Tuesday, January 24

BIDADARI

Tadi saya main google2 search. Lompat punya lompat sekali sampai lah dekat site 'Bidadari Syurga'. Then adalah terbaca satu artikle ni. Macam nak share je dengan kawan2 kan:) 


Bidadari syurga adalah wanita yang dijanjikan Allah s.w.t kepada hamba hamba nya yang taat dan beramal soleh. Salah satu sifat bidadari ialah linun yang bermaksud lebar matanya serta indah mempersona. Bidadari syurga memiliki bentuk tubuh yang anggun, bau badan yang harum, bibir semanis gula, pipi bagaikan buah delima merah, mata yang menawan dan seraut wajah yang bercahaya. Para bidadari sangat cantik, manja, rindu dan amat mencintai suaminya sehingga tidak sanggup berpisah walau sekejap. Persoalannya disini, bolehkan kita kaum Hawa menjadi bidadari versi dunia? Jawapannya sudah tentulah boleh, dengan mengawal adab dan tingkah laku kita sebagai muslimah dan menjaga aurat dan cara pergaulan sesama manusia dengan tertib. Kerana bagi wanita yang solehah, maka dia merupakan ketua akan kesemua bidadari2 disyurga. 

'' Sesungguhnya para bidadari di syurga menyanyi-nyanyi mengatakan, '' kamilah wanita yang baik dan cantik, yang disediakan untuk suami-suami yang berbudi baik.''
(H.R. Abu Ya'la)

MasyaAllah:') Doakan untuk kami semua yee. Insyaallah kalau ikhlas, Allah mesti tolong.. kan?

nota kecil: Takde benda nak cakap..

2 comments: