OPAH ATOK

Going thru old photos, and came across gambar opah. Tepat setahun yg lalu I went to opah's house at Manjung by myself from Penang. Saje balik sebab rindu. Dulu masa takde lesen, takde kereta, tak boleh nak balik suka hati so bila dah ada kemudahan tu boleh la balik kerap sikit. Selalu kalau balik Manjung memang saya akan spent 100% time dengan opah tak buat apa pon. Tido pon nak tido satu bilik bawah kaki opah huhu. Kadang2 tu takde sape pon tahu saya balik, ayah pon tak tahu huhu.

Sekarang opah dah tak ada. Al fatihah. Rindu sentiasa rindu, dari dulu lagi selalu rindu opah so perasaan rindu tu dah macam sebati dengan diri sebab selalu pikir. Kadang tu rasa macam nak balik Manjung je tengok opah tapi teringat "Opah dah tak ada" 

Saya dengan kakak memang rapat dengan opah and atuk. Dulu kecik2 kitorang duduk dengan opah atuk sebab ayah dengan mama kerja kat KL takde sape boleh jaga. I mean, keadaan dulu sangat susah so thats the only option they had. Long short story, opah and atuk la tempat saya and kakak bermanja kasih masa mama dengan ayah jauh dulu. Petang2 atuk suka bawak kitorang pusing2 kampung naik moto. Rindu sangat. Opah suka masak lauk fav kitorang ayam masak merah. Ingat lagi atuk pernah tanya

"Sayang atuk ke sayang opah? Sayang atuk banyak mana? Banyak ni? *Sambil tunjuk sepuluh jari :'p Pastu opah balas, "Ha sayang la atuk kamu tu banyak2 nanti opah taknak masak ayam masak merah" :')

I remember there was one night bila hujan lebat sangat malam tu, kitorang memang tido dengan opah, atuk tido asing. Tiba2 atuk datang bawak bantal and selimut nak tido sekali dengan kitorang sebab atuk takut guruh. Atuk letak bantal sebelah opah lepastu opah letak bantal peluk dekat tengah2 antara diorang. Pastu atuk kata "Tengok dik, opah dah tak sayang atuk" :') Nangis rindu

The last time I met atuk I think when I was 7/8 years old. Masa tu dah tak duduk dengan opah atuk, kitorang dah duduk Puchong. Masa tu papa bawak kitorang balik kampung. Masa dah nak balik Puchong tu, saya peluk atuk lamaaaaaaaa sangat. Like lama gila. Lepas peluk, dah masuk dalam kereta lepastu boleh keluar lagi sekali sebab nak peluk lagi. Tak tahu kenapa. Atuk pon nangis masa tu. Rupanya masatu kali terakhir kitorang jumpa atuk. And the moment kitorang dapat tahu atuk dah tak ada tu lepas beberapa bulan atuk meninggal. Sedih gila masatu. Nangis berdua dengan akak masa nak tido sampai basah bantal. Yela, dulu mana ada talipon kan. Atuk meninggal 18 September 2001

Tapi alhamdulillah masa opah hembuskan nafas dia yang terakhir, saya sempat balik. Opah meninggal hari Sabtu 29 September 2018, tapi hari Jumaat tu bila dapat info dekat group whatsapp kata opah dah tenat, hati saya dah tak sedap since diorang kata lebih baik anak cucu semua balik. So amik half day, call naim suruh half day jugak, time2 tu jugak ajak balik Manjung. Tapi kitorang sampai dah maghrib macam tu. Terus ke hospital jumpa opah. Opah dah tak larat sangat2. Apa pon tak respond. Opah hanya akan respond kalau kita mengucap kat telinga dia je. And ajak dia mengucap sama2.

Sempat ajak opah zikir and mengucap sama2 and opah ikut. I remember  I said "Opah zikir pah, opah kan suka zikir. La ilahaillallah...." Pastu opah ikut "La illahaillallahhh" Tu je opah respond. Saya sempat duduk dengan opah sampai pukul 930-10mlm macam tu lepastu kena paksa balik dengan makcik. Esok nya bangun pagi saya rasa lain macam sangat rasa sayu je tapi macam ignore kan perasaan tu sebab fikir nak tengok opah je. Siap cepat2 ajak naim pegi hospital. Tapi malangnya guard tu tak bagi masuk sebab belum waktu melawat and currently dah ada orang teman opah dekat atas. Tapi makcik2 insist suruh saya naik cuma masa tu saya fikir ada nenek sedara dari jauh yang datang so rasa macam bagi la chance dia tengok opah dulu, saya boleh duduk lama lagi sebab memang dah kata nak cuti dekat bos. So takpe la.


Pukul 12.30 tghari tu dapat whatsapp kata opah dah tak ada. Berlari saya naik atas tak fikir apa dah. Sampai2 je dekat ward, penuh sedara mara nangis and katil opah masa tu dah bertutup tirai. Tak pernah seumur hidup saya rasa macam nafas tu ada dekat hujung2. Macam mana ek, dia macam rasa nak sesak nafas tapi nak nangis tapi nak meraung tapi nak muntah tapi nak pergi kat opah, tapi pikir tak elok la pulak sebab orang dah tak ada. So saya keluar dari ward tu nangis (*read meraung) kat luar sorang2 sebab naim masa tu tengah parking kereta. Until la saya rasa macam dah back to sense only then saya gagah kan diri masuk and pergi dekat opah.

Taknak lah cerita dah. Sedih lah ala 

Long short story, alhamdulillah haritu urusan opah dipermudahkan. Lepas asar semua dah selamat pon. 

I wish I wanna write longer about my memory with opah masa kecik2 dulu tapi terlalu banyak yang agak sensitive content so tak apa lah biarla benda tu hanya jadi rahsia antara kami. Yang penting, opah is my ultimate saviour masa kecik2 dulu. And atok of course.

Now, this is back at 1st January 2018 when I was about to go back Penang. My last time spent with opah before I started my new life as a wife. I mean a full time wife sebab dah tak lagi PJJ. I love you opah. Always and forever. Terima kasih sebab sayang adik dengan akak when nobody wants us. Except our parents of course





Al fatihah,,







No comments:

Post a Comment