Sunday, March 4

VACATION

This is a very long entry. Boleh kira macam jurnal lah jugak kan. Semua benda nak cerita. Saje nak coret sebab taknak kenangan ni terpadam macam tu je. Wonderful moment with them 


Hari Ahad lepas, saya dengan classmates M4 DA HARD CORE pergi bercuti dekat Pangkor. Saangat best, tak tipu. Even dah banyak kali kitorang hang out sama2, tapi tak pernah rasa bosan. Alhamdulillah, tu lah kelebihan kitorang satu group. Sehati sejiwa , take care each other. Eceyhh^^,


Ice blue Pangkor Island:')

Kitorang sewa challet dekat Teluk Nipah. Perjalanan pergi Pangkor tu start pukol 7pg waktu tempatan. Kena berkumpul dekat bus stop Angsana, tapi bas sampai nye pukol 8-___- Sepanjang perjalanan tu, semua orang tidur sebab mengantuk sangat2. Mana taknye, masing2 tidur lambat malam before tu. Eksaited sangat nak pergi bercuti kann..


Bas dah sampaii, cepat angkat baranggg..
Tu diaaaaa...

So dalam pukol 11.30pg macam tu, sampai lah kitorang dekat jeti Lumut. Dari situ, kena naik feri pergi Pangkor. Before feri sampai, sempat lah main snapping2..


Zaid, model jeti Lumut:p
Tiket feriiiii:D
Boys at jeti..
Wihuuuuu:*

Sampai2 Pangkor, terus kitorang check in challet. Pergi naik van pink roda kecik. Pakcik driver tu bawak laju gila. Macam rasa naik roller coaster, tak tipuu. Dah lah jalan tu pon adventure bukan main. Macam naik Short Gun dekat Pesta Penang pon adaa..


Syok oh naik van ni!:D

Petang tu jugak aktiviti pertama kitorang start iaitu SNORKLINGGGG:DD Tapi kitorang kena naik feri pergi pulau tempat snorkling tu dulu. Best gila2 faham tak? First time saya snorkling. Tapi licin lah batu dekat sana. Tajam lagi. Habis berdarah kaki diorang. Nasib kaki saya tak kena tapi tapak tangan pulak yang berdarahnyee..


Dayung dayung sampannnn~ Ehh?
Yeay snorklingggg^^,
Kesian kaki Fakhrul berdarah:( Auuuu..

Then kitorang berjungle trekking sikit pergi depan pulau, mandi dekat situ. Name tempat tu, Coral Island. Dekat situ kitorang main banana boat pulakk^^, And and bola tampar air and and tanam2 and and back flip back flip..
Trek yang sangat mencabar..
Diorang ni susah betul nak kawal. Ada je benda dalam kepale nak buat-__-
Azim: Kita kena jaga diorang budak perempuan ni. Kau Zaim, Abang Long, aku Abang tengah, Apek, Abang bongsu.  :)
Tanam Aiman:D
Fushoooooo :O

Malam tu ade bbq session. Tapi macam tak best sangat sebab orang tu yang tolong masakkan. Kitorang tinggal makan je. Tapi makanan dia sumpa banyak. Alhamdulillah kenyang kitorang malam tu. Tapi Ayu takboleh makan seafood. Ayam je boleh, dengan ikann. After makan, ada sesi karoke pulakk. Ayu, Wani dengan Cut nyanyi aww. Jangan main2. Haha:p Saya nak nyanyi, tapi dan dan je nak pegang mike, orang tu dah suruh tutup. Sabau je lahh..


Separuh dari makanan malam tuu..
Santai, layan diorang karoke..

Lepas makan and karoke, kitorang pergi lepak2 tepi pantai ramai2. Aktiviti malam tu; menyanyi, main buai, main game sambil makan jajan cap Econsave and bergosip. Hehee.. Kitorang lepak2 sampai pukol 2.30pg je. Then masing2 dah tak tahu nak buat ape, alamatnya balik challet lah kami since masa tu kepala saya pening gila sampai rasa macam nak tercabut. 


Handsome boys.. lah sangat:p Ahakss..
Ramai yang dah mati. Tinggal beberaa je yang masih bertahan...

Dalam challet tu after dah mandi tukar baju semua, Cikin, Wani dengan Cut sambung aktiviti diorang sendiri. Makan maggi cup plus truth or dare challenge. Saya, Ayu dengan Yaya dah surrender tidur dulu masa tu. Haha:p Keesokkannya, pagi2 lagi boys dah call kejut subuh. Akibat terlalu letih, kitorang ber enam girls ni tidur balik. Then dalam pukol9 tu bilik kitorang kena gegar dengan boys suruh bangun. "Wei korang, bangun lah sarapannnnnnn!" Hewheww..


Pagi2 lagi dah cari Pest-___- Tak faham betul..
Panorama challet^^,

After sarapan, terus kitorang pergi pantai lagi. Aktiviti pagi tu, sukaneka. As expected, sampai2 pantai tu belom sempat apa2 lagi diorang boys dah terjun laut dulu. Apepontakboleh diorang tuu..


Tengak tuuuu..
Semat lah gambar nii. Bangge lah tu Iwann..

Salah satu game kitorang main, perang belon. Masa tengah main, accident happen. Muka saya kena belon yang isi air tu ketepek. Worst thing worst, pakai lens pulak masa tu. Memang serram lah kan. After nak dekat 5minute urut2 bijik mate, akhirnya lens tu keluar jugak. Alhamdulillah takde pape jadi..


Miss tolong keluarkan lens tu. Huu..
Cut comellll:*
Biasalah, budak lelakiii..

Then dalam tengahari semua balik challet masing2, ready to check out. Then dalam 3ptg tu sampai lah kitorang dekat jeti Lumut. After stop sekejap shopping2 and solat, bertolak lah kitorang naik bas UITM. Around 7ptg macam tu baru sampai Palam. Alhamdulillah selamat pergi, selamat sampai..


Nak balik dahhh. Maggi cup tu sedap au. Vege Cintan^^
Dekat Jeti Lumut. Amboi Ayu, banyak shopping?^^,
Alhamdulillah, selamat sampai Palammm. Muka bahagia (^__^)

Even vacation kitorang ni 2hari 1malam je but its mean a lot to us. Bak kate orang, kuantiti tak menjamin kualiti. Kualiti kitorang sepanjang 2hari 1malam spent together ni sangat pack macam milo 3in1 yang kepadatan maximum tu, haa.. Hebat tak hebat tak? 


Yeaaayyyyyyy:DD

Thanks to all the boys cz jage kitorang girls elok2 dekat sana. Bertuah kitorang 6girls ada 21bodyguard tak berbayar. Hewheww^^, And tak lupa jugak dengan 3 lecturer which salah seorang nya Miss Safina, lecturer tutor Kimia kitorang yang sudi mengiring and jaga kitorang. We had a very wonderful moment together. Takkan lupa kenangan ni sampai bila2..


Thankyou miss.. We're gonna miss u:*


Panjang kan entry ni? Wuuu.. Kan dah cakap awal2. Akhir kata, sekali M4, selamanya M4.. Okbyee..


nota kecil: Esok study Kimia pulak..



No comments:

Post a Comment