TARP (1)

First thing first. Sempena bulan Syawal yang mulia ni, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam di dunia yang fana ini terutama kepada ahli2 keluarga dan kawan2 yang mengenali diri ini. Cewah. Hm, sejak akhir2 ni gempar dengan isu keganasan dekat Mesir. This is a very serious issue like seriously kuasa lima. Sebagai seorang muslimin, wajar sangat lah untuk kita spent even sikit dari masa kita untuk sama2 berdoa untuk keselamatan saudara se Islam kita dekat sana. Insya Allah sama2 kita berdoa ----

Pray

So! Back to business. Harini macam nak bercerita pasal sekolah lah pulak. Lepas di belek2 blog ni, baru perasan. I never update pasal sekolah saya dekat Penang masa Form5 dulu. Agak bias lah bila dikenangkan balik. So here it is

Nama sekolah; Sekolah Menengah Teknik Tengku Abdul Rahman Putra aka TARP. Saya ingat lagi, dulu masa mula2 pindah sekolah TARP ni saya awkwardddd gila. Haha. Sebenarnya masa Form4 saya sekolah dekat Teknik Gombak. Pindah from one place to another tipu lah tak rasa pelik kan. Before ni duduk Puchong, cakap pon tak ada sleng. So bila dah pindah utara ni, cakap diorang pon dah lain. Lagi lah bertambah awkward plusplus

Ni lah pintu masuk TARP. Seram tau pagi2 lalu sini gelap2. Huhu

Dekat TARP ni saya jadi budak outsider. So pegi sekolah naik Rapid Penang. Ingat KL je ada Rapid KL? Tapi siries tau nama rapid dekat sini Rapid Penang. Tak tipu punya. Haha. Taknak duduk hostel sebab masa dekat Gombak dulu saya dah duduk hostel dah. Tapi tak boleh nak belajar. So thats why lah. Al kisah, tiap2 hari sebelum subuh lagi saya dah bertolak dari rumah. Hebat kan. Hari2 bangun pukul 5. Then mandi, lepastu iron baju, siap2, sarapan, pakai stokin, baru lah keluar rumah. Mama hantar sampai dekat bas stop depan rumah then saya naik bas pegi Komtar

Biasanya sampai komtar dalam pukul 6.15 macam tu. So stop lah kejap dekat surau komtar. Surau sini dah lah tak ada tempat ambik wuduk. Sedih kan? So dekat rumah saya dah siap2 amik wuduk and cuba sedaya upaya untuk menahan diri daripada terkentut di pagi hari. Heee

Apology for the quality. Muka pon jadi pelik dah. Huu

Then lepas solat, baru boleh kentut. I mean, baru lah naik bas yang seterusnya. Memang Penang ni pelik sikit system bas dia. Kena naik 2 bas. Nak explain panjang, so malas nak explain. So dalam pukul 6.30-6.40 macam tu saya dah sampai sekolah. Siries sekolah pon gelap lagi time tu. Pakcik guard pon tengah tidur lagi. Selalu saya lah kejut pakcik2 tu solat subuh. Okay tipu. Tapi siries lah sekolah pon gelap lagi. Budak2 hostel baru bangun. Since pintu masuk sekolah tu berhadapan dengan hostel lelaki, so tiap2 pagi saya dengar budak2 ni menyanyi terjerit2 dalam toilet. Haha

So hari2 saya jadi orang first yang datang sekolah. Jadi tukang ganti pengawas bukak kan lampu2 koridor. Kehkeh tapi kadang2 ada je pengawas yang sampai dulu. So sampai kelas je takde buat apa saya pon menyapu, susun meja, lap white board, lap tingkap. Heww bebajet je kan. Tapi betul laaa. Tak percaya sudah :3 Tiru kerja rumah? Helloooo~ Orang yang tiru kerja saya okay. Haha ni gelabah. Tipu okay tipu


Bismillahirrahmanirrahim tu bukan saya tulis. Huuu. With Syazwan :3

Okay lah. Dah panjang sangat ni. Nanti bersambung dekat part yang seterusnya. Entry ni kira teaser je lah. Haha ober gituww. Okay, till we met again. Papai



Nota kecil: Fon rosak lagiii~~


1 comment:

  1. Isk3 . Nia kaki conteng . Kt kelas conteng buku nizz . Ngn kcau org tido

    ReplyDelete