REJAB

Saya ni tak lah banyak ilmu tapi alang2 dah search, ape salah copy paste dekat sini. Boleh ramai2 baca kan. Paling utama, buat ingatan diri sendiri..


Tadi Google search kelebihan bulan Rejab. Subhanallah memang banyak sangat kelebihan dia. Paling tertarik dengan ni;


Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku..

Dan sesungguhnya, bulan Rejab ialah bulan Allah swt. Saya copy kan sikit je sebab takot kena tangkap buat plagiarism lah pulak kan. Yang selebihnya, kalau nak baca bukak dekat sini.

Jom baca doa bulan Rejab!:D



KELEBIHAN BULAN REJAB:

1. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

2. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

3.  Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. 

4. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

5. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab.



Hebatkann? :') Last but not least;


Beramal lah menurut kemampuan masing masing. Jika tidak dapat melaksanakannya, janganlah ditinggalkan semuanya.

Insyaallahh.. Bulan Rejab bulan Allah. Selamat malam..


nota kecil: Teringin makan Rotiboy..

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Thanks nia! Was looking for this exact doa :)*REPOST* hihi

    ReplyDelete