Thursday, April 12

ALLAHUAKBAR

Kinda short entry tonight(macam panjang je). Nak update pasal gempa bumi semalam je ni. Semalam dalam pukol 5petang macam tu, ade gegaran dekat Penang. Astaghfirullahalazim, boleh kata kuat lah jugak. Time tu tengah update blog. Dah siap type dah pon, tinggal nak nota kecil je. Sekali rasa goyang2. Ingat kan pening, rupanya bukan. Semua dah tahu, gegaran semalam berpusat dekat Acheh. 8.9 skala  ritcher. Sangat tinggi sampai amaran Tsunami dikeluarkan and Penang salah satu negeri kat Malaysia yang dijangka bakal dilanda Tsunami.


Masa tahu tu, macam nak luruh jantung. Perasaan masa tu jangan cakap lah, memang ingat nak mati je. Bila pandang muka family, rasa nak menangis. Macam2 bermain dekat fikiran. Okay fine lah, mesti ramai yang cakap, bila dah jadi macam ni baru nak insaf lah, baru ingat nak mati lah. Just say what you like people. You all tak tahu macam mana perasaan bila kita tahu something big gonna happen. And kemungkinan benda ni akan melibatkan kehilangan nyawa seseorang yang paling penting dalam hidup kita which is family. Plus, mana korang tahu diorang tu baru nak insaf? Maybe perasaan tu memang ada dalam diri diorang, cuma waktu ni je sesuai nak zahir kan. Plus lagi, at least nampak lah yang diorang tu still ada iman. Takde lah macam sort type of person yang tak reti2 nak insaf bila Allah dah tunjuk macam2 petanda kemurkaan Dia. Haaaa.. Okay emosi..


Around 10 or 11 malam semalam, amaran Tsunami ditarik balik. Tapi kitorang satu family tak balik rumah memandangkan rumah kat Penang ni betul2 tepi pantai. Then, malam semalam tidur dekat hotel. But still dekat dalam pulau just jauh lah dari pantai. Tak boleh nak keluar dari pulau sebab Papa still kena kerja. Kalau dah kerja bodyguard kan, nyawa bos tu lagi penting dari nyawa sendiri. Tu lah masaalah nye. Takpe Pa, walau ape pon jadi,  kitorang tetap dengan Papa.. 


Dalam pukol 1pagi macam tu, Papa bawak kitorang balik rumah sekejap. Rushing amik baju semua. Whole way tu, semua kosong wa cakap lu tak tipuu. Tak pernah saya tengok Penang dalam dimensi macam ni. Orang takde, kedai makan tutup, lampu rumah, lampu hotel, semua tutup. Semua orang dah lari pergi Seberang Prai. Plus, masa tu pulak tiba2 kilat sambung menyambung. Guruh tum tam tum tam. Masa turun dari kereta nak pergi rumah tu, angin kuat gila. Ditambah pulak dengan kilat, guruh. Memang epic tak tipu. Sekarang bukan epic failed dah, but epic SUCCEED. Succed gila. Boleh bayangkan tak situation dia? Tak payah bayang lah, sangat takot. Lutut saya tak henti2 menggeletar dari petang sampai malam.. 


Even Jabatan Meteorologi dah tarik balik amaran Tsunami, but still kena berjaga2 jugak. Sekarang saya macam trauma sikit. Rasa macam still bergoyang2 lagi, padahal khayalan je. Apa yang penting sekarang, kena doa banyak2 dekat Allah. Tu je. Bukan dalam keadaan macam ni je kena doa, but setiap masa. Allah suka kan rintihan hambanya. Maybe Allah buat macam ni, sebab Dia rindu dekat hamba2 Dia yang dah semakin melupakanNya kot. Wallahualam. Ya Allahh.. Aku bermohon lindungan Mu Ya Allah.. 


nota kecil: Takde gambar nak letak dekat entry ni

No comments:

Post a Comment