Tuesday, October 4

4TH OCT


Lama dah rasa nak update pasal benda ni. "Penang Drivers". Haha. The screenshot tu saya dapat from this article http://says.com/my/lifestyle/kl-drivers-in-penang . Bila baca tu memang rasa nak gelak sebab memang betul pon plus dengan gambar yang dia letak memang sangat kena dengan situation haha. Since saya ni bukan orang penang and baru je nak ber mastutin after 6 tahun family berkampung dekat sini. Oh Penang di sini merujuk kepada island ye. Bukan main land. Tapi lepas baca comment2, ada lah beberapa insan yang kurang setuju dengan article ni. Dia cakap "Mana ada orang penang drive macam orang gila. Orang penang drive slow" Haha well tu lah yang sebenarnya yang berlaku here in penang wahai encik. Sebab kan jalan dekat penang ni sempit and banyak one way, so susah untuk bawak laju dalam pulau ni. Kereta ferrari pon jalan beriringan dengan kancil kat sini cam mana. Plus takde pon cakap orang penang drive laju

So after saya pikir pikir balik, satu je sebab kenapa driver dekat penang ni macam yang dalam article tu cakap. Sebab penang ni kecik kot? Pulau kan. Lepastu penduduk padat. Kereta banyak. Sebab kan penang ni kecik and penduduk padat, so jalan pon jadi kecik and banyak jalan satu lane. Thats why culture driver dekat sini abit ganas. Okay bukan ganas yang ganas. Tapi ganas yang 'ganas' keke

Orang sini ni diorang sangat rasa diorang cukup laju so diorang pon drive lah dekat lane paling kanan padahal bawak 50km/h je pon. Bila potong sekali nenek2 tak pon amoi huhu. Plus orang sini suka tukar lane sesuka hati sesedap rasa diorang je. Sebab kan penang ni satu lane, then selaluuu jem. Then penang ni pusing kot mana pon boleh tembus sebab jalan2 dia semua connected so banyak option jalan untuk ke sesuatu tempat tu (bagi yang tahu jalan tikus ni la) so bila diorang sangkut jem then diorang terfikir jalan lain, so dengan sekelip mata diorang ubah lane diorang tanpa tengok kiri kanan. So bila berhadapan dengan manusia macam ni bawak2 la mengucap memang for sure maki makian akan keluar jugak haha 

Then sebab kan keadaan muka bumi penang yang kecik ni so kawasan parking pon amatlah terhad. Ada parking. Tapi nun jauh kat hujung dunia. Kalau nak gi makan tu, otw balik ke kereta tu boleh makan satu bungkus nasi lagi haha okay tipu. So sebab kan parking terhad, thats why pemandu kat sini sukahati nenek je parking ikut mana diorang suka. Bak kata orang penang, "kalau boleh depan hidung nun depa parking" >.< So jalan yang supposedly 1 lane boleh jadi 2 lane sebab kan manusia2 macam ni lah haha. Okay la maybe dekat negeri lain pon macam ni kan sebab ni boleh kira masalah attitude lah jugak. Tapi kena ingat. Jalan dekat penang ni kecik so bila sorang makhluk buat hal, dia akan meleret ke belakang and silap silap boleh jadi satu penang jem hahaha okay tipu lagi. Macam tu kiranya perumpamaan dia. Jalan kecik

Oh satu hal kesinambungan cerita atas tadi, masaalahnye kalau kita bagi signal nak tukar lane, orang kat sini bila nampak je signal, lagi depa turbo tekan minyak laju nalaa. Haha. Patutnya kita bagi la laluan kan? Ni makin nampak signal makin depa tekan minyak adoi la. Sebab dalam pulau ni mengamalkan konsep "aku dulu, kau duk situ diam diam aku busy aku nak cepat kau tak de benda pon nak rushing" Gituuu. Lagi kalau nampak plat W hah. Makin suka depa kacau. Salah sikit je hon tak hengat. Kalau depan traffic light tu lampu hijau baru je tukar tak sampai 0.2 saat dah hon kemain suruh jalan. Hahaha harem tol

Satu je tips untuk drive kat penang ni dengan jayanya. "Be like them". Keke kita ikut cara depa nescaya kita survive haha. And mata tu mesti kena alert dekat lampu belakang kereta and tayar kereta. Untuk lampu belakang ni sesuai untuk lalu jalan sempit. Sebab kadang2 out of sudden ada kereta nak keluar dari tempat parking. Tak ke terkejut. Depa nak reverse tu mana tengok belakang. Suka hati nenek je. Kalau yang pasal mata alert dekat taya tu pulak masa tengah drive dekat kawasan lapang sikit. Tempat kereta laju laju. Sebab macam saya cakap atas tadi. Depa suka tukar lane out of sudden. yang lain2 tu macam biasa lah kan. tengok cermin sisi semua tu. Motor kat sini lain macam. Kita yang bawak kereta kena takut dengan motor okay. Bear in mind tu anak anak. Sebab dekat sini, raja dijalanan ialah moto. haha 

So saya berani cakap, sape yang biasa drive dekat penang, campak mana mana pon diorang boleh bawak. Takde hal. Apa apa pon, saya bangga jadi warga penang haha. Takmau balik KL dah. Nak duduk sini. I love penanggg





No comments:

Post a Comment