Monday, February 18

18 FEB

So masuk harini lebih kurang 3 minggu dah uti. Sepanjang 3 miggu ni, boleh kira dengan jari je berapa kali saya keluar. I mean, jalan2 without family. Duduk rumah ni syok. Boleh tukar baju banyak2 kali, boleh syampoo hari2, boleh makan ais non stopli, boleh begitu begini dan lain lain..


Happy sangat tu..

Kalau dekat hostel tak boleh buat semua ni. Baju mana boleh suka2 hati tukar banyak2 kali. Nanti baldi penuh, kena basuh 2,3 kali. Mana nak korek syiling banyak2? Haaa nampak tak pemalas basuh guna machine? Lepastu, dekat hostel mana boleh basuh rambut hari2. Nanti nak pakai tudung, rambut basah2. Nanti rambut tumbuh buah. Kalau buah tu boleh jual sekilo 6ringgit takpe jugak.

So haritu pegi Tokong Ular. Dekat Penang ni kan ada Tokong Ular..


Pakat mai siniiii, Pulau Pinang satu destinasiiiii. Tengok ular Tanjong Tokoonggg. pesta Penang Sungai Nibongg~ PESTAAA!

Haha hebat Nia nyanyi kan? :3 Before tu, lirik lagu tu salah sebenarnya tau. Dalam lirik tu kata tengok ular dekat Tanjong Tokong kan? Mana adaaaaa. Tengok ular dekat Bayan lepas. Tanjong Tokong tu area rumah saya. Sini mana ada tokong ular. Kalau nak tengok cina seksi ke mat salleh masuk Tesco pakai bikini ke boleh lah datang sini. Hekhek

Cari lah Snake Temple dengan Tanjong Tokong dekat mana :3

So! Masa pegi Tokong Ular tu ramai sangat orang. Yelah, tahun ni kan tahun ular. Ramai lah chinese2 datang sembah ular tu. Tourist pon ramai. 


Tourist. Lah sangattt

Tu je lah kot nak cerita. Hmm kinda excited nak masuk sem baru. Excited plus risau. Sebab apa? Sebab naik sem nanti saya ada banyak sangat komitmen. And Im very scared. Please pray for me :( Aminn. Oh! Later on saya cerita apa ade dekat Penang ni yek! :D Excited ni nak cerita. Believe me, Penang memang syok ;)

nota kecil: Balik Shah Alam 2haribulan kot

4 comments: