ENGAGED

Assalamualaikum,

Wah tiba2 my adrenaline rush nak update blog yg after so long di private ni. With a little renovation, I came out with this. Much simpler and fresh yet still kept the banner up there [ Hello I Am Nia :DD Without a clue, I found you ] sebab this is all where it started. Tahun 2011 masa foundation dulu ths blog was born so I am not going to change that. Maybe nanti later on la tukar design banner tu bagi nampak bold and matured sikit hehe. Okay thats it



Taraaa. Hahaha. Ive been engaged. Nia is off from market im sorry guys lol haha gurau je k. Alhamdulillah bila fikir balik macam tak sangka je. Its happening way to fast but everything yang jadi got its own reason. Kita manusia merancang tapi Allah swt lah sebaik2 perancang. Aturan Allah lebih baik. Tunang kepada Mohd Naim bin Abd Wahab seorang yang sangat lembut, penyayang dan penyabar. Alhamdulillah. Macam mana kenal? Kenal sebab satu office ni ha. Kenal2 je terus ajak kawin. Gila kau? Haha mula2 dulu reject jugak la tapi actually bukan reject but more to denied sebab kita baru nak kenal dunia kot. Focus aim semua tak tergapai lagi. Jangan kata nak gapai, engine pon tak start lagi. Masa tu bulan 10 tahun 2015 saya tengah praktikal lagi. Lepas tu macam taknak kawan tunang ( masa tu belom tunang la of course ) la kan so seboleh boleh elak dia sebab takut pon ada trauma pon ada. Yelah. Baru kenal nak ajak kawin. Mana tahu aku ni penjenayah ke, perogol ke ape ke kan. Dia tak takut ke? lol

I remember satu hari tu keluar dari surau nak balik bilik office, then ternampak tunang dari jauh. Cepat2 nyorok belakang pintu. Lama siket tu baru keluar sebab assume dia dah blah. Then masa otw jalan tu saya pon jalan la slow2 ala ala mengintip sebab cuak kot teserempak kat depan nun ke at least kalau jalan slow boleh patah balik lagi. Lol. Then sampai depan pintu nak keluar from area surau tu saya bukak pintu slow2 and jengah keluar kot tunang ada kat depan tu tengah sembang dengan collegues ke kan. Check kiri kanan, okay line clear dia takde. Terus saya jalan laju2 masuk bilik office. ANDDDDDD you know what haritu masa lepas tunang, encik tunang cerita balik yang dia nampak saya from the very beginning till saya keluar jalan laju2 tu. Infact, dia ada betul2 dekat belakang saya. Kahkahkah macam bengong je. Memalukan gila. Dia kata 'Betul2 nak mengelak dari abang kan?' hahaha setiap kali ingat balik setiap kali tu pon rasa nak gelak. Jalan slow2 muka cuak pastu gelak sensorang. And bila dia cakap dia nampak saya macam tu, lagi la malu. Hahaha lol. But now encik tunang dah transfer ke KL tak satu office dah. Huhu

Then malas nak panjang cerita, start kawan dengan encik tunang balik bulan 1 hasil slow talk dengan Mama, and kawan2 office. Yela diorang kata 'Tak elok buat orang macam tu. Hukum dia atas benda bukan kesalahan dia. At least berkawan je la dulu' Saya fikir balik, betul jugak. Oh macam mana mama tahu pasal encik tunang? Ha panjang ceritanya malas nak cerita haha. Then bulan 2 lepas birthday tu dia ajak kawin lagi sekali and I tak nak pening kepala fikir I suruh dia cakap dengan Mama. And he did. Terkejut jugak la sebab dia betul2 buat. And poof~ terus bersetuju. Patutnya tunang bulan 4 tapi anjak ke bulan 5. Alhamdulillah 8hb Mei is the date:) 

Begitulah alkisahnya. So semalam belek2 album lama and bukak album tunang. Rindunyaa nak bertunang haha lol. Feeling jadi princess duduk atas bantal ottomen la konon tu je sebenarnya haha takde lah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Walaupon ada beberapa jugak la yang jadi sebelum majlis tu macam baju beli salah size. Ni memang salah sendiri sebab gatal pegi beli baju tunang online kan so mendapatlah. Nasib baik lah orang yg jual tu nak tukar susah payah jugak la yakin kan dia yg baju ni penting nak buat pakai tunang. And the color also actualy bukan color yg disukai but lepas dah pakai dekat badan sendiri automatic jadi suka dengan baju sendiri. hehe

Lepastu masa malam masa pasang pelamin tu lampu pelamin saya ada satu tak menyala. Worst case orang yang pasang pelamin tu dah balik dah masa sedar tu. Terus cepat2 call kakak pelamin tu nasib baik la kakak tu sanggup patah balik and bawak lampu tu pi repair ya Allah dupdapdupdap jantung cheq time tu. So buat bakal2 penantin out there yang nak selamat, suruh la orang pelamin tu test segala mak nenek lampu yg diorang provide utk mengelakkan masalah2 sebegini ye. But in the end semua nya alhamdulillah selesai. 

Majlis kecik je kami 2 keluarga total around 20 orang. Memang tak rasa nak buat kenduri sebab senang tak nak susah2 kan orang kena datang jauh2 lagipon buat hari ahad. Lepastu lepastu lepastu yang syoknya masa saya kecik2 saya ada berangan nak at least satu dulang hantaran tak kisah la masa kawin ke tunang ke from air tangan saya sendiri and I did. hihi. So satu dulang tu saya khas kan untuk biscuits. And saya buat 3 jenis biscuits semuanya. It is really a something for me bila berjaya buat camtu. Penat kot buat. Dah la ada ada satu hari je untuk settle kan. Nasib baik sempat maklumlah amatur. Kalau pakar, sekelip mata je 3 jenis tu hehe. And alhamdulillah Aunty Fida sponsor 2 dulang from 5 dulang. I love all my hantaran. Before ni duk pakat tengok orang punya je now bila tengok sendiri punya rasa lain macam je happy dia :)




Dulang 1. Buah buahan all red
Dulang 2. Three types of biscuits
Dulang 3. Four types of small chocolates
Dulang 4. Cute chocolate fondant cupcakes
Dulang 5. Pink flower chocolates bouquets

Cute kan? Oh dulang tu saya sewa sekali dengan bridal pelamin. Mini pelamin rm330 termasuk charge penghantaran, 5 dulang worth rm10 setiap satu warna pink yang sangat cute and free of charge hand bouquets. Then makanan guna service Mak Lan aka Lidiyana Cafe. Kalau orang penang belah pulau area Tanjong Tokong, Tanjong Bungah ni sebut mak lan je depa tahu la. Makanan memang superb sedap sape yang dok pakat nak mai Penang tu boleh try makan kat kedai mak lan ni. Ikan terubuk dia gila sedap nak meninggal. Boleh google Lidiyana Cafe sebab kedai ni masuk channel AFC tau. Masuk kat tripadvisor jugak. Haha promote kemain

Pastu my goodie bag. This is my fav. Surah Yaasin sekali dengan bag inside got kotak and tasbih dapat 2x custom sticker. Cute kan? :)




Alhamdulillah. And the most important, I manage to use my own money for all this. Taknak mama and papa keluar even sikit pon duit. Taknak susahkan diorang dah. Cukuplah dah  susah besarkan anak diorang yg nakal ni hehe. Oh ye tak ye. Mama papa sponsor dulang buah sebab masa tu saya dah tak sempat nak keluar busy buat biskot kekeke. Saya just make sure mama beli semua buah warna merah je and all settle :)

Oh one more thing, this could be my most fav part kot. Kek!



Kek ni serious besarrrr gila. hahaha. Ingat lagi pagi tu masa tengah make up dalam bilik suddenly Mama came in bawak kek ni duk depan muka. I was terrifiedly shock (ada ke terrifiedly?) sebab terkejut tengok muka sendiri and muka tunang ada ataih kek lol. Ni semua kerja Aunty Fida and Mama. Kak Nia pon terkejut sampai air lio dia merencik jatuh atas kek hahahaha bengong. Oh kek ni Aunty Fida yg sponsor (thank you so much auntyyyy). I know nothing pasal kek ni. Tahu tahu dah ter jojol depan muka hahaha. I miss all these. Alhamdulillah Allah for this. Memang tak pernah sangka benda ni akan jadi sepantas ni. Thank you encik tunang. Doakan yang baik baik ye untuk kami :) Tapi sedih sebab masa tunang haritu tak de gambar tangkap berdua pon. haha. Masing2 segan. Wait. Nia? Segan? Lol hahaha macam tak kena kan? 

Oh bagi bakal penantin yang nak tahu actual budget yang saya keluar untuk buat this small majlis, kan personally ask me. Saya okay je nak kongsi hehe





2 comments:

  1. congrats nia, mine will be next. aaaa nervous gilaaa.

    ReplyDelete