besar separuh tapak tangan pon sakit macam tu, macam mana rasa sakit keluarkan baby yang berat 3kg. Subhanallah. MasyaAllah wanita memang hebat

Doakan nia sihat seperti sediakala. If ada anyone yang gigih baca sampai habis, tahniah ye haha. Saya tulis sini sebab taknak benda2 ni semua hilang dari memori. Walaupon my baby still tak ada heartbeat lagi tapi saya harap sangat yang one day tak kisah lah dalam mimpi or di syurga yang saya akan jumpa dia insyaAllah. Semoga lepasni saya diberi rezeki untuk mengandung lagi dan diberikan nikmat menjadi ibu insyaAllah amin. Semoga kita semua di kurniakan rezeki yang melimpah ruah aminnnn












No comments:

Post a Comment