Tuesday, October 18

18TH OCT

Haritu tak tahu lah apa semangat masuk dalam badan rasa nak pakai and own my own lipstik even seumur hidup memang tak pernah beli lipstik pon. So pergi lah saya ke drugstore berhampiran saje nak cuba cuba. Since tahu bibir ni jenis tak boleh nak lekat apa jenis lipstik pon lagi lagi yang jenis matte, so saya hanya try lip tint sahaja. Actually pernah try lip tint housemate dulu. I dont like the finishing masa tu sebab satu tak lekat, satu tak rata sebab dia hanya melekat kat garisan outer bibir je since kat situ je lah bahagian kering sikit compare to the rest of my lips. Nampak tak, kering sikit? Haha sedih

Eh tapi masa tunang haritu saya pakai lipstik okay. Matte punya lagi. Tu pon jenuh tempek concealer ke foundation tah and try cuba sedaya upaya tak jilat bibir sendiri sebab memang jenis suka jilat bibir. Tapi lepas je sarung cincin terus lantak tak kisah jilat pon jilat la haha. Main reason sebab tak suka rasa kering. Tangan pon sama. Walaupon tangan ni always basah tapi bila ada time dia tengah kering tu, saya akan pakai lotion. Bagi dia lembab. Thats why lotion is my most important thing. Dari sekolah lagi dok bawak lotion kehulu kehilir dalam beg





Tapi bila dah besar ni bijak sikit, saya guna lah hand cream. Lagi sesuai untuk tangan. Then long short story, saya pon beli lah lip tint gel base from in2it. Sebenarnya hari beli tu, hari encik tunang balik penang. Excited lah pakai cewah konon rasa diri ni cantik kan. Pakai pulak dekat inner lips je feeling2 korean look haha. Sekali bila jumpa tu terus first thing first tanya, "Cantik tak saya pakai lipstik?" And directly dia jawab "Eh pakai lipstik? Macam takde perubahan pon?" Haha sedih hati.

Sebenarnya the only reason nak pakai liptik ni sebab nak ada make up organizer sendiri. Tengok gadis remaja sekarang ada make up organizer elok cantik je meja make up diorang. Kemas lah. Jawapan tunang senang je. "La, beli je lah. Tapi tak payah pakai" Maksud dia beli je lah lipstik tapi tak payah pakai buat collection je hahaha. Amboi senang nye cakap. Kita nak beli satu barang make up yang guna pon berkira. Ni ke nak beli barang yang kita tak guna semata buat hiasan. Tapi tahu dia saje perli sebenarnya hahaha

At the end of the day, saya cuma pakai lip tint tu 2 kali je. Sekali masa beli, sekali masa kenduri kak nia. Tu pon masa awal pagi je. So mengeras lah lip tint tu kat atas meja haha



Ni je la skin care and make up collection saya. Huhu sedih. Its okay. Pelan pelan kayuh. Pelan pelan belajarrr





No comments:

Post a Comment