KAMU

Artikel ni saya jumpa masa blogwalking tadi. Saja nak share dengan kawan2. Saya amik sikit2 je tapi kalau nak baca penuh, pegi dekat sini. Banyak info best2:) Try lah pegi. Okay back to business, tadi saya baca artikel pasal pasangan bercinta. Artikel ni special for those yang tak 'nampak' lagi betapa sayangnya pasangan diorang tu dekat dia. So here it is:


Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya. 


Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini. Bukan kerana mengongkong tetapi dia akan berasa dekat dengan kamu jika dia mengetahui aktiviti yang kamu lakukan.


Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “i love u”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kamu lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


##Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta. DAN KAMU YANG TAK MEMAHAMINYA....


Hye, saya budak Elektrik mase sekolah dulu. Tapi alhamdulillah wayar saya takde shot lagi. Ngehh:p

nota kecil: Tido sorang malam ni. Anis balik rumahh..


1 comment: