Wednesday, January 9

ABANG

Sekarang masih dalam mood final even kebanyakan kawan dari Uni lain dah merdeka. Agak jealous tapi jadual diorang start awal, so fair lah kan. Tadi baru habis paper TITAS, so theres 4 paper to go. Esok ada lagi paper and I need to study. After this. Pinky promise. Kehkeh

Actually tiba2 rasa nak buat entry pasal someone. Someone who means a lot to me. He's just turning 13 this year even tak officially lagi which is bulan Jun nanti. Oh lupa, its my brother. Muhammad Mikhail Muqtadir. Sebenarnya macam tak percaya yang dia dah masuk alam sekolah menengah. I mean, tolong lah adik aku masuk sekolah menengahh??? Macam tu lah rasa dia.


In his secondary school attire. Munsyi Abdullah

We called him as Abang dekat rumah. Kadang2 Mikhail. Dia ni bawah saya. And I have another brother bawah Mikhail which is Amier. Mikhail ni sangat mengada ngada. Masa dia umur 4 tahun pon still nak susu badan lagi, padahal dah ada adik tu. Taknak kalah. Plus Papa and Mama selalu manja kan dia. Mama cakap, Mikhail lahir tak cukup bulan. So dia lambat sikit compare dengan kitorang adik beradik yang lain and kena layan lebih sikit lah. Duhh

Until now I still cant face the reality yang my little brother is now a teenager. Dah besar dah adik aku. Dah boleh ada makwe. Kehkeh. Bayangkan lah jugak even dah darjah 6 pon dia still main kereta hot wheels kecik2 tu susun satu rumah, lepas mandi Mama kena cari kan baju, baju sekolah Mama gosok, kasut sekolah Mama basuh, hari2 Mama hantar and tunggu dia balik dekat sekolah, even time rehat pon Mama datang tau. So? It is my fault tak boleh terima dia dah masuk sekolah menengah? Haha


Us :)

Tapi yang saya sedih sangat, masa first day dia masuk sekolah menengah hari tu I cant be there sebab busy final kan. Terkilan lah sebab that day must be a big day for him masuk alam persekolahan yang baru. Masa dia sunat dulu pon saya tak dapat nak tengok. Balik2 rumah je dah tumpul. Eh

Yang paling saya tak boleh terima kenyataan, sekarang Mikhail balik sekolah naik public yollsss. Power tak power my brother? Sekolah dia sekarang siries jauh dari rumah. I mean tak ada lah jauh sangat but Penang tu pelik sikit system bus dia. So kena naik 2 bus. Thinking of that everyday buat saya rasa takot pon ada, nak tergelak pon ada. Sebab masa Form5 dulu, saya pergi and balik sekolah pon naik public. Penang tu sesak siries tak tipu. So bahaya tahu tak. Wuuu


But, nak buat macam mana. He needs to grow up. Sampai bila dia nak di manja kan ye dak? Even its hard for me to accept, hard lagi Mama nak terima. I know. Tapi nak buat macam mana kan. Takkan selamanya dia nak jadi lembik, manja or watsoever. Maybe sebab beza umur saya dengan dia 7tahun. So thats why kot saya susah sangat nak terima reality. 

Apa2 pon, hidup mesti di teruskan. Im wishing you all the best okay Abang. 25 haribulan ni Kak Chik balik, kita main PS sama2. Muahhhh :*

nota kecil: Temuduga hari tu; Berjaya! :D Alhamdulillahhhh


4 comments: