Saturday, March 31

YA RABB



Ya Allah, 
Tolong beritahu si dia, sesungguhnya aku ada pesanan buatnya..


Ya Muhaimin,
Tolong beritahunya, cinta agung adalah cinta Nya,
Tolong nasihatinya, jangan menyintai aku lebih dari Yang Maha Kuasa,
Tolong nasihatinya, jangan mendoakanku lebih dari ibubapanya,
Tolong katakan padanya, dahulukan Allah kerana disitu ada syurga..


Ya Allah,
Tolong beritahunya, aku terpikat kerana iman bukan rupanya,
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik Yang Maha Esa yang masih punya keluarga,
Tolong sedarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab rindunya,
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar padanya..


Ya Allah Ya Muhaimin,
Tolong sampaikan padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya,
Tolong sampaikan padanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaganya,
Tolong khabarkan padanya, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita2 nya,
Tolong khabarkan padanya, aku mahu menjadi tulang belakang dalam kejayaannya..


Ya Allah Ya Rabb,
Tolong sampaikan padanya, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya,
Tolong sampaikan padanya, hubungan ini terjaga selagi terjaganya hubungan dengan Yang Kuasa..


Ya Allah Ya Tuhanku, 
Tolong sampaikan kepadanya, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..








No comments:

Post a Comment