Friday, February 21

BANDUNG 2


Okay jom sambung pasal Bandung haritu..

Lepas dah breakfast tu then kitorang pon teruskan perjalanan. Oh lupa. Makan nasi padang. Ehem nasi ye nasi. Saya jenis tak makan nasi pagi pagi ni sebenarnya tapi dah sampai negara orang kan, so try je lah. Not bad makanan dia. And the price also sangat murah. Cliche lah kan harga murah ni so nothing new. Just kalau dekat sana, diorang akan sediakan air suam wajib untuk setiap orang. Kalau nak air lain, order lain. Kira sihat lah kan minum air suam? Good good

So hari pertama sampai tu kitorang terus pergi tengok gunung berapi. Cadang nye nak ke Tangkuban Perahu which is tempat wajib tourist kalau ke Bandung. Tapi that time, tiba tiba gunung berapi tu active pulak so Pak Gunawan tukar plan bawak kitorang ke Kawah Putikh. Still gunung berapi. And of course nama pon gunung kan, so the temperature masa naik tu rises as the height increasing. Best lah feeling2 sejuk ni. Tapi Bandung memang sejuk pon tapi tak ada lah sejuk melampau kira 24-25 degree celcius macam tu lah


Map from Bandung to Kawah Putikh. Plus minus, 2jam jugak lahh

Dekat atas tu subhanallah sumpah cantik gila sampai tak terbayang nak cakap macam mana. I mean dekat Kawah Putikh tu lah. I wonder, macam mana kawasan yang merbahaya, yang penuh dengan berlerang, yang bila bila masa boleh meletup boleh cantik sampai macam tu sekali. I dont know how to describe. Allah Maha Besar


Abaikan muka kami. Tengok belakang tu. Air dia kaler biru kan? And the belerang kaler putih ke kuningan

Ni nampak sikit kot kaler air tu. Heheu
Us! :) Nampak tak ke modelan saya compare dengan all the girls? :p


So dekat atas tu ada something yang cool tapi tak berapa nak cool. There this people yang suddenly datang dekat kita and tangkap gambar kita tanpa disuruh with their camera and print it out of nowhere and ask us to buy. What the lah kan? Tapi macam tu lah keadaan dia. Lagi tambah teruk kalau masa nak bergambar ramai2 macam gambar last dekat atas tu. Then these cameraman yang desperate ni will berebut nak amik gambar jugak. Diorang dalam 3,4,5 orang. Each of them got their own camera and printer instant dekat tangan. Lepastu paksa2 suruh beli dekat diorang

Then lepas dah lama dekat atas tu, kitorang pon decide nak turun since Puan Mas dah start rasa semput. Bau belerang dekat atas tu kuat sangat. Mata saya sampai tak boleh bukak since I wore lenses that time. Sebelum turun tu kitorang pekena strawberry juice dekat cafe atas tu. Diorang pilih strawberry juice but since saya tak minat strawberry, I decide to try teh halia. Dekat sana panggil ape tah lupa. But the taste is super kaw tak tipu punya. Kalau minum tu tipu lah tak kentut. Sampai macam tu sekali. Hahaha

The strawberry juice pon kaw. 80% buah, air 20% je. Memang rasa strawberry betol2. There my drink. Cawan kecik tu :p

Tapi saya minum sikit je sebab tak tahan rasa kuat sangat. Lepas dah minum tu, kitorang pon turun lah gunung tu. Sepanjang perjalanan, pemandangan subhanallah cantik gila sampai nak menangis tengok. Kitorang nonstop menjerit dalam van siries tak tipu. Sebab Pak Gunawan bawak lalu jalan ladang teh. And the view is soo awesome. Saya berani cakap pemandangan dia lagi awesome dari ladang teh dekat cameron. Tak tahu nak describe macam mana. Then we decided to stop and enjoy the scenery. 

Disebab kan kaki masing2 gatal, so as soon as turun je dari van, semua berlari macam budak kecik masuk ladang teh yang subhanallah cantik gila tu

Tengok langit pon dah nampak sejuk kan? :) Ladang teh yang sejauh mata memandang

Then before sampai Bandung balik, kitorang berhenti dekat masjid area situ. Kebetulan masa tu saya tak boleh solat. Then masa diorang tengah solat, saya pergi jalan2 amik angin dekat luar. Tiba2 ada nampak satu lori ni. Atas tu penuh dengan budak2 sekolah rendah agaknya sebab semua kecik2. And they bye at me dengan bahagia nye " Byeeeebyeeeebyeee " like that. Bahagia maybe pergi sekolah naik lori. Hahaha kalau saya pon bahagia! Gila tak bahagia? Dengan lalu gunung2, dapat tengok pemandangan ladang teh yang awesome, dengan cuaca sejuk macam tu. Kids, you are so lucky

Then malam nye baru sampai Bandung balik. Malam first tu kitorang bermalam dekat hotel dulu. Marciella Hotel ke tak silap nama dia ala lupa. Haha gambar tak ada nak tunjuk

Ihsan google

Act kitorang sewa guest house. Tapi since that night the guest house still tak available sebab ada penyewa lain, thats why malam tu tidur Marciella. Tapi nice lah hotel ni. Cantik, kemas and it situates betul2 dekat bandar Bandung. Then sampai je hotel semua kepenatan. Masing2 masuk bilik masing2. Saya satu bilik dengan Ana. Then that night we decide to explore kota Bandung. Haha. Tak ramai pon pergi. Saya, Ana, Anot, Syaza and Syator. Kitorang berlima jalan kaki menikmati suasana malam Bandung. 

Cool lah. Experince yang okay. Susana dia takde lah jauh beza dengan Malaysia cuma bukan sampai tahap KL lah Bandung tu. Im talking waktu malam okay sebab banyak kedai tutup. Tapi macet tetap macet. And since bandung tu kawasan orang kaya, so the houses ada yang sumpah mewah macam hape dah. Kalau miskin tu, kedana sangat. Kalau kaya tu, kaya gila. Rumah malaysia pon kalah. 

Then we all singgah Giant. Sana pon ada giant tau. Haha. Beli snacks untuk makan malam. Kitorang borong Lays sebab harga dia jauh gila beza dengan dekat Msia. Around rm1.50 macam tu. Murah kan? And kitorang try diorang punya maggie cup. Ape tah nama brand yang popular tu. Yang cool nye, dalam maggie tu ada fish ball. Haha cool kan? Then sampai hotel je, semua tengah lepak dekat lobby. Semua nak wifi sebab dalam bilik tak sampai. Sedih hidup. Haha

My room for 1 night. Lupa nak amik elemen paling penting. Tingkap! Tingkap dia rare gila

Tamat lah hari pertama kitorang dekat Bandung. Hari kedua bersambung di next entry :)

nota kecil: Minggu depan dah masuk new sem




No comments:

Post a Comment