Saturday, October 8

7ELEVEN

Macam yang saya janji dalam entry before, saya nak cerita apa yang jadi dekat kereta yang saya naik masa OTW pergi Uptown Danau Kota kan. Actually takde lah apa sangat pon tapi saya still nak cerita sebab saya taknak memori tu hilang. Sekadar coretan untuk saya kenangkan bila dah tua nanti. Cewahh:p Juga untuk tatapan kawan2 yang ada dalam kereta haritu:D

Pejalanan nak pergi Uptown tu di rancang after kitorang girls sepakat ikot boys Overnight. Then, pejalanan pon bermula. macam yang saya kata jugak dalam entry before, girls berpecah 2kereta. Saya, Cut dengan Ayu naik satu kereta dengan Aizat and Azim Kelate. Syikin dengan Wani pulak naik dengan Hafizhin dengan Wan Ku.. Nak dijadikan cerita, kereta yang saya naik ni sesat. 2kereta yang lain laju sangat sampai Aizat (driver) tak dapat nak kejar memandangkan kereta kitorang naik tu problem sikit.
driver kami aritu. Aizat mokmok:D
Kol punya kol dorang yang lain, sekali dorang pon tak dapat nak detect kitorang dekat mana sebabnya dorang pon ikot kereta orang lain nak pegi Uptown tu. Memang siries hampa gila lah perasaan kitorang berlima time tu. masing2 pon teringin bebeno nak g Danau. so kitorang pon membawa diri lah pergi Dataran Merdeka kejap since tak tawu nak pegi mana kan. 

Masa dekat dataran tu, puas lah kitorang fikir macam mana nak g Danau. GPS ada, tapi tak tawu guna la pulak. Hahaa.. Memang macam2 lah idea yang kelua time tu. Pegi tanye dekat balai polis lah, pegi tanya dekat orang lahh. Tapi masalah nya, Danau Kota tu common place kot. malu lah kan kalau nak tanya. Dia macam korang tanya KLCC dekat mana lah situation diaa :P

Perasaan masing2 still membuak2 nak pegi Danau, then Nia pon ajak tawakal je. 'Takpe, kite try pergi 7Eleven depan tu beli peta. Tapi Aizat lah kena pegi beli sebab baru nampak macam real sikit. cakap sleng Sabah kan. Hahaa..' Sampai2 je kat 7E, Aizat pon turun laa. nampak lah kan die dok tegaru garu kepale depan abang tu. Agak2 dah 5minit, saya pon kelua(Belakon ni).. Saya sampai2 je tedengar abang tu tanya Aizat, 'korang nak g mane ni malam2 ramai2 dalam kete?' Then saya pon menyampuk 'Takde bang, act kitorang nak g Danau ni. tapi tesesat la pulak. abang boleh tunjuk jalan?' Malu takyah cakap la kan. tapi buat muka tebal jee. 

7Eleven:p 

After abang tu bagi tawu jalan and terima kasih ape sume, so the journey beginn.. Masing2 pulak tak pernah pegi Danau, memang kelaka la kan. saya pernah pergi, tapi kan dah lame tak turun KL sebab pindah Penang, pegi dengan family lagi. so ingat2 lupe je lah jalan dia. sepanjang perjalan tu memang banyak lah onak duri dia. Telupa jalan lah, wrong way lah, bertembung dengan polis lah, tak perasan bumper lah. Yang tak perasan bumper ni kelaka. Masaalah nye nak dekat 4,5kali kitorang lalu jalan yang sama and 4,5kali tu jugak lah bumper tu kitorang tak perasan and terlanggar sampai kereta tu macam nak terbang. Nasib baik kereta orang. kalau kereta sendiri dah menangis daa:p 

And sepanjang pejalanan tu 4buah 7Eleven kitorang berhenti tanya jalan. Dengan satu petrol pump. Bayangkan bertapa tega nye lah kitorang nak g Danau tu. Hahaa.. yang 7Eleven tu 4,4 tempat ayat yang sama kitorang guna, 'Abang, kat sini ada jual peta tak?' kalau abang tu kata takda(memang tawu jawapan dia Takda) then ayat seterusnya, 'Err, macam mana nak g sana ek?' Hahaa.. Yang dekat petrol pump tu, ada ke patot bangla yang tunjuk jalan dekat kitorang. lagi kronik.. :p
ni lah Azim Kelate. Jangan berani bedebat Kelantan dengan dia, korang pasti kalah. Haha..

Dalam pukol 2.30pagi macam tu, akhirnya sampai jugak kitorang dekat Uptown Danau Kota. Alhamdulillahh.. menjerit2 kitorang dalam kereta masa sampai tu. Hahaa.. masa sampai tu muka bangga gila lah, tak boley blah :p Act, cerita ni kitorang tak cerita lagi dekat kawan2 yang pegi yang lain. Korang baca lah betapa menderita nya kitorang nak sampai Danau hari tu. Huu..

nota kecil: petang tadi saya buat kuih dengan Mama. Best nyeee:D dah lame tak buat kuihh:)






5 comments:

  1. HAHA..mang sweet sgt lahh bile di ingt2 balek..woo..betape tegarnye hati memasing nk g danau..hehe :))

    ReplyDelete
  2. Wan jeles leteww.. sape suro tamau ikot arituu. Haaa..

    ReplyDelete
  3. fine la. tgglnkn wan sorgsorg kt sepang kan

    ReplyDelete