Saturday, December 31

MEMORIES MADE

Pejam celik pejam celik dah nak habis dah tahun 2011. Hari ni dah hari yang terakhir pun. Tahun 2011 ni tahun penting bagi saya and also to all 93s born. Tahun dimana kita semua melangkah ke alam dewasa. Dah tak ada dah bangun pagi2, pakai baju sekolah, makan sarapan mama buat, sarung kasut sekolah, tunggu bas, kena tulis nama dengan pengawas kalau lambat, kena cubit dengan cikgu kalau tak buat homework and so on. Takde. Tahun ni semua benda dah bertukar. 100% changed..
Me and all girls 5E1, SMT TAR PUTRA Penang 2010:) 

Macam2 yang jadi tahun ni. Saya belajar hidup berdikari, belajar menerima hakikat, belajar melupakan, belajar buat jahat, belajar menjadi baik. Tahun ni jugak saya belajar menyayangi seseorang dan jugak kehilangan seseorang. Tapi semua ni buat saya lebih matang untuk berfikir dan bersedia menghadapi apa2 kemungkinan. Dan yang paling penting, tahun 2011 merupakan tahun dimana saya cuba berubah menjadi someone yang lebih baik. And I really need people around to support me. Kita doa kan terbaik untuk semua orang ye. Semoga tahun 2012 membawa rahmat dan harapan baru untuk kita jadi lebih kuat dan matang. Selamat tinggal 2011..
Gonna miss my 18's life:')

nota kecil: Malam ni pegi tengok bunge api jom..

No comments:

Post a Comment