RANDOM

Hallo,

Alhamdulillah bulan April dah kita. Pejam celik je kan rasa sekarang lagi2 zaman covid ni. And pejam celik jugak dah almost 5 bulan saya jadi housewife. MasyaAllah kejap je rasa masa berjalan. Sebenarnya tak plan langsung pon nak jadi SAHM. Masa tender resign letter tu semata sebab nak rehat sekejap je and transition to new company. Rehat sebab 3,4 bulan sebelum resign tu i experienced satu level of anxiety yang i can barely heard my heart pumping. Rasa berdebar2 yang nak bernafas pon susah. Tapi bila pergi check dekat klinik, my heart rate was just normal in fact oxygen pon 99/98 macam tu. Doctor kata mind set je sebab banyak sangat berfikir. Ye sis i memang berfikir banyak gila masa tu. Like memang perempuan ni semula jadi otak dia suka fikir banyak benda dalam satu masa kan, tapi that time was more than average for me

Salah satu penyumbang is rasa bersalah on my own daughter. Rasa macam diri ni tak cukup jadi ibu yang baik untuk dia. Tak cukup bagi perhatian. Tak cukup bagi susu (since masa tu my milk production started to drop). Tak sukup bagi kasih sayang. And semua la u name it. Semua i rasa tak cukup. Ceritanya sebab i was raised by a housewife. My mom is a fully stay at home mom. Semua makan pakai kami adik beradik cukup. Lengkap. Kasih sayang yang sentiasa ada, i mean, balik sekolah je mama dah ada depan pintu. Selalu masakkan. Tolong bebel kalau tak buat kerja etc like that. 

So when it comes to my turn, i rasa macam teruk gila bila tak boleh bagi semua tu dekat my own daughter WALAUPON benda ni i dah expected akan berlaku. Sebab memang dah tanam dari masa zaman sekolah lagi yang one fine day i wanted to be a working mom. I want to work. Bukan sebab siapa2 tapi sebab diri sendiri. That is my ambition. My ambition is i wanted to work. Camtu. So i guess my mental is not that strong maybe. Okay la for that time being.

Nak jadikan cerita, sehari selepas final day dekat office, terus saya jadi lembik yang maha dahsyat. Badan jadi ketar2 sejuk gila sampai kena pakai sweater and socks tengah2 hari buta. Malas nak pergi klinik masa tu sebab segan dengan doctor asyik2 muka ni je pegi klinik. Habis dah klinik area rumah ni saya rotate haha. I taught masa tu sebab sedih je. Yelah, i feel defeated dengan diri sendiri sampai letak surat resign on my position. Tapi benda ni berlanjutan sampai berhari2. Pelik sebab nia bukan lah seorang yang teruk sangat meratapi sesuatu sampai melepet macam tu sekali. Then i terfikir sesuatu. Adakah aku pregnant?? Sebab bila pikir2, dah seminggu delay period.  OHNO

Beli pregnancy test diam2 tak bagi tahu naim. Balik rumah terus test. Kurang seminit nak tunggu result tu rasa macam berminit minit dia punya nervous. And the result was negative. Fuhh terus rasa lega yang teramat sangat. Then teringat set sauna beli haritu. Keluarkan dari kotak and pasang. Sebab nak panaskan badan kengkononnya. Lepas sauna konon2 macam dah elok la. Reward diri jalan2 beli makanan. Masa tu hana school. Tapi esoknya 'sakit' tu datang balik. I started to feel the same lagi sekali. Malas pikir, so kita pon layan je la. Maybe badan bagi signal suruh rehat la kot. Me time. Selama ni kerja. Sekarang boleh baring2. Hana school. So nikmat apa yang engkau dustakan. Gitu

Nak dijadikan cerita, seminggu selepas tak kerja tu i decided nak try buat UPT lagi sekali sebab pelik sangat dah 2 minggu delay period. This cannot be happen since saya bukan jenis period yang irregular since dulu. This time beli sama2 dengan naim. Balik rumah, test. Andddd, the result was positive. Im pregnant omaigod.  Masa dapat result tu in denial gila. Terus nangis. Nangis bukan sebab apa tapi again sebab pikir Hana. Ya Allahhh dah lah selama ni memang aku rasa diri ni ibu yang teruk untuk dia, ni dah pregnant pulak lagi la teruk. Member belum masuk 2 tahun pon lagi. Susu badan pulak tu. Down gila2 time tu serious. Naim pon nampak kecewa jugak since kitorang memang dah plan nak bagi hana adik at least bila hana dah 2/3 tahun camtu.

Tapi tu lah. Semua yang jadi ni Allah yang aturkan. Kita hanya merancang. InsyaAllah everything will be okay :) Tapi bila tengok balik keadaan saya compare masa kerja dulu. This time lebih terurus. I mean masa pregnant. Even Naim pon cakap macam tu. Semua benda lah in term of diri sendiri, rumah, makan kami laki bini and even now dah ada toddler ni. Dulu masa Hana baby, boleh category life is good jugak lah sebab dia jenis easy going baby. Tapi ni dah start nak masuk 2 tahun masyaAllah mencabar ya :')

Again to mention, we both laki bini sebatang kara je dekat sini. Sakit Hana, elok Hana or even sakit elok both of us memang kami berdua je handle. So memang sangat mencabar keadaan dia. Hana pulak hantar taska. Bukan pengasuh. Kalau pengasuh tu maybe boleh la kurang sikit beban sebab kita ada seseorang yg rapat dan boleh tolong2? I dont know? Tapi rasa sama je kot. Pengasuh tu still someone yg kita kena respect as a person yg jaga anak kita waktu kita bekerja. Bukan 2nd mom/people to rely on. So yelah. Sama je :')

Alhamdulillah for all the good and bad. Especially all the blessing :) This post is credit to my husband who always supported in whatever things i wanted to do. Dari berhenti kerja, sampai la hobi bercucuk tanam yang suam2 kuku tu hahaha. Now dah hobi nak mengemas dapur dan peti ais ala2 tiktok pulak. Sabar la ya. I love you :* Semoga Allah kurniakan rezeki seluas lautan untuk awak. Terima kasih jadi suami dan ayah yang baik buat anak2 kita :)



No comments:

Post a Comment