LOVE

Alhamdulillah 2018 dah kita, a year older and wiser. Tahun dimana saya meningkat ke usia 25. A number that i can never imagine i wanted to be haha boleh tak? Normal ke ek? Yelah, lately ni i started to feel some sort of changes with my system badan. Ada lah beberapa yang tak nak la list out dekat sini sebab macam tak elok pulak. Tapi husband kata tu maybe sebab haritu saya pernah gugur so thats why lah kot. Ada betul nya jugak bila fikir fikir balik and bila google, yes memang normal pon. Gugur ni sama je effect dia dengan bersalin so ye lah. Takpe lah, nama pon dah kawin. Badan tak sama dengan zaman2 anak dara dulu. But it makes me more cautious la dalam bab2 kesihatan ni. Makan, lifestyle, everyday routine. Semua lah

Husband beza umur 10 tahun 3 bulan dengan saya. So fragile2 badan saya, i believe dia lagi fragile lah kan. Tapi haritu we both ada buat complete health screening dekat hospital. And alhamdulillah my husband is all sihat. Cholestrol ke, gula ke, heart ke, pancreas ke, lung ke, mata ke. Alhamdulillah. Kiranya untuk umur 35 tahun ( did health screening on December, 2017) my husband is considered a very healthy man. He was a smoker. A very heavy one. Stock rokok tak pernah putus siap buat stock lagi. Bawah seat kereta, dalam box motor, dalam bilik, everywhere lah. Name it. Tapi dah berhenti dekat 4 tahun if im not mistaken, and now paru paru dia already function like normal people who never smoke. Alhamdulillah im so proud of him. 

I once asked him, what makes you quit smoking. Dia kata dia berhenti atas kesedaran diri sendiri. Tak ada siapa2 paksa pon. And again nia being nia. I eleh eleh dia, kot lah time tu ada girlfriend yang suruh ke kan? Haha (I never knew about his past sebab he never tell and dont want to tell pon. Even he dont ask me about my past :) ) And nope dengan tegasnya dia cakap tak. Memang kesedaran berhenti merokok tu datang sendiri sebab katanya membazir. Yes my husband very value his money. Money = barang2 dia. Sebab dia bukan dari family senang, so he never had what he had today thats why dia sangat2 value semua barang2 dia. Kita skip pasal my husband value his belongings,,,

Nak iklan kejap. Guys, this entry is nothing worth to read just me being me yang suka capture moments. Huhu

Okay sambung, nak cakap pasal health screening dulu. I recommend who ever read this, pergilah buat health screening. Tak perlu buat dekat hospital swasta pon takpe, pergi hospital gov pon dah okay. Kesihatan badan ni kita tak boleh jangka. Its okay guys, kita check dari awal. And paling penting, know your body. Even the slightest changes on your body tolong lah take note and try cari punca dia. Takpe lah orang kata kita health cautious pon yang penting kita sihat insyaAllah :) 

Okay habis pasal health screening. 

Semenjak dah kawin ni, saya macam risau sikit nak update apa2 dekat social media. I mean, anything related to my husband sebab kadang tu kita tak sedar apa yang kita tulis tu secara tak langsung boleh bukak aib suami. Husband selalu pesan, susah mana pon, sedih mana pon, koyak mana pon, jangan bagitahu dekat public. Niat kita memang nak cakap lain, tapi orang lain boleh baca lain. Manusia kan tak sama. Sebab dia tahu wifey dia ni typical generasi Y yang suka main social media. Thats why. My husband is my biggest stalker. He'll check my social media everyday lagi2 insta story. Setakat ni ada 2 ke 3 insta story yang dia insist suruh delete sebab dia rasa benda tu macam aib kan dia walaupon i rasa benda tu comel haha. Tapi sebagai isteri yang solehah, i delete jugak la of course >.<

Everytime i look at my husband, especially time dia tidur ( cz i jenis yang tak boleh tidur awal) saya akan fikir. What did i do in my past that makes me deserve this wonderful man. He is everything that i picture as a husband not a long time ago. Now that i married him, i fell in love more and more lebih dari apa yang i could ever think. 

Allah swt sangat adil guys. He gave everything that we need not everything that we want. Always remember that. He gave everything that we need. We need :)

Tapi secara tak sengajanya you'll realize that jodoh yang Allah swt dah aturkan tu is also everything that you ever wanted. It happen to me. Since i kawin dengan husband boleh dikira tak kenal lagi hati budi masing2 kan. I kenal dengan family husband pon on the day of our engagement. Hari tu baru jumpa and kenal2. Padahal guys, family spouse is so important okay. Sebab kita bukan kahwin dengan anak dia je. Kita kahwin dengan the whole family jugak. Mama selalu pesan dulu2 masa sebelum kawin, kalau nak kahwin, make sure kena baik dengan mak dia and family dia. Banyak kali mama pesan. Im sure you guys pon dah selalu dengar pesanan ni. But believe me. Memang sangat betul guys. 

Alhamdulillah saya ada family mertua yang sangat2 baik. Kalau masa PJJ dulu, every week ummi will call me (my mother in law). Tak ummi call, ill call her. Sekali sembang, setengah jam paling kurang. Bukan mengumpat orang pon, cuma saling catch up masing2 punya aktiviti. Tapi sekarang since dah duduk sekali dengan husband, ummi akan call husband tp dia call tu sebab nak cakap dengan menantu dia hahaha. Sorry husband, your mom loves me more :p

My mil is so sweet. Haritu masa balik kampung, tiba2 ummi masuk bilik tapi dia berdiri dekat pintu je. Jenguk2 sikit tiba2 dia cakap "Comeynya menantu ummi nii" :'P Hahaha how  random is that? Haritu masa brithday saya, pagi2 lagi ummi dah call wish birthday " Selamat hari lahir anak ummi yang ke 25 " Ala rindunya ummi. Tak sabar nak balik kampung. My mil sangat2 lembut. Sebab tu husband i pon lembut hihi.

Catching up with life is too much to write here. Alhamdulillah dah setahun 8 bulan saya hidup sebagai isteri. Banyak lagi benda yang kena belajar, kena faham dan kena perbetulkan. Semoga kita semua diberi kesempatan untuk menjadi yang terbaik buat pasangan masing2, aminnn

On our first anniversary dinner date at Marini's on 57










No comments:

Post a Comment