Friday, December 9

9TH DEC

Last 2 days tiba tiba fan girling mood kembali menguasai diri i dont know why haha. Oh this is about kpop I remind awal awal keke. Exo Kai is my definite bae. Eh silap silap. Kai number 2. Number 1 Taecyeon 2PM. Both suka sebab diorang sangat manly and tinggi and kulit gelap tak putih sangat macam others korean. Tapi rasa gelap diorang tu maybe putih lah kot untuk malaysian kan? Haha entah. Yang penting tak jambu la. Ada beberapa entry cerita pasal diorang dalam blog ni tapi tak sure yang mana 

Ya Allahh umur dah 23 nak masuk 24 dah nia masih ada lagi fan girl mood ek. Dulu pernah berangan nak pegi korea then nak pergi SM Building (tempat artis artis SM berlatih) lepastu nak buat buat jalan depan tu mana tahu boleh terserempak dengan Kai. Sama jugak dengan bangunan JYP. kakaka lol


*** Tamat cerita kpop ***

So alhamdulillah kita dah pon masuk ke bulan yang terakhir untuk tahun 2016.This year is so much a dreamlike year for me. My most await year. Memang dari kecik lagi saya tertunggu tunggu umur 23 tahun ni sebab saya dah buat kira kira yang I'll be finishing my degree at the end of 22 and will start working at the age of 23 and so yeah alhamdulillah here i am. Graduated and working at the age of 23. Banyak impian saya tercapai tahun ni alhamdulillah. Salah satunya dapat contribute something dekat family which is I start langgan streamyx and pasang dekat rumah since before this tak ada keperluan pon pasang internet kat umah but now kesian mama duduk sorang2 semua orang dah takde so why not. Belikan perabot baru untuk rumah. Spent my first gaji belanja family makan dekat Seoul Garden omg i still remember that day :') My first thing first dengan duit gaji tu is belanja diorang makan. Bukan beli topap ke bayar bil talipon ke bayar duit minyak ke. Nope. How excited I am time tu : )  Boleh bagi mama duit every months (this is my major cita2 even tak seberapa) Oh finally saya ada lesen kereta this year haha after susah sangat selama ni nak amik. Anddd I can buy me my own fav thingssss

Tapi yang paling saya tak sangka, tahun ni pon saya bertunang wuhuu. I still remember the night when naim once again asking me to marry him after the first proposal ditolak dengan kejam nya (haha tak kejam cuma masa tu terkejut and takut), saya tak fikir apa apa cuma cakap, "Kalau encik naim betul nak, cakap lah dengan mama. Kalau mama okay, saya okay" Gitu tauuu hahaha. A'ah saya panggil dia encik naim dulu hahahaha. Officezoned sangat kannn? Dah nak bertunang baru 'encik' tu hilang. Tu pon lepas hari hari dia mintak tolong get rid of the 'encik' tu haha. Awkward kot panggil naim je sebab saya hormat dia as someone who senior dekat office tu. Even semua orang pon saya panggil encik. So bila tak panggil encik rasa macam panggil member member. Weird lah. Tapi okay je dah lama lama hahaha lol

So if there would ever somebody who ask me what was 2016 feels like, i would definitely say, my most long await year is my most happy and satisfied year for me aka a good starting alhamdulillah :)

Jap, tipu la kalau takde benda tak best jadi 2016 ni. Asyik up cerita happy je. Eh mestilah ada and mestilah simpan cerita tak best. Sebab semua manusia pon faced their own problem tapi yang membezakan macam mana kita handle problem tu. And macam mana support orang sekeliling kita. Alhamdulillah saya ada family, tunang and kawan kawan tak kira lah kawan study or kawan tempat kerja sekali pon yang sangat supportive and positive. cause I believe kalau kita buat baik dengan orang, orang pon akan bagi yang sama. Cakap cakap belakang tu benda biasalah kan sebab manusia is a nowhere of perfection. Memang there will be some other things or some other time yang we screw up. tapi kalau we always do good, kita takkan rasa ralat dengan orang sekeliling. If we ever feels so, check balik diri sendiri. It will always about diri sendiri. Jangan salahkan orang lain. If salah kan orang lain tu there might be something wrong with yourself. Ni apa yang saya pegang la. Im not judging anybody based on my personal pegangan okay. Lain orang lain

So yeah dah boleh dah ni start fikir azam 2017 :)












   


No comments:

Post a Comment